Anda di halaman 1dari 4

REFLEKTIF JURNAL PROJEK

2013

REFLEKTIF JURNAL AKTIVITI KO-KURIKULUM NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH PROJEK TEMPAT TEMPOH : SITI HAJARAT BINTI RAMLY : PISMP SEM 8 : SK TAMAN DESA 2, RAWANG

: BENGKEL DEKORASI SIMEN GERO : DINDING BLOK PPKI SKTD2 : 20 JULAI 2013

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria. 2. Menjadikan kawasan sekitar Blok PPKI lebih ceria dan lebih menarik. 3. Menjadikan sekolah sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan kondusif. 4. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

REFLEKTIF JURNAL PROJEK

2013

STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Perbincangan dengan guru pembimbing. Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan sekolah. 2. Membuat perancangan dan persediaan. Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Taman Desa 2, Rawang. Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan dekorasi simen fero yang diperlukan.

3. Membina taman PPKI Menjalankannya pada waktu lapang dalam waktu sekolah

REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan .

REFLEKTIF JURNAL PROJEK

2013

2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk muridmurid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk belajar dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, dekorasi simen fero ini dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang murid bermasalah pembelajaran dalam program pendidikan khas. 3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan muridmurid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerjapekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kerja kami selalu di ganggu kerana projek ini dilaksanakan pada waktu persekolahan. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasikan tugas.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh menghabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat. KESIMPULAN Melalui projek dekorasi simenfero ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan

REFLEKTIF JURNAL PROJEK

2013

sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan bangunan blok ppki telah diceriakan dengan taman dekorasi simen kami yang dapat menarik minat murid untuk ke sekolah dan menjadikan tempat tersebut sebagai kawasan rehat untuk menenangkan fikiran. Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Taman Desa 2 dan rakan-rakan internship saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang. 1. AKTIVITI-AKTIVITI DEKORASI SIMEN FERO

Anda mungkin juga menyukai