Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN MAJIDI BAHRU,

81100 JOHOR BAHRU,


JOHOR.

KERTAS KERJA

PROGRAM KECERIAAN
(PONDOK WAKAF ILMU)

ANJURAN
GURU PELATIH INTERSHIP
IPGKTI
1.0 Program :
Program Keceriaan (Pondok Wakaf ilmu)

2.0 Pengenalan :
Projek keceriaan Pondok Wakaf Ilmu merupakan salah satu projek yang akan
dijalankan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim bagi memenuhi
syarat Internship bagi semester 8 ini. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan
pengisian program dengan mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas
bantuan dari semua guru SK Majidi Bahru. Pada masa yang sama semangat
kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat
yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah. Projek ini
sekali gus dapat menguji kreativiti guru pelatih di samping dapat melihat komitmen
guru pelatih dalam menjayakan sesuatu projek.

3.0 Matlamat :

3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara


tidak langsung di sekolah.

3.2 Memperindah dan menceriakan dinding sekolah dengan lukisan mural yang
bertema Dunia Sains Dan Teknologi.

3.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara guru-guru pelatih IPG
dengan warga Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru.

3.4 Melahirkan guru yang cekap, kreatif dan bertanggungjawab.

4.0 Objektif Program :

4.1 Menjadikan kawasan persekitaran Pondok Wakaf Ilmu sebagai kawasan yang
cantik dan indah.
4.2 Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih untuk
melaksanakan sesuatu projek.
4.3 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan guru-
guru pelatih dan warga sekolah.
4.4 Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran
yang telah dipelajari di IPG .
4.5 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti
di sekolah.
4.6 Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih dalam
program yang dilaksanakan.
4.7 Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan
keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal
berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

5.0 Aktiviti dan Tarikh Pelaksanaan

5.1 Melukis mural yang bertema Sains, Teknologi dan Masyarakat.(STEM)


5.2 Membuat ilustrasi gambar-gambar planet
5.3 Menambahkan bahan bacaan

5.4 25 FEBRUARI HINGGA 8 MAC 2018

6.0 Lokasi

6.1 Pondok Wakaf Ilmu hadapan kelas Pendidikan Khas SK Majidi Bahru.

7.0 Sasaran

7.1 Guru pelatih, pembantu sekolah, guru-guru dan murid-murid Sekolah


Kebangsaan Majidi Bahru.
8.0 Butiran kewangan

HARGA SEUNIT
BIL. PERKARA UNIT JUMLAH (RM)
(RM)
1 Hadiah 3 5.00 15.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 15.00

9.0 Pelan Tindakan Projek

Langkah / Hari Aktiviti

Minggu 1  Mencari bahan, gambar dan perkataan yang sesuai untuk melukis mural di
dinding berhampiran pondok wakaf ilmu melalui internet.
(25 Februari- 1
Mac 2018  Mengukur saiz di dinding untuk melukis.

 Menyediakan perkakasan untuk melukis dan mengecat seperti tali, pita


ukur dan kapur. cat pelaka dan berus.

 Mewarnakan mural secara berperingkat.

 Menggantungkan gambar-gambar planet

Minggu 2  Menggantungkan gambar-gambar planet


(4 Mac-8 Mac  Menyediakan bahan untuk menceriakan pondok wakaf ilmu.
2018)
 Mencetak dan berlaminat bahan bacaan untuk meletakkan dalam rak
bacaan.

 Menceriakan pondok dengan bahan-bahan yang disediakan.

 Selepas menyiapkan tugasan ini, akan menulis laporan dan refleksi hasil
projek yang dijalankan.
10. Penutup

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan projek
yang akan dikendalikan oleh guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim. Kami berharap projek keceriaan Pondok wakaf ilmu ini dapat
dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu
pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan
keceriaan di luar bilik darjah serta mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih
dengan warga Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru. Semoga projek yang bakal
dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Majidi
Bahru.

Disediakan Oleh, Disokong oleh,

......................................... .....................................................
(MYTHILI A/P MANIMARAN) (AZNURAIHAN BINTI ASLI)
(KASTHURI A/P KRISHNAN) Mentor,
Guru Pelatih IPGK SK Majidi Bahru,
Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
Johor Bahru, Johor

Disemak Oleh, Dilulus oleh:

........................................... ...........................................
(LEZA BINTI TAIB) (AZHAR BIN AHMAD)
Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
SK Majidi Bahru, SK Majidi Bahru,
Johor Bahru Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai