Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

Nama Pelajar : NURLIANA BINTI ARIFFIN


Program : PISMP AMBILAN JUN 2015
Nama Sekolah : SK TASEK PERMAI
Nama Projek / Aktiviti : MURAL POKOK SIMBOL MUZIK
Tempoh Pelaksanaan : 25hb Februari 2019 – 5 Mac 2019
Objektif : 1. Menceriakan suasana sekolah dengan seni lukisan.
2. Sebagai Bahan Bantu Mengajar untuk mengajar murid tentang
tajuk simbol muzik dalam mata pelajaran Pendidikan Kesenian
dan Dunia Muzik.
3. Meningkatkan kemahiran siswa guru dalam merancang,
melaksanakan dan mengurus sesuatu projek dengan berjaya.

REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti:

Kami telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam melaksanakan


projek ini. Misalnya, kami telah membuat perbincangan bersama semasa
merancang lukisan yang hendak dibuat dan kami juga mencari idea-idea mural
yang kreatif dan mudah dari internet bersama-sama. Sebelum membuat lakaran
pada dinding, kami telah mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada guru
pembimbing kami tentang lakaran yang hendak dilukis.
Selain itu, perancangan masa kami untuk melaksanakan projek mural ini
juga amat sistematik. Kami berjaya menyiapkan projek mural tersebut dalam
jangka masa yang telah ditetapkan. Kami juga mendapati bahawa murid-murid
dapat mengaitkan simbol-simbol muzik yang dilukis dalam mural dengan subjek
Pendidikan Kesenian dan Dunia Muzik. Murid-murid dapat mengenali setiap
simbol yang dilukis pada mural dengan baik.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Kelemahan projek yang kami telah jalankan ialah mural tidak begitu menyerlah
kerana kekurangan bekalan warna. Terutama sekali warna-warna primer seperti
warna kuning dan merah. Kami juga kurang pakar mengenai seni lukis dan warna.
Namun begitu kami cuba mengaplikasikan corak lakaran yang mudah untuk
dijadikan mural di dinding dan mencampurkan warna yang sedia ada untuk
mengecat dinding.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Cadangan penambahbaikan kami ialah bekalan cat warna perlulah ditambah dan bervariasi
supaya warna mural lebih ceria dan menarik. Bukan sahaja warna primer malahan warna-warna
yang lain juga. Bekalan warna glitter juga boleh ditambah supaya lebih menyerlah. Kami juga
perlu lebih banyak belajar dan mendalami seni lukis supaya lukisan mural yag kami hasilkan
menjadi lebih menarik. Cadangan lain seperti informasi juga boleh ditambah dalam mural tersebut
supaya lebih bermanfaat kepada warga sekolah.

KESIMPULAN :

Kesimpulannya, kami mendapati bahawa projek ini dapat dilaksanakan dengan agak lancar
walaupun terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti. Kami amat bersyukur kerana
pelaksanaan projek ini banyak memberikan pengalaman dan ilmu yang amat bernilai kepada
kami.
3) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Kelemahan projek yang kami telah jalankan ialah mural tidak begitu menyerlah kerana
kekurangan bekalan warna. Terutama sekali warna-warna primer seperti warna kuning
dan merah. Kami juga kurang pakar mengenai seni lukis dan warna. Namun begitu kami
cuba mengaplikasikan corak lakaran yang mudah untuk dijadikan mural di dinding dan
mencampurkan warna yang sedia ada untuk mengecat dinding.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Cadangan penambahbaikan kami ialah bekalan cat warna perlulah ditambah dan bervariasi supaya
warna mural lebih ceria dan menarik. Bukan sahaja warna primer malahan warna-warna yang lain juga.
Bekalan warna glitter juga boleh ditambah supaya lebih menyerlah. Kami juga perlu lebih banyak belajar
dan mendalami seni lukis supaya lukisan mural yag kami hasilkan menjadi lebih menarik. Cadangan lain
seperti informasi juga boleh ditambah dalam mural tersebut supaya lebih bermanfaat kepada warga
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai