Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 1 : PENULISAN – Individu (60%)

Zaman remaja merupakan saat yang mencabar kerana pada peringkat ini mereka
terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya menjerumus
kepada perkara negatif. Apabila remaja terpedaya dengan pengaruh buruk, akhlak remaja akan
rosak lalu menimbulkan pelbagai masalah seperti salah laku dan juvenil (jenayah yang dilakukan
oleh golongan remaja di sekolah). Kes jenayah di kalangan remaja menyebabkan fungsi sekolah
dipersoal. Masalah juvenil seperti menjadi samseng, merempit, memeras ugut, menumbuk guru,
vandalisme, mencuri, menipu, merogol, merokok, berjudi dan mabuk mencerminkan kelemahan
institusi sekolah. Peningkatan masalah sosial dan jenayah remaja ini adalah menggambarkan
keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat. Remaja merupakan anak bangsa yang bakal
mencorakkan masa depan negara. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan. Mereka adalah pewaris
yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan negara.
Namun demikian, masalah akhlak remaja adalah ancaman kepada sumber tenaga manusia yang
merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi
oleh remaja perlu dibendung dan diatasi supaya tidak terus mengancam aset yang tidak ternilai
ini.

Sebagai siswa guru, terdapat beberapa cara untuk saya terapkan nilai-nilai islam dalam
mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan remaja Islam masakini.

Anda mungkin juga menyukai