Anda di halaman 1dari 15

INSTITUSI LATIHAN

JABATAN TENAGA MANUSIA


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA

KERTAS KERJA:
PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK:
KONSEP DAKWAH
DAKWAH KEPADA ORANG ISLAM
(7.1)
DAKWAH KEPADA ORANG BUKAN ISLAM
(7.2)
KERUNTUHAN UMAT ISLAM
DAN JALAN PENYELESAIANNYA
(7.3)

NAMA NUR IRSALINA BINTI AMRAN


NDP 22223062
NAMA PENGAJAR NORHANA BINTI AYUB
Konsep Dakwah

7.1 PENGERTIAN DAKWAH DAN MAKSUD DAKWAH


KEPADA ORANG ISLAM

Pengertian dakwah dari segi;


Bahasa Panggilan, seruan, ajakan
Istilah Menyeru manusia mengakui kebesaran Allah
Yang Maha Kuasa serta perlunya manusia hidup
berlandaskan peraturan yang ditetapkan
berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Manakala,
Definisi dakwah bagi Ibnu Taimiyah pula;

“Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar


beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang
telah dibawa oleh RasulNya, membenarkan apa yang telah
diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka”

Menurut Kitab Usulud Dakwah Dr.Abd Karim Zaidan,


berikut merupakan rukun Dakwah iaitu;

Dai Pendakwah
Mad’uu Sasaran/Penerima dakwah
Maudhu Isi dakwah
Uslubud Dakwah Teknik berdakwah
Wasilah (media untuk berdakwah)
Kedudukan dakwah di dalam Islam amat penting kerana
dakwah membolehkan masyarakat mengenali perkara
yang haq dan yang batil. Dakwah merupakan tugas para
Nabi dan Rasul. Rasulullah SAW telah berdakwah agar
manusia menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran
sepertimana ayat “Amar Makruf Nahi Mungkar”.

Al-Quran banyak menekankan ayat yang menyeru


manusia berdakwah ke jalan Allah. Sebagai contoh,

Yang bermaksud,

“Maka serulah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya engkau


berada di atas petunjuk yang lurus.”
Al-Hajj:67

Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW agar


menyembah Allah secara langsung dan umatnya secara
tidak langsung. Manakala ayat ini pula,

Yang bermaksud;
“Dan serulah (manusia) supaya (menyembah) Tuhanmu
dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang
musyrik (mempersekutukan Allah)”
Al-Qasas:87

Ayat Al-Quran ini menjelaskan bahawa semua umat Islam


termasuk dalam perintah untuk menyembah Allah SWT.
Kita juga tidak terkecuali daripada menyampaikan dakwah
dan Allah memuliakan orang yang berdakwah ke jalan
Allah.

Selain itu, terdapat banyak lagi ayat yang menyebut fasal


Amar Makruf Nahi Mungkar seperti yang berikut:-

Al-Taubah:71

Al-Imran:113 - 114
Bermaksud;

“Mereka itu tidak sama. Di antara ahli kitab, ada


segolongan yang lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah
di waktu malam sedang mereka sujud. Mereka beriman
kepada Allah dan hari kemudian dan menyuruh dengan
ma’ruf dan melarang dari yang mungkar, lagi bersegera
mengerjakan kebaikan dan mereka itu termasuk orang-
orang yang soleh.”

Imam Ghazali menghuraikan Firman Allah di atas bahawa


“Allah S.W.T. tidak akan mengakui kebaikan mereka
semata-mata kerana mereka beriman kepada Allah dan
hari akhirat sehinggalah ditambahkan cirinya dengan
mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar.”

Firman Allah lagi telah membuktikan kemuliaan umat yang


menyampaikan dakwah yang mendorong manusia
melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran. Sejajar
dengan itu, Allah SWT juga menegaskan bahawa Allah
Yang Maha Suci dari iktikad dan perbuatan syirik, dan agar
kita tidak mempersekutukan Allah dengan perkara lain.

Sejurus itu, semua umat Islam berperanan menyampaikan


dakwah agar agama Islam sentiasa bergerak dengan
perkembangan dunia. Hal ini turut melahirkan masyarakat
Islam yang cemerlang serta meletakkan Islam di tempat
yang tinggi kerana memberi kesedaran yang nyata
terhadap masyarakat luar.
7.2 DAKWAH KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

Golongan Umat Nabi Muhammad SAW

Golongan Islam Golongan Bukan Islam

Golongan Islam sudah semestinya mempunyai kefahaman


tentang agama Islam. Namun, terdapat ramai yang kurang
faham berkenaannya berbanding dengan individu yang
tinggi kefahamannya tentang Islam. Hal ini menyebabkan
timbulnya masalah kepada golongan Islam dan bukan
Islam.

Apabila seseorang itu kurang pemahaman mengenai


Islam, mereka lebih cenderung untuk melakukan perkara
bertentangan dengan syara’. Hal ini menyebakan
golongan bukan Islam membuat tanggapan yang umum
dan dangkal terhadap agama kita. Malang sekali, umat
Islam dilabel sebagai seorang individu yang keji, hina dan
menjijikkan. Golongan demikian akan membuat macam-
macam perkara untuk menjatuhkan dan memalukan Islam.

Sebagai contoh yang jelas, penganut Islam telah


dipersalahkan dalam Peristiwa 9/11. Mengikut mereka,
serangan letupan bom terhadap bangunan World Trade
Center dilakukan oleh pengganas Islam. Pihak berkenaan
telah memutar belitkan fakta untuk menanamkan
perasaan takut dan benci masyarakat Inggeris terhadap
umat Islam.

Walaupun begitu, kita juga haruslah menepuk dada dan


menyedari bahawa kita sebagai umat Islam juga gagal
memaparkan keindahan agama Islam. Dengan ini, kita
wajarlah menanamkan azam baharu demi menegakkan
kebenaran agama Islam dengan menyiarkan amalan Islam
yand dapat dicontohi.

Cara terbaik untuk membuktikan kemuliaan Islam adalah


dengan mengikuti perintah Allah SWT dengan cara Nabi
Muhammad. Sesungguhnya, Nabi Muhammad telah
dikatakan sebagai Uswah Hasanah bagi setiap manusia
seperti yang dipetik dari Ayat Al-Ahzab yang berikut;

Yang bermaksud;

“Sesungguhnya telah ada pada (diri ) Rasulullah itu suri


teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharapkan rahmat Allah (dan) kedatangan Hari Kiamat
dan dia banyak menyebut Allah.”
Al-Ahzab:21

Kesannya, kefahaman Islam akan berkembang dan


membuang persepsi buruk yang ada pada golongan
bukan Islam. Islam menjanjikan keamanan kepada semua
manusia tanpa mengira agama.

Tuntasnya, dakwah terbaik dapat disampaikan dengan


menerapkan akhlak yang mulia. Malahan, terdapat ramai
orang Musyrikin dan Yahudi tertarik memeluk Islam
disebabkan akhlak yang baik oleh Baginda.
7.3 KERUNTUHAN UMAT ISLAM DAN JALAN
PENYELESAIANNYA

“Perumpaman aku dengan Nabi sebelumku, ibarat


seorang lelaki membuat sebuah bangunan, yang
diperindah dan dipercantik seluruhnya, kecuali satu
tempat untuk batu-bata diletakkan di situ. Maka akulah
batu-bata itu dan aku adalah penutup para Nabi.”

Hadis di atas menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW


sebagai Nabi terakhir dan tidak ada lagi Nabi selepasnya.
Oleh itu, jelaslah bahawa kita merupakan umat terakhir
bagi Nabi yang terakhir. Rasulullah SAW diutus untuk
menyampaikan ajaran yang dibawa oleh Nabi-Nabi
terdahulu iaitu agama Islam.

Ulasan Ibnu Hajar Al-Atsaqalani lagi bahawa hal ini


menerangkan bahawa fungsi dan peranan kenabian
Muhammad SAW memiliki hubungan tidak terpisah dari
fungsi dan peranan para Nabi terdahulu.

Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab: 40;

Yang bermaksud;
“Tidaklah Muhammad itu bapa bagi seseorang dari
kalangan kami akan tetapi dia adalah Rasul Allah dan
penutup para Nabi..“
Al-Ahzab:40

Dengan ini, kita wajarlah gigih dan berusaha mengikuti


ajaran Islam dengan mejadikan Al-Quran dan Al-Sunnah
sebagai rujukan dan panduan utama dalam hidup
manusia. Hal ini kerana kedua-dua perkara ini lengkap dari
setiap aspek, misalnya akhlak, sirah, feqah, muamalat dan
sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda yang dinukilkan dalam kitab Al-


Muwatta oleh Riwayat Imam Malik yang bermaksud;

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak


akan sesat selagimana kamu berpegang kepada kitab
Allah dan Sunnah Nabinya.”
Hadis Riwayat Imam Malik

Dengan ini, jelaslah bahawa meninggalkan usaha dakwah


membawa kepada punca kemungkaran dan kelaknatan
Allah, sejurus mendapat musibah dan mengelakkan
pertolongan dari Allah SWT. Dakwah merupakan
tanggungjawab bagi semua umat Islam. Tanpa dakwah,
Islam menjadi lemah dan malap di mata dunia.

Imam Ghazali RAH turut menjelaskan kepentingan dan


keperluan usaha dakwah seperti Hadis di bawah;
“Tidak syak lagi bahawa dakwah adalah satu rukun agama
yang besar. Malahan setiap bahagian daripada agama ada
kaitan dengannya. Untuk meyempurnakan maksud ini,
Allah SWT telah mengutuskan kesemua nabi dan rasul a.s.
sekiranya tugas dakwah ini tidak diberi perhatian dan
ditingglakan terus dari segi ilmu dan amalan maka pasti
nubuwah (kenabian) tidak berguna lagi. Kesan daripada itu
sifat amanah yang menjadi sifat utama kemuliaan manusia
akan pupus dan binasa, sifat malas untuk beribadat akan
tersebar, jalan-jalan kesesatan dan penyelewengan akan
terbuka luas, kejahilan akan berluasa di alam ini, semua
urusan akan mengalami kerosakan, perpecahan antara
satu sama lain akan berlaku, masyarakat akan rosak
dan makhluk keseluruhan akan binasa.”

Di sini, kita mendapat iktibar dan menyedari bahawa


dakwah amat penting dan kita tidak sepatutnya lalai
daripada melakukan tanggungjawab kita seperti;

Mengkhususkan kerja dakwah kepada para ulama


sahaja

Sebagai umat Islam, setiap manusia perlulah menyebarkan


dakwah Islam walau sekecil mana pun dakwah tersebut.
Hal ini akan menarik penganut agama lain kerana
memupuk umat yang berpengetahuan dalam agama
sendiri.

Perasaan tidak perlu berdakwah kerana kesesatan


orang lain tidak memudaratkan diri sendiri
Kita wajarlah mengambil berat dan menegur sekiranya
mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
syara’.

Perasaan ragu-ragu terhadap Islam

Umat Islam diwajibkan membuang perasaan ragu-ragu


dan persepsi negatif terhadap Islam serta yakin bahawa
ajaran Islam dapat membentuk masyarakat dan tamadun
yang maju dan berjaya.

Perasaan tidak layak menyampaikan dakwah

Walaupun kita bukan ulama ataupun ustaz/ustazah, kita


digalakkan menyampaikan dakwah pada tahap yang kita
yakin kesahihannya.

Beranggapan bahawa hanya institusi agama perlu


menyampaikan dakwah

Mentaliti sedemikian menyebabkan kelalaian umat


daripada mengembangkan dan mendidik masyarakat
mengenai agama Islam.

Tidak yakin pada kerja dakwah sebagai wasilah

Al-Quran dan Al-Sunnah adalah lengkap dengan semua


aspek kehidupan. Oleh itu, kita perlulah sentiasa
berpandukan perkara-perkara ini untuk memperbaiki
umat.
Mendapat respon negatif daripada keluarga atau
masyarakat

Masyarakat hendaklah menyokong tugas dakwah yang


disampaikan agar Islam berkembang dengan lebih laju di
seluruh dunia.

Tidak tahu erti hidup sebagai umat Islam

Didikan tentang agama Islam digalakkan bermula sejak


kecil agar dapat memupuk mereka dengan ajaran Islam
sejurus membolehkan mereka menyampaikan dakwah
pada masa hadapan.

Oleh itu, semua umat Islam hendaklah memupuk diri


untuk menyampaikan dakwah dengan melakukan perkara-
perkara berikut;

Mengetahui maksud dan mafhum kalimah


Lailahailallah.

Yang bermaksud “Tiada Tuhan selain Allah”. Hal ini akan


sentiasa mengingatkan kita kepada Allah yang Maha Esa
sejurus mendorong kita untuk melakukan segala perintah-
Nya. Segala masalah dunia turut dibaiki sekiranya Iman
dalam diri dibaiki dan ditingkatkan.

Mengambil berat mengenai Solat

Seserang yang mengambil berat fasal Solat akan menjaga


Solatnya sehingga sempurna dan diterima Allah. Mereka
akan menjadi khusyu’ dan khudu’ dalam Solat.
Berusaha untuk meningkatkan ilmu dan melapangkan
masa untuk berzikir

Selain daripada sentiasa mengingati Allah, kita juga dapat


menjauhkan diri daripada perbuatan yang sia-sia dan tidak
berfaedah serta mendapat pahala.

Menganggap bahawa setiap orang Islam adalah


saudara

Setiap individu perlulah melahirkan rasa simpati dan


mengambil berat terhadap orang lain kerana mereka juga
merupakan umat Rasulullah SAW.

Mengingati bahawa perbuatan kita untuk mendapat


keredhaan Allah

Setiap perbuatan baik kita adalah untuk mencari


keredhaan Allah semata-mata dan bukannya untuk
mendapat pujian, duit dan sebagainya.

Menyambung semula dakwah Nabi SAW

Setiap umat Islam diperintahkan untuk sentiasa


menyebarkan dakwah Islam ke serata dunia agar lebih
ramai lagi orang mengetahui dan mempelajari Islam.

Tuntasnya, dakwah Islam wajarlah berkembang dengan


pesat di seluruh pelusuk alam. Hal ini dapat mengelakkan
kegagalan dan keruntuhan Islam disebabkan oleh
pegangan agama yang lemah.

Anda mungkin juga menyukai