Anda di halaman 1dari 23

12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Shafiqolbu SAMPAIKANLAH WALAUPUN


HANYA SATU AYAT !

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Posted by Shafi-Q.

(h ps://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/08/tahiyatul-
masjid-sq.jpg)

‫ٱﻟر ۡﺣ َﻣـ ِٰن ﱠ‬


‫ٱﻟر ِﺣ ِﯾم‬ ‫ب ۡﺳ ِم ٱ ِ ﱠ‬
ِ

‫ﺳ ِﯾّ ِدﻧَﺎ ُﻣ َﺣ ﱠﻣ ٍد‬


َ ‫ﻋﻠَﻰ‬
َ ‫ﺳ ِﻠّ ْم‬ َ ‫اَﻟﻠﱠ ُﮭ ﱠم‬
َ ‫ﺻ ِ ّل َو‬

Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad


‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan
sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau
melakukan sesuatu yang lain.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka
janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid,
hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan didirikan solat fardhu, maka
memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat sebelum fardu dan ia sudah dikira sebagai
memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Boleh juga untuk menyatukan dua niat
antara mana-mana solat sunat qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid.

.
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 1/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Jika seseorang itu meninggalkan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tetapi terus menunaikan solat
sunat qabliyah atau solat wuduk, maka ia juga memadai kerana hadis di atas berbentuk umum,
iaitu ‘mendirikan solat dua rakaat’.

Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya seseorang itu melakukan Solat
Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat.

Tujuan

1. Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.

2. Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.

3. Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.

Tertib

Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan pekara2 berikut:

1. Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:

2. Berniat iktikaf.

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 2/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

(h ps://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/08/niat-iktikaf.jpg)

3. Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, bagi menambahkan kecekalan hati dalam
menghadapi syaitan eloklah dibaca:

(h ps://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/08/istighfar-masjid.jpg)

 Cara Melakukan Solat Tahiyatul Masjid

Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua raka’at. Caranya
sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya saja yang berbeza.

1. Niatnya :

.
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 3/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Raka’at pertama – Al-Kafirun.

Raka’at kedua – Al-Ikhlas.

3. Zikir Selepas Solat Sunat Tahiyatul Masjid

a. Kemudian selepas selesai Solat Sunat Tahiyatul Masjid itu bacalah 100 kali;

(h ps://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/08/istighfar-selepas-solat-tahiyatul-masjid.jpg)

b. Selepas itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau sesuatu
zikir sehingga sampai mendengar azan.

Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid

1. Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

2. Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT.

3. Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.

4. Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin.

5. Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.

Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk dalam
pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali
dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 4/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid

1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat
Sunat Tahiyatul Masjid baginya.

2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.

a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.

b. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun
bersolat.

3 Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab
azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang dikira sudah
memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

4. Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan,
hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut
hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah
SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid
sewaktu khutbah Jumaat dijalankan.

Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat
ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun
berkata kepadanya:

“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian
beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang
berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.” (Hadis Riwayat al-
Bukhari)

5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan sudah
dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu
keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali: ‘Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 5/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Wallahu Akbar.’

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada
solat lagi, kecuali solat wajib.” (Hadis Riwayat Muslim)

6. Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para
jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan
menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW: “Apabia didirikan solat
fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan
sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat
fardhu.

7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau
kaki lima. Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar
khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh Solat
Sunat Qabliyah Jumaat.

8. Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam hendaklah
melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan bukannya Solat Tahiyatul
Masjid. Kata Ibn Abbas r.a. “Tahiyat Kaabah ialah Tawaf”.

9. Mereka yang telah bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat, menuntut ilmu
dan seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul
Masjid bukannya mengerjakan Tawaf.

‫وﷲ أﻋﻠم ﺑﺎﻟﺻواب‬

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

‫واﻟﺴﻼم ﻋﻠﺒﻜﻢ و رﺣﻤﺔ ﷲ و ﺑﺮﻛﺎﺗﮫ‬

By

Shafiqolbu

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 6/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

93 responses to this post.

Posted by samri sayful ansar on 02/03/2012 at 1:54 pm

Asslamaualaikum, hari ini hari jumaat dan saya mengucapkan ribuan terima kasih pada
saudara sudi berkongsi maklumat mengenai solat sunat tahiyatul masjid….sebelum ini saya
xpernah melakukannya…dan baru saya sedar selama solat saya ini sia-sia seperti yang
diucpkan oleh ulama itu tanpa solat sunat masjid ini…….namun dengan berkat ALLAH
SWT mempertemukan blog anda kepada saya untuk saya pelajari insyaallah saya akan
lakukannya sepanjang solat jumaat…

Reply

Posted by Shafi-Q on 03/03/2012 at 8:40 am

Wa alaikumus salaam… Syukran jazilan, semoga Sayful terus istiqamah beramal…

Reply

Posted by Leya on 25/04/2012 at 11:11 am

Assalammualaikum….saya ingin bertanya sekiranya telah habis sembahyang berjemaah di


masjid dan kita baru saja masuk untuk mendirikan solat fardu berseorangan bolehkah kita
mendirikan solat sunat tahiyatul masjid?

Reply

Posted by Shafi-Q on 25/04/2012 at 7:02 pm

Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh.


Bolehh sangat.. malahan amat digalakkan bagi menghormati masjid.

Reply

Posted by ingin belajar on 03/05/2012 at 10:45 pm

assalamualaikum.. bolehkah solat tahiyatul masjid selepas solat fardhu?

Reply

Posted by Shafi-Q on 05/05/2012 at 1:27 am

Waalaikumussalam..
Sekiranya telah melakukan solat fardhu, tidak perlulah lagi mendirikan Solat Sunat
Tahiyatul Masjid kerana dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan solat
tersebut.

Reply

Posted by pelajar jahil yg sdg belajar on 23/11/2014 at 9:22 am

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 7/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

salam, sy dah solat asar berjemaah tapi selepas itu buat pula solat sunat masjid juga,
haram atau makruh kerana masuk masjid terus berjemaah solat asar? jika dikira
sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan solat seperti yg tuan katakan itu, maka
tak perlu buat sunat masjid. Tapi, jika nak buat juga bagaimana, haram atau makruh?
Soalan pertama : haram atau makruh dari segi tertib solat sebelum duduk? Soalan
kedua : haram atau makruh dari segi waktu larangan solat sunat? Soalan ketiga : jika
sudah solat asar tapi mahu buat juga solat sunat masjid selepas itu adakah haram
atau makruh? (semua ini situasi di dalam masjid dari sy yg jahil masih menuntut
ilmu ini, terima kasih dan salam)

Posted by Shafi-Q on 30/12/2014 at 11:03 pm

‫اﻟﺮ ِﺣ ِﯿﻢ‬ ‫ﺳ ِﻢ اﻟﻠﱠـ ِﮫ ﱠ‬


‫اﻟﺮﺣْ َﻤـ ِٰﻦ ﱠ‬ ْ ‫ب‬
ِ

Solat Sunat Tahiyatul Masjid tiada waktu larangan dan dalam kes di atas ianya sudah
tertampung dalam solat jemaah, tidak perlu dilakukan lagi.. jika ingin melakukan
juga..adalah dibolehkan tidak sampai kepada hukum haram tapi makruh sekiranya
masih ada solat fardhu yang tertunggak… perlu diutama dan diselesaikan segala
solat qadha sebelum memperbanyakkan solat2 sunat.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Posted by Adek wahab on 25/06/2012 at 3:51 pm

Kalau dah dtg ke masjid tersebut utk solat zohor, dah solat tahayyatul masjid, kemudian
keluar tuk smbung bekerja…dtg untuk solat asar di masjid yg sama, ada kah boleh lakukan
solat tahiyyatul masjid lagi..?

Reply

Posted by Shafi-Q on 26/06/2012 at 12:07 pm

‫ﻋﻠَ ْﯿ َﻜ ْﻢ َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗُﮫ‬


َ ‫ﺴﻼَ ُم‬
‫اَﻟ ﱠ‬

Adalah sunnah melakukan solat Tahiyyatul Masjid setiap kali mendatanginya dan
lebih pahala dan afdal jika Adek dapat setakan dengan berniat i’tikaf.

Reply

Posted by atan on 28/06/2012 at 1:32 pm

boleh tak kita sembahyag solat tahiyyatul Masjid di surau yg buat solat jumaat atau di masa-
masa surau.

Reply

Posted by Shafi-Q on 28/06/2012 at 5:16 pm

‫ﻋﻠَ ْﯿ َﻜ ْﻢ َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


َ ‫ﺴﻼَ ُم‬
‫اَﻟ ﱠ‬

Solat ini hanya dilakukan dimasjid-masjid dan surau-surau besar yang mengadakan
solat Jumaat sahaja.

Reply

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 8/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Posted by miezeiy on 12/05/2014 at 7:08 am

Solat tahiyatul masjid hanya dilakukan di masjid sahaja, tidak disyaratkan dilakukan
solat Jumaat ataupun tidak. Di Malaysia, ada juga surau yang dilakukan solat Jumaat,
contohnya surau di jalan Bulatan Pahang KL, ianya tidak boleh dilakukan solat
tahiyatul masjid kerana tidak dinamakan masjid. Perlu dibezakan antara masjid dan
surau. Masjid ialah tanah atau bangunan yang diwaqa an kepada orang awam
untuk melakukan solat. ianya sudah menjadi harta waqaf (hak orang awam). Adapun
surau masih dimiliki oleh individu tertentu atau organisasi tertentu.
Oleh itu, tidak boleh melakukan solat sunat tahiyatul masjid di tempat yang
dinamakan surau, walaupun dilakukan solat Jumaat.

Posted by puteri on 21/07/2012 at 8:43 am

Assalamualaikum ustaz

sy nk tya, jika saya ingin solat sunat wuduk dan tahiyatul masjid, yg mana dulu sy mesti
dahulukan?ataupun sy hya perlu buat salah 1 je?

syukran..

Reply

Posted by Shafi-Q on 21/07/2012 at 11:39 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲِ َوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Puteri boleh lakukan Solat Sunat Wudhuk dahulu dan diikuti Solat Tahiyatul Masjid, jika
kesempitan waktu boleh dipilih salah satu daripadanya..

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬

Reply

Posted by puteri on 23/07/2012 at 12:10 am

syukran…

Posted by mutalib manap on 21/07/2012 at 1:23 pm

boleh atau tidak kalau kita baca lain dari surah Al Kafirun dan Al ikhlas?

Reply

Posted by Shafi-Q on 21/07/2012 at 11:45 pm

InsyaAllah, bolehh..

Reply

Posted by aidil on 04/08/2012 at 6:16 pm

salam uztaz.nie aidil nak tanya skit,klau waktu orang sujud sudah bh,kita terlambat
memasuki masjid,apakh kita patut terus ikut bersama2x sujud?

Posted by Shafi-Q on 05/08/2012 at 9:01 am

ُ
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 9/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

‫ﻋﻠَ ْﯿ َﻜ ْﻢ َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


َ ‫ﺴﻼَ ُم‬
‫اَﻟ ﱠ‬

Sebaik Aidil sampai ke saf terus berniat dan ikut sujud bagi mendapatkan pahala
berjamaah..

Posted by Sarul pinrang on 05/08/2012 at 5:57 am

Assalamu alaikum….bolekah kita solat sunat tayyatul masjid hanya bembaca surah al-
fateha tampa membaca surah2 lain?

Reply

Posted by Shafi-Q on 05/08/2012 at 9:11 am

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah
al-Fatihah), maka itu mencukupi baginya. Dan sesiapa yang menambah (dengan
membaca ayat atau surah lain), maka ia adalah paling baik.” (Riwayat Imam Muslim
dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).

Walaupun sunat, akan tetapi Sarul tidak digalakkan meninggalkannya dengan sengaja
kerana akan mengurangkan pahala solat.

Reply

Posted by syeed saifulazry on 11/08/2012 at 10:16 pm

Assalamua’laikum wbt ustaz….sekiranya sya masuk masjid ketika sembahyang terawih


telah dimulakan (solat isyak telah dilakukan dirumah), adakah perlu untuk saya melakukan
solat tahiyatul masjid terlebih dahulu atau memadai terus mengikuti solat terawih tersebut?

Reply

Posted by Shafi-Q on 12/08/2012 at 11:20 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Terus saja mengikut jemaah bersolat Tarawih…dan adalah sayang Sdr.Syeed melepaskan
solat Isyak berjemaah yang lebih besar fadhilatnya..

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam,
barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat
malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Reply

Posted by syeed saifulazry on 13/08/2012 at 9:43 am

Terima kasih atas peringatan dan jawapan tersebut ustaz

Reply

Posted by kfendi on 22/08/2012 at 10:51 am

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 10/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

assalamualaikum ustaz,,
jika kita sampai di masjid selepas azan… yang mana lebih utama kita buat.. solat sunat
wuduk, sunat rawabin atau tahiyatul masjid?
minta pencerahan.. wassalam

Reply

Posted by Shafi-Q on 22/08/2012 at 11:21 am

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Seperti pada no.3 dalam tajuk ‘Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid’ di entery di
atas… solat sunat Rawatib dikira sudah memadai bagi memenuhi tuntutan Solat Sunat
Wuduk dan Tahiyatul Masjid.

Reply

Posted by Zol on 25/08/2012 at 11:59 pm

Assalamualaikum,

Dalam bulan puasa baru2 ni saya masuk Masjid Subang untuk solat zohor, selepas masuk
saya buat sunat tahiyatul masjid dan terus duduk, semasa tu ada seseorang sedang memberi
tazkirah tentang masaalah negeri Selangor, sebelum mengakhiri tazkirah, dia memberi
teguran kepada yang lain2 termasuk saya supaya terus duduk dan tidak membuat tahiyatul
masjid kerana mendengar tazkirah lebih afdal katanya, setahu saya apa yang Ustaz
terangkan diatas itulah yang lebih afdal kerana nabi pernah menegur Sulaik semasa
khutbah. Saya ingin penjelasan dari Ustaz.

Reply

Posted by Shafi-Q on 26/08/2012 at 7:15 am

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Ikutlah seperti apa yang Rasulullah SAW sunnahkan..


Allah berfirman; “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-
banyak (dalam masa susah dan senang).”
(Surah Al-Ahzab : Ayat 21)

Reply

Posted by Zol on 31/08/2012 at 10:33 pm

Terima kasih banyak2 Ustaz…

Posted by Shofi on 30/08/2012 at 3:12 pm

Assalammualaikum,

Off topik sedikit, dalam solat berjemaah, semasa tahiyat akhir, imam telah memberi
semalam, namun saya masih belum habis lagi membaca tahiyat akhir, manakah lebih baik,
adakah saya putuskan bacaan dan terus memberi salam mengikut imam atau boleh proceed
menghabiskan bacaan tahiyat akhir dan kemudiannya baru memberi salam
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 11/23
12/20/2019 g y Solat Sunat Tahiyatul y
Masjid | Shafiqolbu

Terima kasih

Reply

Posted by Shafi-Q on 30/08/2012 at 7:22 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Sdr.Shofi habiskanlah membaca tahiyat akhir tersebut, tak perlu terburu2 kerana imam
telah selesai solatnya.

Reply

Posted by Shofi on 03/09/2012 at 11:23 am

Terima kasih Tuan, mohon sedikit pendapat Tuan tentang Isbal, terutama ketika kita
memakai seluar, terlalu banyak pendapat, buat masa ini saya singkatkan seluar
sehingga betul betul di mata kaki (buku lali), mohon pendapat

Posted by Shafi-Q on 03/09/2012 at 11:44 pm

‫ﻋﻠَ ْﯿ َﻜ ْﻢ َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


َ ‫ﺴﻼَ ُم‬
‫اَﻟ ﱠ‬

Tepatlah seperti apa yang Sdr.Shofi lakukan itu kerana had kain/seluar adalah antara
setengah betis hingga ke tepat paras buku lali.

Berkata Abu Juray Jabir bin Salim radhiallahu’anhu, kepada Rasulullah SAW :
“Berikanlah kepadaku sebuah wasiat.” Baginda bersabda: “Janganlah engkau cela
sesiapa.” Dia berkata: “Maka mulai saat itu tidak ada seorang pun yang aku cela baik orang
merdeka, budak, unta mahupun kambing.” Baginda bersabda:

(( ‫ْﻒ‬ ِ ‫اركَ إِﻟَﻰ ﻧِﺼ‬ َ ‫ارﻓَ ْﻊ إِ َز‬ْ ‫وف َو‬ ِ ‫ﻂ إِﻟَ ْﯿ ِﮫ َوﺟْ ُﮭﻚَ إِنﱠ ذَ ِﻟﻚَ ِﻣﻦَ ا ْﻟ َﻤ ْﻌ ُﺮ‬ٌ ‫ﺴ‬ ِ َ‫وف َوأ َ ْن ﺗ ُ َﻜ ِﻠّ َﻢ أ َ َﺧﺎكَ َوأ َ ْﻧﺖَ ُﻣ ْﻨﺒ‬
ِ ‫ﺷ ْﯿﺌ ًﺎ ِﻣﻦَ ا ْﻟ َﻤ ْﻌ ُﺮ‬
َ ‫َوﻻَ ﺗَﺤْ ِﻘ َﺮنﱠ‬
َ‫ك‬
‫ﻋﯿﱠ َﺮ ﺑِ َﻤﺎ‬ َ‫ﻚ‬
َ ‫ﺷﺘ َﻤ َو‬ َ ٌ
َ ‫اﻣ ُﺮؤ‬ َ َ
ْ ‫ﺐ اﻟ َﻤ ِﺨﯿﻠﺔ َوإِ ِن‬ ْ َ ‫نﱠ‬ َ ْ َ‫ﻦ‬ ‫ﱠ‬ َ
‫اﻹز ِار ﻓ ِﺈﻧ َﮭﺎ ِﻣ اﻟ َﻤ ِﺨﯿﻠ ِﺔ َوإِ ﷲَ ﻻ ﯾُ ِﺤ ﱡ‬ َ ِ ‫ﺳﺒَﺎ َل‬ ْ ِ‫ﺎق ﻓَ ِﺈ ْن أَﺑَﯿْﺖَ ﻓ ِﺈﻟﻰ اﻟﻜ ْﻌﺒَﯿ ِْﻦ َوإِﯾﱠ َوإ‬
َ‫ﺎك‬ َ ْ َ َ ِ ‫ﺴ‬‫اﻟ ﱠ‬
َ َ‫ﯾَ ْﻌﻠَ ُﻢ ﻓِﯿﻚَ ﻓَﻼَ ﺗُﻌَ ِﯿّ ْﺮهُ ِﺑ َﻤﺎ ﺗ َ ْﻌﻠَ ُﻢ ﻓِﯿ ِﮫ ﻓَ ِﺈﻧﱠ َﻤﺎ َوﺑَﺎ ُل ذَ ِﻟﻚ‬.))
‫ﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ‬
“Jangan engkau lepaskan kenikmatan perbuatan baik walaupun sedikit.
Bercakaplah kepada saudaramu dengan wajah yang berseri-seri sebab hal itu juga
sebuah kebaikan. Angkat kain sarungmu hingga setengah betis. Jika engkau enggan
maka julurkan tepat di atas mata kaki. Janganlah kamu melakukan isbal, sebab
isbal itu termasuk perbuatan sombong dan Allah tidak menyukai sifat sombong.
Apabila ada seseorang yang mencela dan mencacimu dengan sesuatu yang ia ketahui
dari dirimu, maka jangan engkau balas mencercanya dengan sesuatu yang engkau
ketahui dari dirinya, sebab bencana tersebut hanya akan menimpa dirinya sendiri.”
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmidzi, Ahmad r.a.)

‘Isbal’ (melabuhkan pakaian bagi lelaki) itu bukan pada kain sarung saja tetapi juga
pada serban, jubah dan baju lengan panjang. Oleh kerana itu janganlah sampai
lengan bajunya melepasi pergelangan tangan dan serban jangan sampai hujungnya
menjulur hingga kedua-dua pinggul, berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar
radhiallahu’anhu dari Nabi Shalallahu’ alaihi wa sallam, Baginda bersabda:

(( ‫ﻈ ُﺮ ﷲُ إِﻟَ ْﯿ ِﮫ ﯾَ ْﻮ َم ا ْﻟ ِﻘﯿَﺎ َﻣ ِﺔ‬ َ ‫ﯿﺺ َوا ْﻟ ِﻌ َﻤﺎ َﻣ ِﺔ َﻣ ْﻦ َﺟ ﱠﺮ ِﻣ ْﻨ َﮭﺎ‬


ُ ‫ﺷ ْﯿﺌ ًﺎ ُﺧﯿَﻼَ َء ﻻَ ﯾَ ْﻨ‬ ِ ‫اﻹ َز ِار َوا ْﻟﻘَ ِﻤ‬
ِ ‫ﺳﺒَﺎ ُل ﻓِﻲ‬
ْ ‫اﻹ‬.))
ِ
“Isbal itu ada pada kain sarung, baju panjang dan serban. Sesiapa
memanjangkannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari
kiamat kelak.” (Hadis riwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasa-i dan Ibnu Majah r.a.)

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 12/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Para ulama telah sepakat bahawa Isbal itu haram jika dilakukan atas dasar sombong
dan mereka juga berselisih pendapat jika isbal dilakukan bukan kerana sombong.
Dalam pada itu kebanyakan daripada mereka tidak mengharamkan bagi isbal tanpa
kesombongan dan para ulama sepakat jika isbal tanpa kesombongan, maka
hukumnya adalah makruh.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Posted by apik on 31/08/2012 at 10:39 am

assalammualaikum… solat sunat tahyatul masjid boleh x dilakukan di surau????

Reply

Posted by Shafi-Q on 01/09/2012 at 12:49 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Boleh dilakukan di surau2 besar dan yang mengadakan solat Jumaat.

Reply

Posted by adif on 20/09/2012 at 11:57 am

Assalammualaikum, bolehkan solat tahiyatul masjid dilakukan sebelum azan jumaat,


maksudnya diantara 5-10 minit sebelum azan pertama jumaat.. Bukankah tempoh tersebut
waktu syuruk diharamkan solat.. Sbb ini berlaku jika datang awal ke masjid menunggu azan
pertama jumaat? Sekiranya sy tersilap harap perbetulkan..

Reply

Posted by adif on 20/09/2012 at 12:29 pm

Maaf ustaz, rasanya sy sudah mendapat jawapanya daripada blog ni dalam page solat
sunat.. Sbb sy masih baru dsini.. Blog ini sgt berguna untuk org seperti sy.. Terima kasih
🙂

Reply

Posted by Shafi-Q on 04/10/2012 at 5:22 pm

Alhamdulillah… Yang baik dan baik tu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk
dari diri ana jua…

Selamat berkunjung ke sini… Semoga Blog Shafiqolbu dapat terus membantu…


InsyaAllah…

Posted by Shafi-Q on 04/10/2012 at 5:12 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

1. Solat Tahiyatul Masjid boleh dilakukan pada bila-bila masa walaupun pada waktu
yang terlarang kerana ia adalah solat sunat bersebab.
2. Tempoh waktu larangan solat sebelum azan pertama adalah terbatal kerana
keistimewaan Jumaat, penghulu segala hari.
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 13/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

3. Syuruk adalah waktu sebaik munculnya matahari dan diharam solat hanya dalam
tempoh 12 minit selepasnya. Jadual waktu syuruk ini Sdr.Adif boleh rujuk pada akhbar
atau Takwin Islam.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by asha on 23/10/2012 at 1:18 am

Assalamualaikum ustaz,sy tgl brdekatan masjid..adakah stiap kali masuk ke masjid sebelum
setiap solat fardhu pd stiap hari sy perlu solat sunat masjid dahulu?atau hanya perlu
melakukan solat sunat masjid pd kali pertama masuk ke masjid pd hari tersebut?mohon
pnjelasan ustaz..terima kasih

Reply

Posted by Shafi-Q on 30/10/2012 at 11:11 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Melakukan Solat Sunat Tahatul Masjid amatlah dituntut setiap kali memasukinya…
walaupun Asha ke masjid pada setiap solat fardhu. Ia sebagai suatu cara
menghormatinya.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by Abdul Ghani Pindek on 03/11/2012 at 11:08 pm

Assalamualaikum.ingin tahu,apa solat solat sunat yg perlu dilaksanakan selepas solat


Jumaat

Reply

Posted by Shafi-Q on 06/11/2012 at 11:39 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Solat Sunat Ba’diyah Jumaat 2 atau 4 rakaat.

Reply

Posted by Sham on 08/11/2012 at 6:29 pm

Assalamualaikum Ustaz… Biasanya ramai jemaah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid


sebelum sembahyang fardhu, setelah selesai sembahyang fardhu secara berjemaah pula
mereka terus solat sunat sekali lagi, itu adakah solat Tahiyatul Masjid Ustaz? Dan
bagaimana dengan niatnya jika solat sunat itu bukan Tahiyatul Masjid?

Reply

Posted by Shafi-Q on 10/11/2012 at 11:11 pm


ُ
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 14/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Solat Tahiyatul Masjid dilakukan sebaik saja kita memasuki masjid; manakala solat
selepas atau sebelum solat fardhu dinamakan Solat Sunat Rawatib… Shamm boleh
dapatkan keterangannya di:- h ps://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-
rawatib/

Reply

Posted by shariff on 18/11/2012 at 11:11 pm

Assalamualaikum w.w.

Saya ada terbaca suatu artikel berkenaan solat jumaat, yang mengatakan bahawa semasa
pada solat jumaat tidak ada solat qiblyah dan bahdiyah (rawatib). Makmum hanya
disarankan untuk solat sunat tahyatul masjid sahaja. Selepas itu mendengar kutbah. Harap
perbetulkan pendapat ini. Terima kasih

Reply

Posted by Shafi-Q on 23/11/2012 at 12:21 am

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Tiada pada yang lewat hadir ke masjid… Solat Rawatib adalah solat sunat mengiringi
solat fardhu dan pada hari Jumaat solat Jemaah inilah yang menjadi kefardhuan bagi
setiap lelaki Muslim.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by mohd kamarul ariffin bin ismail on 15/02/2013 at 8:42 am

Assalamualaikum..mohon share untuk perkongsian ilmu..assalamualaikum..

Reply

Posted by Mohd Aizat on 15/03/2013 at 9:08 am

Assalamualaikum ustaz,,boleh off topik sedikit,,semasa sedang sembahyang


berjemaah,imam sudah rukuk manakala saya masih membaca al-fatihah,adakah perlu saya
putuskan bacaan al-fatihah itu untuk mengikut imam rukuk ataupun saya perlu teruskan
saja bacaan al-fatihah itu sehingga selesai??,,mohon penjelasan daripada ustaz…

Reply

Posted by Shafi-Q on 15/03/2013 at 10:45 am

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Habiskan bacaan Fatihah tersebut dan sekiranya masih belum selesai setelah imam
bangkit dari rukuk, maka barulah diputuskan bacaan Fatihah dan teruskan rukuk
kerana solat Akhi Aizat akan terbatal sekiraya ketinggalan lebih dari 2 rukun Fi’li
daripada imam.
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 15/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by Bula on 20/03/2013 at 2:06 pm

Assallamualaikum, apakah solat


sunat yang dilakukan selepas solat fardhu?

Reply

Posted by Shafi-Q on 22/03/2013 at 7:01 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Solat Rawatib – Solat Sunat Ba’diyyah.

Reply

Posted by amin nur iman on 29/03/2013 at 12:33 pm

USTAZ. SALAM JUMAAT SAYA UCAPKAN. SAYA NAK BERTANYA PADA USTAZ. APE
HUKUM KALAU SEORANG WANITA KELUAR DENGAN 2 LELAKI PADA SUATU
MASA ?

Reply

Posted by Shafi-Q on 14/04/2013 at 12:26 am

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Diharuskan bagi keperluan mendesak seperti belajar dan bekerja…tetapi jika mereka
berdua bukan mahram dan untuk saja2/maksiat adalah haram hukumnya.

Firman Allah SWT:

ً‫ﺳ ِﺒﯿﻼ‬ َ ‫ﺎﺣﺸَﺔً َو‬


َ ‫ﺳﺎء‬ ِ َ‫اﻟﺰﻧَﻰ ِإﻧﱠﮫُ ﻛَﺎنَ ﻓ‬
ّ ِ ْ‫َوﻻَ ﺗ َ ْﻘ َﺮﺑُﻮا‬
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang buruk.”
(al-Israa’:32)

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by amier on 12/04/2013 at 11:01 pm

Assalamualaikum ustaz… apa hukumnya solat sunat tahiyatul masjid sebelum beberapa
minit sebelum azan maghrib berkumandang…

Reply

Posted by Shafi-Q on 01/05/2013 at 3:37 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 16/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Makruh ketika azan berkumandang… selain dari waktu itu sunnah dilakukan sebaik
setiap kali datang/memasuki ke masjid..

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by pian on 03/05/2013 at 3:11 pm

sholat manakah yang di dahulukan antara sholat sunah wuduk dan sholat sunah tahiyatul
masjid?

Reply

Posted by Shafi-Q on 10/05/2013 at 10:27 am

Solat Sunat Wudhuk dan diikuti solat Tahiyatul Masjid…walau bagaimanapun Akhi
Pian boleh dirikan mana-mana jua jenis solat sebelum duduk di dalam masjid..

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by roslan bin ahmad on 21/06/2013 at 3:08 pm

Assalammualaikum,,saya nak tanya,,kalau mcm waktu syuruk diharamkan solat sunat


kan,,kalau hari jumaat,,sbb penghulu segala hari,,tapi kalau isnin sampai khamis pulak
boleh x solat sunat??

Reply

Posted by Shafi-Q on 30/06/2013 at 3:58 am

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Akhi Roslan boleh melakukan solat selepas 12-15 minit dari waktu Syuruk (mula terbit
matahari) iaitu sebaik saja sfera matahari melepasi garisan ufuk sehinggalah 7-10 minit
sebelum masuk waktu Zuhur kecuali hari Jumaat.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by Harith on 09/07/2013 at 10:47 am

Alhamdulillah…hari ini saya terjumpa blog yang berguna untuk saya memperbaiki,
menambah dan menguatkan lagi amalan saya bukan saja pada bulan yang mulia yang bakal
mendatang esok tetapi juga pada masa-masa yang lain…terima kasih

Reply

Posted by gadisBunga on 10/07/2013 at 10:23 pm

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 17/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

terima kasih atas perkongsian..

Reply

Posted by roslan bin ahmad on 12/07/2013 at 3:38 pm

Assalamualaikum,,maksud ustaz solat tahiyatul boleh dibuat pada waktu terlarang pon??
contoh:kalau saya kew masjid saya buat tahiyatul masjid dulu lepas saya bagi salam lepas tu
saya bangun terus dan buat solat sunat qabliyah boleh x ustaz?maknanya selepas azan
pertama maksud saya hari jumaat…time saya nak pg solat jumaat..

Reply

Posted by Shafi-Q on 13/07/2013 at 7:27 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

1) Ya, sebaik melangkah masuk dan sebelum dalam masjid, lakukanlah Solat Tahiyyatul
Masjid.
2) Azan pertama adalah memanggil para jemaah dan setelah azan ke2 barulah boleh
didirikan Solat Sunat Qabliyah.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by roslan bin ahmad on 17/07/2013 at 3:15 am

Maksud ustaz selepas azan pertama tu xboleh buat solat qabliyah jumaat??contoh saya dtg
masjid buat tahiyatul masjid lepas tu saya bangun terus buat solat qabliyah jumaat maksud
saya selepas azan la..

Reply

Posted by Azzif on 21/07/2013 at 8:29 am

Assalamualaikum, perlukah mengulangi solat sunat Tahiyatul Masjid sekiranya kita ke


tandas sewaktu beriktikaf di masjid? contohnya sesudah solat subuh dan duduk mendengar
ceramah.kemudian ke tandas utuk qada hajat. kemudian masuk semula ke masjid untuk
menyambung dengar ceramah. perlukah berwuduk semula dan menunaikan solat Tahiyatul
Masjid (atau solat sunat wudhuk lebih afdal?) sebelum duduk semula?. Mohon penjelasan
Ustaz. Jazakallah.

Reply

Posted by Shafi-Q on 28/07/2013 at 1:09 am

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Tidak perlu selagi belum meninggalkan kawasan masjid…

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 18/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Posted by Azzif Ismail on 28/07/2013 at 12:47 am

Assalamualaikum Tuan Ustaz dan selamat menjalani ibadat puasa, izinkan saya untuk
mengemukakan satu soalan untuk pencerahan. Soalannya ialah perlukah mengulangi solat
sunat Tahiyatul Masjid sekiranya kita ke tandas sewaktu beriktikaf di masjid?
Contohnya sesudah solat Subuh dan duduk mendengar ceramah.kemudian perlu ke tandas
utuk qada hajat. kemudian masuk semula ke masjid untuk menyambung dengar ceramah.
Jadi perlukah berwuduk semula dan menunaikan solat Tahiyatul Masjid (atau solat sunat
wudhuk lebih afdal?) sebelum duduk semula?. Mohon penjelasan Ustaz. Jazakallah.

Mohon perkongsian ilmu tuan.

Reply

Posted by Shafi-Q on 03/08/2013 at 6:12 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Cukup sekali saja selagi Akhi Azzif masih berada di kawasan masjid..

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by tri wulandhari on 28/07/2013 at 8:23 am

assalmmualaikum ustadz..

saya mau tanya, wktu yg baik untuk melakukan solat tahiyatul masjid kapan yah?
kalau 1/3 malam trus lngsung di lnjut kan solat lain ny spperti solat
tahajut,istiqkhoro,hajat,dsb sambil mnunggu adzan subuh apa boleh di barengi hari itu
jga??

Reply

Posted by Shafi-Q on 31/07/2013 at 11:50 am

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

1) Setiap kali mendatangi masjid dan sejurus melangkah masuk ke dalam binaannya…
2) Boleh…

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by sofian on 30/07/2013 at 4:00 pm

assalam ustaz..
Boleh kah dibuat solat sunat tahiyatul Masjid di surau( Asal dulu surau ini di buat solat
Jumaat) tapi sekarang hanya untuk solat 5 waktu sahaja.
Solat jumaat di buat di masjid yang baru di bina.

Reply
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 19/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Posted by Shafi-Q on 03/08/2013 at 5:38 pm

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Boleh…

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by abc on 05/08/2013 at 1:50 am

assalam,after solat asar tak boleh solat sunat kan?boleh


ke kalau nak solat tahiyatul masjid ni after solat asar?

Reply

Posted by fadhillah on 07/08/2013 at 1:24 am

Assalamualaikum ustaz.. seperti penerangan di’atas “Apabila berkelapangan dan ada


kesempatan, maka adalah sewajarnya
seseorang itu melakukan Solat Sunat
Tahiyatul Masjid berasingan yang
natijahnya akan memberatkan lagi
timbangan amal di akhirat.”

persoalan saya, bila kah waktu nya? adakah selepas qabliyah? selapas fardhu? selepas
baqdiah?

Reply

Posted by rosfarizam on 13/08/2013 at 4:59 pm

assalammualaikum ustaz… solat sunat tahiyatul masjid boleh x dilakukan di surau yang
tidak melakukan solat jumaat. minta penjelasan

Reply

Posted by Shafi-Q on 18/08/2013 at 12:36 am

‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬


‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Menurut sesetengah ulama’, boleh dilakukan pada surau2 yang mengadakan solat
berjemaah 5 waktu.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by heh on 29/11/2013 at 11:48 am

salam . nak tnya . klu da tunai solat sunat rawatib . kena tunaikan tahiyaul masjid ke ?

Reply

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 20/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Posted by Shafi-Q on 11/12/2013 at 1:40 am

‫اﻟﺮ ِﺣ ِﯿﻢ‬ ‫ﺳ ِﻢ اﻟﻠﱠـ ِﮫ ﱠ‬


‫اﻟﺮﺣْ َﻤـ ِٰﻦ ﱠ‬ ْ ‫ب‬
ِ

Sebaik melangkah masuk, lakukanlah solat Tahiyatul Masjid terlebih dahulu dan
sekiranya hanya ada satu saja pilihan sebelum solat berjemaah, lakukanlah solat
Qobliyah dan InsyaAllah tuntutan solat Tahiyatul Masjid tertampung di dalamnya..

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by Khairul on 09/05/2014 at 6:27 am

Boleh tak sembahyang tahiyyatul masjid secara berjemaah?

Reply

Posted by Shafi-Q on 13/05/2014 at 12:26 am

Boleh bagi mendapatkan pahala berjemaah tersebut…

Reply

Posted by amin on 07/07/2014 at 5:57 am

Assalamualikum.. Ustaz moga mendapat rahmat Daripada Allah krana menyebarkan ilmu
yg sangat berguna kpada masyarakat. Disini saya memohon kebenaran untuk mempelajari
ilmu Allah yg mana tidak tahu.

Reply

Posted by wak on 24/07/2014 at 12:00 am

Assalamualaikum….boleh x solat sunat lain selain solat tahiyyatul masjid sebelum solat
fardhu…

Reply

Posted by amir on 24/07/2014 at 2:01 am

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Saya ingin bertanya kepada ustaz


mengenai solat sunat tahiyatul masjid selepas solat fardhu asar.

Jika saya telah berniat untuk menunaikan solat sunat itu, tapi setelah saya masuk kedalam
masjid, iqamah dilaungkan, saya terus solat fardhu asar dan selepas itu saya solat sunat
tahiyatul masjid.

Apakah solat sunat tahiyatul masjid itu boleh ditunaikan ataupun ia haram ditunaikan?

Reply

Posted by Shafi-Q on 26/07/2014 at 7:26 pm

‫اﻟﺮ ِﺣ ِﯿﻢ‬ ‫ﺳ ِﻢ اﻟﻠﱠـ ِﮫ ﱠ‬


‫اﻟﺮﺣْ َﻤـ ِٰﻦ ﱠ‬ ْ ‫ب‬
ِ

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 21/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Tak perlu dilakukan lagi kerana telah tertmpung oleh solat fardhu.. dan untuk
pengetahuan Akhi Amir, Solat Tahiyatul Masjid tiada waktu haram.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by zainuddin on 29/07/2014 at 6:54 am

Assalamualaikum Ustaz

Apakah yg perlu di lakukan sekiranya seseorang itu melakukan solat sunat setelah
selesai solat subuh? Sedangkan waktu itu adalah waktu yg diharamkan solat?

Posted by Shafi-Q on 01/08/2014 at 11:40 am

‫اﻟﺮ ِﺣ ِﯿﻢ‬ ‫ﺳ ِﻢ اﻟﻠﱠـ ِﮫ ﱠ‬


‫اﻟﺮﺣْ َﻤـ ِٰﻦ ﱠ‬ ْ ‫ب‬ِ
ُ
‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔ ﷲِ َوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Dilarang melakukan solat sunat yang tanpa bersebab atau sebabnya datang
kemudian.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Posted by noornazzlan on 27/07/2014 at 4:35 pm

Assalammualaikum ustaz , saya ingin bertanya sebab berlaku kekeliruan sewaktu saya ingin
mengerja kan solat jumaat. Waktu solat jumaat ada ke kita perlu sembayang solat zohor
sebelum solat jumaat…bab ada yang kate solat zohor tak perlu kerana solat jumaat tu solat
zohor…ada yang kate solat zohor perlu….tolong terang secara terperinci takut bila
terpesong dari jalan Allah

Reply

Posted by Shafi-Q on 01/08/2014 at 12:00 pm

‫اﻟﺮ ِﺣ ِﯿﻢ‬ ‫ﺳ ِﻢ اﻟﻠﱠـ ِﮫ ﱠ‬


‫اﻟﺮﺣْ َﻤـ ِٰﻦ ﱠ‬ ْ ‫ب‬ِ
‫ﺴﻼَ ُم َو َرﺣْ َﻤﺔُ ﷲِ َوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬‫ﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ اﻟ ﱠ‬
َ ‫َو‬

Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini, semua muslim/muslimat yang telah
melakukan Solat Fardhu Jumaat tidak perlu lagi mendirikan Solat Fardhu Zuhur pada
hari tersebut.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by Mohd Shahrul Nizam on 03/08/2014 at 11:27 pm

Assalamualaikum..bagaimana cara untuk membatalkan solat sunat rawatib/tahiyatul masjid


kerana hendak menyertai solat fardu (iqamat susah dilaungkan)?

Reply
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 22/23
12/20/2019 Solat Sunat Tahiyatul Masjid | Shafiqolbu

Posted by Shafi-Q on 08/08/2014 at 1:07 pm

‫اﻟﺮ ِﺣ ِﯿﻢ‬ ‫ﺳ ِﻢ اﻟﻠﱠـ ِﮫ ﱠ‬


‫اﻟﺮﺣْ َﻤـ ِٰﻦ ﱠ‬ ْ ‫ب‬ ِ
ُ
‫ﻋﻠَ ْﯿ َﻜ ْﻢ َو َرﺣْ َﻤﺔ ﷲ َِوﺑَ َﺮﻛَﺎﺗ ُﮫ‬
َ ‫ﺴﻼَ ُم‬
‫اَﻟ ﱠ‬

Akhi Shahrul boleh meringkas dan selesaikan solat tersebut sebelum Imam rukuk.
Jangan sesekali membatalkan solat jika tiada keperluan darurat kerana kita sedang
berbicara dengan Allah SWT.

Sebagai peringatan bersama…


1. Jangan lewat melakukan solat Rawatib/Tahyatul Masjid sebaik selesai azan
dikumandang.
2. Elak melakukan solat sunat ketika solat jemaah hendak dimulakan.
3. Bilal usah terburu2 melafazkan Iqamah sebelum jemaah selesaikan solat mereka.

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬


Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by Hamba Allah on 08/07/2015 at 11:43 am

Izinkan saya mengambil dan mengamalkan segala yang ustas berikan di dalam blog ini..
Semoga Allah S.W.T merahmati ustas.

Reply

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahiyatul-masjid/ 23/23

Anda mungkin juga menyukai