Anda di halaman 1dari 14

Asas Peranan Masjid Pada Zaman Rasulullah S.A.

W Sebagai Pemangkin Syiar Islam

Sapawi Hamdan bin Awang


Dr. Mohd Yahya Mohd Hussin
Dr. Zanariah Noor

ABSTRAK
Peranan yang telah dimainkan oleh institusi masjid pada zaman Junjungan Besar Nabi Muhammad
S.A.W. merupakan satu contoh ideal pembangunan syiar Islam yang perlu dicontohi oleh segenap lapisan
masyarakat dunia Islam kini. Rata-rata hari ini masjid digunakan sebagai rumah ibadah semata-mata
untuk solat lima waktu sehari semalam dan perhimpunan mingguan bagi solat Jumaat, berbeza sekali
dengan peranan dan fungsi masjid yang cukup luas dan penting pada zaman Rasulullah S.A.W. Fungsi-
fungsi masjid pada zaman Rasulullah S.A.W amat perlu dikaji dan digagaskan supaya kita dapat
menjadikan institusi masjid pada zaman ini lebih unggul sesuai dengan momentum kehendak gagasan
masjid yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W sendiri pada zaman kenabian Baginda S.A.W. Fungsi-
fungsi masjid pada zaman Rasulullah S.A.W yang terkenal sebagai tempat menyebarkan ilmu Islam,
tempat pengagihan zakat dan sadaqah, tempat perjumpaan delegasi kedutaan asing, tempat mesyuarat
ahli-ahli politik, tempat penjara bagi orang kafir, tempat riadhah dan beradu kekuatan dan banyak lagi
melambangkan peranan yang cukup besar seharusnya diperkasakan bagi institusi masjid pada zaman kini.
Peranan yang cukup banyak ini amat penting untuk dikaji dan digagaskan berdasarkan nas-nas al-Quran
dan al-Sunnah serta fakta-fakta sejarah dan sirah supaya menjadi contoh dan pemangkin kepada institusi
masjid kini. Metodologi kajian yang akan digunakan oleh pembentang untuk mengumpulkan data adalah
kaedah kajian kualitatif khususnya kajian kepustakaan. Dapatan kajian ini dijangka akan menghimpunkan
peranan dan fungsi masjid yang berguna sebagai contoh dasar dan amalan institusi masjid pada zaman
kini sebagai pemangkin dan kekuatan syiar Islam.
Pengenalan

Peranan yang dimainkan oleh institusi masjid pada zaman Rasulullah S.A.W amat wajar
dicontohi oleh institusi masjid zaman sekarang.Sudah tentu Rasulullah S.A.W telah meletakkan
peranan tertentu bagi institusi masjid agar dapat dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat kini.

Semasa zaman kegemilangan Islam, institusi masjid berperanan sebagai pusat


pentadbiran kerajaan Islam dalam pelbagai aspek. Namun pada masa kini, kepelbagaian peranan
masjid telah diambil-alih oleh institusi, kementerian, lembaga, pusat dan sebagainya yang
diwujudkan oleh pihak kerajaan (Fidlizan dan Mohd Yahya, 2009). Akhirnya, institusi masjid
hanya dilihat tidak lebih sebagai pusat ibadah dan aktiviti-aktiviti keagamaan.

Bagi mengembalikan keyakinan orang ramai serta kegemilangan institusi masjid seperti
zaman Nabi Muhammad S.A.W dahulu, maka peranannya sebagai pemangkin kepada sosio-
ekonomi ummah perlu diketengahkan. Oleh itu peranan masjid dalam masyarakat Islam amat
baik untuk dikaji dan diteliti supaya dapat meninggikan syiar Islam.

Definisi Masjid
Masjid dari segi bahasa bermaksud tempat sujud. Perkataan masjid berasal dari perkataan Arab
sajada, yasjudu, sajdan atau sujudan. Sujud pengertiannya bererti patuh dan menghina diri
dengan meletakkan dahi ke bumi sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah SWT. (Al-Kamus
Al-Muhit, 1987).

Menurut Mohd Noor Azli et al. (2008), masjid merupakan institusi yang mempunyai
kedudukan yang amat tinggi dalam jiwa umat Islam. Menurut (Abdullah bin Mat et. al., 2003)
secara konsepnya masjid ialah suatu binaan yang dikhususkan kepada orang Islam bagi
melaksanakan ibadah yang tertentu atau lain-lain kegiatan yang dibenarkan oleh agama, tertakluk
kepada hukum, peraaturan dan adab-adab yang telah ditetapkan. Abdullah (1997) pula
berpendapat masjid dan surau merupakan pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam
sama ada untuk mengerjakan ibadah berjemaah atau untuk menampung ilmu dan menerima
nasihat pengajaran demi kebaikan dan keselamatan mereka di dunia dan di akhirat.

Peranan Masjid Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah

Peranan masjid wajar untuk dikaitkan dengan sumber al-Quran dan al-Sunnah. Pasti
daripada kedua-dua sumber ini ada jawapan bagi tugas dan peranan masjid. Di bawah ini
dijelaskan peranan masjid sebagaimana yang telah diberitahu kepada kita melalui wahyu al-
Quran dan al-Sunnah:
a. Masjid mengajak manusia kepada ketakwaan dan menjauhi kemaksiatan.

Perkara asas dalam pembentukan masyarakat baru oleh Nabi Muhammmad S.A.W
apabila berhijrah ke Madinah adalah dengan membina masjid iaitu Masjid Quba’ yang didirikan
atas dasar ketaqwaan (S. M. Darsh et. al.,(1996: 11). Firman Allah SWT ;

‫س اعلاى الت َّ ْق اوى ِم ْن أ ا َّو ِل اي ْو ٍم أ ا اح ُّق أ ا ْن تاقُ ا‬


‫وم فِي ِه‬ ‫اَل تاقُ ْم ِفي ِه أابادًا لا ام ْس ِجدٌ أ ُ ِس ا‬
‫ط ِه ِرينا‬ َّ ‫َّللاُ يُ ِحبُّ ْال ُم‬ ‫فِي ِه ِر اجا ٌل يُ ِحبُّونا أ ا ْن يات ا ا‬
َّ ‫ط َّه ُروا او‬
Bermaksud “Kerana sesungguhnya masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad),
yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya) sudah sepatutnya engkau
sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang lelaki yang suka (mengambil berat)
membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang yang membersihkan diri
mereka (zahir dan batin)” (Surah al-Taubah, 9: 108).
Ayat ini memberitahu kita bahawa masjid hendaklah dibangunkan berlandaskan
ketakwaan kepada Allah SWT. Pembangunan masjid yang menyimpang daripada landasan
ketakwaan dan keikhlasan kepada Allah SWT tidak akan diterima sama sekali.
Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

‫ان‬ ْ ‫س ِج َد فَا‬
ِ ْ ِ‫ش َهدُوا لَهُ ب‬
ِ ‫اْلي َم‬ َّ ‫إِذَا َرأ َ ْيت ُ ْم‬
ْ ‫الر ُج َل يَتَعَا َه ُد ا ْل َم‬
Maksudnya “Apabila kamu melihat seseorang itu rajin ke masjid, maka hendaklah kamu menjadi
saksi bahawa dia benar-benar beriman (al-Mubarakfuriy, t.th).

b. Masjid meninggikan syiar Islam dan menghapus kesyirikan.

Masjid sebagai institusi yang menjunjung syiar agama Tauhid, maka masjid-masjid hendaklah
bebas daripada kesyirikan. Allah S.W.T telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s dan puteranya
Ismail a.s supaya membersihkan Baitullah daripada patung-patung berhala yang menjadi
sembahan orang musyrikin.
Firman Allah SWT :

‫س ُجو ِد‬
ُّ ‫الرك َِّع ال‬ َ ‫ين َوا ْلعَا ِك ِف‬
ُّ ‫ين َو‬ َ ‫طائِ ِف‬ َ ‫س َما ِعي َل أ َ ْن‬
َّ ‫ط ِه َرا بَ ْيتِ َي ِلل‬ ْ ِ‫َوع َِه ْدنَا إِلَى إِ ْب َرا ِهي َم َوإ‬
Maksudnya:
“Dan kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. dengan berfirman:
Bersihkanlah rumah-Ku (Ka’bah dan Masjid al-Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk
orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan
orang-orang yang rukuk dan sujud (Surah al-Baqarah, 2:125).

c. Masjid mengamankan manusia dari ketakutan dan mengamankan masyarakat


daripada persengketaan.

Firman Allah SWT :

‫آمنًا‬ َ ‫… َو َم ْن َد َخلَهُ ك‬
ِ ‫َان‬
Maksudnya: “Sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia…”(Surah Ali Imran:
3:96).
Melalui ayat ini, Allah S.W.T telah menjadikan orang yang memasuki Masjid al-Haram
sebagai mereka yang beroleh keamanan. Dalam ertikata yang lain, masjid adalah zon aman yang
mesti dipertahankan oleh segenap lapisan masyarakat Islam. Justeru itu , segala perlakuan yang
menyimpang daripada lunas-lunas ajaran Islam tidak seharusnya berlaku di masjid (Abdullah
Mat, 2003).
Rasulullah S.A.W juga bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Tanah Haram tidak melindungi orang yang durhaka, orang yang melarikan diri
kerana pembunuhan dan orang yang melarikan diri kerana melakukan kerosakan” (Riwayat al-
Bukhari).

d. Masjid menyatukan perbezaan dan mempertautkan ummah yang berpecah.

Masjid adalah tempat yang mulia yang digunakan untuk menunaikan tanggungjawab manusia
kepada khaliqnya, sama ada ibadah fardhi atau jama’i. Perbuatan makmum yang mengikuti
imam ketika solat berjamaah, melambangkan kepada kita satu hubungan yang erat antara
kelompok yang memimpin dan dipimpin. Demikian itulah inti ajaran Islam yang sentiasa
dikumandangkan melalui mimbar-mimbar masjid, menyeru dan mengajak umat Islam supaya
menghayati erti perpaduan.
Firman Allah SWT:
‫َّللاِ َج ِميعًا َو ََل تَفَ َّرقُوا‬
َّ ‫َوا ْعت َ ِص ُموا ِب َح ْب ِل‬
Maksudnya: “Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah S.W.T dan janganlah kamu berpecah
belah” (Surah Ali Imran, 3:103).

e. Masjid mengajar yang jahil dan menyedarkan yang lalai.

Institusi masjid boleh dianggap sebagai “universiti terbuka” yang memberi peluang kepada
seluruh anggota masyarakat menimba ilmu serta mencedok mau’izah yang bermanfaat di bawah
bumbungnya.
Menurut Nasoha Saabin, (2001) Masjid Nabawi sentiasa penuh dengan amalan, sama ada
pada waktu siang ataupun malam. Setiap Sahabat r.a. secara purata sentiasa akan memberi masa
setiap hari selama lapan hingga dua belas jam untuk memakmurkan Masjid Nabawi. Sebahagian
daripada waktu siang dibahagikan untuk bekerja di kebun atau berniaga, dan sebahagiannya lagi
diperuntukkan bagi memakmurkan masjid. Demikian juga pada waktu malam, mereka
membahagikan sebahagian untuk ahli keluarga dan sebahagian untuk memakmurkan Masjid
Nabawi.

Firman Allah S.W.T :

َ ‫الزكَاةَ َولَ ْم يَ ْخ‬


‫ش‬ َّ ‫َّللاِ َم ْن آ َم َن بِا َ ََّّللِ َوا ْليَ ْو ِم ْاْل ِخ ِر َوأَقَا َم ال‬
َّ ‫ص ََلةَ َوآتَى‬ َّ ‫اج َد‬
ِ ‫س‬َ ‫إنَّ َما يَ ْع ُم ُر َم‬
‫ِين‬َ ‫سى أُو َل ِئكَ أ َ ْن َيكُونُوا ِم ْن ا ْل ُم ْهتَد‬ َ ‫َّللاَ فَ َع‬
َّ ‫َّإَل‬
Bermaksud “Hanyalah yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah
orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta mendirikan solat dan menunaikan
zakat dan tidak takut melainkan Allah. Maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada
golongan yang mendapat petunjuk”(Surah al-Taubah, 9:18).
Sabda Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anak untuk bersolat:

َ ‫علَ ْي َها َو ُه ْم أ َ ْبنَا ُء‬


‫عش ٍْر َوفَ ِرقُوا َب ْينَ ُه ْم‬ ْ ‫ين َوا‬
َ ‫ض ِربُو ُه ْم‬ َ ‫س ِن‬ َ ‫ص ََل ِة َو ُه ْم أ َ ْبنَا ُء‬
ِ ‫س ْب ِع‬ َّ ‫ُم ُروا أ َ ْو ََل َد ُك ْم ِبال‬
‫اج ِع‬ ِ ‫ض‬ َ ‫ِفي ا ْل َم‬
“Ajarilah anak-anak kamu menunaikan solat semasa berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka
(jika tidak solat) semasa mereka berumur sepuluh tahun,…”
f. Masjid menyuburkan penghayatan amal jama’i dan amal ijtima’i.

Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, amal jama’i dan amal ijtima’i adalah menjadi
sebahagian daripada kegiatan yang tidak dapat dipisahkan. Konsep pengurusan masjid yang
bersifat sukarela, telah menjadikan masjid pencetus amal jama’i dan amal ijtima’i di kalangan
anggota masyarakat. Allah S.W.T berfirman:

َ ُ‫إِنَّ َما ا ْل ُم ْؤ ِمن‬


‫ون إِ ْخ َوة‬
“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara” (Surah al-Hujurat, 49:10).
Firman Allah S.W.T lagi yang berbunyi:

‫شدِي ُد‬ َّ ‫َّللاَ إِ َّن‬


َ َ‫َّللا‬ ِ ‫اْلثْ ِم َوا ْلعُد َْو‬
َّ ‫ان َواتَّقُوا‬ ِ ْ ‫علَى‬ َ َ‫علَى ا ْل ِب ِر َوالت َّ ْق َوى َو ََل تَع‬
َ ‫اونُوا‬ َ ‫اونُوا‬
َ َ‫َوتَع‬
ِ ‫ا ْل ِعقَا‬
‫ب‬
Maksudnya: “Bertolong menolonglah dalam perkara kebaikan dan taqwa dan jangan kamu
tolong menolong dalam dosa dan kemaksiatan” (Surah al-Maidah :2).
Oleh itu jika tolong menolong dan persaudaraan kita diarah kepada aktiviti masjid maka
ia akan menjadi lebih baik dan bermanfaat.

g. Masjid Menguatkan Ekonomi Umat Islam dan Menyuruh Berbuat Kebajikan.

Firman Allah S.W.T dalam (Surah Quraisy:1-4):


   
  
   
   
     
Maksudnya: “Orang-orang Quraisy suka mengembara pada musim sejuk dan panas. Dengan itu,
hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilik rumah ini iaitu Kaabah yang memberikan
makanan kepada mereka bagi menghilangkan lapar dan menenangkan mereka daripada
ketakutan”.
Menurut Muslim Kelana, (2008) suku kaum Quraisy tahan lasak, mereka suka
mengembara, baik dalam musim dingin mahupun musim panas. Kegiatan mengeksport barangan
dilakukan oleh suku Quraisy pada musim panas, manakala mereka berdagang ke Yaman pada
musim dingin.
Ayat di atas mengaitkan sifat suka mengembara dan berniaga kaum Quraisy dengan
suruhan Allah S.W.T untuk menyembah Allah pemilik rumah ini iaitu Kaabah. Oleh itu, Allah
mengaitkan Kaabah yang berada di dalamnya Masjid al-Haram dengan segala rahmat dan nikmat
yang Allah berikan kepada suku Quraisy.
Seterusnya dalam banyak ayat yang lain Allah S.W.T telah menggandingkan perkataan
solat dan diikuti dengan zakat. Contohnya “…Dirikanlah solat dan tunaikan zakat…”.Ini
menunjukkan bahawa solat yang biasa didirikan di dalam masjid mempunyai kaitan yang amat
dekat dengan ibadah menunaikan zakat atau pun sedekah. Dengan kata lain, selepas menunaikan
solat kita disuruh untuk menyucikan hidup kita dengan menghulurkan sedekah kepada orang
yang memerlukan.
Menurut Muslim Kelana, (2008) Nabi Muhammad S.A.W memberikan panduan berniaga
kerana perniagaan adalah jalan bagi memperjuangkan kekayaan. Namun dalam perniagaan juga
terdapat hal-hal yang dapat menggelincirkan seseorang ke dalam dosa. Dalam hal ini Rasulullah
S.A.W mengingatkan kita dengan sabdanya:

ْ َ ‫َّللاِ أ‬
‫س َواقُ َها‬ ُ َ‫ َوأ َ ْبغ‬، ‫اج ُد َها‬
َّ ‫ض ا ْلبِ ََل ِد إِلَى‬ ِ ‫س‬ ُّ ‫أ َ َح‬
َّ ‫ب ا ْل ِب ََل ِد إِلَى‬
َ ‫َّللاِ َم‬
“Tempat yang dicintai Allah dalam satu negeri adalah masjid-masjidnya dan tempat yang
dibenci Allah dalam satu negeri adalah pasar-pasarnya” (Riwayat Muslim).
Walau pun semua peranan yang telah dinyatakan di atas belum mencukupi dan
menyeluruh sifatnya, namun diharapkan semua peranan tersebut boleh mewakili peranan-
peranan asas bagi sesebuah masjid.

Faktor Pencapaian Kejayaan Masjid

Setelah menyatakan semua peranan asas masjid, maka disimpulkan semua peranan tersebut
kepada tiga faktor pencapaian kejayaan sesebuah masjid. Tiga faktor ini adalah analisis bagi
semua peranan-peranan yang telah berlaku ke atas masjid pada zaman Rasulullah S.A.W, para
sahabat r.a. dan tabi’ tabi’in.
Tiga faktor pencapaian kejayaan sesebuah institusi masjid ialah:
1. Infra struktur masjid yang baik.
2. Pengurusan dalaman masjid yang baik.
3. Ahli jemaah masjid yang baik.

1. Infra struktur masjid yang baik.


Ia bermaksud pembinaan sesebuah masjid bukan bergantung kepada senibina ukiran yang mahal
dan cantik semata-mata, tetapi lebih kepada pemilihan tempat (tapak) yang baik. Seperti mana
Rasulullah S.A.W dengan bantuan wahyu ilahi memilih supaya dapat dibina masjid atas tapak
yang telah disinggahi oleh untanya. Seterusnya Rasulullah S.A.W ingin membeli tanah tersebut
daripada suku Bani al-Najjar. Baginda RasulullahS.A.W bersabda yang maksudnya: “Ya Bani al-
Najjar nyatakanlah harga untuk kebun kamu ini. Mereka berkata: Tidak demi Allah kami tidak
meminta harga (bayaran)nya kecuali kepada Allah (al-Bukhari, 1993).Ini melambangkan tapak
pemilihan masjid juga mestilah dipilih dengan baik.
Seterusnya pembinaan masjid juga mestilah strategik, supaya ia boleh dikunjungi oleh
ramai jemaah. Ia mestilah dibina di tengah-tengah pola masyarakat dan bukan di hujung
kampung, bandar atau di atas bukit.
Sebenarnya fungsi masjid yang dilengkapi prasarana yang serba lengkap telah
dipraktikkan dalam sejarah Islam dahulu kala. Menurut Syed Othman al-Habshi, (1997)
kedudukan masjid di Istanbul bukan sahaja sangat indah dari segi reka bentuk, seni bina, warna,
dan lain-lain, tetapi ia dikelilingi oleh bangunan-bangunan khas seperti madrasah, hospital, pusat
pentadbiran negara, ketenteraan dan perniagaan. Bahkan ibu negara Anatolia iaitu Bursa masih
lagi mempunyai bangunan di sekeliling masjidnya yang telah digunakan sebagai madrasah yang
lengkap dengan asrama, hospital, pusat pentadbiran dan lain-lain. Adalah lebih baik jika masjid
mempunyai beberapa rumah tumpangan untuk kemudahan musafir dan orang yang tersesat
dalam perjalanan.
Menurut Razaleigh Muhamat et. al, (2003) pada zaman Rasulullah S.A.W wujud
golongan non-Muslim yang tinggal di Madinah seperti masyarakat Yahudi. Mereka juga
memandang masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah tetapi pusat kemasyarakatan yang utuh.
Ini terbukti masjid pada zaman Rasulullah S.A.W bertindak sebagai pusat khidmat masyarakat
yang sangat berkesan. Ini termasuk sebagai pusat agihan zakat dan bantuan kepada golongan
yang memerlukan seperti anak yatim, fakir miskin dan golongan fi sabilillah. Malah masjid juga
dijadikan tempat berteduh kepada golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal seperti
golongan ahl al-suffah.
Disamping itu masjid juga mestilah dipastikan sentiasa bersih dan ceria. Bersih di
kawasan ruangan solat dan juga bersih di dalam tandas. Masjid juga boleh diceriakan dengan
adanya taman permainan kanak-kanak dan taman bunga berhampiran masjid. Menurut
Muhammad Muhd Taib, (1997) pembinaan masjid yang dilakukan di kawasan yang menjadi
tumpuan orang ramai adalah wajar, demi memastikan masjid mampu berperanan sebagai
penyubur bagi masyarakat di satu-satu tempat. Menurut Salawati (2009) melalui lokasi masjid
yang strategik, ianya akan menjadikan masjid sebagai pusat ekonomi setempat dalam memenuhi
keperluan masyarakat. Dengan kedudukan masjid yang strategik ini, maka masyarakat setempat
hanya perlu ke masjid untuk membeli barang keperluan harian dan seterusnya mampu
mengimarahkan masjid itu sendiri.

2. Pengurusan dalaman masjid yang baik.

Pengurusan dalaman masjid yang baik adalah faktor yang amat penting dan mesti
dipenuhi. Kejayaan sesebuah masjid itu amat bergantung kepada pengurusan yang cekap dan
telus. Pengurusan masjid penting bagi memastikan rutin ibadah solat lima waktu dan solat pada
setiap hari Jumaat berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Walaupun begitu salah
tanggapan, terhadap fungsi masjid hanya untuk ibadat khusus sahaja, seperti sembahyang,
berwirid dan sebagainya adalah punca remaja tidak datang ke masjid. Disamping itu, pihak
masjid sendiri tidak mempelbagaikan kegiatan yang sepatutnya diadakan untuk menarik minat
golongan remaja datang ke masjid (Membina Generasi Masjid, 1995). Menurut Ahmad Puhad
dan Siti Roddiah (2010) dalam kajiannya mendapati masjid yang cemerlang perlu dirancang,
dipimpin, diurus dan ditadbir dengan baik serta berlandaskan ketentuan syarak.
Seterusnya aktiviti kuliah dan pendidikan dalam masjid amat penting diadakan secara
berkala untuk faedah ahli kariah dan masyarakat setempat.Menurut Abdullah Mat et. al (2003)
untuk menyerlahkan kepentingan masjid dalam sebuah masyarakat Islam, maka konsep
pengurusan masjid ini hendaklah sentiasa dihubungkan dengan matlamat untuk menbentuk
sahsiah individu muslim dan sahsiah bertunjangkan kepada dasar-dasar ajaran Islam yang
lengkap dan indah itu.Pendakwah dan penceramah yang hebat amat disarankan untuk dipanggil
memberi kuliah dan ceramah di masjid. Ini adalah sebagai usaha tarikan kepada pelbagai pihak
untuk beramai-ramai datang ke masjid.
Aktiviti seperti qiamullail di masjid perlu diwujudkan paling kurang sekali sebulan untuk
ahli kariah supaya kesedaran tentang tanggungjawab memakmurkan masjid diperbaiki di
peringkat akar umbi masyarakat. Masyarakat yang hatinya kosong dengan roh Islam tidak dapat
menggerakkan pengimarahan masjid yang sebenarnya. Semua ahli kariah juga perlu
berkerjasama dalam menjayakan sambutan bulan kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Isra’
Mikraj, Nuzul al-Quran, Awal Muharram dan sebagainya.
Seterusnya masjid juga perlu menjadi one stop center untuk penyebaran dan pertukaran
maklumat di antara ahli kariah.Untuk meluaskan lagi jaringan penyebaran maklumat, maka
masjid hendaklah dilengkapi dengan laman web tersendiri. Aktiviti riadhah dalaman dan luaran
di masjid sesuai diadakan bagi memupuk semangat berkerjasama dan silaturrahim masyarakat.
Contohnya ada ruangan atau bilik untuk permainan ping pong, sepak raga bulatan dan
permainan-permainan santai yang lain.
Tidak salah mengadakan ruangan-ruangan sukan berhampiran dengan masjid, ini kerana
menurut Muhd Fauzi et. al., (2003) pada zaman Saidina Umar al-Khattab r.a. ketika
membesarkan masjid untuk keperluan semasa dengan sebab bertambahnya bilangan kaum
muslimin, beliau telah menyediakan satu ruangan yang dikenali sebagai al-Butayha di belakang
masjid untuk mereka yang ingin bercakap perkara yang tidak berkaitan dengan aktiviti masjid.
Seperti yang tercatat dalam lembaran sejarah, Nabi Muhammad S.A.W telah mengurus
dan menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan umat Islam dalam pelbagai cabang kehidupan
sama ada sebagai pusat ibadah, pusat pendidikan, pusat kegiatan sosial, pusat pembangunan
masyarakat, pusat penerangan dan maklumat, pusat kehakiman, pusat perhubungan, pusat
interaksi masyarakat, pusat rawatan dan kecemasan, pusat pemulihan dan pusat seni (Mohd
Salleh, 2009).
Objektif utama yang hendak dicapai ialah mengumpul umat Islam untuk berjemaah di
masjid, menentukan penganti imam semasa ketiadaan Rasulullah S.A.W di Masjid Nabawi di
Madinah, melantik imam dan muazzin di beberapa wilayah, melantik guru dan tokoh-tokoh
Islam mengajar di masjid serta menggariskan adab-adab dan peraturan yang perlu diikuti oleh
para jemaah masjid (Nor Raudah, 2003). Ini adalah contoh pengurusan masjid pada zaman
Rasulullah S.A.W yang berjalan secara kolektif.
Dari aspek kewangan pula, masjid dilihat berperanan sebagai satu institusi yang
berpotensi dalam menangani krisis ekonomi. Menurut Fidlizan dan Mohd Yahya (2009), peranan
masjid dalam sosio-ekonomi ini diketengahkan memandangkan institusi masjid mempunyai dana
yang agak besar terutamanya masjid-masjid yang berada di kawasan bandar dan pekan serta
yang mempunyai kepadatan penduduk dan pendapatan yang tinggi. Bagi mencapai objektif
tersebut, pengurusan kewangan masjid perlulah mengikut peraturan yang digariskan oleh Islam
dan menepati kehendak syarak (Ahmad Puhad dan Siti Roddiah, 2010).
Sesetengah penulis buku menyenaraikan pengurusan dalaman masjid ini sebagai peranan-
peranan masjid. Walau pun begitu selaku pembentang kertas kerja ini saya menyenaraikan
semua peranan-peranan masjid tersebut di rungan ini. Ini termasuklah masjid sebagai pusat
ibadah dan aktiviti kemasyarakatan, masjid sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran, masjid
sebagai pusat pentadbiran dan pemerintahan dan masjid sebagai pusat pusat kegiatan sosial (Nor
Raudah dan Mohamad Zaidi, 2006). Seterusnya ada juga penulis yang meletakkan peranan
masjid pada masa kini sebagai pusat pengukuhan kepada akidah, syariah, akhlak, pengukuhan
ilmu dan maklumat tentang Islam serta pengukuhan ukhuwah Islamiyah.

3. Ahli jemaah masjid yang baik.

Pengimarahan sesebuah masjid sebenarnya memerlukan sokongan dan penyertaan dari semua
pihak yang terlibat. Tanpa kerjasama yang menyeluruh dari pihak-pihak yang berkaitan akan
menghalang pencapaian masjid untuk menjadi institusi penyatuan umat Islam. Rentetan itu,
menurut Ahmad Puhad dan Siti Roddiah (2010) yang menjalankan kajian di negeri Kelantan
mendapati bahawa ahli jawatankuasa pengurusan masjid merupakan pihak yang berperanan
besar dalam mencapai matlamat pengwujudan insitusi ini. Menurut mereka, jawatankuasa yang
dibentuk perlulah mempunyai pengetahuan dalam bidang pengurusan, pelaksanaan
tanggungjawab dengan penuh amanah, sokongan masyarakat setempat dan kesatuan masyarakat
dengan institusi kerana ianya merupakan faktor pemangkin kepada kejayaan institusi masjid.
Pengurusan masjid yang dilaksanakan oleh Rasullullah s.a.w. adalah secara kolektif,
kerjasama, syura, penyelarasan dan pembahagian tugas. Prinsip-prinsip ini dilaksanakan
terutamanya dalam menentukan pengganti imam solat semasa ketiadaan Baginda S.A.W di
Masjid al-Nabawi di Madinah, memilih cara yang terbaik dalam memanggil umat Islam
berkumpul berjemaah di masjid, melantik imam dan muazzin di beberapa wilayah Islam,
melantik guru-guru dan tokoh-tokoh Islam mengajar di masjid-masjid serta menggariskan adab-
adab dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh jemaah masjid (Joni Tamkin Borhan et. al.,
2003).
Menurut Abdul Munir,(2012) pada zaman Rasulullah S.A.W, beberapa jawatan penting
sebagai pembantu tadbir masjid seperti imam, muazzin, pembantu pengurus harta benda,
kawalan keselamatan, pembersih dalaman masjid telah diwujudkan dan mereka diberi gaji
sebagai upah. Rasulullah S.A.W sentiasa memberi peluang kepada umat Islam supaya terlibat
dengan aktiviti masjid. Sebagai contoh, bagi mereka yang bekerja di bidang pertanian,
perniagaan, perkhidmatandan sebagainya dilihat tidak mempunyai peluang untuk terlibat secara
langsung dengan urusan masjid. Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W mencadangkan kepada pihak
pengurusan masjid supaya menyediakan beberapa tempat khas bagi mereka mempelajari Islam
bersama Rasulullah S.A.W ketika masa lapang.
Menurut Osman Khalid, (1987) pengurusan institusi masjid pada zaman Bani
Abbasiyyah dilakukan oleh para pegawai masjid yang dilantik oleh khalifah yang terdiri daripada
imam-imam dan khatib-khatib dengan diselia oleh wazir, gabenor atau amir dan kadi-kadi. Ini
menunjukkan pemilihan pegawai masjid mestilah dilantik dari kalangan individu yang
berkelayakkan khususnya jawatan imam, seterusnya jawatan penting yang lain seperti pegawai
kewangan Islam dalam menerajui pengembangan dana institusi masjid. Ianya adalah seiring
dengan penemuan Zainuddin (2009) yang menjelaskan sewajarnya ahli jawatankuasa pengurusan
masjid perlulah dianggotai oleh individu yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam
bidang tertentu seperti ahli perniagaan, usahawan, akauntan dan juga golongan ustaz. Ini
bertujuan untuk memastikan dana masjid dapat dikembangkan dan seterusnya memberi limpahan
positif kepada masyarakat setempat.

Kesimpulan

Peranan yang pernah dimainkan oleh masjid pada zaman Rasulullah S.A.W amat banyak dan
tidak boleh dinafikan lagi. Peranan yang cukup banyak oleh institusi masjid ini memberitahu
kepada umat Islam bahawa peranan masjid tidak terhenti pada ibadah solat dan aktiviti
keagamaan sahaja. Pembentang menyenaraikan peranan masjid secara umum daripada sumber
al-Quran dan al-Sunnah supaya diharapkan dapat mencakupi semua peranan-peranan yang telah
dimainkan oleh institusi penting ini dari zaman Rasulullah S.A.W sehingga kepada para sahabat
r.a. dan para tabi’ dan tabi’in. Institusi masjid pada zaman ini perlu bekerja keras melalui satu
sistem pengurusan dalaman yang baik untuk mencapai semua peranan dan tugas masjid supaya
menjadi masjid yang dapat meninggikan syiar Islam di mata dunia. Masjid juga tidak ketinggalan
mampu berperanan membantu dalam sosio-ekonomi umat Islam supaya dapat membawa
kehidupan ahli kariah dan masyarakat setempat ke arah satu kehidupan yang lebih baik dan
harmoni. Tiga faktor pencapaian kejayaan institusi masjid dicadangkan iaitu infra struktur masjid
yang baik, pengurusan dalaman masjid yang baik dan ahli jemaah masjid yang baik. Ketiga-tiga
faktor ini diharapkan dapat menangkis segala cabaran dan isu-isu negatif seperti kekurangan
jemaah yang memakmurkan masjid, kurang penglibatan belia dalam aktiviti masjid, kurang
pendedahan ilmu kepada ajk masjid, kurang derma tabung masjid, perpecahan ahli jemaah
disebabkan parti politik, penyebaran maklumat palsu di masjid, tandas dan bilik mandi yang
kurang bersih, vandalisme harta benda masjid dan sebagainya.

Bibliografi

Al-Quran al-Karim.
Abdullah bin Mat et. al. (2003).Membangun Institusi Masjid, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Islam. Universiti Malaya, Nilam Puri.
Abdul Munir Ismail. (2012). Urus Tadbir Masjid Secara Berkesan. UPSI: Tanjong Malim, Perak.
Ahmad Puhad Alim dan Siti Roddiah Abdullah (2010). Audit Pengurusan Masjid: Kajian di
Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia: Tidak Diterbitkan.
Bahagian Hal Ehwal Islam (1995).Membina Generasi Masjid. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana
Menteri, JAKIM.
al-Bukhariy, Muhammad bin Ismail. (1993). Sahih al-Bukhari. Dar Ibnu Kathir: t.tp.
Fidlizan Muhammad dan Mohd Yahya Mohd Hussin (2009).Peranan Masjid Sebagai Institusi
Sosio Ekonomi bagi Membantu Masyarakat Menghadapi Krisis Ekonomi.Majalah
Cahaya, JAKIM.
Fidlizan Muhammad dan Mohd Yahya. (2009). Isu-isu Pengurusan dan Pembangunan Masjid,
Kelantan: Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya, Nilam Puri.
Joni Tamkin Borhan et. al. (2003).Membangun Institusi Masjid, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Islam. Universiti Malaya, Nilam Puri.
Nasoha Saabin, Dr (2001), Memartabatkan masjid.Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Nor Raudah Hj Siren dan Mohamad Zaidi bin Abdul Rahman. (2006). Strategi Mengurus
Masjid. Jabatan Dakwah APIUM: Kuala Lumpur.

Norrodzoh Hj. Siren dan Yusmini Md. Yusoff (2003).Membangun Institusi Masjid, Kuala
Lumpur: Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya, Nilam Puri.
Mahmod Saedon Awang Othman (1994).Peranan dan Sumbangan Masjid pada Zaman
Rasulullah SAW dan Para Sahabat.
Mohd Salleh Ariff (2009). Pembangunan manusia Bermula dari Institusi Masjid.
http://suaralabuan.blogspot.com/2009/11/pembangunan-manusia-bermula- dari.html.
Muhd Fauzi et. al. (2003).Membangun Institusi Masjid, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Islam. Universiti Malaya, Nilam Puri.
Muhammad Muhd Taib. (1999). Masjid Sebagai Nadi Masyarakat Berasaskan
Ketaqwaan.Seminar. UKM 26 April 1999.
Muslim Kelana. (2008). Menjadi Usahawan sehebat Muhammad bin Abdullah. PTS Mellenia:
Kuala Lumpur.
Osman Hj. Khalid. (1987). Kesusasteraan Arab di Zaman Abbasiyyah Andalus dan Zaman
Moden, Pahang.
Razaleigh Muhamat et. al. (2003).Membangun Institusi Masjid, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Islam. Universiti Malaya, Nilam Puri.
Syed Othman Al-Habshiy. (1994). Islamic Thoughts and Investors” (Kerta Kerja dibentangkan di
Seminar Islamic Investment: An Exploratory Action Research. Kuala Lumpur, 2 August 1994).

Anda mungkin juga menyukai