Anda di halaman 1dari 9

UNUQABA’ PERANAN DAN PANDUAN

Muqaddimah :

Kelesuan yang melanda umat Islam berpunca daripada hilangnya nilai-nilai dan akhlak Islam di dalam diri
mereka. Cara hidup yang berpaksikan barat telah menggelapkan kesedaran untuk kembali kepada ajaran Islam yang
syumul. Ternyata segala perancangan dan agenda musuh-musuh Islam telah pun menunjukkan hasilnya dan kesan
itu dapat dilihat pada masyarakat hari ini.

Mujaddid Ummah :

Diantara kasih sayang Allah kepada hambaNya yang dapat dilihat dengan pandangan mata hati ialah
manusia tidak pernah ditinggalkan sesat sendirian tanpa hidayah dan petunjuk yang dapat membebaskan mereka
daripada kegelapan kepada cahaya keimanan. Setiap kali berlakunya penyelewengan dan kesesatan di dalam
masyarakat manusia, Allah s.w.t mengutuskan seorang hamba yang terpilih di kalangan mereka untuk menghidup
dan menggilap semula hal-hal dan urusan yang berkaitan agama.

Manusia diberi pilihan sama ada menyahut seruan ataupun menolaknya. Akan tetapi menerimanya
merupakan suatu kemestian dan menolaknya mengundang bala bencana.

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Mukminun ayat 44 :

            
         
Maksudnya: “Kemudian Kami utus rasul-rasul Kami silih berganti. Setiap kali seorang rasul datang
kepada suatu umat, mereka mendustakannya, maka Kami silih gantikan sebahagian mereka dengan sebahagian
yang lain (dalam kebinasaan). Dan Kami jadikan mereka bahan cerita (bagi manusia). Maka binasalah bagi kaum
yang tidak beriman.”

Keadaan ini berlanjutan sehingga Allah s.w.t mengutus kekasihNya sebagai utusan terakhir yang
dikhususkan buat sekalian alam tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Seusai wahyu terakhir diturunkan dan
setelah kewafatan baginda s.a.w, tugas mulia ini telah diteruskan oleh para pengikutnya sehingga tiba suatu masa
tatkala matahari mulai terbit di ufuk barat.

Kewajipan Seorang Muslim

Firman Allah azzawajalla di dalam surah Ali Imran ayat 104:

        


      
Mafhumnya: “Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang yang beruntung.”

Para ulama’ menegaskan bahawa, huruf lam pada kalimah waltakum membawa makna suruhan dan
perintah. Setiap ayat perintah di dalam al-Quran merupakan suatu kewajipan selagi mana tidak ada tanda yang
mengubahnya kepada harus atau selainnya. Oleh yang demikian, tugas menyeru manusia kepada cahaya keimanan
dan mencegah mereka daripada kegelapan mungkar merupakan satu kewajipan.
Di dalam tafsir at-Tabari menjelaskan, kalimah min daripada minkum adalah merujuk kepada sebahagian.
Ia bermakna kewajipan tersebut hanya ditujukan kepada alim ulama’ (orang yang berilmu pengetahuan) dan bukan
semua manusia itu berpengetahuan.

Nabi s.a.w mengisyaratkan di dalam sabdanya bahawa dengan sedikit pengetahuan manusia telah dikira
berilmu dan tahu. Maka menjadi kewajipan baginya untuk menyampaikan dan menyeru manusia kepada kebaikan.
Sabda Nabi s.a.w:

‫بلغوا عني ولو آية‬


Allah s.w.t juga telah telah memuji dan mengiktiraf umat Islam sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan
untuk manusia kerana mereka melaksanakan tugas ini. Hal ini disebut pada ayat 110 surah Ali Imran:

        


   
Maksudnya: “Kamu umat Islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu
menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”

U.S.R.A.H

Usrah menurut pandangan As-Syahid Imam Hassan Al-banna:

“Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan untuk
penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” Dengan terbentuknya apa yang
dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah
contoh-contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada mereka, bahkan
akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri; iaitu
dengan jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat bualan dan pandangan teori
kepada peningkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga hendaklah turut memandang berat serta
bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini;
iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”.

As-syahid Imam Hassan al-Banna menjelaskan kepentingan usrah dalam membentuk perpaduan
di kalangan kaum muslimin. Perpaduan ini pula akan membentuk ikatan persaudaraan yang dapat
memimpin umat Islam ke arah nilai dan akhlak Islami melalui perbualan dan seterusnya ke arah
perlaksanaan.

MEMAHAMI SEJARAH

Mengingati sejarah sama ada manis mahupun pahit kadangkala dapat memberi satu suntikan semangat
kepada manusia. Tidak kira semangat tersebut dapat mendorongnya ke arah kebaikan atau melakukan kejahatan.
Ketamadunan masyarakat juga dapat ditingkatkan apabila mereka berjaya mengambil pengalaman dan belajar dari
sejarah silam.

Pada zaman Jahiliyyah manusia hidup dalam kesesatan dan kegelapan. Mereka menyembah berhala,
mempercayai sihir dan khurafat, menindas golongan bawahan dan hamba abdi, mengeksploitasi wanita, membunuh
anak perempuan kerana percaya anak perempuan membawa nasib malang dan tidak memberi keuntungan kepada
keluarga, saling berbunuhan, minum arak, berzina, menipu dalam jual beli dan lain-lain. Kehidupan yang tidak ada
cahaya hidayah ini amat menyengsarakan terutama kepada golongan miskin dan hamba abdi. Golongan kaya terus
hidup dalam kemewahan dan golongan bawahan terus tertindas tanpa kebebasan.
Maka dengan rahmat dan kasihNya, Allah s.w.t telah mengutuskan seorang rasul dari kalangan bangsa arab
untuk menyeru mereka kepada satu agama yang membawa keadilan kepada seluruh manusia tanpa mengira pangkat,
bangsa dan warna kulit. Agama ini adalah Islam. Islam bererti menyerah diri. Patuh dan taat kepada satu kuasa
mutlak yang tiada tandingannya di muka bumi.

Islam diperkenalkan kepada masyarakat Jahiliyyah secara berperingkat-peringkat. Pada awalnya Rasulullah
s.a.w menyeru ahli keluarga terdekat dimulai dengan Saidatina Khadijah radiallahuanha isteri tercinta. Beliau
adalah wanita pertama yang menyahut seruan baginda s.a.w. kemudian sepupunya Saidina Ali karramallahu
wajhah, Zaid bin Harithah anak angkatnya, dan seterusnya kepada para sahabat seperti Abu Bakar as-siddiq,
Uthman bin Affan, Abdurrahman bin ‘Auf, Al Zubair bin ‘Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Bilal bin Rabbah dan
mereka yang lain radiallahu anhum ajma’in. Peringkat pertama ini dikenali sebagai Dakwah sirriyyah (dakwah
secara rahsia). Dakwah ini dilakukan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam yang mana rumah tersebut menjadi pusat
berhimpun para sahabat untuk mendengar kalam baginda alaihissalam berkaitan Islam. Dakwah peringkat ini
berlanjutan selama tiga tahun.

Methode yang digunakan oleh Rasulullah pada ketika itu sangat bertepatan dengan keadaan dan suasana.
Masyarakat Jahiliyyah yang sangat taksub dengan ajaran nenek moyang mereka tidak mungkin dapat menerima
seruan Nabi s.a.w jika baginda melaksanakan dakwah secara tiba-tiba. Oleh yang demikian, pembersihan amalan
jahiliyyah di dalam diri para sahabat dimulai dengan menanam nilai akidah dan kepercayaan kepada Allah s.w.t
setelah itu barulah baginda bersama para sahabat melakukan dakwah secara terang-terangan apabila bilangan
mereka pada masa tersebut telah mencapai tahap kekuatan untuk keluar menghadapi masyarakat arab.

SOALAN KBKK

Soalan 1 : Siapakah pelopor usrah?

Jawapan : _____________________

Soalan 2 : Apakah kesan perlaksanaan usrah yang dapat dilihat pada hari ini?

Jawapan : _____________________________________________________________________

Soalan 3 : Pada pendapat kamu, adakah usrah itu penting dan mengikut peredaran zaman? Berikan jawapan beserta
alasan.

Jawapan : _____________________________________________________________________

N.U.Q.A.B.A’ & N.A.Q.I.B.A.T

Firman Allah s.w.t , surah Fussilat: 33:

           
 
Maksudnya: “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan
mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim (berserah diri).”

Pengertian nuqaba’ berasal dari kata asal ‫القوم‬ ‫ نقب على‬- ‫نقابة‬ maknanya ‫ أي قام‬،‫صار نقيبا عليهم‬
‫شخص برعاية شئونهم‬ seorang yang mengurus dan mengendalikan urusan masyarakat.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 12 :


          
          
       
         
         
Mafhumnya: “Dan sesungguhnya, Allah telah mengambil perjanjian dari Bani Israel dan kami telah mengangkat
dua belas orang pemimpin di antara mereka. Dan Allah berfirman, “Aku bersamamu”. Sesungguhnya jika kamu
melaksanakan solat dan menunaikan zakat serta beriman kepada rasul-rasulku dan kamu bantu mereka dan kamu
pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, pasti akan Aku hapuskan kesalahan-kesalahanmu, dan pasti akan Aku
masukkan ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Tetapi barangsiapa kafir di antaramu
setelah itu, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.

Nuqaba’ juga bermaksud, seseorang yang mempunyai kelayakan thaqafah, ciri-ciri khusus juga iltizam
yang mantap dan diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiah ahli mengikut wasilah-wasilah tertentu (umum dan
khusus).

SOALAN CEPUMAS:

SOALAN 1 : Bagaimana cara mudah untuk memimpin ahli?

Jawapan : _____________________________________________________________________

SOALAN 2 : Bagaimana ahli dapat ditarbiyah dari sudut rohani, jasmani dan thaqafah mereka?

Jawapan : _____________________________________________________________________

SOALAN 3: Bagaimana ingin menyatukan fikrah dan kesatuan ahli sesebuah organisasi?

Jawapan : _____________________________________________________________________

Untuk mengatasi persoalan-persoalan ini, maka satu usaha yang bersungguh-sungguh mesti dilakukan
untuk melahirkan nuqaba’ yang bukan sahaja bersemangat malah memahami dengan betul tuntutan sebenar
perlaksanaan usrah.

Nuqaba’ juga diibaratkan seperti sepohon pokok yang baik dan bermanfaat kepada manusia seluruhnya.
Firman Allah s.w.t dalam surah Ibrahim ayat 24 :

           
   
Maksudnya: “Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik
seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit.”

Kalimah yang baik di dalam ayat di atas termasuklah menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran.

Setelah memahami maksud dan kedudukan nuqaba’, maka para Nuqaba’ dan Naqibat adalah
bertanggungjawab sebagai:

1. Sekolah-sekolah kecil kepada ahli bagi menyalurkan ilmu dan tarbiah mengikut manhaj yang telah
tentukan.
2. Mursyid, tempat bernaung dan rujukan ahli dalam melicinkan perjalanan hidup mereka.
3. Cermin dan tempat mengukur kekuatan kemantapan ahli. Sekiranya para Nuqaba’ dan Naqibat lemah,
maka kita dapat membayangkan realiti ahli dan masyarakat organisasi.

Dalam melaksanakan tanggungjawab di atas, maka para Nuqaba’ hendaklah mempunyai persiapan berikut:

1. Membersihkan hati dan perasaan daripada sifat-sifat keji dan negatif seperti nifaq, hasad, mementingkan
diri sendiri, malas dan sebagainya. Sebaliknya tanamkan di dalam jiwa sifat-sifat yang mulia dan positif
seperti ikhlas, sedar, bersungguh-sungguh, kasih sayang, hormat-menghormati dan sebagainya.
2. Menanam keyakinan yang tinggi terhadap kebesaran dan keagungan Allah Ta’ala.
3. Menghayati sepenuhnya kisah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
4. Meyakini kesempurnaan Islam dan masa depannya (kemenangan).
5. Menghiasi diri dengan syakhsiah yang mulia
6. Meyakini bahawa pengorbanan dan kesabaran adalah tangga kejayaan.
7. Meyakini bahawa tugas yang dilaksanakan adalah wadah yang diredhai Allah s.w.t.

CIRI-CIRI ASAS NUQABA’

1. Murabbi:
Naqib adalah seorang murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang
tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli. Para
murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas pentarbiahan dengan
meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Allah Taala.

2. Guru atau Muallim:


Naqib adalah seorang muallim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat
yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka
di dalam bidang keilmuan.

3. Bapa atau Ibu:


Naqib/ Naqibah adalah seorang bapa/ibu yang bertanggungjawab menumpukan sepenuh perhatian, kasih
sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya
menjadi manusia yang berguna dan berjasa setelah mereka dewasa.
Sifat seperti ini mestilah dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibah. Segala tindak-tanduk Naqib adalah
bertitik tolak dari rasa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya dapat
berjasa kepada Islam.

4. Al-akh/ al-Ukht:
Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim / al-Ukht al-Muslimah yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-
ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima
nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati.

Apabila kita meneliti keempat-empat ciri asas di atas, kita dapati bahawa hubungan antara Naqib dan ahli
usrah seluruhnya ditegakkan di atas rukun-rukun usrah berikut:

1. Al-Ta’aruf
2. Al-Tafahum
3. Al-Takaful
Para Naqib dan ahli usrah yang tidak dapat menghayati ketiga-tiga rukun ini secara mendalam maka mereka tidak
akan dapat menjayakan keempat-empat ciri asas di atas, begitulah sebaliknya.

CIRI-CIRI PENTING

1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana Allah Taala semata-mata. Tanpa
keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah.

2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia akan memberikan perhatian
yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.

3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati
yang baik serta berbincang dengan cara yang terbaik.

4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak yang baik. Semua ini dilakukan
dengan sabar, lemah lembut (tidak cepat marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan
yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w dan para daie
yang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w.

5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia berkecimpung di dalamnya. Juga memahami
aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih
mendalam mad’u yang didakwahnya.

6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam untuk dijadikan bekalan. Dia akan
mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi muslimin yang pertama.

7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan
melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.

8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan logik) hendaklah dipandukan dengan unsur
perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal
untuk menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.

KEMAHIRAN, SKILL & USLUB

Untuk menjadi seorang Nuqaba’/ Naqibah yang berjaya, beberapa kemahiran asas dalam bermuamalah
dengan manusia perlulah dimiliki. Kemahiran-kemahiran ini dapat membantu Nuqaba’ meningkatkan skill untuk
mengendalikan usrah dengan lebih berkesan. Ia juga dapat menarik minat ahli untuk mengikuti usrah yang
dijalankan. Selain itu, kemahiran-kemahiran ini akan membantu Nuqaba’ mengenali ahli dengan lebih mendalam
serta dapat bertindak terhadap ahli dengan lebih tepat mengikut situasi.

 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Kemahiran berkomunikasi adalah satu kemahiran yang amat penting dalam menyampaikan sesuatu mesej.
Komunikasi yang mudah dapat membantu pendengar memahami dan menghayati setiap perkataan yang
dipertuturkan. Komunikasi yang lemah akan membantutkan minat dan kefahaman pendengar.

 KEMAHIRAN MENDENGAR
Mendengar merupakan asas pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diantara faedah kemahiran
ini anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang yang bercakap kepada anda.
Manusia akan rasa gembira apabila pertuturannya dapat didengari dan difahami oleh orang lain.

 KEMAHIRAN MEMPENGARUHI
“Satu-satunya cara di bumi ini untuk mempengaruhi orang lain adalah dengan cara berbicara tentang apa
yang mereka inginkan dan tunjukkan pada mereka bagaimana untuk memperolehinya.” - Dale Carnegie –
“Bangkitkan minat dalam diri orang lain”

 KEMAHIRAN INTERPERSONAL (konsep kendiri)


Kemahiran interpersonal adalah satu kemahiran yang digunakan oleh seseorang untuk berinteraksi dengan
orang lain. Setiap dari kita mesti mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri kita sendiri.
Gambaran ini disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan,
kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita. Konsep kendiri dibentuk hasil daripada interaksi anda dengan
orang lain dan penyesuaian diri anda dengan alam sekitar. Penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan
konsep kendiri positif manakala kegagalan akan membawa kepada konsep kendiri negatif. Konsep kendiri
seseorang juga dipengaruhi oleh tanggapan orang lain terhadap dirinya.

 KEMAHIRAN INTERAKTIF @ INTERAKSI


Ia adalah kemahiran dalam bertukar pandangan dan percakapan antara individu. Melalui interaksi itulah akan
wujud perhubungan-perhubungan yang membawa kepada bertukar pendapat sehinggalah kepada pemahaman
erti bersosial yang baik.

 KEMAHIRAN BAHASA BADAN


Ucapan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahasa badan yang baik dan terkawal kerana ia boleh menarik
pemusatan perhatian dan fikiran pendengar.

 KEMAHIRAN PSIKOLOGI
Kemahiran psikologi adalah cara untuk memahami mengapa dan bagaimana manusia bertingkah laku. Ia dapat
membantu Nuqaba’ memahami ahli dan bertindak dengan tepat mengikut situasi.

TUJUH PANDUAN UNTUK NAQIB

Adaptasi (ringkasan dan penyesuaian) daripada tulisan Ummu Azmi, "Petua Menjadi Ketua Usrah Yang Berjaya"
dalam majalah Ummi, Julai 1990, 34-35.

Panduan 1: Kenali Ahli Usrah

Naqib perlu mengenali ahli usrahnya dengan mendalam. Selidiki latar belakang mereka: diri, keluarga, pendidikan,
pekerjaan, perkara yang disukai, perkara yang dibenci dan sebagainya. Ikuti perkembangan hidup mereka:
kebajikan, kewangan dan seumpamanya. Maklumat-maklumat itu boleh digunakan untuk mentadbir usrah secara
lebih berkesan. Berpandukan maklumat itu, naqib boleh bertindak dengan tepat dan sesuai dengan peribadi tertentu.

Panduan 2: Rancang Program Pengisian

Naqib mesti merancang program usrahnya sebelum usrah itu bermula. Antaranya, agihkan masa yang sesuai untuk
slot bacaan al-Quran dan pentafsirannya, bacaan hadis, perbincangan tajuk khusus, pembersihan hati, dan hal ehwal
semasa. Tetapkan terlebih dahulu tajuk yang hendak dibahaskan dan bahan-bahan rujukannya. Senaraikan juga
perkara-perkara untuk diumumkan kepada ahli usrah. Naqib juga perlu membaca bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk perbincangan.
Panduan 3: Segarkan Usrah dengan Suasana Perbincangan

Naqib berperanan untuk menyegarkan suasana usrah dengan perbincangan yang sihat dan terkawal. Pastikan
perbincangan berfokus pada tajuk yang telah dirancang. Semasa berbincang, ahli digalakkan mengemukakan nas-
nas yang sahih dan contoh-contoh dari sirah Rasulullah s.a.w. Usahakan agar perbincangan itu dikaitkan dengan
realiti semasa dapat dihayati dalam kehidupan seharian.

Panduan 4: Beretindak sebagai Pemimpin Tempat Bernaung

Naqib perlu menjadi qudwah hasanah kepada ahli-ahlinya dalam segala segi baik perbuatan, percakapan,
perbelanjaan, cara bergaul dan berpakaian. Jalinkan ukhuwah sesama mereka, dalam atau luar usrah. Naqib juga
perlu bertindak selaku kaunselor. Berbincanglah dengan mereka secara persendirian atau berkumpulan. Tanda awal
seseorang naqib itu berjaya ialah apabila para ahli menjadikan dirinya sebagai tempat merujuk.

Panduan 5: Berikan Kerja kepada Ahli

Naqib perlu memberikan tugasan yang sesuai dengan minat dan kemahiran ahlinya. Ahli itu akan berasa dihargai
apabila diamanahkan dengan sesuatu tugas untuk kumpulannya. Ahli itu perlu diselia secara wajar dan minimum
oleh naqib. Dengan cara ini, ahli usrah akan belajar berkomunikasi dengan lebih banyak orang dan sentiasa
membina hubungan dengan naqib.

Panduan 6: Pelbagaikan Kesan Sampingan

Naqib boleh juga mendidik ahli usrah dengan cara-cara lain. Antara

cara yang sesuai adalah seperti yang berikut:

6.1 Soalan. Kemukakan soalan kepada ahli-ahli usrah tentang tajuk-tajuk yang telah dibincangkan,
termasuk isu semasa.

6.2 Penyelesaian Masalah. Kemukakan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seseorang ahli untuk
diselesaikan. Contohnya, jika ahli itu pekerja yang sibuk, bincang dan selesaikan masalah agihan masa untuk tugas
dan dakwah. Kes spesifik atau cerita boleh juga dikemukakan.

6.3 Permainan. Adakan "permainan" yang dapat menguji kepintaran ahliahlin usrah. Permainan itu boleh
menggunakan komputer, secara bertulis, lisan, mengira dan sebagainya. Pendekatan ini dijangka dapat mengekalkan
minat ahli-ahli usrah.

6.4 Berkhemah dan Berkelah. Kegiatan perkhemahan di pinggir hutan atau perkelahan di pantai sangat
berkesan dalam membina ikatan persaudaraan sesama ahli usrah. Kegiatan-kegiatan seperti ini memberi peluang
untuk mereka berinteraksi, melakukan kerja secara berpasukan dan membina sikap suka tolong-menolong.

Panduan 7: Sediakan Laporan Penilaian

Naqib perlu melakukan penilaian dari semasa ke semasa. Prestasi ahli-ahli usrah dari segi kefahaman, kesungguhan,
potensi, minat, kelemahan, kekuatan perlu dinilai dan dilaporkan kepada mereka. Naqib sendiri perlu meminta
komen daripada ahli-ahli usrah tentang cara pengendaliannya, tajuk perbincangan dan sumber rujukan. Berdasarkan
komen itu, langkah penambahbaikan boleh dirancang dan dilaksanakan.

Jika kemahiran ini digunakan dengan betul dan mengikut situasi, ia akan memberi kesan positif kepada ahli
usrah seperti:
1. Menguatkan ikatan hati, persaudaraan dan kasih sayang antara ahli dan Nuqaba’.
2. Membina kepercayaan ahli terhadap Nuqaba’.
3. Menarik minat ahli untuk menyertai usrah seterusnya.
4. Ahli tidak merasa bosan dengan usrah yang dijalankan.
5. Usrah tidak berlangsung dalam keadaan kaku dan jumud, ia akan hidup dan menyeronokkan.
6. Ahli dapat memahami apa yang disampaikan oleh Nuqaba’

Penutup:

Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, Nuqaba’ hendaklah meletakkan pergantungannya kepada Allah
s.w.t. Ingatlah bahawa para daie tidak ditugaskan untuk memberi hidayah dan petunjuk, akan tetapi seorang daie itu
hanya menjadi juru pandu kepada manusia untuk menuju dan meraih hidayah Allah s.w.t.

Segala permasalahan dalam meneruskan tanggungjawab ini haruslah sentiasa dikaji dan diselesaikan agar
ianya tidak berleluasa dan berterusan sehingga menjadi sukar untuk diatasi. Semoga dengan ilmu yang sedikit ini
dapat memberi manfaat dan dikira sebagai amal soleh di sisi Allah s.w.t.

“Jadilah kamu ketika menyeru manusia seperti pokok buah-buahan; mereka membalingnya dengan batu
dan dia menggugurkan buah kepada mereka”. –Assyahid Imam Hassan al-Banna

“Aku tidak mengarang kitab, akan tetapi aku mengarang manusia” –Assyahid Imam Hassan al-Banna

Disediakan oleh,
Siti Nur Aisyah binti Mohd Juki
Ijazah Usuluddin Tahun 4
Universiti Al al-Bayt Jordan

RUJUKAN:
Al-Quran dan Terjemahannya
Tafsir At-Tabari
Ad-Dakwah al-Islamiyyah, Dr. Sodiq Amin
Bagaimana Mencari Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain, Dale Carnegie
Dakwah Fardiyah, Mustafa Masyhur
Fiqh Sirah 1, Ramadhan al-Buti
Ke arah Pembentukan Nuqaba’ Yang Berjaya, Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Usrah dan Dakwah, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
Rujukan Internet

Anda mungkin juga menyukai