Anda di halaman 1dari 11

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

MEI/2019

ADST2103

SIRAH TARBAWIYYAH

NO. MATRIKULASI : 910131125018001


NO. KAD PENGNEALAN : 910131125018
NO. TELEFON : 0138934635
E-MEL : ukhtizila@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN


PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Masjid adalah sebuah institusi yang amat penting dalam pembangunan Islam dan
umatnya. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W selepas berjihrah dari
Makkah ke Madinah ialah mendirikan sebuah masjid yang diberi nama Masjid Quba’. Masjid
Quba adalah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam bersama Nabi Muhammad S.A.W
dan terletak dua batu dari Masjid an-Nabawi.

Masjid ini telah dijadikan sebagai tempat ibadah kepada seluruh umat Islam dan merupakan
pusat penyebaran agama dakwah dan ilmu-ilmu Islam. Ia juga turut dijadikan sebagai sebagai
tempat solat berjemaah, pengajian agama dan juga perhimpunan keagamaan. Masjid Nabawi
amnya menjadi nadi penggerak Islam , penggerak aktiviti masyarakat, malah tempat rakyat
untuk menuntut hak dan keadilan.

Dalam topik ini saya telah diberikan tugasan untuk mengkaji dan menganalisis peranan
masjid sebagai salah sebuah institusi pendidikan untuk pembangunan aspek spiritual, mental
dan fizikal anggota masyarakat.

2.0 Pembangunan Spritual, Mental dan Fizikal

Secara umumnya pembangunan merupakan suatu proses peningkatan dari suatu


keadaan kepada keadaan yang lebih baik merangkumi segala aspek sama ada dari aspek
spiritual, mental mahupun fizikal. Ia merupakan proses usaha penyusunan sesebuah
masyarakat atau negara yang bersifat proaktif ke arah memaju dan meningkatkan kualiti hidup
manusia di peringkat individu dan bermasyarakat. Walaubagaimanapun, pembangunan
bukanlah matlamat tunggal yang ingin dicapai, tetapi ia merupakan wasilah ke arah supaya
manusia itu dapat memainkan peranan yang lebih bermakna selaku khalifah Allah di muka
bumi ini. Usaha pembangunan ini hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh kerana ia
satu keperluan kepada negara dan agama dalam memberikan kebajikan kepada umat manusia.

Menurut Allama Mirsa Ali Al-Qadhi dikutip dalam bukunya Dr. H. M. Ruslan, MA
mengatakan bahawa spiritual adalah tahap perjalanan batin seseorang manusia untuk mencari
dunia yang lebih tinggi dengan bantuan Allah dan berbagai amalan pengekangan diri sehingga
perhatiannya tidak berpaling dari Allah, semata-mata untuk mencapai puncak kebahagiaan
abadi.
Selain itu, menurut Sayyed Hosseein Nash pula mendefinisikan spiritual adalah sesuatu yang
mengacu pada apa yang terkait dengan dunia roh, dekat dengan Ilahi, mengandungi kebatinan
yang disamakan dengan yang hakiki.

Islam sebagai salah satu agama yang diturunkan oleh Allah SWT juga tidak terlepas dari ajaran
spiritual yang melambangkan kesolehan peribadi seorang muslim.

Dalam hal ini, Allah SWT menjelaskan dalam surat Asy-Syams ayat 7-10 sebagai berikut:

‫َاب َم ْن دَسَّاهَا‬ َ ‫ فَأ َ ْل َه َم َها فُ ُج‬. ‫س َّواهَا‬


َ ‫ قَدْ أ َ ْفلَ َح َمن زَ َّكاهَا ) َوقَدْ خ‬. ‫ورهَا َوت َ ْق َواهَا‬ َ ‫َونَ ْف ٍس َو َما‬

“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Allah mengilhamkan kepada


jiwa itu (perilaku) kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang
menyucikannya, dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” (Qs. asy-Syams/91: 7-10).

Pada ayat di atas, setelah bersumpah dengan matahari, bulan, siang, malam, langit, dan bumi,
Allah bersumpah atas nama jati diri/jiwa manusia dan penciptaannya yang sempurna. Lalu
Allah mengilhamkan kefasikan dan ketakwaan ke dalam jiwa/diri manusia.

1.3 Dalil al- Quran dan Hadis tentang kepentingan pembangunan spiritual, mental dan
fizikal.

Seperti yang kita fahami bahawa sejak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan terhad tempat
ibadah semata-mata tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah Islam yang luas. Ketika
Rasulullah SAW dan para sahabatnya berhijrah dari kota Makkah ke Kota Madinah, baginda
singgah di suatu tempat yang dikenali sebagai Quba’. Disinilah Rasulullah SAW
membangunkan sebuah Masjid yang diberi nama Masjid Quba’ iaitu Masjid terawal yang telah
dibina pada zaman Rasulullah SAW dan begitu juga ketika sampai di Madinah, Rasulullah
membangunkan Masjid Nabawi. Ini semua menunjukkan bahawa Masjid mempunyai
kedudukan yang tinggi bagi umat Islam.
Di zaman Rasulullah SAW masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman para sahabatnya.
Dalam masa yang sama, masjid juga digunakan sebagai tempat pembelajaran dan pengajian
Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran :

َ‫سى أُولَئِكَ أَ ْن يَكُونُوا ِمن‬


َ َ‫ش إِال هللا َ فَع‬ َّ ‫اآلخ ِر َوأَقَا َم الصَّالةَ َوآتَى‬
َ ‫الزكَاةَ َولَ ْم َي ْخ‬ ِ ‫اج َد هللاِ َم ْن آ َمنَ ِباهللِ َوا ْليَ ْو ِم‬
ِ ‫س‬َ ‫إِنَّ َما يَ ْع ُم ُر َم‬
َ‫ا ْل ُم ْهت َ ِدين‬

Maksudnya :

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut
kepada siapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat
petunjuk.”
(Surah al-Taubah : 18)

Memakmurkan masjid mempunyai kesan positif bagi pembinaan masyarakat dalam rangka
peningkatan kualiti hidup masyarakat dan negara. Oleh kerana itu setiap Muslim harus
berperanan dalam memakmurkan masjid sebagaimana firman Allah di atas. Konsep terawal
masjid adalah tempat untuk beribadah kepada Allah SWT. Namun begitu, dari masa ke semasa
ia berubah kepada banyak fungsi dan peranan dalam menerangkan apakah fungsi sebenar
sesebuah masjid dalam Islam serta umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, sejarah
kewujudan masjid juga dapat dilihat sebagai sebuah tempat penting di Zaman Kesultanan
Melayu Melaka di mana masjid dan juga surau memainkan peranan sebagai pusat pembelajaran
dan juga penyebaran agama Islam. Tambahan lagi, pengertian sebenar masjid serta fungsi
masjid memainkan peranan yang penting di sesebuah kawasan bagi menjalankan ibadah dan
juga pengabdian sebagai seorang hamba terhadap penciptaNya.
Dalam rangka meningkatkan fungsi masjid sebagai tempat ibadah dan dakwah bagi umat Islam,
maka kita perlu mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW dengan menjadikan Masjid sebagai
tempat penyebaran ilmu dan tempat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.
Dari Masjidlah Rasulullah SAW membina masyarakat baru Madinah. Ahli Suffah adalah
antara golongan yang terbit dari kesedaran fungsi masjid. Mereka banyak mengambil manfaat
dari ajaran Rasulullah ketika itu. Peluang yang mereka gunakan dengan tinggal di bahagian
penjuru masjid, dijadikan sebagai kesempatan untuk menghafal hadis-hadis Rasulullah SAW.
Abu Hurairah adalah salah seorang dari ratusan Ahli Suffah yang banyak meriwayatkan hadis
dibandingkan dengan sahabat yang lain. Tradisi menjadikan Masjid sebagai pusat ilmu
pengetahuan ini diteruskan oleh para Ulama’ dalam mengembangkan risalah Islam setelah
wafatnya Rasulullah SAW.

4.0 Kaedah Pembangunan Spritual, Mental dan Fizikal


Pada zaman Rasulullah SAW, pelbagai kaedah telah dilakukan baginda bagi
membangunkan semangat spiritual, mental dan fizikal antaranya ialah, mempersaudarakan
sesama muslim .Sebagaimana Rasulullah SAW mengorak langkah pembinaan masjid sebagai
pusat pengumpulan dan berukhuwah, Baginda SAW turut menjalankan usaha lain yang
paling indah dalam sejarah, iaitu mempersaudarakan orang Muhajirin dengan orang Ansar.
Mereka yang dipersaudarakan itu adalah seramai 90 orang , separuhnya daripada Muhajirin
dan separuh lagi daripada Ansar. Erti persaudaraan ini adalah seperti yang diperkatakan oleh
Muhammad al- Ghazali, supaya amalan dan fahaman kepuakan jahiliah dapat dibasmi.
Justeru, tidak ada keakraban melainkan atas landasan Islam. Dengan persaudaraan ini, maka
perbezaan keturunan , warna kulit dan tanah air dapat dibuang. Kaedah ini boleh diguna pakai
oleh masyarakat hari ini terutama di dalam Malaysia di mana masyarakatnya hidup dalam
pelbagai suku, bangsa, berbeza wrna kulit dan agama.

5.0 Strategi Pembangunan aspek Spritual, Mental dan Fizikal.


Dalam usaha untuk menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan insan dalam aspek
spiritual, mental dan fizikal dalam membangunkan masyarakat Islam kontemporari di
Malaysia, beberapa stratgi perlu di wujudkan seperti :

i. Masjid sebagai pusat keilmuan dan kegiatan keIslaman

Masjid adalah institusi ilmu untuk kecemerlangan masyarakat Islam. Budaya ilmu ini perlu
diluaskan dengan mengadakan kelas-kelas keagamaan dan juga kelas-kelas ilmiah yang lain
seperti pelajaran komputer, sains, matematik dan lain-lain pelajaran dari peringkat kanak-
kanak hingga ke peringkat dewasa. Ini sangat bersesuaian dengan keperluan kehidupan
masyarakat Islam kini terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan pedalaman dan jauh
dari pusat-pusat kegiatan ilmu. Oleh itu peranan masjid sebagai pusat ilmu perlu
dioptimumkan bagi membangunkan masyarakat Islam. Sebuah perpustakaan yang lengkap
dengan buku-buku rujukan fardhu ain dan kifayah boleh diwujudkan dalam sebuah masjid.
Ini bererti rujukan di masjid bukan hanya terhad kepada naskah al-Quran dan Yaasin semata-
mata tetapi turut dimuatkan dengan pelbagai buku agama dan buku mengenai ilmu sosial,
ekonomi, politik dan sebagainya. Selain itu masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat
pengajaran dan pembelajaran al-Quran (ulum alQuran) dan al-hadith (ulum al-hadith).
Kebanyakan masjid kini telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran dan al-
Hadith. Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika ditambah dengan
menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya al-Quran dapat
difahami dan diamalkan sebaiknya. Begitu juga kefahaman terhadap hadith yang sebaiknya
diajar dengan menggunakan kitab-kitab hadith secara konsisten (Mohd Norzi, Mohd Khafidz,
Rosnani, Muhammad Fairuz, & Nor Asyikin, 2016). Lantaran itu satu modul khas boleh
diwujudkan mengikut tahap kebolehan individu bagi memudahkan urusan pengajaran dan
pembelajaran al-Quran dan al-hadith di seluruh masjid di Malaysia. Usaha ini sekaligus dapat
mengurangkan masalah buta al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam. Menurut (Ahmad
Fakhrurrazi, 2010) keseimbangan silibus bagi aktiviti pendidikan di masjid juga perlu diberi
perhatian dan dilihat kembali. Pihak pengurusan masjid perlu memastikan subjek dan silibus
pendidikan di masjid merangkumi ketiga-tiga elemen agama iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Di
samping itu halatuju pendidikan di masjid juga perlu diperkemaskan. Beliau juga turut
mencadangkan supaya pendidikan di masjid dijalankan seperti pengajian di pondok-pondok
atau di institusi-institusi pengajian yang menggunakan kitab-kitab rujukan tertentu mewakili
ketiga-tiga elemen agama tersebut. Buku-buku tersebut dibaca dan dibincangkan sehinggalah
tamat dan diberikan sijil kepada jemaah. Seterusnya usaha mengintergrasikan ilmu juga perlu
dilaksanakan bagi memperkasakan lagi peranan masjid itu sendiri. Dalam hal ini konsep
pengajian di masjid harus mempunyai roh kesepaduan ilmu di mana ilmu-ilmu Islam yang
diajar di masjid harus sentiasa dikaitkan dengan ilmu dan realiti semasa. Dalam masa yang
sama ilmu-ilmu semasa yang dibincangkan dalam paradigma pemikiran Islam juga dapat
didedahkan kepada masyarakat. Oleh itu tidak semestinya golongan ustaz dan ustazah sahaja
yang perlu mengajar di masjid tetapi golongan profesional dan intelektual Muslim juga turut
berperanan (Abdul Halim & Mahfuzah, 2010). Hal ini dilihat sangat bersesuaian dengan
masyarakat Islam kontemporari yang terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan dan
kehidupan. Oleh itu pendidikan masjid yang bersifat realistik dilihat penting dalam
membangunkan masyarakat Islam di Malaysia. Penambahbaikan terhadap program-program
seperti forum, tazkirah dan ceramah sempena hari-hari kebesaran Islam juga perlu diberi
nafas baru agar pelaksanaannya bukan sekadar retorik semata-mata tetapi bersifat realistik
dan bersesuaian dengan masyarakat Islam kini. Justeru, jawatankuasa masjid, kakitangan dan
anak kariah perlu mengembleng tenaga untuk melaksanakan setiap program dan aktiviti
secara berkesan demi membangunkan masyarakat Islam itu sendiri. Usaha ini perlu dilihat
sebagai salah satu cara untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT dalam
meraih manfaatnya di akhirat kelak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa membangun untuk Allah sebuah masjid meskipun hanya sebesar sarang
burung, maka Allah akan membangunkan untuknya rumah di syurga.”

(Riwayat Bukhari)

Dalam masa sama program-program yang dilaksanakan juga dapat mengeratkan silaturahim
dalam kalangan masyarakat Islam itu sendiri. Ini penting dalam usaha mewujudkan sebuah
komuniti yang harmoni dan ukhuwwah yang mantap sesama umat Islam.

ii. Menyusun struktur kerja masjid dan imam yang ideal

Salah satu ciri kejayaan sesebuah masjid sebagai pusat pentadbiran dan perkembangan
masyarakat Islam adalah terletak pada struktur kerja masjid itu sendiri. Jawatankuasa kerja
yang dinamik dan berkaliber akan dapat merancang dan mentadbir masjid dengan baik. Ini
penting kerana daya tadbir institusi masjid yang cekap akan menyerlahkan imej kehebatan
Islam itu sendiri (Noor Azlina & Mohd Isa, 2010). Selain itu, Imam masjid juga mempunyai
kedudukan, peranan dan fungsi yang sangat penting, bukan sahaja memakmurkan masjid,
tetapi juga dalam membina, mengembang dan memajukan masyarakat Islam yang merupakan
jemaah masjid. Oleh itu imam masjid perlulah mempunyai kepimpinan, pengetahuan dan
wawasan yang luas serta mampu menyelesaikan masalah kemasyarakatan dengan sebaik
mungkin (Hailan & Rofishah, 2016). Karakteristik dan ciri-ciri yang ada pada seorang
individu adalah sangat penting untuk dipertimbangkan dalam proses pemilihan serta latihan
pemimpin. Oleh itu dalam menentukan karakteristik pemimpin lima perkara yang perlu dititik
beratkan iaitu kemampuan kognitif, personaliti yang sesuai, bersifat keagamaan, bermotivasi
untuk memimpin dan mempunyai pengalaman dalam memimpin. Maka dalam proses
pemilihan imam lima karakteristik ini jugalah yang perlu ditekankan kerana karakteristik
inilah yang perlu wujud di dalam diri pemimpin organisasi termasuklah institusi masjid
(Mahzan & Abdullah, 2010). Lantaran itu proses pemilihan dan pelantikan imam untuk
sesebuah masjid perlu dititikberatkan. Ini kerana imam yang berkaliber memainkan peranan
penting dalam menarik minat dan mendekatkan masyarakat kepada masjid terutamanya
dalam kalangan masyarakat Islam kini yang sering didedahkan dengan model-model dan
selebriti-selebriti ternama . Dalam masa yang sama imam adalah model personaliti kepada
seluruh masyarakat Islam yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan
mereka.

iii. Masjid sebagai pusat kebajikan dan kaunseling

Masjid hendaklah menjadi pusat rujukan dalam masalah-masalah kehidupan masyarakat


Islam sehingga mampu menyediakan jawapan yang munasabah dan Islamik bagi setiap
pertanyaan. Malahan turut menjadi pusat kaunseling bagi menyelesaikan pelbagai masalah
yang dihadapi oleh masyarakat Islam pada hari ini. Satu anjakan paradigma boleh dilakukan
di mana imam, bilal dan jawatankuasa masjid boleh menyediakan khidmat kaunseling kepada
masyarakat yang berhadapan dengan pelbagai masalah terutamanya masyarakat Islam kini
yang penuh dengan cabaran dalam menjalani kehidupan. Dalam konteks ini perlu dijelaskan
bahawa bimbingan dan kaunseling yang hendak diwujudkan di masjid bukanlah merujuk
kepada masyarakat yang bermasalah semata-mata tetapi ia adalah salah satu usaha bagi
membantu pembentukan generasi muslim yang gemilang. Lantaran itu beberapa strategi
dicadangkan agar pelaksanaan bimbingan kaunseling di masjid dapat dilaksanakan. Di
antaranya ialah persediaan pihak pengurusan masjid, pelantikan jawatankuasa kaunseling
atau kaunselor, latihan pembimbing, penyediaan bilik kaunseling dan rakan masjid (Saleh,
2010) Kewujudan masjid sebagai pusat kaunseling dilihat bertepatan dengan realiti
masyarakat yang berhadapan dengan pelbagai tekanan hidup di era kontemporari. Pelbagai
masalah sosial yang wujud dalam masyarakat seperti keruntuhan akhlak remaja, permasalah
rumah tangga, tekanan jiwa, gejala bunuh diri seperti yang berlaku di Pulau Pinang (Berita
Astro Awani, 2016) dan sebagainya perlu diatasi secara bijaksana melalui peranan institusi
masing-masing termasuklah institusi masjid yang menjadi nadi utama dalam membangunkan
jiwa insan.

iv. Mewujudkan Pusat Teknologi Maklumat (ICT) di Masjid

Di era kontemporari kini penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat
berupaya meningkatkan kefahaman, penguasaan, motivasi, mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan meningkatkan daya kreativiti seseorang. Sehubungan
itu program dan aktiviti pengimarahan masjid dilihat perlu kepada penggunaan ICT
(Kamsaton, Mohd Izham, & Mohd Kamil, 2010). Hal ini dilihat penting dalam usaha
memperkasakan semula peranan masjid dalam membangunkan masyarakat Islam
kontemporari di Malaysia. Penggunaan ICT dalam Pengajaran di Masjid ini sudah pastinya
dapat menarik minat masyarakat Islam kini terutamanya golongan remaja untuk menghadiri
kelas pengajian yang dilaksanakan. Sehubungan itu pembinaan Pusat Teknologi Maklumat
(ICT) di masjid dilihat sebagai satu anjakan paradigma dalam medan dakwah terutamanya
dalam memperkasakan peranan masjid. Dalam hal ini institusi masjid perlu maju ke hadapan
seiring dengan masyarakat. Golongan mad’u diluar telah pun berada pada tahap kemajuan
yang tinggi maka malanglah sekiranya institusi masjid yang menjadi nadi kepada
pengembangan dan pembangunan Islam masih berada di tampuk lama. Oleh itu setiap masjid
seharusnya dilengkapi dengan beberapa kemudahan ICT untuk memudahkan pihak
pentadbiran masjid dan jemaah mendapatkan maklumat dengan pantas seperti e-fatwa, e-
khutbah dan sebagainya. Lamanlaman web dan laman sosial untuk sesebuah masjid juga
boleh diwujudkan dan diaktifkan bagi memudahkan urusan penyebaran maklumat
bersesuaian dengan situasi hari ini. Hal ini sekaligus dapat menarik minat golongan generasi
Y yang sememangnya tidak dapat dipisahkkan dengan laman-laman seperti ini. Justeru
saluran ini boleh digunakan sebagai salah satu medan dakwah di alaf ini.

6.0 Cabaran Institusi Masjid Masa Kini

Dunia di ambang abad ke-21 ini kian hari kian mendedahkan bermacam – macam isu
yang tidak terjangkau dek akal fikiran generasi Y kala ini di mana berlakunya berbagai gejala
negatif dalam masyarakat kerana sukar untuk hidup disebabkan oleh kegawatan ekonomi. Ada
juga yang membunuh diri kerana perginya manusia pujaan, murtad kerana mengikut kekasih
dan menukar nama kepada nama – nama yang bukan Islam. Disamping itu tidak kurang pula
yang melakukan zina secara terang-terangan, meminum arak dan sebagainya.
Kuasa – kuasa besar dunia pula tidak henti–henti mengancam dan memberi amaran
kepada sebahagian Negara Islam agar tunduk kepadanya dengan menyombong diri
sebagai AKULAH PENGUASA DUNIA atau AKULAH TUHAN dengan sikap semacam
mengongkong umat Islam dan juga terhadap mereka yang masih kuat hubungannya dengan
Allah. Dalam masa yang sama fahaman sekular semakin meresap ke dalam hati sebahagian
umat Islam yang hampir putus hubungannya dengan Allah.

Pengembang-pengembang Kristian dan lain-lain agama turut mengganggu suasana


dengan penyebaran risalah dan kitab-kitab suci secara percuma. Manakala kemasukan
pendatang asing juga menjadi isu besar mempengaruhi corak budaya masyarakat. Mereka
bukan sahaja datang untuk mencari pekerjaan tetapi juga membawa unsur–unsur negatif dan
bahan–bahan yang meracuni budaya dan pemikiran umat Islam.
Dr. Abd. Rahman Abd. Khaliq dalam bukunya, Ilhad pernah menulis bahawa
sesungguhnya belia-belia Islam kita hari ini telah terikut-ikut dengan ajakan kekufuran yang
palsu, ilhad zindiq. Keadaan ini telah merobohkan kita daripada status sesuatu umat yang
memerintah kepada umat yang diperintah yakni umat yang dicengkam dan umat yang boleh
dipergunakan.
Maka, terbinanya Masjid di Negara kita kini mudah-mudahan sedikit sebanyak menjadi
platform menarik minat golongan-golongan muda terutamanya untuk kembali kepada Allah
membina pemikiran strategik.
7.0 KESIMPULAN

Pembinaan sebuah masjid adalah asas penting dalam membangunkan masyarakat


Islam khususnya di era kontemporari yang kian mencabar. Hubungan antara masyarakat
Islam dan masjid tidak dapat dipisahkan kerana masjid adalah tunggak dan nadi pusat
kegiatan umat Islam. Begitu juga dengan institusi masjid yang memerlukan masyarakat Islam
untuk mengimarahkannnya. Justeru cadangan-cadangan ke arah pemerkasaan masjid dilihat
penting agar masyarakat dapat menjadikan masjid sebagai one stop centre sekaligus dapat
mengembangkan ajaran Islam dan membangunkan masyarakat kontemporari di Malaysia.
Justeru peranan masjid perlu diperkasakan seiring dengan modenisasi yang berlaku agar
institusi masjid dilihat benar-benar berfungsi dalam membangunkan insan dan masyarakat
yang sejahtera.

RUJUKAN

Rujukan Abdul Halim, T., & Mahfuzah, M. Z. (2010). Peranan institusi masjid untuk
merealisasikan konsep kesepaduian ilmu dalam pendidikan. Seminar Kebangsaan
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Masjid, 103-104.

Abdul Razak, A,M., Mohd Khairil, A. A. L., & Ezry Fahmy E. Y. (2010). Isu dan
cabaran institusi masjid dalam pembentukan sahsiah remaja di era globalisasi dan cadangan
penyelesaiannya. Seminar Kebangsaan Pengajian dan Pembelajaran Berteraskan Masjid.

Ahmad Fakhrurrazi, M. Z. (2010). Singgulan awal terhadap isu-isu masjid sebagai


one stop community centre. Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Masjid, 97.

Ahmad Fauzi, M. S., & Muhammad Yusuf, M. A. (2016). Strategi pembangunan


ekonomi masjid AsSalam sebagai wasilah dakwah kontemporari. Seminar Antarbangsa
Akidah, Dakwah dan Syariah. Ainoor, M. A., (2010).

Masjid mesra remaja: Menurut perspektif remaja masa kini. Seminar Kebangsaan
Pengajian dan Pembelajaran Berteraskan Masjid. Arman, Z. (2009).

Mengimarahkan masjid sebagai nadi masyarakat. Diakses daripada:


http://aki2004.wordpress.com/2009/11/20/mengimarahkan-masjid-sebagai-nadi-masyarakat/

Berita Astroawani (2016).


Lelaki dipercayai terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang. Diakses daripada:
http://www.astroawani.com/

Hailan, S. & Rofishah, R. (2016). Tahap amalan kepemimpinan pengerusi masjid di


Terengganu.

Journal of Business and Social Developement, 4(1), 65-77.

Hamka (1985). Tafsir al-Azhar Juzu' 18.

Jakarta: Pustaka Panjimas. Kamsaton, S., Mohd Izham, M. H., & Mohd Kamil, A. K.
(2010).

Kepentingan amalan penggunaan ICT dalam kalangan pentadbir masjid:


Hubungkaitnya dengan pengajaran dan pembelajaran. Seminar Kebangsaan Pengajaran dan
Pembelajaran Berteraskan Masjidd, 311-312.

Khalim, Z., & Aminuddin, B. A. (2008). Pengurusan tingkahlaku remaja ke arah


pemerkasaan pembangunan modal insan: Berdasarkan teori barat dan pendekatan Islam. .
Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan, 6.

Anda mungkin juga menyukai