Anda di halaman 1dari 10

Merujuk kepada persoalan: http://al-ahkam.net/home/modules.php? op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33400 1) Bagaimanakah kaedah menangani mufaraqah sedangkan kita di dalam keadaan masbuq.

adakah selepas salam ganti rakaat yang tidak dilakukan seperti masbuq berimam? 2) Bagaimanakah sekiranya kesalahan fatal dilakukan oleh Imam sewaktu solat Jumaat. Adakah perlu Imam mengulangi semula solat sahaja,atau solat+khutbah,atau makmum perlu mufaraqah dan sambung(tapi macam ni kira tukar niat di dalam solat) cukupkan kepada Zuhur? ********************************* kamin Panel Feqh wa'alaikumussalam Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan talfiq dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah. Quote: 1) Bagaimanakah kaedah menangani mufaraqah sedangkan kita di dalam keadaan masbuq. adakah selepas salam ganti rakaat yang tidak dilakukan seperti masbuq berimam? Bila sudah melakukan Mufaraqah, anda sudah bersolat bersendirian (bukan masbuk lagi), cukupkan baki rakaat yang tinggal. Tidak perlu menunggu Imam memberi salam. Quote: 2) Bagaimanakah sekiranya kesalahan fatal dilakukan oleh Imam sewaktu solat Jumaat. Adakah perlu Imam mengulangi semula solat sahaja,atau solat+khutbah,atau makmum perlu mufaraqah dan sambung(tapi macam ni kira tukar niat di dalam solat) cukupkan kepada Zuhur? Apabila Imam melakukan kesalahan didalam solat Jumaat, seumpamanya kesilapan dalam membaca al-Fatihah, dan telah ditegur oleh makmum, atau apa sahaja sebab yang menghalangnya meneruskan solat, jumhur ulama mengatakan bahawa Imam boleh melantik makmum menggantikannya sebagai Imam. Tidak perlu Imam yang baru dilantik mengulangi solat atau khutbah, solat diteruskan tanpa gangguan. Umar ibn Khattab ra. telah ditikam semasa beliau mengimami solat, maka dia telah memegang tangan Abdul Rahman ibn Auf dan membuat dia melangkah kehadapan untuk mengimami baki solat. [Riwayat al-Bukhari #3700]. Bagi makmum yang dapat berjemaah satu rakaat solat Jumaat bersama Imam, kemudian pada rakaat ke 2 mufaraqah dengan Imam atau misalnya bahagian basement masjid telah menghadapi kerosakan pembesar suara, dimana makmum tidak dapat mengikuti pergerakan Imam, maka makmum tersebut hanya perlu menambah 1 rakaat sahaja bersendirian untuk mencukupkan solat Jumaatnya. Ini berdasarkan dalil dari Abdullah bin Umar ra berkata bahawa Rasulullah saw berkata ::-


"Barangsiapa yang mendapati Imam 1 rakaat didalam solat Jumaat atau mana-mana solat, maka tambahlah bilangan rakaat menyempurnakan solatnya" [hadith al-Nasaa'i]. WA.

Ikut imam bukan lantikan Salam i) Sesetengah ustaz mengatakan adalah makruh jika seseorang penceramah jemputan di sesebuah masjid tawar diri jadi imam, melainkan jika dioffer pd masa itu. Betul ke?? ii) Ramai menganggap seseorg musafir tidak boleh jadi imam solat fardhu di masjid singgahannya. Ada pula yg kata jemaah boleh offer si musafir jadi imam. Apa dalil2nya? ********************************* Abu_Umair Panel Feqh


Quote: i) Sesetengah ustaz mengatakan adalah makruh jika seseorang penceramah jemputan di sesebuah masjid tawar diri jadi imam, melainkan jika dioffer pd masa itu. Betul ke?? kerana berdasarkan hadis sahih muslim: Nabi bersabda: "Janganlah seorang lelaki menjadi imam kepada lelaki lain di kawasannya" apabila masjid itu telah ada imam khas, maka org lain samada penceramah atau bukan, tidak boleh mara ke hadapan menjadi imam, kecuali imam itu memberi izin kepadanya. Quote: ii) Ramai menganggap seseorg musafir tidak boleh jadi imam solat fardhu di masjid singgahannya. Ada pula yg kata jemaah boleh offer si musafir jadi imam. Apa dalil2nya? ada dua keadaan; i- masjid singgahannya itu ialah masjid yg tiada imam khas, yg dibina kerajaan untuk menjadi singgahan musafir. maka siapa sahaja boleh jadi imam di situ sekalipun musafir. ii- masjid itu sudah ada imam khas. maka keadaannya sama seperti masjid2 lain. tiada siapa boleh ke hadapan kecuali dengan izin imam khas tersebut. mengenai org musafir menjadi imam org solat fardhu, tidak menjadi masalah, samada

musafir itu qasar ataupun tamam. makmum bersolat seperti biasa. wallahu a'lam.

Adab2 solat jemaah Salam Boleh tak para ilmuan di sini senaraikan adab solat berjemaah dengan nasnya sekali? Saya ada membaca buku-buku tentang solat jemaah yang ditemui di kedai-kedai buku tetapi ia tidak lengkap, maksud saya tiada disertakan nasnya, adakah ia pandangan ulama atau anjuran Rasulullah Selawat , dan sebagainya. Di surau tempat saya ni, ada seorang makmum ni selalu menyebut perkataan "Amiin" selepas bacaan Fatihah Imam lebih awal daripada Imam sehingga mengganggu Imam dan makmum lainnya. Pernah ditegur oleh Imam, tetapi beberapa hari kemudian dia masih mengulanginya. Bagaimana agaknya cara nak menegur dengan baik.. Termasuklah nak minta pakcik-pakcik merapatkan saf. Huhuu.. ************************* thtl Wassalam al-Jawab: 1. Adab atau Etika solat Jama'ah adalah panjang jika anda perlukan nasnya sekali. Kami sarankan anda membeli kitab-kitab berikut: a. Imam dalam Solat menurut AQ dan asSunnah oleh Dr Sad bin Ali bin Wahf alQahthani dari Jordan, beliau merupakan murid terbaik Syaikh Ibn Baz, mantan Mufti Aam Kerajaan Arab Saudi. Ia diterjemah oleh Pustaka alNajiyah, Jakarta, ms 163 dan harga dalam RM 15.00. b) Solat Jama'ah oleh Dr Salih bin Ghanim al-Sadhani dari KSA, yg diterjemah dan diterbit oleh Pustaka Arafah Solo Id, ms 228, harga RM 16.00 atau dapatkan terjemahan Fiqh Sunnah Jilid # 2. 2. Cara menegur makmum yang mendahului Imam dan para makmum yg susah merapat dan meluruskan saf. jika anda rapat dengan AJK mesjid, usahakan supaya dapat diadakan kursus Sifat Solat Nabi. Cuba hubungi salah seorang Panel kami, UZAR atau lawati website beliau (www.uzar.com) sekian

Kena Ciut bahu ketika solat masa solat jamaah baru2 ni, saf pertama penuh kiri ke kanan hingga ke dinding masjid. sy berada di hujung sebelah kanan. ada sorang hamba Allah ni masbuk dtg pd rakaat ke2, dia

cuit bahu saya,mintak sy ke belakang teman dia dlm saf. nak undur ke x ni... ? undur nampak mcm pelik, tp penah dengar ustaz ngajar pasal ni. tp x bapa pasti caranya. tengah2 dok konfius tu, baca fatihan pun habis, imam pun rukuk. terus jelah smpai tahiyat akhir. apakah sy bersalah? apakah pahala jamaah masbuq tadi kurang sbb solat sorang satu saf diblkg? ada sorg ustaz lg cakap, jgn kacau org masa solat. just takbir aje dekat dia, untuk ambik dia sbgai imam. cuit2 bahu tu mengganggu kekushukan org masa solat. ada yg siap tepuk n garu bahu sekali. mau x teperanjat saf ni, bukan kena mula dr tengah blkg imam ker? ************************************** Abu_Umair Panel Feqh


HUKUM MENARIK ORANG KE BELAKANG; apabila seorang masuk masjid dan didapati saf telah penuh, dan tiada org lain untuk dibuat saf baru, ada pendapat mengatakan sunat menarik seorang dari saf dan bersembahyang bersamanya. pendapat ini berdalil hadis: "Apabila datang salah seorang kamu, dan tidak mendapati ruang kosong, dan tidak mendapati org lain (unt membuat saf baru), maka hendaklah dia tarik seseorang, dan bersembahyang bersamanya. alangkah besarnya pahala orang yg ditarik itu". Tetapi di sisi ulama, dan muhddithin hadis ini adalah DHAIF. maka pendapat yang sahih, TIDAK BOLEH menarik orang lain ke belakang, kerana tiada dalil sahih tentang perkara ini. Tambahan lagi, ia menyebabkan: 1) mengubah tempat orang lain dari tempat yg afdhal kepada tempat yg kurang afdhal. 2) mengganggu solat orang yg ditarik itu. 3) menyebabkan berlaku kekosongan dalam saf tersebut. Ditakuti ia termasuk perbuatan memutuskan saf yg dilarang dlm hadis. 4) mengganggu orang2 lain dalam saf itu kerana mereka terpaksa beranjak-anjak unt memenuhi ruang kosong itu. Jadi, apa yang perlu dilakukan? jawapan: Bersembahyanglah berseorang di belakang saf. walaupun terdapat hadis2 sahih melarang bersembahyang di belakang saf, tetapi dalam keadaan uzur seperti ini, dikecualikan daripada umum larangan itu. sebagaimana jika seorang perempuan bersembahyang di belakang saf lelaki, sah sembahyangnya dengan ijmak, kerana ia terkecuali daripada umum larangan itu.

Soalan: Apa kata kalau dia tidak menarik orang ke belakang, dan tidak pula bersembahyang berseorangan, sebaliknya menunggu ada orang lain datang. jawapan: Tidak digalakkan juga demikian, kerana ia memungkinkan terluputnya rakaat. dan mungkin boleh terluputnya solat jemaah.

Hokum melintas depan jemaah Salam Abdullah bin Abbas berkata; "aku datang dengan menunggang keldai betina dan saat itu aku hampir baligh. Ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang solat di Mina dengan tidak menghadap tembok. Aku pun lewat di depan shaf (solat), lantas ku turun dan ku lepas keldaiku agar merumput. Setelah itu, aku masuk kedalam shaf, dan tiada seorang pun yang mengingkari perbuatanku itu. (Bukhari dalam al-'ilmu(76)) Soalan: 1- apakah petanda atau mesej yang hendak disampaikan pada hadis ini? 2- adakah dibenarkan untuk kanak2 yang belum baligh melintas di depan orang bersolat? 3- atau adakah dibenarkan untuk melintas di hadapan shaf makmum? Sekian, terima kasih. ************************ izrail Panel Feqh Bismillah Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW, Antara pengajaran dari hadis ini: 1. Imam Bukhari meletakkan hadis ini dalam kitab ilmu (bab: bila boleh terima periwayatan kanak-kanak) yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belum baligh boleh meriwayatkan hadis. Kerana Ibn Abbas r.a meriwayatkan hadis ini ketika beliau masih belum baligh. 2. Imam Bukhari meletakkan juga hadis ini dalam (bab: sutrah Imam adalah sutrah makmum dibelakangnya) yang menunjukkan makmum tidak memerlukan sutrah lain kerana sutrah imam adalah sutrah mereka juga. 3. Hadis ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak boleh bersolat di dalam saf lelaki dewasa. 4. Hadis ini membenarkan melintas depan saf makmum dengan tujuan bersolat dalam saf mereka. Dan hadis ini mengkhaskan hadis yang melarang melintas di depan orang yang sedang bersolat, hadis itu dikhaskan larangan kepada imam dan orang yang solat berseorangan sahaja, bukan larangan kepada makmum yang berada di belakang imam.

5. Ibn Abbas meriwayatkan hadis ini sebagai menasakhkan hadis yang mengatakan solat akan terbatal jika dilintasi keldai dan wanita. Lebih-lebih lagi yang dinyatakan dalam hadis ini adalah keldai betina pun tidak membatalkan solat, apatah lagi manusia wanita tentulah tidak membatalkan solat. 6. Hadis ini membenarkan menaiki kenderaan untuk pergi bersolat jamaah. 7. Hadis ini menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan yang berlaku di depan Nabi SAW yang tidak diingkari adalah hujah dengan pengakuan Nabi SAW (taqrir).

Cara duduk iftorosh ketika masbuq salam 1- Kalau saya solat masbuq, katalah masuk pada rakaat ke -2 pada Zuhur, macam mana cara duduk pada rakaat akhir? Adakah duduk tawarruk - punggung cecah lantai atau iftirasy punggung pada kaki kiri? Bolehkah saya duduk tawarruk sedangkan saya masbuq sedangkan standby untuk cukupkan rakaat selepas salam. 2- Sekiranya saya masuk pada rakaat akhir solat, dan disebabkan di saf belakang mungkin kesemuanya masbuq - dan mereka duduk iftirasy, menyebabkan saya menyangka imam pada rakaat ke-2 (katakan Zuhur), bagaimana bacaan tahiyyat yg saya patut baca.. sebab beza bacaan tasyahud awal dan akhir ialah pada selawat pada keluarga nabi dan ke atas. Boleh ke baca selawat pada keluarga Nabi pada rakaat awal (sebab takut dikira menambah). ********************************* Postby Abu_Umair


1. Bagi masbuq, apabila imam duduk pada rakaat akhir, cara duduk bagi makmum masbuq ialah duduk iftirasy. Kerana duduk tawarruk hanya pada rakaat terakhir. Sedangkan ketika imam duduk tasyahhud akhir, masbuq masih bukan pada duduk tasyahhud akhir. Kata Bujairimi: "Keseluruhan cara duduk iftirasy ialah enam tempat, iaitu: duduk duduk duduk duduk duduk antara dua sujud tasyahhud awal istirahah makmum masbuq orang yang ada sujud sahwi

- duduk orang yang bersolat secara duduk". Tetapi jika duduk tawarruk, tidak menjejaskan kerana ia hanya sunah hai'ah yang tidak membatalkan sembahyang. 2. Bacaan tasyahhud bagi masbuq juga adalah bacaan tasyahhud awal. Tetapi jika selesai membacanya dan imam masih belum memberi salam, ada ulama menyatakan sunat membaca tasyahhud hingga habis (seperti tasyahhud akhir).

Assalamu'alikum.. minta pertolongan..saya telah menghadiri satu usrah yg menyatakan menepuk bahu imam itu adalah tidak dibenarkan sebenarnya..boleh jatuh haram sbb ganggu si imam bersembahyang..sunnah yg nabi buat,berdiri tanpa bg apa2 isyarat.. oleh kerana itu,saya telah merujuk al-ahkam punyer fail2 solat dan terjumpa satu pertanyaan yg hampir sama ngan pertanyaan saya..menurut jawapan thtl..boleh tepuk atau kuatkan suara ketika bertakbir dibolehkan sbb takder dalil..ibn abbas penah berdiri solat sebelah nabi tanpa bg apa2 isyarat.. permintaan saya,bolehkah diterangkan lagi ttg hal ini?ini kerana member2 usrah sumer agak konpius sbb yg bg pengetahuan baru tu pun tak bagi dalil..skrg,nak stat jemaa'ah pun konpius..'bedosaker aku tepuk mamat depan ni?' ****************** thtl Wassalam

Kami tak mampu menerangkan hukum halal/haram dalam isu cuit bahu Imam bagi yang masbuk total (maksud masbuk total ialah mereka yang mendapati Imam resmi sudahpun menamatkan solat jama'ah) yang hanya menemui orang lain yg sedang solat secara bersendirian di sana sini dalam ruang mesjid. kemungkinan makumum tsb sedang solat sunat. Hukum cuit bahu imam ni tak ada dalam kitab-kitab besar. Maka atas dasar apa si fulan tu kata haram. sebab halal/haram ni memerlukan nas yang tegas (qat'iy), cthnya: " janganlah engkau menepuk bahu Imam jika engkau masbuk"...kalau ada larangan semacam tu, barulah hukumnya haram. Adapun dalil yang ada ialah para sahabat jika ingin berImamkan RasuluLlah saw mereka hanya berdiri di tepi kamar baginda di mesjid Nabawi ketika bulan Ramadhan. solat tu dikenali kemudian dengan solat tarawih. Ibn Abbas pun pernah datang menemui RasuluLlah saw di rumahnya dan dia mendapati Nabi SAW sedang solat, lalu baginda solat di sisi RasuluLlah saw tanpa cuit bahu baginda. Saya agak ini cuma uruf (dat) Melayu yang terkenal dengan budibahasanya, maka tepuk bahu Imam itu bermaksud (mungkin) minta keizinan supaya sudi menjadi Imam kepadanya.

Jadi hukumnya tidak dapat kita pastikan tapi sebaiknya kita tidak berbuat demikian tapi taklah sampai haram kalau rata-rata orang Melayu melakukannya. Kemungkinan ada dalam kitab-kitab madzhab yang saya tidak menemuinya. Mungkin masyaikh lain boleh membantu (khasnya syaikh kamin dan alitantawi atau syaikh sifoo kerana ia mungkin diajar di pondok.

Tepuk bahu imam


Assalamu'alikum.. minta pertolongan..saya telah menghadiri satu usrah yg menyatakan menepuk bahu imam itu adalah tidak dibenarkan sebenarnya..boleh jatuh haram sbb ganggu si imam bersembahyang..sunnah yg nabi buat,berdiri tanpa bg apa2 isyarat.. oleh kerana itu,saya telah merujuk al-ahkam punyer fail2 solat dan terjumpa satu pertanyaan yg hampir sama ngan pertanyaan saya..menurut jawapan thtl..boleh tepuk atau kuatkan suara ketika bertakbir dibolehkan sbb takder dalil..ibn abbas penah berdiri solat sebelah nabi tanpa bg apa2 isyarat.. permintaan saya,bolehkah diterangkan lagi ttg hal ini?ini kerana member2 usrah sumer agak konpius sbb yg bg pengetahuan baru tu pun tak bagi dalil..skrg,nak stat jemaa'ah pun konpius..'bedosaker aku tepuk mamat depan ni?' ****************** thtl Wassalam

Kami tak mampu menerangkan hukum halal/haram dalam isu cuit bahu Imam bagi yang masbuk total (maksud masbuk total ialah mereka yang mendapati Imam resmi sudahpun menamatkan solat jama'ah) yang hanya menemui orang lain yg sedang solat secara bersendirian di sana sini dalam ruang mesjid. kemungkinan makumum tsb sedang solat sunat. Hukum cuit bahu imam ni tak ada dalam kitab-kitab besar. Maka atas dasar apa si fulan tu kata haram. sebab halal/haram ni memerlukan nas yang tegas (qat'iy), cthnya: " janganlah engkau menepuk bahu Imam jika engkau masbuk"...kalau ada larangan semacam tu, barulah hukumnya haram. Adapun dalil yang ada ialah para sahabat jika ingin berImamkan RasuluLlah saw mereka hanya berdiri di tepi kamar baginda di mesjid Nabawi ketika bulan Ramadhan. solat tu dikenali kemudian dengan solat tarawih. Ibn Abbas pun pernah datang menemui RasuluLlah saw di rumahnya dan dia mendapati Nabi SAW sedang solat, lalu baginda solat di sisi RasuluLlah saw tanpa cuit bahu baginda. Saya agak ini cuma uruf (dat) Melayu yang terkenal dengan budibahasanya, maka tepuk

bahu Imam itu bermaksud (mungkin) minta keizinan supaya sudi menjadi Imam kepadanya. Jadi hukumnya tidak dapat kita pastikan tapi sebaiknya kita tidak berbuat demikian tapi taklah sampai haram kalau rata-rata orang Melayu melakukannya. Kemungkinan ada dalam kitab-kitab madzhab yang saya tidak menemuinya. Mungkin masyaikh lain boleh membantu (khasnya syaikh kamin dan alitantawi atau syaikh sifoo kerana ia mungkin diajar di pondok.

Keluar hingus ketika solat jemaah Ketika Menunaikan solat saya berada dalam keadaan berhingus, dan ketika duduk diantara dua sujud saya berhenti dan menghembuskan hingus beberapa kali ke atas saputangan dengan menggunakan kedua2 tangan. perbuatan saya ini diperhatikan oleh rakan saya. Lalu setelah solat rakan saya mengatakan solat saya batal kerana perbuatan saya itu. Dia mengatakan sepatutnya saya menggunakan sebelah tangan dan menghembuskan hingus tadi ala kadar saja tak perlu bersungguh2. Cukup hingus yang nak meleleh tadi keluar. Pertanyaaan saya. Benarkan solat saya batal atau makhruh saja? jika berlaku lagi keadaan di atas bagaimana harus saya lakukan supaya kelihatan tertib. apa pula yang harus dilakukankan kiranya kita bersin? bagaimana tertib bagi orang yg bersendawa ketika solat? perlukah dia menahannya? sekian -----Dinyatakan bahawa baginda S.A.W pernah bersembahyang dlm keadaan mengangkat cucu perempuannya, Umamah. Apabila sujud, baginda S.A.W meletakkannya dan apabila berdiri baginda mengangkatnya kembali. (Hadith Riwayat Syaikhan) Baginda S.A.W pernah membuka pintu kepada aisyah R.A ketika berada di dlm solat. Terdapat khilaf di kalangan fuqaha dlm mendefinisikan pergerakan yang sedikit ataupun pergerakan yang banyak. Ada di kalangan mereka, jika seseorang melakukan banyak pergerakan, jikalau dilihat dari belakang, dia seolah2 tidak melakukan salat dan sekiranya kurang dari itu, dikira pergerakan yang sedikit. Ada sesetengahnya pula berpendapat sebarang pergerakan boleh membatalkan sembahyang. Imam An-Nawawi berkata: Jika seseorang melakukan banyak pergerakan/perbuatan yang tidak termasuk dalam salat, maka batal solatnya. Ini adalah pendapat jumhur. Alla kullihal, sekiranya perbuatan itu sedikit, maka ia tidak membatalkan solat dan tiada khilaf di kalangan fuqaha akan perkara ini. Sungguhpun demikian, khilaf di kalangan ulama adalah dlm perkara mendefinisikan apa dan bagaimana perbuatan/pergerakan yg sedikit dan banyak. Terdapat 4 qaul dlm mendefinisikan perkara ini. Pendapat ke-4 adalah pendapat yg masyhur yg diterima oleh kebanyakan para fuqaha. Perbuatan/pergerakan yg sedikit seperti mengangguk, menanggalkan kasut, memakai semula ketayap yang terjatuh, membawa atau mendukung anak kecil, menghalang seseorang daripada melintasi orang yg sedang solat, menutup aurat yang terbuka atau perbuatan2 yang seumpamanya.

Adapun perbuatan yang lain, dikira sebagai pergerakan/perbuatan yang banyak (sbg contoh: berjalan beberapa langkah berturut2), ini akan membatalkan solat. Imam An-nawawi berkata: Fuqaha bersepakat bahawa perbuatan yang banyak akan membatalkan solat sekiranya dilakukan secara berturut2 dan berterusan. Sekiranya, ia memisahkan perbuatan itu dgn melangkah, kmdn berhenti seketika, kemudian mengambil langkah lagi, kemudian diam, kemudian mengambil langkah, maka ia tidak akan membatalkan solat. Menggerakan jari ketika tasyahud ataupun menggaru, tidak membatalkan solat walaupun dilakukan berturut-berturut tetapi ia adalah makruh. Imam as-syafie berkata, walaupun seseorang itu mengira bilangan ayat di dlm surah menggunakan jari, perbuatan itu tidak membatalkan solat tetapi sebaiknya menjauhi akan ia. Perbuatan saudara sekiranya sekali imbas seolah2 saudara tidak melakukan solat. oleh itu sekadar menggunakan sebelah tangan dgn sekali mengelap sahaja. Sungguhpun demikian ia adalah makruh. Adapun bersin dan sedawa, cukup sekadar menutup dgn tangan utk mengelakkan dari tersembur kena yang lain atau bau merebak. Rujukan; Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq Fiqh Islami, Wahbah Zuhaili _________________ Wassalam JKK kepada Ust Z, kami mengambil masa sikit utk mentahqeeqnya (menganalisanya) Tahqeeqan: Kata-kata manusia boleh ditolak kecuali Muhammmad saw (Imam Malik). Berhingus dan berkahak bukanlah dayaupaya manusia menahannya jika ia ingin keluar termasuklah waktu solat. Maka pendapat yg mengatakan solat seseorang batal atau makruh kerana seseorang ingin mengeluarkan hingus dan kahaknya adalah tertolak kerana ia adalah kesulitan dan kesukaran bagi seseorang dan ia bukan disengajakan. Maka pergerakan ini adalah harus. alBukhari dalam sahihnya menjelaskan cara membuang kahak," janganlah membuang ke arah kiblat tapi buanglah ke sebelah kiri atau di bawah kaki." (alSahih, Jld 1/108) 2. Tatacara bersin dlm solat: alImam Ibn Hazm (alMuhalla: 4/46) meriwayatkan sebuah hadis dari Rafa'ah bin Rafi' bahawa boleh mengucap AlhamduliLlah ketika bersin dlm solat dan solat tidak batal. Hukum ini disahkan oleh madzhab Ahmad dan Syafi'iy (Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughni: 1/745) 3. Sendawa dan menguap ni adalah sebangsa dan uruf pun memandang sebagai kurang etika jika dilakukan dengan terang-terangan. Jika terpaksa juga hendaklah menahan sedaya mungkin atau mengawalnya sebaik mungkin. (Ibn Abi Syaibah, alMusannif: 2/188) WA Posted by aizuddin at 12:12 AM

Anda mungkin juga menyukai