Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN 1 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP ( Laporan antara 8- 10 muka surat)

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK/AKTIVITI

: PETRUS ANAK MINI :PISMP RBT / PJ / BM :SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SAWAH :MURAL MATEMATIK

TEMPOH PELAKSANAAN :1 MINGGU

OBJEKTIF

1) Murid murid dapat menjalinkan memupuk rasa seronok dan suka akan Matematik dalam kalangan para pelajar.

2) Merancang dan melaksana aktiviti ataupun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah. 3) Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah.

4) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship di sekolah ini.

5) Memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1) Kami pada mulanya memang telah merancang untuk menjalankan projek mural. Setelah berbincang dengan guru pembimbing kami Tn. Hj Jonit Bin Karsin, beliau meminta kami untuk bertemu dengan guru Matematik iaitu Pn. Norhana Bte Samsudin untuk berbincang mengenai mural yang akan dilaksanakan.

2) Setelah berbincang dengan Pn. Norhana die telah meminta kami untuk melakukan sebuah mural yang berkaitan Matematik berdekatan dengan tangga.

3) Kemudian, kami telah berbincang dengan Pn. Norhana mengenai corak dan idea bagi mural tersebut.

4) Seterusnya, kami telah menyediakan kertas kerja untuk mengadakan pertandingan Roket Air. Pada masa yang sama, kami telah menjalankan persediaan seperti bahan dan tempat untuk mural tersebut.

5) Selepas semuanya persediaan selesai dilakukan, kami telah melakukan proses lakaran dan mewarna.

6) Dari masa ke semasa, kami telah menyemak setiap perkembangan tugas-tugas bagi mural tersebut dan menambah corak corak tertentu bagi mencantikkan lagi mural tersebut.

REFLEKSI: 1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Sokongan guru guru yang menjadi rujukan utama kami dalam penyediaan, perancangan dan perlaksanaan mural sebelum dipilih sebagai corak dan konsep mural sebenar.

Komitmen rakan setugas yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam melaksanakan mural ini.

Penyediaan bahan yang lengkap telah banyak membantu dalam melicinkan perjalanan projek kami.

2)

Kelemahan Projek/Aktiviti :

Kurangnya ilmu dalam seni menjadikan mural kami kurang menarik. Namun kelemahan tersebut telah diatasi dengan bantuan guru yang telah membantu kami dengan cadangan idea dan corak yang perlu dilakukan bagi melengkapkan mural kami.

Kawasan mural yang terdedah dengan pancaran sinar matahari. Kerja membuat mural ini adalah terhad kepada waktu pagi sahaja kerana kawasan kerja tersebut terdedah dengan pancaran matahari. Untuk mengelakkan kami dari pada pitam kami terpaksa menghentikan tugasan kami pada pukul 10 pagi.

Oleh kerana projek ini dilaksanakan pada bulan ramadan, pergerakan kami amat terbatas kerana menjalani ibadah puasa. Selain itu, kami juga menggunakan masa yang lapang bagi menyiapkan mural ini.

Oleh kerana komitmen kepada kelas dan perancangan projek lain. Kami telah banyak membiarkan waktu lapang kami begitu sahaja. Jika masa tersebut dapat digunakan dengan baik mungkin hasil yang bakal diperoleh juga jauh lebih baik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : a. Membuat perancangan dengan lebih teliti pada masa hadapan, memerlukan lebih masa terutama apabila melibatkan seluruh warga sekolah.

b. Pastikan perlaksanaan internship adalah bukan pada bulan ramadhan.

c. Melakukan mural pada tempat yang terlindung dari cahaya matahari agar kerja dapat dijalankan dengan lebih effisyen.

d. Diberikan seorang guru yang arif mengenai mural agar dapat membantu dalam melaksanakan mural tersebut.

e. Membuat persediaan tempat dengan lebih awal dan lebih baik agar kerja dapat dijalankan dengan lebih lancar.

KESIMPULAN : Secara keseluruhan, projek mural ini dapat dijalankan dengan amat baik sekali. Selama kami melaksanakan projek mural ini belum adalagi masalah yang besar yang dihadapi oleh kami. Segala masalah yang dihadapi setakat ini telah dapat diatasi dengan baik tanpa sebarang masalah. Selain itu, kerjasama yang telah diberikan oleh para guru disini telah banyak membantu dan memberi pengalaman yang baru buat kami. Diharapkan mural yang telah dilaksanakan akan dapat membantu pihak sekolah dalam memupuk semangat saying akan matematik dalam kalangan para pelajar. Selain itu, kami juga berharap agar segala objektif dalam melaksanakan mural ini dapar dicapai sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai