Anda di halaman 1dari 3

Ganti Haji Kerana Tidak Boleh Baca Quran 

Soalan 

Ayah saya sudah berusia 51 tahun dan mampu dari segi fizikal dan kewangan untuk
pergi menunaikan haji. Masalahnya, ayah saya enggan kerana dia tidak tahu
membaca Al-Quran. Ayah saya hanya menghafal surah-surah dan bacaan lazim di
dalam solat, itupun dengan bantuan ibu saya. Adakah ayah saya perlu menunaikan
haji juga? Ataupun ayah saya dibolehkan untuk mengupah haji (mengupah orang
lain untuk membuat haji untuknya)?

Kiriman Wardatun Salma

Jawapan :

Kemampuan merupakan pra-syarat (syarat wajib) kepada kefarduan menunaikan


ibadat Haji.

Firman Allah swt :-

"Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, bagi mereka yang
berkemampuan pergi ke Baitullah" - [Aal ‘Imraan 3:97]

Para ulama menghuraikan erti "Kemampuan" kepada 3 perkara iaitu :- a)


Kemampuan fizikal (sihat tubuh badan) b) mempunyai kewangan yang cukup c)
Selamat perjalanan pada "ghalib" nya (kebiasaannya). Dan sesetengah ulama
menambah satu lagi syarat (khas bagi wanita) bagi wanita iaitu mesti terdapat
mahram yang pergi bersamanya

Persoalan mengupah orang untuk menunaikan haji kerana kelemahan bacaan


quran, adalah tidak dibenarkan. Menurut para ulama Fiqh,  berikut adalah syarat-
syarat untuk membuat upah haji kepada individu lain:-

1) Uzur tubuh yang tiada harapan akan pulih.

2) Penyakit serius yang tiada harapan pulih dan penyakit ini pasti tidak
memungkinkan seseorang melaksanakan kerja-kerja haji.

3) Telah meninggal dunia dan harta peninggalan cukup untuk di tunaikan Haji.

Menurut Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi, ketika itu barulah wajib Haji itu akan
boleh dipindahkan kepada individu lain. ( Rujuk Al-Muhazzab, 1/198 ; AL-Muhgni,
3/227 ; Al-Mabsut, 4/153 )

Selain dari sebab-sebab yang seperti di atas, maka kewajiban Haji masih
tertanggung bagi muslim untuk menunaikannya sendiri. Ini bermakna,
ketidakmampuan membaca al-Quran tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak
menunaikan haji , malah kewajiban haji (setelah cukup syarat-syarat kemampuan
tersebut) masih terpikul di atas bahu ayah saudari.

Ini juga dikuatkan lagi apabila ayah saudari juga telah pun manghafal surah-surah
tertentu. Ini adalah cukup untuk membolehkan ayah saudari untuk beramal ibadat,
solat dan sebagainya semasa haji. Jika ayah saudari membaca al-quran dengan
bantuan ibu saudari, itu pun tidak boleh dikira sebagai keuzuran yang mengugurkan
wajib haji, malah perlu diketahui ..tergagap-gagap dan tersekat-sekat dalam
membaca al-quran bagi orang yang sedang belajar adalah mendapat 2 pahala
menurut hadith yang sohih. Maka pahala ini pasti berganda jika ianya dibuat di
masjid al-haram.

Di sini, perlu di ingat juga, kemungkinan terdapat individu yang berasa bimbang
atau takut untuk menunaikan haji kerana dosanya atau maksiat yang pernah
dilakukan lalu mencari pelbagai alasan untuk menangguhkan hasrat murni ini. Ini
kerana terdapat kebimbangan sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepadanya di
mekah akibat dosanya yang pernah dilakukannya...sebenarnya ini adalah suatu
kesilapan yang besar dan merupakan gangguan Syaitan bagi melambatkan
seseorang Islam menunaikan salah satu rukun Islam yang agung iaitu Haji, Haji
yang merupakan gabungan segala jenis ibadah yang terbesar dan ibadah yang
teragung. Mungkin ada yang terpengaruh membaca cerita-cerita pelik yang berlaku
di mekah sebagaimana yang di paparkan di akhbar-akhbar dan majalah. 

Justeru, saya berpandangan, periwayat cerita-cerita pelik di mekah dan


madinah..walaupun mereka berniat baik iaitu untuk memberi pengajaran..tetapi
sebenarnya ia juga boleh membawa kesan negatif, iaitu menakutkan orang ramai
yang pernah melakukan dosa untuk menunaikan ibadah terbesar ini. Ini
sesungguhnya suatu kesilapan. Fikirkan...

Maka jawapan ringkas : Tidak boleh mengupah orang untuk membuat hajinya
hanya kerana tidak cekap membaca al-Quran.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

11 Muharram 1428 H

Last update: 30-01-2007 08:19


Published in : Soal Jawab, Ibadah

Users' Comments (1) Add your comment


Posted by mazull, on 09-05-2008 07:44, IP 60.52.101.237, Guest
1. ...
null tq utz krn ruangan ini banyak membantu sy dlm pelbagai persoalan agama

Anda mungkin juga menyukai