Anda di halaman 1dari 19

PANDUAN MELAKSANAKAN PERBARISAN 1.

0 DEFINISI

Perbarisan merupakan satu bentuk kawat yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu Kontinjen atau Detasman dalam satu formasi kawat. Ia diadakan untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental. Adakalanya perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi dan tidak rasmi. 2.0 TUJUAN

Tujuan panduan perbarisan ini adalah untuk memberi garis panduan bagaimana menlaksanakan perbarisan supaya perkara-perkara asas dan prosedur yang sedia ada harus dipatuhi agar ia lebih kemas, teratur dan seragam. 3.0 KEPERLUAN-KEPERLUAN PERBARISAN

Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan setelah menerima arahan mengadakan perbarisan. Mesyuarat hendaklah diadakan. Pada asasnya perbincangan tentang perbarisan tersebut adalah terdiri daripada keperluankeperluan berikut : 3.1. Tarikh,tempat dan masa.. Tarikh, tempat dan masa hendaklah ditetapkan supaya persiapan bagi menjayakan perbarisan dapat dilakukan dengan jayanya. Tarikh yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan jadual-jadual orang penting dalam menjayakan perbarisan. Begitu juga masa hendaklah ditetapkan pada masa yang sesuai. Pemilihan tempat hendaklah ditentukan berdasarkan kesesuaian majlis yang hendak diadakan. Faktor kekuatan (bilangan) anggota harus juga diambil kira. 3.2. Format Perbarisan. Format perbarisan hendaklah ditentukan dahulu. Ia mestilah meliputi bentuk atau corak perbarisan yang akan dilaksanakan berpandukan aturcara yang dirancangkan.

3.3 Kekuatan Perbarisan. Kekuatan sesuatu perbarisan itu tidaklah ditetapkan. Ia bergantung/tertakluk kepada kesesuaian padang kawat yang boleh menampung peserta dan kehendak perbarisan. Pada lazimnya jumlah kekuatan pada perbarisan ialah :

3.3.1

Kadet

a) Kontijen Utama/Besar. Pangkat 1. 1 x Mej /Kapt. KRS 2. 2 x Lt. /LTM 3. 1 x PW 1 KRS 4. 1 x PW 11 KRS 5. 1 x Ssjn KRS 6. 1 x Sjn KRS 7. 144 Kadet
b)

Perjawatan Ketua Kontinjen Pegawai Muda Pegawai Waren Perbarisan Penanda kanan Penanda kiri Penanda kanan/kiri Anggota Perbarisan

Kontijen Kecil Pangkat 1. 1 x Kapt./Lt./Lt.Muda KRS 2. 1 x PW11/Ssjn 3. 1 x Sjn KRS 4. 36 kadet 3.3.2 Pegawai Perjawatan Ketua Kontijen Penanda kanan Penanda kiri Anggota Perbarisan

Perbarisan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Kadet Remaja Sekolah yang berkursus atau apa-apa upacara majlis hendaklah mengikut keperluan jika melebihi anggota 36 orang hendaklah dikira sebagai Kontijen besar dan jika kurang 36 anggota adalah sebagai Kontigen kecil.(Pangkat dan perjawatan adalah mengikut 3.3.1)
3.4.

Perjawatan perbarisan. Perjawatan perbarisan hendaklah dilantik termasuk anggota simpanan. Perlantikan mereka hendaklah mengambil kira bentuk fizikal, kawat persendirianya cergas (Personal Drill) suara kuat dan jelas. Perjawatan yang perlu dilantik ialah : a. Ketua Perbarisan b. Penolong Ketua Perbarisan c. Ajutan Perbarisan d. Ketua Kontijen e. Ketua Detasmen f. PW 1 Perbarisan g. Pemandu Kanan h. Pemandu kiri i. Penanda kiri/kanan 1 x Mej. KRS 1 x Mej/Kapt KRS 1 x Kapt KRS 1 x Mej/kapt KRS 1 x Kapt/Lt/Ltm KRS 1 x PW 1 KRS 1 x PW 11 KRS 1 x Ssjn KRS 2 x Sjn KRS

3.5.

Kumpulam Pancaragam. Pancaragam diadakan bagi mengiringi sesuatu perbarisan. Status pancaragam tertakluk kepada saiz perbarisan.

a. Perbarisan biasa melibatkan Lagu kebangsaan atau Negeri boleh sama ada mengunakan rakaman muzik atau sebagainya b. Semua perbarisan berbentuk istiadat atau perbarisan bertaraf pusat hendaklah diiringi oleh Pancaragan atau Brass Band c. Kedudukan pancaragam dalam perbarisan adalah 15 langkah di belakang perbarisan (tertakluk kepada kesesuaian Padang Kawat) d. Semasa masuk padang, pancaragam akan mendahului perbarisan 10 langkah di hadapan perbarisan, semasa keluar padang pancaragam akan berada di belakang perbarisan dan akan melintasi Pentas hormat. Ketua pancaragam akan memberi hormat (sekiranya Pegawai Tabik hormat masih berada di atas pentas). e. Dalam keadaan tertentu, kumpulan pancaragam berada dalam keadaan statik dan masuk/keluar padang kawat secara berasingan. 3.6. Pembacaan Doa. Seorang pembaca doa mestilah dilantik bagi membaca doa dalam sesuatu perbarisan. Pembaca doa mestilah dipilih dari mereka yang mempunyai kepakaran serta nada suara yang jelas, terang dan baik. Ia hendaklah hadir bersama semasa raptai diadakan. Teks doa hendaklah sesuai dengan keperluan perbarisan, sederhana dan tidak terlalu panjang. Pembaca doa boleh dilantik di kalangan Kadet atau Pegawai Kadet Remaja Sekolah 3.7. Juruacara. Juruacara hendaklah dilantik bagi mengacarakan perbarisan. Juruacara mestilah mempunyai suara yang baik di samping berpengalaman dalam mengacarakan perbarisanperbarisan yang lepas. Bagi perbarisan yang besar atau berbentuk istiadat, juruacara hendaklah seorang pegawai. Juruacara mestilah hadir semasa raptai perbarisan diadakan. Skrip juruacara mestilah tepat, jelas dan ringkas. 3.8. Aturcara. Aturcara perbarisan mestilah disediakan apabila sesuatu perbarisan itu akan diadakan. Aturcara mestilah meliputi masa-masa setiap aktiviti, susunan ketibaan VIP dan pegawai Tabik Hormat. Berikut adalah contoh aturcara :

Bil 1

Masa 0800

Perkara Perbarisan Berkumpul

Catatan

2 3 4 5 6 7

0820-0835 0835 0845 0850 0855 0900

Ketibaan para Jemputan Perbarisan masuk padang Ketibaan Para Jemputan Hormat kehadapan hormat Ketibaan Pegawai * Hormat kehadapan hormat Ketibaan Pengarah Pendidikan Hormat kehadapan hormat Ketibaan Pegawai Penerima Tabik Hormat Ketua Perbarisan melapor Pemeriksaan barisan Bacaan Doa Ucapan 1 Ucapan 2 Ucapan 3 Anugerah/Sijil Jamuan

*Panggilan mengikut Pangkat,Nama & Jawatan cth; Lt Kol (KRS) Mohd Yasin B Mohd Yunus Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah *Urutan ketibaan pegawai yang paling kanan dalam perjawatan adalah pegawai yang terakhir akan tiba *Pegawai Istiadat memastikan susunan ketibaan dan mengiringi pegawai penerima tabik hormat. * Pegawai penerima tabik hormat tidak lebih daripada tiga orang 4.0 PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT/ TAMAT LATIHAN/ TERIMA SIJIL Upacara ini boleh diadakan khusus untuknya atau boleh dilakukan semasa perbarisan menyambut harijadi pasukan, tamat kursus, terima sijil dan perbarisan lain yang sesuai. Perbarisan ini akan diadakan kawalan kehormat, iaitu satu kumpulan/platun akan melakukan prosedur kawat tertentu seperti hormat ke hadapan hormat, berjalan lalu dan lain-lain serta menerima tabik hormat daripada pegawai tabik hormat.(Lampiran A) Bagi unit kecil yang tidak mempunyai kekuatan yang ramai, maka bolehlah dipecahkan kepada detasmen-detasmen. Sekiranya anggota yang akan menerima pangkat/Sijil/Cenderahati/Hadiah itu ramai maka satu perbarisan khas hendaklah diadakan untuknya tanpa penglibatan anggota lain. Maka pada keadaan ini Pegawai

Penerima tabik hormat atau VIP berkenaan akan turun dan menyempurnakan acara pada tiap-tiap anggota dengan diiringi oleh ketua perbarisan atau pegawai yang berkenaan. 2 x Pengiring pembawa dulang akan mengikut upacara ini. Berikut adalah aturcara perbarisan kawalan kehormat bagi sesuatu majlis hendak diadakan : Bil 1 Hukuman Baris,baris sedia Oleh PW II Tindakan a. Anggota berbaris dalam tiga barisan di luar padang di bawah PW II b. anda telah diambil kedudukan di bawah PW I

2 3 4 5 6 7 8

Bergerak ke kiri, kiri pusing PW II Dari kanan cepat jalan PW II Baris Henti PW I Menghadap ke hadapan, kanan PW I pusing. Buka barisan, gerak PW I Kekanan lurus PW I Baris, pandang hadapan Penanda kanan Penanda kanan luruskan barisan a. ejutan ambil kedudukan di atas padang. b. PW I serah perbarisan c. PW I ambil kedudukan di belakang perbarisan a. Pen Peg. Perbarisan ambil tempat di atas padang. b. Ejutan serah perbarisan kepada Pen Peg. Perbarisan (PKP) dan ambil tempat 3 langkah di hadapan nombor 4 Platun. a. Ketua Perbarisan ambil tempat di atas padang b. PKP serah perbarisan kepada Ketua Perbarisan

Pegawai, masuk baris

Ejutan

10 11 12

Baris, senang diri Baris, sedia Ketua Kompeni masuk baris

PKP PKP PKP

13

Baris, senang diri

Ketua Perbarisan

(KP) Menunggu Hormat 14 15 Baris sedia Hormat, hormat hormat ke Penerima Tabik Ketua Perbarisan hadapan Ketua Perbarisan

Ketua Perbarisan melapor kepada Pegawai Penerima Tabik Hormat a. 2 x Pengiring yang berada di kiri/kanan pentas akan berjalan dahulu diiringi oleh Ketua Perbarisan. b. Selesai pemeriksaan Ketua Perbarisan mohon kebenaran menjalankan tugas lain. Baris UP(Ketua Perbarisan) atau Drum Rol untuk angkat tangan dan turun tangan. Diumumkan oleh Juruacara a. Diumumkan oleh Juruacara b. Anggota yang menerima pangkat/Sijil/Hadiah berbaris dalam satu barisan di kiri pentas diluar padang. c. 2 x Pengiring bawa dulang mara ambil tempat 2 langkah di sebelah kanan orang pertama, menghadap ke kiri.

Pemeriksaan Barisan

KP

Bacaan Doa

Ucapan Penerima Tabik Hormat Upacara Pemakaian Pangkat/Sijil/Hadiah

16 17 18 19 20 21

Skuad.. sedia Dari depan cepat jalan Hentak kaki Skuad.. henti Menghadap Ke hadapan, kanan pusing Luruskan barisan

Anggota Terkanan(AT) AT AT AT AT AT AT

22

Hormat,hormat ke hadapan hormat

AT

a. Peg.Penerima Tabik Hormat turun dari pentas untuk menyempurnakan acara b. Juruacara akan sebutkan nama dan pangkat satu persatu Setelah selesai upacara ,Peg. Penerima tabik Hormat naik ke pentas Balik tempat asal di luar padang tetapi tidak bersurai

23 24 25

Hormat,hormat ke hadapan hormat Bergerak ke kanan, kanan pusing Dari kiri cepat jalan

AT AT AT

26

Penerima Tabik Meninggalkan Majlis

Hormat KP

Diumumkan oleh Juruacara KP mohon kebenaran menjalankan tugas yang lain Peg. Penerima Tabik Hormat beredar meninggalkan majlis

27

Ketua kompeni keluar baris

KP

KP serah perbarisan kepada PKP Ketua Kompeni berjalan keluar ,berhenti digarisan lalu lintas, hormat, pusing kanan dan bersurai.

PKP 28 Ejutan Ejutan

PKP serah perbarisan kepada ejutan Semua Pegawai muda berjalan arah ejutan,berhenti dan hormat bersama-sama dan keluar baris ditepi padang.

29 30

Pegawai, keluar baris PW I Ejutan

Ejutan

serah

perbarisan

kepada PW I PW 1 31 32 33 Tutup barisangerak PW I a. Anggota akan disuraikan diluar padang. b. Anggota yang memakai pangkat/Sijil keluar baris apabila perbarisan keluar padang.

Baris Berjalan keluar bergerak ke PW I kiri, kiri pusing Dari kanan cepat jalan

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN DAN SUKAN Bagi perbarisan kebangsaan ia adalah mengikut kesesuaian majlis yang diadakan. Walaubagaimana pun ia juga mempunyai asas-asas serta prosedur yang harus dipatuhi, jika ianya dilaksanakan secara Rejimental/istiadat, maka aturcara perbarisan kawalan kehormat perlulah diadakan. Jika tidak dilakukan secara istiadat ia hanya memadai mengikut aturcara biasa/bebas yang tidak melibatkan perbarisan kawalan kehormat. (Lampiran B dan C) PENGURUSAN PADANG KAWAT Apabila sesuatu perbarisan diadakan sama ada di padang kawat atau padang rumput maka satu padang perbarisan mestilah disiapkan. Keluasan padang mestilah mencukupi dengan kekuatan perbarisan dan bentuk perbarisan, perkara-perkara berikut hendaklah disediakan :

a. b. c. d.

Bendera padang Garisan Ketua Perbarisan Garisan lalu lintas Tanda-tanda pengenalan(marker) yang berkaitan 1. Ketua Perbarisan 2. Penolong Ketua Perbarisan 3. Ejutan

4. 5. 6. 7. 8.

Ketua Detesmen Pemandu kanan/kiri Tempat melapor ketua perbarisan Ketua Pancaragam Lain-lain tanda mengikut keperluan

e. Ukuran padang kawat sebaik-baiknya tidak kurang dari 300 langkah panjang dan 150 langkah lebar.

PROTOKOL Protokol adalah merupakan prosedur-prosedur/peraturan tertentu yang mesti dipatuhi oleh semua anggota yang ada di dalam mana-mana unit beruniform. Prosedur atau peraturan ini perlu dipatuhi di mana-mana juga anggota berada. Ia adalah bertujuan untuk membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib, cergas dan taat setia. Protokol ini adalah melibatkan majlis-majlis tertentu yang melibatkan anggota. Sama ada dilakukan di dalam dewan atau diluar dewan. Jika di luar dewan protokol ini dapat dilihat jelas melalui aturcara perbarisan yang dilangsungkan. Ini meliputi aturcara perbarisan serta persiapan padang perbarisan. Selain daripada itu terdapat peraturan lain yang perlu dipatuhi. Antaranya : a. Persiapan Pentas Hormat. Pentas hormat hendaklah disediakan dengan sewajarnya. Pentas hormat mestilah berada 5 langkah dari tepi padang kawat dan 5 langkah dibelakang garisan lalu lintas. Bagi acara Rejimental pentas hormat hendaklah di alas dengan permaidani (baldu) merah, manakala perbarisan yang melibatkan Raja-raja hendaklah di alas dengan permaidani kuning. Pentas hormat boleh dihias dengan bunga-bunga yang bersesuaian. b. Pentas Ucapan. Pentas ucapan berukuran 4 x 4 x 8 hendaklah disediakan. Pentas ini khas untuk ucapan Pegawai Tabik hormat samada awam atau Pegawai kanan. Bagi perbarisan yang melibatkan Raja-raja Melayu dan Tuan Yang Terutama/Gabenor, pentas ini tidak diperlukan. Kedudukan pentas ucapan ini ialah 4 kaki kehadapan dan I kaki kanan tangga pentas. (Lampiran D) c. Kedudukan Di Pentas Hormat (STAGGER).

Kedudukan mengikut protokol di atas pentas hormat sentiasa berubah mengikut situasi dan bentuk perbarisan. Kebiasaannya susunan ini diatur mengikut taraf Pegawai Tabik hormat. (Lampiraan E) d. Panggilan Orang Kenamaan. Pegawai-pegawai kanan yang berpangkat Brigedier Jeneral ke atas, pada lazimnya menerima gelaran Dato/Datuk/Dato Seri/Tan Sri. Bagi penyelarasan terhadap panggilan ini dalam sesuatu perbarisan terutama semasa melapur peraturan berikut hendaklah digunakan.
1.

Panglima.

Sebagai bahasa melapur kepada Pegawai Tabik hormat yang berpangkat Brigedier Jeneral ke atas, di dalam sebarang perbarisan, bahasa menjawab/bercakap adalah sama. 2. Dato/Datuk/Dato Seri/Tan Sri. Gelaran khusus ini adalah sebagai panggilan apabila bercakap dengan Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan dan semua Pegawai-pegawai kanan yang menyandang gelaran berkaitan.
3.

Tuan.

Sebagai bahasa panggilan Pegawai-pegawai Kanan (Brigedier Jeneral Ke atas) yang belum menyandang gelaran khusus. Sebagai bahasa panggilan kepada semua pegawai-pegawai, selain daripada Pegawai-pegawai kanan di perenggan 1 dan 2.
f.

Peraturan Melapur.

Melapur hendaklah dibuat oleh Ketua Perbarisan (Parede Comd). Lapuran mestilah merangkumi jenis perbarisan, kekuatan Pegawai/LLP yang terlibat. Melapur dibahagikan kepada 4 bahagian.
1.

Melapur untuk pemeriksaan (Di padang kawat).

Perbarisan Hari Ulangtahun KRS ke 2 terdiri dari Pegawai dan.LLP siap untuk diperiksa Tuan.

2.

Melapur tidak ada pemeriksaan(Di padang kawat).

Perbarisan Serah Terima Tugas..terdiri dari .Pegawai dan ..LLP siap dalam perbarisan Tuan
3.

Melapur Semasa dalam Dewan (Kontijensi Cuaca).

Perbarisan Tamat Krusus Pegawai Tadbir Siri 2/2001 terdiriPegawai.. Jurulatih siap upacara Tuan
4.

Melapur untuk diperkenalkan kepada Ketua-ketua Kumpulan/Pasukan, kebiasaannya seperti Perbarisan Sukan dan seumpamanya.

Perbarisan Sukan.siap untuk diperkenalkan kepada Ketuaketua kumpulan Tuan

LAMPIRAN A

SATU KOMPENI DALAM PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT

Penerangan 1. Ketua kompeni berada 6 langkah di hadapan di tengah-tengah Nombor Dua dan tiga Platun 2. Pen. Ketua Kompeni berada 3 langkah di hadapan anggota yang pertama pada satu platun. 3. Ejutan berada 3 langkah di hadapan anggota dua akhir pada Nombor empat Platun 4. Ketua platun berada 3 langkah di tengah-tengah hadapan platun masing-masing 5. Seorang PW I berada di 6 langkah di belakang di tengah-tengah Nombor 2 dan 3 platun 6. Sjn Platun berada 3 langkah di tengah Platun masing-masing 7. Jarak-jarak antara Platun 3 langkah.

LAMPIRAN B KONTIJEN DALAM PERBARISAN HARI KEBANGSAAN

Penerangan 1. 2. 3. 4. A ialah kontijen kawalan kehormat B ialah pembawa bendera Malaysia berukuran besar C ialah pembawa bendera negeri D ialah kontijen yang menyertai perbarisan yang terdiri daripada pelbagai agensi

LAMPIRAN C

PERBARISAN HARI SUKAN

Penerangan 1. A ialah kontijen kawalam kehormat 2. B ialah kontijen Persatuan atau Kelab 3. C ialah kontijen Unit Beruniform

LAMPIRAN D

KEDUDUKAN PENTAS HORMAT

PENTAS HORMAT

Tangga

Penerangan 1. A adalah Pentas Ucapan 2. Pentas ucapan dari jenis mudah alih berwarna putih 3. Pembesar suara dan Lectern hendaklah siap diletakkan dihadapan pentas.

LAMPIRAN E

KEDUDUKAN DI PENTAS HORMAT MAJLIS PERINGKAT NEGERI

A E D C B

MAJLIS PERINGKAT KEBANGSAAN

W B A

Penerangan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. W ialah Menteri Pendidikan Malaysia A ialah Pengarah Pendidikan Negeri B ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri C ialah Ketua Sektor D ialah Kem Komandan E ialah Ketua Unit Ko Kurikulum J ialah Pengarah Pendidikan Negeri lain

PASUKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MASA KINI DAN CABARAN MASA DEPAN

PENGENALAN Kebelakangan ini selalu benar terdengar berbagai pihak menekankan keperluan diadakan pendidikan yang seimbang. Dalam hal ini para cendiakawan dan masyarakat umum telah menyuarakan perasaan kebimbangan mereka terhadap keadaan ketidakseimbangan yang terdapat di antara AKADEMIK dan kegiatan KOKURIKULUM. Semua pihak berpendapat bahawa kurikulum sekarang, TERUTAMA di sekolah terlalu memberi penekanan kepada pelajaran akademik dan tidak dapat mengawal dengan sempurna kegiatan pelengkapnya iaitu kokurikulum. Keadaan ini menyebabkan suasana pembelajaran sentiasa tertekan, timbulnya polarisasi kelompok di kalangan pelajar dan perkembangan menyeluruh watak dan sahsiah pelajar kurang memuaskan. Konsep Kurikulum dan Kokurikulum Kurikulum adalah apa yang dipelajari secara FORMAL sama ada dalam bilik darjah atau di tempat-tempat lain. Kokurikulum pula adalah kesinambungan kurikulum iaitu kegiatan tidak formal/praktikal/pengamalan (pendidikan secara aktiviti) berhubung apa yang dipelajari dalam kurikulum Jenis dan bidang kegiatan ko-kurikulum Kegiatan kokurikulum, yang lebih dikenali dengan singkatan koko bermaksud kepada kegiatan tidak formal yang dilakukan di luar bilik darjah dan berteraskan kesinambungan P & P. Kegiatan ini merangkumi aspek pembelajaran yang ada kaitan dengan kurikulum formal, jika di sekolah menerusi tiga bidang kegiatan iaitu (1) kegiatan sukan, (2) pasukan pakaian seragam, dan (3) persatuanpersatuan/kelab yang berbentuk akademik. Kegiatan kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam Terdapat dua bidang kegiatan kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam. Pertama, aktiviti yang melibatkan pertandingan dan kedua aktiviti yang melibatkan perkhemahan. Melalui aktiviti tersebut bukan sahaja dapat membantu peserta melakukan kegiatan tertentu, bahkan juga dapat menolong mereka mendapat pengalaman secara hands-on dari segi kepimpinan yang bermutu. Dalam rancangan tersebut peserta sepatutnya didedahkan kepada kegiatan pasukan

pakaian seragam tertentu secara berpasukan dan individu, perancangan dan penyeliaan, serta kegiatan kepegawaian seperti pengurusan, penyeliaan dan kepengadilan. Falsafah dan Objektif Kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam(PPS) Kokurikulum PPS adalah gabungan di antara elemen pendidikan jasmani, penggunaan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dipelajari dalam kegiatan unit-unit uniform. Oleh kerana terdapat perubahan hidup yang memerlukan kegiatan jasmani untuk mengimbangkan di antara tugas harian dengan kesihatan tubuh badan, masyarakat kini menganggapkan program kokurikulum unit-unit uniform salah satu daripada keperluan dalam pendidikan. Dalam dunia moden yang penuh dengan kerisauan, ketakutan, salah penyesuaian, kompleks dan penyekatan, segala pengalaman dan latihan menerusi kegiatan unit-unit uniform boleh membantu mengatasi cabaran tersebut. Penyertaan dalam kegiatan uniform boleh mengendurkan ketegangan hidup, mendampingi orang lain dengan mudah, dan lain-lain kemahiran yang berhubung. Antara objektif unit-unit beruniform adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. kecergasan jasmani dan kesihatan akal riadah dan kesihatan fizikal pengukuhan kemahiran nilai sosial dan semangat bekerjasama kemajuan prestasi akademik peragaan bakat terpendam membantu memilih kerjaya.

Objektif tersebut diterapkan dari segi kesesuaian dengan keadaan masa kini menerusi penglibatan aktif, fokus kepada kecemerlangan pendidikan dan juga mengikut trend masa akan datang. PENUTUP Keseimbangan dalam dua bidang utama dalam pendidikan iaitu bidang akademik dan ko-kurikulum adalah sangat dituntut seperti yang terpancar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketidakseimbangan antara dua bidang tersebut akan mengakibatkan masalah kemanusiaan yang lebih teruk dan rencam. Oleh itu semua warga pendidikan termasuk pegawai perancang, pegawai pelaksana, pegawai pendidik di sekolah termasuk pelajar serta ibu bapa / penjaga harus sedar betapa pelajar perlulah melibatkan diri dalam kedua-dua bidang tersebut bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelik.

Anda mungkin juga menyukai