Anda di halaman 1dari 3

Amanah merupakah suatu sifat yang wajib dipelihara.

Ini kerana, agama Islam sangat


mengutamakan sifat amanah dalam kepimpinan dan muamalat kehidupan seharian.

Kepimpinan merupakan tanggungjawab dan amanah, ia bukan satu kedudukan, kebanggaan


apatah lagi kekuasaan. Amanah dalam kepimpinan merupakan sesuatu yang sangat berat
untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi bagi pemimpin pentadbir masjid.

Dalam hal ini, hadis daripada Anas bin Malik Radiallahuanhu bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

‫َال ِإيَم اَن ِلَم ْن َال َأَم اَن َة َلُه َو َال ِديَن ِلَم ْن َال َعْه َد َلُه‬
“Tidak sempurna iman seseorang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama orang
yang tidak menunaikan janji.”

Amanah adalah sebuah sifat tanggung jawab seseorang dalam memenuhi janji-janji yang
telah disepakati atau menjaga kepercayaan yang telah diberikan oleh orang lain. Kata
amanah berasal dari kata “amuna” yang maksudnya jujur atau dapat dipercaya.

Mengimarahkan masjid juga adalah amanah. Pengimarahan masjid mengandungi dua aspek
iaitu membinanya dan melaziminya. Seseorang hanya dikatakan mengimarahkan masjid
sekiranya dia kerap berulang alik ke masjid. (Lihat al-Tafsir al-Kabir, 5/9).
Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 18 :

‫آَم َن ِباِهَّلل َو اْلَيْو ِم اآْل ِخ ِر َو َأَقاَم الَّص اَل َة‬ ‫ِإَّنَم ا َيْع ُم ُر َم َس اِج َد ِهَّللا َم ْن‬
‫َهَّللاۖ َفَعَس ٰى ُأوَٰل ِئَك َأْن َيُك وُنوا ِم َن‬ ‫َو آَتى الَّزَك اَة َو َلْم َيْخ َش ِإاَّل‬
‫اْلُم ْه َتِد يَن‬
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut
(kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan
termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”.

Marilah kita hayati dan a m b i l pengajarannya seperti berikut:

1. Umat Islam dan jawatankuasa masjid hendaklah beriman, menunaikan solat dan
zakat serta takutkan Allah SWT bagi memakmurkan masjid.

2. Fahamilah bahawa masjid yang tidak dimakmurkan mengikut tuntutan Islam akan
menjadi penyebab kepada perpecahan dan kerosakan kepada masyarakat dan
agama.
3. Jawatankuasa pengurusan masjid yang dipilih hendaklah mengambil langkah-langkah
yang berkesan agar masjid dapat berfungsi mengikut prinsip-prinsip dan peranan
sepertimana Masjid Quba’ di zaman awal-awal Islam dahulu.

4. Amanah kepimpinan masjid juga perlu memastikan prasarana masjid berada pada
tahap yang kondusif berdasarkan kepada keperluan jemaah seperti tempat ibadat
atau dewan solat yang bersih dan selesa. Begitu juga kemudahan-kemudahan lain
untuk keselesaan jemaah yang hadir.

5. Jadikan masjid mesra masyarakat dan jemaah, sehingga hati dan fikiran masyarakat
begitu bergantung kepada masjid.

6. Melaksanakan kempen Jom Ke Masjid dari semasa ke semasa. Galakan, pujukan dan
rayuan kepada masyarakat untuk ke masjid adalah amat penting bukan menghukum
mencela dan menghina kepada yang tidak ke masjid.

7. Kelebihan golongan yang sentiasa menuju kepada masjid seperti hadis Nabi SAW.
Rasulullah SAW bersabda:

‫َب ِّش ِر اْل َم َّش اِئيَن ِفي الُّظ َلِم ِإَلى اْل َمَس اِج ِد ِبالُّن وِر الَّت اِّم َي ْو َم اْلِقَياَمِة‬
Maksudnya: “Beri berita gembiralah kepada yang berjalan kaki membelah kegelapan
malam menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”

Riwayat Abu Daud (561)

Begitu juga, Rasulullah SAW bersabda:

‫َم ْن َغ َدا ِإَلى اْلَم ْس ِج ِد َأْو َر اَح َأَع َّد ُهَّللا َلُه ِفي اْلَج َّن ِة ُنُز ًال ُك َّلَم ا َغ َد ا َأْو َر اَح‬
Maksudnya: “Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya
tempat dalam syurga sepertimana pergi dan pulang.”

Riwayat Muslim (669)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:

‫ِإَذ ا َر َأْي ُتُم الَّر ُج َل َي َت َع اَه ُد اْلَم ْس ِج َد َفاْش َه ُد وا َلُه ِباِإليَم اِن‬
Maksudnya: “Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa dan rajin menuju ke masjid-
masjid, maka saksikanlah baginya dengan iman.”
Solat Jamaah.

1. Umat Islam wajib tekankan adalah solat berjemaah kerana sebagaimana disebut ALLAH SWT di dalam al-
Quran, solat itu boleh mencegah kemungkaran. Maknanya, setiap kemungkaran yang berlaku ia berbalik
kepada solat kita.

2. Jika kita dalam kariah sendiri tidak boleh bangunkan solat berjemaah, jadi siapa lagi nak bangunkan.

3. Sekurang-kurangnya dirikanlah solat Subuh dan Isyak berjemaah sebab apabila seseorang itu boleh
mendirikan solat Subuh dan Isyak berjemaah, maka dia akan dapat kelebihan minimum mendirikan malam.
Di sini juga ada kelebihan lain yang kita tidak sedari ia termasuklah boleh mencegah dari kemungkaran.

3. Seperkara lagi, peranan ibu bapa dilihat begitu penting di dalam menggalakkan anak-anak untuk hadir ke
masjid terutama dalam mendirikan amalan solat berjemaah.

4. Bagi ibu bapa, amat penting, kejutkanlah anak-anak kita, ahli keluarga kita supaya pergi ke masjid. Jadi satu
lagi masalah ibu bapa jika pergi masjid sekalipun hanya membawa diri mereka seorang sahaja tanpa libatkan
anak-anak jadi bagaimana hendak imarahkan masjid, keadaan ini sekaligus tiadalah amal makruf nahi
mungkar.

5. Menyerlahnya sesuatu masjid bergantung kepada masyarakat setempat sendiri, pelbagai program serta
kuliah telah diatur cuma menghadirkan diri sahaja, peluang sudah disediakan.

6. Terkadang sesuatu amalan sunat sukar dikerjakan secara berseorangan malah ia perlu secara berjemaah.
Misalnya amalan sunat seperti solat Duha, sekurang-kurangnya kalau di rumah kita sukar untuk
mendirikannya, tetapi sekiranya datang ke masjid kita dapat tumpang semangat kawan-kawan dan ia akan
jadi mudah.

7. Semoga tahap imarahnya masjid di kalangan ahli kariah bertambah baik. Pengurusan masjid telah
melakukan sebaik mungkin bagi menggalakkan ahli kariah hadir ke masjid namun ia berbalik kepada hati
masing-masing. In Sya Allah.

Anda mungkin juga menyukai