Anda di halaman 1dari 10

LDK 1

MODUL: SEMUT & GULA


Modul Semut & Gula ini sesuai untuk digunakan semasa sesi Ice Breaking.. Kias
untuk kotak, plastik dan kerusi boleh di ubah sekiranya ia digunakan untuk
pelajar seperti berikut.
Kotak: Harapan Pelajar
Plastik=Hati Mak Ayah
Kerusi= Masa depan Pelajar
Gula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran
Perhatian:
1. Asingkan peserta muslimin dan muslimah.
2. Jangan buat di tempat yang sempit.
3. pastikan ada fasilitator yang mencukupi untuk menolong... takut ada peserta
lemas, tersepit
Perjalanan modul
Semua peserta di minta keluar barisan dan berada di dalam bulatan...
1- ditangan saya ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah kamu semua..
kamu akan dapat sorang satu.. gula-gula ni, saya letakkan ke dalam plastik..
and then saya masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak saya letakkan di
atas kerusi plastik ni...
2- baik, di tangan kanan saya pula ada satu wisel... yang mana bila saja saya
tiup wisel nie... saya nak setiap daripada kamu memiliki sorang sebijik gulagula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua" ketua fasilitator
memberikan arahan kepada para peserta.
ok bersedia?
BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan..
Prittttt!!! wisel dibunyikan...
3- peserta berkerumun berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap...
ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa
gula...

4- Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada
didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencuthencut,... ada yang mengaduh kesakitan... yang yang melonjak kegirangan
kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak
dapat gula-gula...
5- Keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang
diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang
digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya...
Baik... semua dapat gula-gula?
Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula..
Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap
peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih...
cepat pulangkan!! bebel ketua fasilitator
Baik... saya nak tanya.. apa arahan saya mula-mula tadi?
Ambil gula-gula! jerit peserta kegirangan...
OOoo... baik.. nak tanya... ada tak saya suruh kamu berebut-rebut macam
budak kecik?
errr.. takk jawab peserta dalam keadaan serba salah
Kan saya dah kata.. bila saya tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula...
tak boleh ker kalau lantik ketua di antara kamu kemudian beri sorang satu...
atau.. semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr?? suara
ketua fasilitator sedikit meninggi..
peserta semua diam sambil menundukkan kepala..
nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!!
ada saya suruh kamu buat semua nih??? ha??

semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah.. takk


saya nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??
10 sen..
baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang
dari 10 sen?
Lebih..
dah tu?? kamu semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula
10 sen nih??
peserta semua terdiam...
inilah realiti hidup kamu!.. kamu sanggup rosakkan perkara-perkara yang
berharga dalam hidup kamu semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!..
cuba kamu semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di
dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah
amalan kamu di dunia..... kotak ni pulak... agama kamu.. dan kerusi ni pulak
adalah ganjaran syurga yang menanti kamu... tengok apa dah jadi??
para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi
yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang...
kerana kenikmatan di dunia sementara... kamu telah hancurkan amalan soleh...
kamu menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga kamu hancurkan
ganjaran syurga yang menanti kamu... suara fasilitator agak meninggi..
peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi...
tuh, tengok sahabat-sahabat kamu.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap
kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia kamu
semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri..
air mata semakin deras mengalir di pipi..

ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan


gula-gula tadi..
Nih tengok... baca! apa yang tertulis..?? ketua fasilitator menunjukkan cebisan
kotak yang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN"
Ha! kalau yang kamu rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula
beracun! his.. apa nak jadi dengan kamu semua nih... ok dah.. sapa yang tak
dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang
satu...
ok baik... sekarang.. saya nak kamu pilih pasangan masing-masing...
dah.. jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing
ok baik.., sekarang saya nak.. kamu buka pembalut gula-gula tuh... and then..
sambil merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada
pasangan masing-masing.. sambil ucap... "ana uhibbuka jaidd jiddan"
maka sekali lagi dewan menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil
menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing...
"Ok dah suap?"
"Dah..." jawab peserta kegirangan
Baik.. kamu lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULAGULA INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?
er.. dah disuruh?
aik? kalau saya suruh suap racun kat kawan pun ikut jugak ker? kamu xleh nak
pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?
hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah..
"isk.. yang kamu suap kat saya sapa suruh? saya makan la.."
"yang kamu pi makan tu sapa suruh.."

" dah kamu suap.." (bebelan pelajar sesama mereka)


dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan dihadapan
kamu dan ucapkan "jazakallah"
maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing...
dah peluk...? soal ketua fasilitator
dah. jawab peserta dengan ringkas.
aih?...kamu semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat kamu tadi
suap gula-gula beracun? sahabat kamu tuh nak bunuh kamu.. kamu boleh
ucapkan terima kasih... siap peluk lagi? Soal ketua fasilitator

alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta..


"ni lah realiti kamu sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang
sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan
kemungkaran... kamu tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu
yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang
merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak
kamu dengan mengajak kamu buat bende tak senonoh... tapi, kamu masih
anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la..
understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah..."
"err... para peserta masih berdiri"
"tak pe lah..
lah... saya kata duduk.. duduk la.."
"tak per lah cikgu... kami nak berdiri jerk.."
"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut kamu lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita
teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan

duduk.."
3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang
selebihnya.. berdiri...
"erm.. yang duduk tu sure ke saya suruh duduk..?" soal ketua fasilitator
"er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"
"aik? saya tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?"
"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."
"oh pulak.. ikut kamulah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa...
takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3
kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan
Qadar..."
"alamak.. kena lagi..." para peserta mengeluh kerana salah memilih...
ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para
peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya..
-Tamat-

LDK 2
Tajuk: Bola Iman
Ketegori: Permainan / sukan / riadah
Masa: 30 Minit

Peralatan: Bola sepak (mengikut bilangan kumpulan)


Objektif:
1. Memupuk semangat berpasukan.
2. Menerap nilai keimanan dan ketakwaan
Langkah:
1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan (1 kumpulan mengandungi 56 orang peserta)
2. Setiap kumpulan diberi taklimat mengenai prosedur cara permainan dan
syarat-syarat permainan.
3. Ketua Fasilitator membuat ulasan selepas permainan.
Prosedur
1. Setiap kumpulan diminta membuat bulatan kecil (tangan diletakkan diatas
bahu sebelah menyebelah).
2. Setiap kumpulan diberikan sebiji bola yang diletakkan di tengah tengah
bulatan.
3. 2 orang fasilitator ditugaskan berada di luar bulatan (sebagai pengacau) bagi
setiap kumpulan. Para fasilitator dikehendaki mengeluarkan bola daripada
bulatan manakala para peserta pula dikehendaki mempertahankan agar bola
tersebut tidak terkeluar bulatan.
Peraturan:
1. Peserta dan Fasilitator hanya boleh menggunakan kaki sahaja didalam
permainan ini.
Ulasan Fasilitator
1. Perbandingan bola sebagai iman para peserta yang mana mereka terpaksa
mempertahankan daripada terkeluar (iaitu terbatal syahadahnya).
2. Para peserta juga hendaklah sentiasa berwaspada setiap masa daripada
anasir-anasir yang cuba merosakkan iman mereka.
Ha... simplekan? tapi jika kita baca faham betul2 apa yang cuba disampaikan
kepada peserta bukanlah satu bende yang main-main. Ia berkaitan dengan
akhidah.
Muktahir la ni... memacam serangan akhidah yang menimpa kita.. Apa yang
menakutkan ana ialah... kalau yang terang-terangan kafir itu mudah. sekali lihat
kita dah tahu ia kafir. Tetapi apa yang menakutkan kita ialah ia berlindungan
dengan perkataan "Islam" dibawah nama Jamaah Islam, Pertubuhan Kebajikan
Islam, Ilmu Persilatan Islam, Tarikat, dan sebagainya tetapi mereka ini
mempunyai rencana Jahat yang merosakkan akhidah. Akibat perbuatan mereka
ini, mereka telah mencemarkan pertubuhan-pertubuhan islam yang lain. Lantas
menyebabkan orang awam membenci KESEMUA pertubuhan2 Islam ini. Tak adil
la macam ni kan?

Sepatutnya pertubuhan yang jelas bercanggah dengan akhidah wajar dikekang..


mereka bukan sahaja mencemarkan pertubuhan2 Islam Haq yang lain bahkan
bisa mengheret ramai ummat Islam ke lembah kesesatan. Ini yang
merunsingkan. Tambahan pula tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada
pihak berwajib untuk menangani hal ini. Bahkan mereka ini diiktiraf oleh
pertubuhan berdafar!
Atas kesedaran ini, dinasihatkan kepada sahabat2 dsantai, sebelum menyertai
mana-mana jemaah, gerakkan , tarikat kaji lah terlebih dahulu.. cuba tanya
ulama2 yang telah kita ketahui akhidah mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Hal ini penting agar kita tidak terperangkap masuk kedalam perangkap
pertubuhan-pertubuhan sesat yang menggunakan nama Islam.

Modul: Cermin diri V 0.1


Masa: 1 Jam 15 Minit
Peralatan: Kertas modul, Pen 1jenis warna shj, kotak
Penyediaan Modul:
1. Sekeping kertas A4 di lipat kepada 3 bahagian. bahagian yang paling atas di
tulis Kebaikan, bahagian yang tengah di tulis Keburukan dan bahagian bawah
sekali di tulis Cadangan.
2. Di bahagian atas sebelah kanan dituliskan nama seorang peserta.
3. Ulangi langkah 1-2 untuk peserta yang berikutnya sehingga cukup sebanyak
bilangan peserta.
Pusingan 1
1. Setiap peserta di minta berada di dalam bulatan.
2. Peserta akan diedarkan dengan kertas modul.
3. Peserta di minta menulis mengenai kebaikan si perserta yang namanya tertulis
di kertas tersebut.
4. Setelah itu kertas itu di lipat dan di masukkan ke dalam semula.
Pusingan 2
1. Kertas modul di keluarkan dan diedarkan semula kepada semua peserta.
2. Peserta di minta menulis mengenai keburukan si peserta yang namanya
tertulis di kertas tersebut.
3. Kertas modul di kumpulkan semula.
Pusingan 3.

1. Kertas modul di keluarkan dan diedarkan semula kepada peserta


2. Peserta di minta menulis cadangan kepada keburukan si peserta yang
namanya tertulis di kertas tersebut.
3. Kertas modul di kumpulkan semula.
Peserta seterusnya akan di kumpulkan. Kemudian ketua fasi atau moderator akan
membacakan modul tersebut (seperti di bicarakan di mahkamah).
Ok peserta pertama, di minta berdiri di kandang perbicaraan; si polanah binti si
polan. Menurut modul ni.. rakan anda telah menulis bahawasanya awak ni
seorang yang pemurah, selalu belanja kawan-kawan, lawa dan happy go lucky..
adakah anda mengaku...
errr.. malu ah.. jawab si polanah binti si polan sambil tersipu-sipu malu.
aih.. ni mahkamah.. xde malu-malu.. adakah anda mengaku? tegas ketua fasi
selaku hakim.
err.. dah orang kata mcm tu.. yer lah kot?
ish... mengaku ke tak? Hakim inginkan kepastian
Ye saya mengaku. jawab peserta sedikit menunduk
Baik.. pertuduhan kedua, bahawasanya kamu si polanah binti si polan seorang
yang bermulut lezer, suka cakap lepas,... adakah anda mengaku?
Haa? err.. mane ade...
aik.. kalau takde.. takkan orang nak tulis seperti dalam kertas ni?
err.. tak saya tak mengaku...saya tak pernah pon lezer orang, xde pon cakap
lepas.. mane ade.. saya tak mengaku..
Baiklah.. bagi membuktikan bahawa pertuduhan ini benar atau salah, semua
saksi (peserta-peserta) di minta menulis di dalam kertas kecil yang telah di
edarkan sama ada sama ada menyokong atau menolak pertuduhan.. 60 saat
diberikan.
para saksi pon menulis kesaksian mereka dan di masukkan ke dalam kotak.
Pembantu hakim (fasilitator) kemudian mengira jumlah undi menyokong
pertuduhan dan jumlah yang menolak.
setelah para saksi membuang undi, di dapati 90% menyokong pertuduhan
bahawasanya pertuduhan itu benar manakala 10% mengatakan bahawa
pertuduhan tidak benar. Oleh yang demikian bahawasanya mahkamah
memutuskan pertuduhan adalah benar.
hum.. kalau begitu... saya mengakulah tuan Hakim.. actually (dengan izin) saya
dah try ubah.. tapi tak boleh.. dah memang sifat semula jadi saya kot suka lezer
orang. entahlah tak peraksan.
Setelah penilitian di buat, Para juri telah mencadangkan kepada anda bagi
mengikis sifat anda yang suka cakap lepas dan suka lezer orang seperti berikut:
1. Anda seharusnya sedar akan perbuatan anda dan bertaubat dari sikap suka
melezer dan cakap lepas.
2. Setiap kali nak bercakap seharusnya anda firkir 2-3 kali sebelum bercakap

kerana cakap sebelum berfikir panjang alamat seseorang itu bodoh atau jahil.
3. Cuba mengambarkan anda sebagai pendengar atau penerima apa yang telah
anda ucapkan itu, sekiranya anda sendiri pon terasa hati apatahkan lagi orang
lain.
4. Banyakkan berzikir dan berpuasa... berzikir dan berpuasa menghindari diri
daripada cakap sesuatu yang tidak berfaedah yang mungkin akan mengundang
masalah.
5. Sebelum bercakap setkan dalam otak anda bahawasanya semua pendengar
berhati lembut, mudah terguris, mudah terasa dengan kata-kata anda, oleh yang
demikian anda lebih berhati dalam berbicara.
6. Belajar menghormati orang.. apabila kita menghormati seseorang kita akan
menjaga tutur kata kita ketika berbicara dengan mereka.. hormati mereka kerana
mereka lebih tua walaupun tua beberapa hari dari anda, atau lebih senior, atau
lebih bijak, atau lebih banyak pahala dari anda, atau lebih kurang dosa dari anda,
atau lebih beriman, atau lebih bertakwa, atau lebih kuat beribadah daripada
anda. Cari kelebihan pada diri setiap orang.. jadi anda akan mula belajar
mengawal tutur kata dengan orang yang anda hormati.
7. Baca membaca kisah-kisah, hadith, riwayat mengenai dosa mulut, fitnah lisan
dan sebagainya.
8. Banyak bergaul dengan orang yang bijak dan alim daripada anda.. oleh yang
demikian.. anda akan mula banyak mendengar dari berkata-kata kerana tidak
banyak perkara yang nak diceritakan kepada orang yang bijak dan alim
melainkan mendengar.
9. Setkan dalam minda, tulis tampal di dinding, meja studi, almari dan
sebagainya bahawasanya anda akan menjadi seorang yang lebih baik dari
sekarang. Anda akan ubah segala perangai buruk anda.
10. Cari rakan-rakan yang boleh menasihati anda dan anda mendengar nasihat
rakan anda itu.
Semoga dengan cadangan oleh juri ini dapat anda laksanakan dan menjadikan
anda Muslimah yang solehah, InsyaAllah.
Perbicaraan di tangguhkan, damMm!!
Catatan:
+Ulasan hakim jangan lama-lama sangat.. nanti tak cukup masa.. 3 kebaikan, 3
keburukan dan 3 cadangan sudah memadai... unless peserta sikit.. tapi masa
banyak.
+Pastikan bagi setiap pusingan peserta tak dapat kertas yang tertulis namanya
sendiri. dan bagi setiap pusingan hanya 1 kali jerk boleh dia tulis pasal peserta
tersebut. kalau dah tulis kebaikan...so keburukan dan cadangan xleh le dia tulis..
begitu jugak sebaliknyer.. ada paham?
+ Masa nak kritik atau membuat undian kene la secara jujur... jangan tulis yang
bukan-bukan, yang melibatkan hal peribadi sangat.. dan jangan lebih-lebih...
sekadarnya saja.. moga-moga dengan tulisan kita tuh boleh memberi sedikit
kesan positif.. bukan lagi tambah mudarat.
+ Mase kita tulis kat kertas tuh.. jangan la bagi si peserta yang menjadi bahan
nilaian kita nih tahu yang kita tulis pasal die.. kang kecik ati pulakkk..
Selamat mencuba
Kalau tak faham or ada cadangan tulis kat bahagian komen..

Anda mungkin juga menyukai