Anda di halaman 1dari 11

SOLAT SUNAT TAHIYATUL

MASJID
SUBJEK : SYARIAH
2 SINA
DALIL

 Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara


kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah
duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”(Hadis
Riwayat al-Bukhari, Muslim)

 “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid,


hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua
rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
TUJUAN

 Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah


Allah.
 Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di
dalam masjid.
 Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda
ketika di masjid.
Tertib

Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan pekara2 berikut:


 Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca
doa:
2. Berniat iktikaf.
3. Dan apabila sampai di tempat hendak
duduk, bagi menambahkan kecekalan hati
dalam menghadapi syaitan eloklah dibaca:
Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid

 1. Melatih masyarakat ke arah meningkatkan


ketakwaan kepada Allah SWT.
 2. Menyuburkan perasaan menghormati segala
makhluk Allah SWT.
 3. Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan
perasaan.
 4. Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin.
 5. Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.
Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka
tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.
2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.
a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan
terus solat.
b. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi
dibolehkan bangun bersolat.
3. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan :
a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan
terus solat.
b. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi
dibolehkan bangun bersolat.
Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan
sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk
sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3
kali: ‘Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’
6. Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul
Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya
membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan
daripada Rasulullah SAW: “Apabila didirikan solat fardhu, maka tiada solat
ketika itu melainkan solat fardhu.” (Hadis Riwayat Muslim). Tetapi jika dia
berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan
sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai
jemaah solat fardhu.
Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di
padang atau kaki lima. Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena
duduk diam mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah
dan selepas azan pertama, maka boleh Solat Sunat Qabliyah Jumaat.
8. Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki
Masjidilharam hendaklah melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan
Rasulullah SAW dan bukannya Solat Tahiyatul Masjid. Kata Ibn Abbas
r.a. “Tahiyat Kaabah ialah Tawaf”.
9. Mereka yang telah bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat,
menuntut ilmu dan seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah
melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid bukannya mengerjakan Tawaf.
LATIHAN :
 TAIPKAN MAKLUMAT2 TTG SOLAT TAHIYATUL MASJID MELALUI FROGVLEA
MASING2. SEDIAKAN 1 VIDEO YG BERKAITAN ( guna widget Media ) , BAHAN
MAKLUMAT TTG TAJUK INI ( guna widget AB Text @ Notes ) seperti dibawah ini:
 1. Maksud
 2. Hukum
 3. 1 Dalil
 4. Tujuan
 5. Niat Solat berserta maksud
 6. 4 fadhilat solat tahiyatul masjid
 7.Cara2 solat tahiyatul masjid (rujuk buku teks )

Anda mungkin juga menyukai