Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA KOLEJ POLITEKNIK MARA,

AMPANG, KUALA LUMPUR KALI KE-60.

Masa Panduan (Cue) Pengumuman


7.30- Pengumuman Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Ariffin bin Bajuri,
7.35 ketibaan Menteri Belia dan Sukan, diiringi oleh Yang Berusaha Professor
pagi jemputan VIP Zaharul Aidin bin Taib, Pengarah Kolej Politeknik Mara Ampang
ke Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-60.
7.35- Ucapan Salam sejahtera,
7.40
pagi Yang Berhormat,
Ariffin bin Bajuri
Menteri Belia dan Sukan

Yang Berusaha,
Professor Zaharul Aidin bin Taib
Pengarah Kolej Politeknik Mara
Ketua-ketua jabatan
Barisan pensyarah
Para kakitangan kolej
Dan seterusnya pelajar-pelajar Kolej Politeknik Mara yang
dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat yang Ilahi kerana dengan limpah kurnia-


Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini untuk
menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kolej Politeknik Mara
Kali ke-60 bagi tahun 2019 ini.
Lintas hormat Para hadirin sekalian, sebentar nanti acara lintas hormat akan
7.40- dimulakan. Diminta semua kontinjen perbarisan bersiap sedia.
8.10
pagi Seterusnya majlis menjemput Professor Zaharul Aidin bin Taib
untuk mengiringi Yang Berhormat Ariffin bin Bajuri, tetamu
jemputan kita untuk menerima tabik hormat. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Perbarisan Perbarisan masuk kontinjen rumah sukan dimulakan dengan
rumah sukan saudara Muhammad Ramzi bin Hadi bersama 4 orang pembawa

1
bendera Kejohanan Olahraga.
KUNING Seterusnya diikuti dengan perbarisan masuk rumah sukan iaitu
Kontinjen Jebat.

Kuning diraja bersemangat waja, diketuai oleh saudara Syed


Abu bin Syed Attas dengan kekuatan seramai 30 orang peserta.

Cincin suasa bersarung di tangan


Hiasan tersohor Dato Bahaman
Peserta kuning sentiasa berangan
Menjulang kemenangan sukan idaman

BIRU Diikuti oleh Pasukan Kasturi.


Biru berombak pantang berganjak, diketuai oleh saudara Mohd
Khamdani bin Farid dengan kekuatan seramai 30 orang peserta.

Pohon tebu ditanam kawan,


Subur membesar tumbuhnya lajak,
Biru tetap membelah awan,
Terus berombak pantang berganjak.

HIJAU Seterusnya mari kita saksikan Pasukan Lekir.


Hijau segar sentiasa mekar, diketuai oleh saudara Elton Koh
dengan kekuatan seramai 30 orang peserta.

Warnamu hijau seri menyerlah,


Penyeri taman pengubat rawan,
Semangat juang tak pernah kalah,
Berpantang kalah sebelum berlawan.
MERAH Perbarisan masuk Kontinjen rumah sukan diteruskan lagi
dengan Pasukan Tuah.

Merah membara pasti juara, diketuai oleh saudara Ilham Manan


bin Abdullah dengan kekuatan seramai 30 orang peserta.

2
Warnamu megah merah membara,
Semangat juangmu menyala-nyala,
Misi kami jadilah juara,
Moga hasrat menjadi nyata.
Unit beruniform Akhir sekali marilah kita saksikan pula lintas hormat daripada
Pasukan Unit Beruniform yang terdiri daripada Pasukan
Pengakap, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM).

Berbaju baharu di hari raya,


Agar jelita bagai Sang Ratu,
Pasukan beruniform segak bergaya,
Sederap melangkah setia bersatu.
Ikrar Demikianlah tadi acara lintas hormat daripada kontinjen-
8.10- kontinjen kejohanan yang mengambil bahagian pada pagi ini.
8.15 Sekarang tibalah masanya untuk upacara menaikkan bendera
pagi kejohanan.

(BENDERA DINAIKKAN)

Seterusnya dijemput saudara Muhammad Ramzi bin Hadi untuk


mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.

(BACAAN IKRAR)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.
Nyanyian Lagu Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan. Hadirin
8.15- diminta berdiri.
8.20
pagi **LAGU**

Para hadirin dipersilakan duduk.


8.20- Bacaan Doa Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang
8.25 akan disempurnakan oleh Ustaz Azim bin Isa. Dengan
pagi hormatnya dipersilakan ustaz.

3
**DOA**

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azim bin Isa atas bacaan
doa itu tadi.
8.25- Ucapan Hadirin sekalian,
8.35 Pengarah Majlis ini diteruskan dengan sesi ucapan. Untuk itu, majlis
pagi mempersilakan Yang Berusaha Professor Zaharul Aidin bin Taib,
Pengarah Kolej Politeknik Mara untuk menyampaikan sepatah
dua kata. Dipersilakan.
**UCAPAN**
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.
8.35- Ucapan Bagi meneruskan acara pada pagi yang permai ini, majlis
8.45 perasmian dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berhormat Ariffin bin
pagi Bajuri, Menteri Belia dan Sukan untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga buat kali Ke-60.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN DAN PERASMIAN)


*Potong Reben*
8.45- Penyampaian Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Sebagai tanda terima
9.00 cenderamata kasih dan ingatan yang berpanjangan, dijemput Yang Berusaha
pagi Professor Zaharul Aidin bin Taib untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berhormat Ariffin bin Bajuri.

Kami bagi pihak majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada Tuan kerana sudi meluangkan masa untuk
merasmikan Kejohanan Olahraga Kolej Politeknik Mara pada
hari ini.

Perarakan keluar Para hadirin sekalian, seterusnya perarakan keluar kontinjen


perbarisan dari arena balapan.

Perarakan keluar dimulakan dengan kontinjen Jebat dan Kasturi.

4
Seterusnya diikuti oleh kontinjen Lekir dan Tuah. Diakhiri dengan
kontinjen Unit Beruniform.
9.00- Senamrobik (SENAMROBIK)
9.20 Demikianlah tadi persembahan senamrobik yang telah
pagi mendapat bimbingan daripada Pn Nurliana binti Ariffin dan Encik
Razi bin Md Noh.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan
senamrobik atas persembahan sebentar tadi.
9.20- Acara 1 Acara yang sedang berlangsung sekarang ini adalah acara
9.50 200m kategori lelaki yang mewakili setiap rumah sukan masing-
pagi masing

**200m Lelaki**

J134
L153
K189
T140
Acara 2 Hadirin-hadirat sekalian, sebentar nanti akan berlangsung acara
200m kategori perempuan yang mewakili setiap rumah sukan
masing-masing.

**200m Perempuan**

AJ103
K175
L182
T144
9.50- Penyampaian Hadirin-hadirat sekalian, seterusnya majlis dengan segala
10.40 hadiah hormat dan sukacitanya menjemput
pagi Yang Berhormat Ariffin Bin Bajuri untuk upacara penyampaian
hadiah kepada para pemenang.

(HADIAH ACARA 1 dan 2)


Penyampaian Kini tibalah masanya untuk upacara penutup. Diminta semua

5
hadiah peserta perbarisan dan peserta rumah sukan bersiap sedia
keseluruhan untuk masuk ke padang bagi upacara penutup.

Dijemput Pasukan Jebat dan Kasturi untuk bergerak ke tengah


padang. Seterusnya dijemput pula pasukan Lekir dan Tuah.
Para hadirin sekalian, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Professor Zaharul Aidin bin Taib untuk mengiringi
Yang Berhormat Ariffin bin Bajuri untuk upacara penyampaian
hadiah. Dipersilakan.

Hadiah Perbarisan Terbaik :


Tempat ke4 dimenangi oleh Rumah _____________________
Tempat ke3 dimenangi oleh Rumah _____________________
Naib Johan dimenangi oleh Rumah _____________________
Johan Perbarisan Terbaik dimenangi oleh Rumah
_____________________

Olahragawan 2019

Kini diumumkan olahragawan Kolej Politeknik Mara bagi Tahun


2019 disandang oleh saudara___________________ dari rumah
_________
Tahniah diucapkan kepada saudara
__________________________

Olahragawati 2019

Olahragawati Kolej Politeknik Mara bagi Tahun 2014 disandang


oleh saudari
___________________________________________________
Tahniah diucapkan kepada saudari
_________________________

Rumah Sukan

6
Seterusnya diumumkan kedudukan akhir rumah-rumah sukan
bagi Tahun 2019.

Tempat keempat , dengan pungutan mata sebanyak


_____________ dimenangi oleh Rumah
_____________________

Tempat ketiga, dengan pungutan mata sebanyak


_____________ dimenangi oleh Rumah
_______________________

Tempat kedua dengan pungutan mata sebanyak


_____________ dimenangi oleh Rumah
_______________________

Tempat pertama , dengan pungutan mata sebanyak


_____________ dimenangi oleh Rumah
_______________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Professor


Zaharul Aidin bin Taib kerana sudi menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Tahniah diucapkan kepada rumah yang berjaya, bagi yang


kurang bernasib baik cubalah lagi pada tahun hadapan.
10.40- Ucapan penutup Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
11.00 Yang Berusaha Professor Zaharul Aidin bin Taib, Pengarah Kolej
pagi Politeknik Mara untuk menyampaikan ucapan penutup. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

*UCAPAN*
11.00- Penutup Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Professor
11.15 Zaharul Aidin bin Taib atas ucapan penutup sebentar tadi.

7
pagi
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, Kejohanan Olahraga
Kolej politeknik Mara 2019 telah sampai ke penghujungnya.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, saya bagi pihak majlis


merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Kejohanan Olahraga ini.

Pihak Jawatankuasa Kejohanan Kejohanan Olahraga Kolej


Politeknik Mara bagi kali Ke-60 menyusun jari sepuluh andai
ada sebarang kecacatan sepanjang kami menganjurkan majlis
pada pagi ini. Harapan kami semoga semua hadirin dapat
meluangkan masa bagi majlis-majlis sebegini lagi.
11.15- Pantun Bunga seroja di atas para,
11.20 Jatuh ditimpa buah berangan,
pagi Andai tersilap budi bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
11.20- Pantun Dari Kedah ke Inderagiri,
1130 Beli suasa di Kota Tinggi,
pagi Selesailah sudah tugas diberi,
Di lain masa berjumpa lagi.

Sekian, wabillah hi taufik wal hidayah wassalam mualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai