Anda di halaman 1dari 21

PUSAT PENGAJIAN UMUM

SIRAH NABAWIYYAH
DDS 42103

PERANAN MASJID DALAM ISLAM

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR SITI MASTURA BT MOHD YUSREY


NOMBOR MATRIKS M212091845
KOD KURSUS DDS 42103
NAMA KURSUS SIRAH NABAWIYYAH
PENSYARAH MUHAMAD ZAHIR BIN OTHMAN
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat


masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertama,saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang


saya hormati, Ustaz Muhamad Zahir Bin Othman dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa.Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir percakapan,saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat


secara langsung atau sebaliknya dalam kerja kursus ini.Terima kasih.

1
Definisi Masjid

Masjid dari segi bahasa bermaksud tempat sujud. Perkataan masjid berasal dari

perkataan Arab sajada, yasjudu, sajdan atau sujudan. Sujud pengertiannya bererti

patuh dan menghina diri dengan meletakkan dahi ke bumi sebagai tanda

pengabdian diri kepada Allah SWT. (Al-Kamus Al-Muhit, 1987).

Menurut Mohd Noor Azli et al. (2008), masjid merupakan institusi yang mempunyai

kedudukan yang amat tinggi dalam jiwa umat Islam. Menurut (Abdullah bin Mat et.

al., 2003) secara konsepnya masjid ialah suatu binaan yang dikhususkan kepada

orang Islam bagi melaksanakan ibadah yang tertentu atau lain-lain kegiatan yang

dibenarkan oleh agama, tertakluk kepada hukum, peraaturan dan adab-adab yang

telah ditetapkan. Abdullah (1997) pula berpendapat masjid dan surau merupakan

pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam sama ada untuk

mengerjakan ibadah berjemaah atau untuk menampung ilmu dan menerima nasihat

pengajaran demi kebaikan dan keselamatan mereka di dunia dan di akhirat.

2
Masjid merupakan sebuah institusi penting dalam sebuah Negara Islam. Tertegaknya

sebuah Negara Islam bermula dari terbinanya masjid. Masjid yang pertama dibina

oleh Rasulullah S.A.W semasa dalam perjalanan hijrah Baginda S.A.W dari Mekah ke

Madinah ialah Masjid Quba. Masjid ini dibina berasaskan taqwa dan iman

sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya

masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas

dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya.

Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka(mengambil berat)

membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang

membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (At-Taubah:108)

Sebagaimana kita sedia maklum, institusi masjid memainkan peranan yangpenting

sejak zaman Rasulullah S.A.W sehingga kini kerana Rasulullah S.A.W menjadikan

masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam bukan sekadar tempat untukberibadah

semata-mata. Malah, masjid juga dijadikan sebagai pusat pentadbirannegara,

tempat untuk merancang kemajuan negara, tempat untuk menjalankan aktiviti sosial

dengan masyarakat dan lain-lain aktiviti lagi

3
Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya untuk membina masjid.Galakan
Rasulullah S.A.W ini dapat dilihat dari hadis:

Daripada Uthman bin Affan R.A, Nabi S.A.W bersabda: “Sesiapa yang mendirikan
masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untuknya rumah di syurga.”

(Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda: “Tempat yang paling disukai Allah
ialah masjid. Tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar.”

(Hadis riwayat Muslim

Berdasarkan hadis-hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa masjid

merupakan institusi yang penting dalam Islam. Sejarah membuktikan bahawa

pembentukan sebuah negara dan tamadun Islam bermula dari terbinanya sebuah

masjid yang diimarahkan oleh umat Islam. Sebagaimana dapat kita lihat pada zaman

Rasulullah S.A.W di mana masjid bukan sahaja dijadikan sebagai tempat umat Islam

beribadah, malah masjid juga dijadikan sebagai pusat pentadbiran, muamalat,

aktiviti sosial dan lain-lain lagi.

Masjid dalam Islam adalah institusi yang amat penting dalam kehidupan

orang Islam. Masjid telah memainkan peranan dan fungsinya yang amat besar sejak

daripada zaman Rasulullah S.A.W sehingga kini. Walaupun hari ini kebanyakan

masjid hanya menjadi tempat ibadah khusus semata-mata. Sejarah telah

membuktikan bahawa masjid adalah pemangkin kepada proses perbandaran dan

pembangunan ummah.

4
Antara peranan masjid pada zaman Rasulullah S.A.W yang masih lagi

diteruskan pada hari ini ialah masjid dijadikan sebagai tempat ibadah dan tempat

pendidikan.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda; “berkumpullah

kalian kerana aku akan mengajar kepada kamu semua 1/3 daripada Al-Quran.” Maka

mereka berkumpul di masjid. Tidak lama kemudian, Rasulullah pun keluar dan

melafazkan Surah Al-Ikhlas. (Hadis Riwayat Muslim).

Masjid juga berperanan sebagai pusat perayaan atau aktiviti sosial lain, di

samping berfungsi sebagai tempat utama masyarakat berkenal-kenalan melalui

interaksi sosial dan pusat interaksi masyarakat. Selain itu, masjid juga menjadi pusat

yang dihidupkan dengan majlis ilmu, pusat perniagaan dan menyelesaikan urusan

muamalat sesama ummat. Dengan cara ini, masyarakat sekeliling dapat merasai

ikatan persaudaraan yang berasaskan Islam yang kukuh.

Selain dari itu juga, masjid juga berperanan sebagai tempat bermulanya

proses perbandaran dan pemangkin pembangunan ummah.

Jika kita meninjau kepada sejarah pembinaan bandar-bandar Islam zaman

dahulu, masjid adalah di antara ciri-ciri sebuah bandar. Misalnya Imam Malik

memutuskan sesebuah penempatan itu bandar apabila ada Masjid Jami’. Pembinaan

bandar-bandar awal dalam sejarah Islam seperti Barah Qairawan di Afrika Utara,

Kufah dan Bahgdad didirikan dengan pembinaan masjid sebagai ciri utamanya.

5
Begitu juga dengan bandar yang dibina oleh orang Islam di Sepanyol seperti

Cordova di mana masjid memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan

kota. (Tan Sri Syaikh Hj. Ismail Hj. Muhammad, 2010)

Masjid juga memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan

ummah. Menurut Tan Sri Syaikh Hj. Ismail Hj. Muhammad, beliau menyatakan

bahawa, salah satu cara bagi membangunkan ummah khususnya dalam bidang

pendidikan adalah melalui saluran khutbah.

Khutbah mempunyai peranan yang

besar yang boleh mengubah pemikiran masyarakat kerana jumlah jemaah yang

ramai ketika solat Jumaat. Beliau turut menyatakan bahawa penekanan haruslah

diberikan kepada pengisian dan teknik penyampaian khutbah yang menarik dan

berkesan. Di mana penggunaan teknologi moden seperti LCD dan persembahan

Power Point merupakan satu anjakan baru dalam penyampaian khutbah.

Berdasarkan perbincangan di atas dapat kita simpulkan bahawa masjid

mempunyai sejarah yang panjang bermula dari zaman Rasulullah S.A.W. lagi di

mana peranan masjid merangkumi batasan dan jangkauan aktiviti kehidupan dan

masa masyarakat. Oleh yang demikian, kita seharusnya meneruskan legasi

pembinaan masyarakat dan ummah berlandaskan Islam yang telah diwarisi sejak

zaman Rasulullah S.A.W. lagi. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa

pembinaan tamadun Islam bermula dari terbinanya sebuah masjid dan masjid

digunakan secara optimum dalam kehidupan masyarakat seharian.

6
Masjid dikenali sebagai Baitullah atau rumah Allah. Masjid memiliki fungsi dan

peranan penting bagi umat muslim di dunia. Fungsi masjid yang paling utama ialah

sebagai tempat bersujud atau beribadah kepada Allah. Hal ini sebagaimana tertulis

di dalam Alquran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk

dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya pada waktu pagi dan petang, orang-

orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan, dan tidak (pula) oleh jual-beli, atau

aktivitas apapun dan mengingat Allah, dan (dari) mendirikan solat, membayarkan

zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan

menjadi guncang.”

(An-Nur: 36-37)

Selain daripada itu masjid memiliki fungsi lainnya yang memainkan peranan penting

dalam perkembangan umat muslim. Adapun beberapa fungsi masjid di antaranya

sebagai berikut:

Tempat Musyawarah

Dalam perkembangan umat Islam saat ini, kita tahu banyak masjid yang telah

digunakan umat Islam untuk membahas pelbagai persoalan masyarakat. Contohnya

di Palestin, di mana masjid berfungsi sebagai tempat perjuangan pembebasan dan

tempat merumuskan gerakan.

7
Sebagai Tempat Ibadah

Fungsi masjid yang paling utama adalah sebagai tempat ibadah, khususnya solat.

Masjid berfungsi sebagai sarana bagi umat muslim untuk melaksanakan solat, baik

solat fardhu mahupun solat sunat. Hal ini sebagaimana yang termaktub di dalam

salah satu surah Alquran, Allah berfirman yang artinya:

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah

kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah.”

(Al-Jin: 72)

Sebagai Pusat Pendidikan

Selain sebagai tempat untuk beribadah, masjid juga berfungsi sebagai tempat

belajar dan mengajar dalam mendalami ilmu agama Islam. Di mana setiap muslim

berhak untuk memberi atau mendapatkan ilmu melalui kajian-kajian agama yang

diadakan di masjid. Di masjid juga adalah sebagai tempat penyebaran dakwah yang

sentiasa kita boleh belajar dan boleh jelaskan setiap pertanyaan kita sekiranya ada

kemusykilan.

Tempat Akad Nikah

Selain sebagai pusat musyawarah, fungsi masjid yang selalu digunakan oleh umat

Islam berikutnya ialah sebagai tempat nikah. Seperti yang sudah kita ketahui

bersama, banyak masjid yang dipilih oleh pasangan untuk melaksanakan akad nikah.

Hal ini kerana masjid merupakan salah satu tempat yang kesuciannya terjaga.

8
Tempat Perlindungan

Ketika terjadinya sesuatu bencana atau musibah, masjid menjadi salah satu tempat

yang paling banyak digunakan sebagai tempat perlindungan. Setiap orang Islam

akan terasa selamat ketika berada di dalam masjid.

Di samping itu, Allah SWT juga akan memberikan petunjuk bagi setiap muslim yang

mau memakmurkan masjid. Sebagaimana dalam salah satu surah Alquran berikut

ini, Allah berfirman yang artinya:

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman

kepada Allah dan hari akhir, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan

tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang

yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Al-Taubah: 18).

Peranan Masjid Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah

Peranan masjid wajar untuk dikaitkan dengan sumber al-Quran dan al-Sunnah. Pasti

daripada kedua-dua sumber ini ada jawapan bagi tugas dan peranan masjid. Di

bawah ini dijelaskan peranan masjid sebagaimana yang telah diberitahu kepada kita

melalui wahyu al-Quran dan al-Sunnah:

9
a. Masjid mengajak manusia kepada ketakwaan dan menjauhi
kemaksiatan.

Perkara asas dalam pembentukan masyarakat baru oleh Nabi Muhammmad S.A.W

apabila berhijrah ke Madinah adalah dengan membina masjid iaitu Masjid Quba’

yang didirikan atas dasar ketaqwaan (S. M. Darsh et. al.,(1996: 11). Firman Allah

SWT ;

ٌ ‫وم فِ ِيه فِ ِيه ِر َج‬


‫ال حُيِ بُّو َن َأ ْن‬ ٍ ِ ِ ِّ ‫اَل َت ُق ْم فِ ِيه َأبَ ًدا لَ َم ْس ِج ٌد‬
َ ‫َأح ُّق َأ ْن َت ُق‬
َ ‫الت ْق َوى م ْن ََّأول َي ْوم‬
َّ ‫س َعلَى‬
َ ‫ُأس‬

ُّ ِ‫َيتَطَ َّه ُروا َواللَّهُ حُي‬


َ ‫ب الْ ُمطَّ ِّه ِر‬
‫ين‬

Bermaksud “Kerana sesungguhnya masjid (Quba’ yang engkau bina wahai

Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya) sudah

sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang lelaki yang

suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi

orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)” (Surah al-Taubah, 9: 108).

Ayat ini memberitahu kita bahawa masjid hendaklah dibangunkan

berlandaskan ketakwaan kepada Allah SWT. Pembangunan masjid yang

menyimpang daripada landasan ketakwaan dan keikhlasan kepada Allah SWT tidak

akan diterima sama sekali.

10
b. Masjid meninggikan syiar Islam dan menghapus kesyirikan.

Masjid sebagai institusi yang menjunjung syiar agama Tauhid, maka masjid-masjid

hendaklah bebas daripada kesyirikan. Allah S.W.T telah memerintahkan Nabi

Ibrahim a.s dan puteranya Ismail a.s supaya membersihkan Baitullah daripada

patung-patung berhala yang menjadi sembahan orang musyrikin.

Firman Allah SWT :

ِ ‫السج‬ ِِ ِ‫ِ ِئ‬ ِ ‫وع ِه ْدنَا ِإىَل ِإبر ِاه ِإ‬


‫ود‬ ُ ُّ ‫الر َّك ِع‬
ُّ ‫ني َو‬ َ ‫يل َأ ْن طَ ِّهَرا َبْييِت َ للطَّا ف‬
َ ‫ني َوالْ َعاكف‬ َ ‫يم َو مْسَاع‬
َ َْ ََ

Maksudnya:

“Dan kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. dengan berfirman:

Bersihkanlah rumah-Ku (Ka’bah dan Masjid al-Haram dari segala perkara yang

dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang

tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud (Surah al-Baqarah,

2:125).

c. Masjid mengajar yang jahil dan menyedarkan yang lalai.

Institusi masjid boleh dianggap sebagai “universiti terbuka” yang memberi peluang

kepada seluruh anggota masyarakat menimba ilmu serta mencedok mau’izah yang

bermanfaat di bawah bumbungnya.

Menurut Nasoha Saabin, (2001) Masjid Nabawi sentiasa penuh dengan

amalan, sama ada pada waktu siang ataupun malam. Setiap Sahabat r.a. secara

purata sentiasa akan memberi masa setiap hari selama lapan hingga dua belas jam

untuk memakmurkan Masjid Nabawi. Sebahagian daripada waktu siang dibahagikan

11
untuk bekerja di kebun atau berniaga, dan sebahagiannya lagi diperuntukkan bagi

memakmurkan masjid. Demikian juga pada waktu malam, mereka membahagikan

sebahagian untuk ahli keluarga dan sebahagian untuk memakmurkan Masjid

Nabawi.

Firman Allah S.W.T :

َ‫ش إاَّل اللَّه‬ َّ ‫اج َد اللَّ ِه َم ْن َآم َن بِاَللَّ ِه َوالَْي ْوِم اآْل ِخ ِر َوَأقَ َام الصَّاَل ةَ َوآتَى‬
َ ْ ‫الز َكا َة َومَلْ خَي‬
ِ ‫إمَّنَا يعمر مس‬
َ َ ُُ َْ

ِ ِ َ ‫َف َع َسى ُأولَِئ‬


َ ‫ك َأ ْن يَ ُكونُوا م ْن الْ ُم ْهتَد‬
‫ين‬

Bermaksud “Hanyalah yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid

Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta mendirikan

solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan Allah. Maka adalah

diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk”(Surah al-

Taubah, 9:18).

Sabda Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anak untuk bersolat:

ِِ ِ
‫وه ْم َعلَْي َها َو ُه ْم َْأبنَاء َع ْش ٍر َو َفِّرقُوا َبْيَن ُه ْم يِف‬
ُ ُ ُ‫اض ِرب‬ َ ‫ُم ُروا َْأواَل َد ُك ْم بِالصَّاَل ة َو ُه ْم َْأبنَاءُ َسْب ِع سن‬
ْ ‫ني َو‬

ِ ‫الْمض‬
‫اج ِع‬ َ َ

“Ajarilah anak-anak kamu menunaikan solat semasa berumur tujuh tahun. Dan

pukullah mereka (jika tidak solat) semasa mereka berumur sepuluh tahun,…”

12
Faktor Pencapaian Kejayaan Masjid

Setelah menyatakan semua peranan asas masjid, maka disimpulkan semua peranan

tersebut kepada tiga faktor pencapaian kejayaan sesebuah masjid. Tiga faktor ini

adalah analisis bagi semua peranan-peranan yang telah berlaku ke atas masjid pada

zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat r.a. dan tabi’ tabi’in.

Tiga faktor pencapaian kejayaan sesebuah institusi masjid ialah:

1. Infra struktur masjid yang baik.

2. Pengurusan dalaman masjid yang baik.

3. Ahli jemaah masjid yang baik.

1. Infra struktur masjid yang baik.

Ia bermaksud pembinaan sesebuah masjid bukan bergantung kepada senibina

ukiran yang mahal dan cantik semata-mata, tetapi lebih kepada pemilihan tempat

(tapak) yang baik. Seperti mana Rasulullah S.A.W dengan bantuan wahyu ilahi

memilih supaya dapat dibina masjid atas tapak yang telah disinggahi oleh untanya.

Seterusnya Rasulullah S.A.W ingin membeli tanah tersebut daripada suku Bani al-

Najjar. Baginda RasulullahS.A.W bersabda yang maksudnya: “Ya Bani al-Najjar

nyatakanlah harga untuk kebun kamu ini. Mereka berkata: Tidak demi Allah kami

tidak meminta harga (bayaran)nya kecuali kepada Allah (al-Bukhari, 1993).Ini

melambangkan tapak pemilihan masjid juga mestilah dipilih dengan baik.

Seterusnya pembinaan masjid juga mestilah strategik, supaya ia boleh dikunjungi

oleh ramai jemaah. Ia mestilah dibina di tengah-tengah pola masyarakat dan bukan

di hujung kampung, bandar atau di atas bukit.

13
Sebenarnya fungsi masjid yang dilengkapi prasarana yang serba lengkap telah

dipraktikkan dalam sejarah Islam dahulu kala. Menurut Syed Othman al-Habshi,

(1997) kedudukan masjid di Istanbul bukan sahaja sangat indah dari segi reka

bentuk, seni bina, warna, dan lain-lain, tetapi ia dikelilingi oleh bangunan-bangunan

khas seperti madrasah, hospital, pusat pentadbiran negara, ketenteraan dan

perniagaan. Bahkan ibu negara Anatolia iaitu Bursa masih lagi mempunyai bangunan

di sekeliling masjidnya yang telah digunakan sebagai madrasah yang lengkap

dengan asrama, hospital, pusat pentadbiran dan lain-lain. Adalah lebih baik jika

masjid mempunyai beberapa rumah tumpangan untuk kemudahan musafir dan

orang yang tersesat dalam perjalanan.

2. Pengurusan dalaman masjid yang baik.

Pengurusan dalaman masjid yang baik adalah faktor yang amat penting dan mesti

dipenuhi. Kejayaan sesebuah masjid itu amat bergantung kepada pengurusan yang

cekap dan telus. Pengurusan masjid penting bagi memastikan rutin ibadah solat lima

waktu dan solat pada setiap hari Jumaat berjalan lancar tanpa ada sebarang

masalah. Walaupun begitu salah tanggapan, terhadap fungsi masjid hanya untuk

ibadat khusus sahaja, seperti sembahyang, berwirid dan sebagainya adalah punca

remaja tidak datang ke masjid. Disamping itu, pihak masjid sendiri tidak

mempelbagaikan kegiatan yang sepatutnya diadakan untuk menarik minat golongan

remaja datang ke masjid (Membina Generasi Masjid, 1995). Menurut Ahmad Puhad

dan Siti Roddiah (2010) dalam kajiannya mendapati masjid yang cemerlang perlu

dirancang, dipimpin, diurus dan ditadbir dengan baik serta berlandaskan ketentuan

syarak.

14
Seterusnya aktiviti kuliah dan pendidikan dalam masjid amat penting diadakan

secara berkala untuk faedah ahli kariah dan masyarakat setempat.Menurut Abdullah

Mat et. al (2003) untuk menyerlahkan kepentingan masjid dalam sebuah masyarakat

Islam, maka konsep pengurusan masjid ini hendaklah sentiasa dihubungkan dengan

matlamat untuk menbentuk sahsiah individu muslim dan sahsiah bertunjangkan

kepada dasar-dasar ajaran Islam yang lengkap dan indah itu.Pendakwah dan

penceramah yang hebat amat disarankan untuk dipanggil memberi kuliah dan

ceramah di masjid. Ini adalah sebagai usaha tarikan kepada pelbagai pihak untuk

beramai-ramai datang ke masjid.

Aktiviti seperti qiamullail di masjid perlu diwujudkan paling kurang sekali sebulan

untuk ahli kariah supaya kesedaran tentang tanggungjawab memakmurkan masjid

diperbaiki di peringkat akar umbi masyarakat. Masyarakat yang hatinya kosong

dengan roh Islam tidak dapat menggerakkan pengimarahan masjid yang

sebenarnya. Semua ahli kariah juga perlu berkerjasama dalam menjayakan

sambutan bulan kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Isra’ Mikraj, Nuzul al-

Quran, Awal Muharram dan sebagainya.

Seterusnya masjid juga perlu menjadi one stop center untuk penyebaran dan

pertukaran maklumat di antara ahli kariah.Untuk meluaskan lagi jaringan

penyebaran maklumat, maka masjid hendaklah dilengkapi dengan laman web

tersendiri. Aktiviti riadhah dalaman dan luaran di masjid sesuai diadakan bagi

memupuk semangat berkerjasama dan silaturrahim masyarakat. Contohnya ada

ruangan atau bilik untuk permainan ping pong, sepak raga bulatan dan permainan-

permainan santai yang lain.

15
Tidak salah mengadakan ruangan-ruangan sukan berhampiran dengan masjid, ini

kerana menurut Muhd Fauzi et. al., (2003) pada zaman Saidina Umar al-Khattab r.a.

ketika membesarkan masjid untuk keperluan semasa dengan sebab bertambahnya

bilangan kaum muslimin, beliau telah menyediakan satu ruangan yang dikenali

sebagai al-Butayha di belakang masjid untuk mereka yang ingin bercakap perkara

yang tidak berkaitan dengan aktiviti masjid.

Seperti yang tercatat dalam lembaran sejarah, Nabi Muhammad S.A.W telah

mengurus dan menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan umat Islam dalam

pelbagai cabang kehidupan sama ada sebagai pusat ibadah, pusat pendidikan, pusat

kegiatan sosial, pusat pembangunan masyarakat, pusat penerangan dan maklumat,

pusat kehakiman, pusat perhubungan, pusat interaksi masyarakat, pusat rawatan

dan kecemasan, pusat pemulihan dan pusat seni (Mohd Salleh, 2009).

Objektif utama yang hendak dicapai ialah mengumpul umat Islam untuk berjemaah

di masjid, menentukan penganti imam semasa ketiadaan Rasulullah S.A.W di Masjid

Nabawi di Madinah, melantik imam dan muazzin di beberapa wilayah, melantik guru

dan tokoh-tokoh Islam mengajar di masjid serta menggariskan adab-adab dan

peraturan yang perlu diikuti oleh para jemaah masjid (Nor Raudah, 2003). Ini adalah

contoh pengurusan masjid pada zaman Rasulullah S.A.W yang berjalan secara

kolektif.

Dari aspek kewangan pula, masjid dilihat berperanan sebagai satu institusi yang

berpotensi dalam menangani krisis ekonomi. Menurut Fidlizan dan Mohd Yahya

(2009), peranan masjid dalam sosio-ekonomi ini diketengahkan memandangkan

institusi masjid mempunyai dana yang agak besar terutamanya masjid-masjid yang

16
berada di kawasan bandar dan pekan serta yang mempunyai kepadatan penduduk

dan pendapatan yang tinggi. Bagi mencapai objektif tersebut, pengurusan kewangan

masjid perlulah mengikut peraturan yang digariskan oleh Islam dan menepati

kehendak syarak (Ahmad Puhad dan Siti Roddiah, 2010).

Sesetengah penulis buku menyenaraikan pengurusan dalaman masjid ini sebagai

peranan-peranan masjid. Walau pun begitu selaku pembentang kertas kerja ini saya

menyenaraikan semua peranan-peranan masjid tersebut di rungan ini. Ini

termasuklah masjid sebagai pusat ibadah dan aktiviti kemasyarakatan, masjid

sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran, masjid sebagai pusat pentadbiran dan

pemerintahan dan masjid sebagai pusat pusat kegiatan sosial (Nor Raudah dan

Mohamad Zaidi, 2006). Seterusnya ada juga penulis yang meletakkan peranan

masjid pada masa kini sebagai pusat pengukuhan kepada akidah, syariah, akhlak,

pengukuhan ilmu dan maklumat tentang Islam serta pengukuhan ukhuwah

Islamiyah.

3. Ahli jemaah masjid yang baik.

Pengimarahan sesebuah masjid sebenarnya memerlukan sokongan dan penyertaan

dari semua pihak yang terlibat. Tanpa kerjasama yang menyeluruh dari pihak-pihak

yang berkaitan akan menghalang pencapaian masjid untuk menjadi institusi

penyatuan umat Islam. Rentetan itu, menurut Ahmad Puhad dan Siti Roddiah (2010)

yang menjalankan kajian di negeri Kelantan mendapati bahawa ahli jawatankuasa

pengurusan masjid merupakan pihak yang berperanan besar dalam mencapai

matlamat pengwujudan insitusi ini. Menurut mereka, jawatankuasa yang dibentuk

perlulah mempunyai pengetahuan dalam bidang pengurusan, pelaksanaan

17
tanggungjawab dengan penuh amanah, sokongan masyarakat setempat dan

kesatuan masyarakat dengan institusi kerana ianya merupakan faktor pemangkin

kepada kejayaan institusi masjid.

Pengurusan masjid yang dilaksanakan oleh Rasullullah s.a.w. adalah secara

kolektif, kerjasama, syura, penyelarasan dan pembahagian tugas. Prinsip-prinsip ini

dilaksanakan terutamanya dalam menentukan pengganti imam solat semasa

ketiadaan Baginda S.A.W di Masjid al-Nabawi di Madinah, memilih cara yang terbaik

dalam memanggil umat Islam berkumpul berjemaah di masjid, melantik imam dan

muazzin di beberapa wilayah Islam, melantik guru-guru dan tokoh-tokoh Islam

mengajar di masjid-masjid serta menggariskan adab-adab dan peraturan-peraturan

yang perlu diikuti oleh jemaah masjid (Joni Tamkin Borhan et. al., 2003).

Menurut Abdul Munir,(2012) pada zaman Rasulullah S.A.W, beberapa jawatan

penting sebagai pembantu tadbir masjid seperti imam, muazzin, pembantu pengurus

harta benda, kawalan keselamatan, pembersih dalaman masjid telah diwujudkan

dan mereka diberi gaji sebagai upah. Rasulullah S.A.W sentiasa memberi peluang

kepada umat Islam supaya terlibat dengan aktiviti masjid. Sebagai contoh, bagi

mereka yang bekerja di bidang pertanian, perniagaan, perkhidmatandan sebagainya

dilihat tidak mempunyai peluang untuk terlibat secara langsung dengan urusan

masjid. Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W mencadangkan kepada pihak pengurusan

masjid supaya menyediakan beberapa tempat khas bagi mereka mempelajari Islam

bersama Rasulullah S.A.W ketika masa lapang.

Menurut Osman Khalid, (1987) pengurusan institusi masjid pada zaman Bani

Abbasiyyah dilakukan oleh para pegawai masjid yang dilantik oleh khalifah yang

18
terdiri daripada imam-imam dan khatib-khatib dengan diselia oleh wazir, gabenor

atau amir dan kadi-kadi. Ini menunjukkan pemilihan pegawai masjid mestilah

dilantik dari kalangan individu yang berkelayakkan khususnya jawatan imam,

seterusnya jawatan penting yang lain seperti pegawai kewangan Islam dalam

menerajui pengembangan dana institusi masjid. Ianya adalah seiring dengan

penemuan Zainuddin (2009) yang menjelaskan sewajarnya ahli jawatankuasa

pengurusan masjid perlulah dianggotai oleh individu yang mempunyai kepakaran

dan pengetahuan dalam bidang tertentu seperti ahli perniagaan, usahawan,

akauntan dan juga golongan ustaz. Ini bertujuan untuk memastikan dana masjid

dapat dikembangkan dan seterusnya memberi limpahan positif kepada masyarakat

setempat.

Kesimpulan

Peranan yang pernah dimainkan oleh masjid pada zaman Rasulullah S.A.W amat
banyak dan tidak boleh dinafikan lagi. Peranan yang cukup banyak oleh institusi
masjid ini memberitahu kepada umat Islam bahawa peranan masjid tidak terhenti
pada ibadah solat dan aktiviti keagamaan sahaja. Pembentang menyenaraikan
peranan masjid secara umum daripada sumber al-Quran dan al-Sunnah supaya
diharapkan dapat mencakupi semua peranan-peranan yang telah dimainkan oleh
institusi penting ini dari zaman Rasulullah S.A.W sehingga kepada para sahabat r.a.
dan para tabi’ dan tabi’in. Institusi masjid pada zaman ini perlu bekerja keras melalui
satu sistem pengurusan dalaman yang baik untuk mencapai semua peranan dan
tugas masjid supaya menjadi masjid yang dapat meninggikan syiar Islam di mata
dunia. Masjid juga tidak ketinggalan mampu berperanan membantu dalam sosio-
ekonomi umat Islam supaya dapat membawa kehidupan ahli kariah dan masyarakat
setempat ke arah satu kehidupan yang lebih baik dan harmoni. Tiga faktor
pencapaian kejayaan institusi masjid dicadangkan iaitu infra struktur masjid yang
baik, pengurusan dalaman masjid yang baik dan ahli jemaah masjid yang baik.

19
Ketiga-tiga faktor ini diharapkan dapat menangkis segala cabaran dan isu-isu negatif
seperti kekurangan jemaah yang memakmurkan masjid, kurang penglibatan belia
dalam aktiviti masjid, kurang pendedahan ilmu kepada ajk masjid, kurang derma
tabung masjid, perpecahan ahli jemaah disebabkan parti politik, penyebaran
maklumat palsu di masjid, tandas dan bilik mandi yang kurang bersih, vandalisme
harta benda masjid dan sebagainya.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.
Abdullah bin Mat et. al. (2003).Membangun Institusi Masjid, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Islam. Universiti Malaya, Nilam Puri.
Abdul Munir Ismail. (2012). Urus Tadbir Masjid Secara Berkesan. UPSI: Tanjong Malim,
Perak.
Ahmad Puhad Alim dan Siti Roddiah Abdullah (2010). Audit Pengurusan Masjid: Kajian di
Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia: Tidak Diterbitkan.
Bahagian Hal Ehwal Islam (1995).Membina Generasi Masjid. Kuala Lumpur: Jabatan
Perdana Menteri, JAKIM.
al-Bukhariy, Muhammad bin Ismail. (1993). Sahih al-Bukhari. Dar Ibnu Kathir: t.tp.

20

Anda mungkin juga menyukai