Anda di halaman 1dari 6

Bil Acara Teks

Umumkan Mengumumkan ketibaan


ketibaan VIP Yang Berhormat, IR Dr Faizul Amri bin Adnan, Ahli Dewan
Undangan Negeri (DUN SEROM), diiringi oleh Pn Hjh Ramlah
Binti Abdul Ghani, Pengetua SMK Pesisiran Perdana
En. Mohamad Salleh Bin Ithnin, Yang Dipertua PIBG SMK
Pesisiran Perdana, bersama , Guru-guru Penolong Kanan dan
AJK PIBG & PIBK SMK Pesisiran Perdana ke astaka Seri
Perdana

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Olahraga


Kali Ke 10 SMK PESISIRAN PERDANA tahun 2019.
Yang Berhormat,
IR Dr Faizul Amri bin Adnan, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN
SEROM
Yang Berusaha,
Pn Hjh Ramlah Binti Abdul Ghani, Pengetua SMK Pesisiran
Perdana
Yang Dihormati,
En. Mohamad Salleh Bin Ithnin, Yang Dipertua PIBG
Yang dihormati,
Pn Aspalila Bt Abdul Karim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En Zulkifli Bin lsmail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tn Hj Abd Rahman Bin Radzuan,Guru penolong Kanan
Kokurikulum,

Ahli Jawatankuasa PIBG & PIBK SMK Pesisiran Perdana,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SMK
Pesisiran Perdana yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-


alukan kehadiran semua hadirin ke Kejohanan Olahraga Tahunan
SMKPP Kali ke-10. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-
puan dapat menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda
yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan olahraga tahunan ini, marilah
hormat sama-sama kita berikan tumpuan kepada perbarisan lintas hormat
semua kontinjen Rumah Sukan yang mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan IR Dr


menerima tabik Faizul Amri bin Adnan, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN
hormat dari SEROM untuk menerima tabik hormat daripada peserta-peserta
peserta perbarisan perbarisan. Dipersilakan.

MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Perbarisan lintas hormat didahului oleh pembawa bendera


Bendera kejohanan yang diketuai oleh Saudara Azry Muqry Bin Jamal .
kejohanan

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Kasawari dengan


Kasawari mottonya Kasawari Pantas Cekap Kuat. Kontinjen ini diketuai oleh
saudara Mohd Aiman Bin Mohd Lizah dan dianggotai seramai 31
orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Kasawari ialah
saudari Nur Hanisah,manakala pembawa bendera adalah Akmal
Nazerin. Kontinjen ini adalah di bawah bimbingan En Mohd Hafidz
Bin Yaakob

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen rumah Garuda yang dianggotai seramai
Garuda 32 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Merah Semangat
Membara’. Kontinjen ini diketuai oleh saudara Shahrul Azri Bin
Salim. Pembawa sepanduk bagi ialah Syafinaz Azeanna Bt Syafie
dan pembawa bendera Mohd Akmar b Azali. Guru Pembimbing
kontinjen Garuda ialah Pn Nur Syahida Bt Ghaliban

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Rajawali yang dianggotai
Rajawali seramai 30 orang peserta perbarisan dengan mottonya ’Fight For
Victory’. Kontinjen ini diketuai oleh Saudari Aina Farhani Bt Mohd
Nasrun. Pembawa sepanduk saudara Muhd Hadi Imran Bin Mohd
Taib dan pembawa bendera Mohd Zhareef Bin Sabtu . Kontinjen
rumah Rajawali dibimbing oleh En Shah Mudzaffar Bin Musa

Perbarisan Rumah Seterusnya, kontinjen rumah Helang dengan mottonya ’Blue Fighter’.
Helang yang diketuai oleh Saudara Tahirudin dan disertai seramai 33 orang
peserta. Pembawa sepanduk ialah Nurin Syamimi dan Pembawa
bendera Alif Najimi. Kontinjen Rumah Helang adalah di bawah
bimbingan En Mohd Fadzli Mohd Nor.
Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera
menaikkan kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 5 orang atlet sekolah untuk
bendera menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan.
………….. – LAGU THE FINAL COUNTDOWN

Berkibarlah sudah bendera kejohanan Kejohanan Olahraga Kali Ke


10 SMK Pesisiran Perdana bagi tahun 2019.
Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen Rumah Sukan
pembawa bendera yang bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi
mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Saudara Azry Muqri
pembaca ikrar Bin Jamal.

Lafaz ikrar Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
kejohanan
Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan
dariNYA, marilah kita sama-sama menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd
Kharunnahar Bin Sulaiman.
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..

Amin Ya rabbal Alamin.Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Ustaz Mohd Kharunnahar Bin Sulaiman.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan
dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Ucapan Alu-aluan Majlis diteruskan dengan menjemput Pn Hjh Ramlah Bt Abdul Ghani,
PENGETUA SMK Pesisiran Perdana untuk memberi ucapan alu-
aluan.

Terima Kasih diucapkan kpd Pn Pengetua atas ucapan beliau yang


penuh semangat sebentar tadi.
Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat,
IR Dr Faizul Amri bin Adnan, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN
SEROM untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Kejohanan Olahraga Kali Ke 10 SMK Pesisiran Perdana tahun
2019. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat,


di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan
kerana sudi merasmikan Kejohanan Olahraga Kali Ke 10 SMK
Pesisiran Perdana.

Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh
padang kontinjen yang mengambil bahagian.

– MUZIK PERBARISAN
………….
Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan
Olahraga Kali Ke 10 SMK Pesisiran Perdana bagi tahun 2019. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada peserta-peserta yang
mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara
Kejohanan Olahraga Kali Ke 10 SMK Pesisiran Perdana bagi tahun
2019
Acara pertama pada hari ini ialah___________________

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-


masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat,


IR Dr Faizul Amri bin Adnan untuk ke tengah padang bagi
merasmikan acara pertama. Dipersilakan.

Penyampaian Seterusnya, pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


hadiah (1) mempersilakan Puan Pengetua, Pn Hjh Ramlah Binti Abdul Ghani
mengiringi Yang Berhormat,
IR Dr Faizul Amri bin Adnan untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat,
IR Dr Faizul Amri bin Adnan kerana telah sudi menyempurnakan
majlis penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha


Pn Hjh Ramlah bt Abdul Ghani bagi menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berhormat,
IR Dr Faizul Amri bin Adnan di atas kesudian merasmikan
kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hjh Ramlah bt Abdul Ghani


kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
Hadiah(2) Kejohanan Olahraga Kali ke-10 berehat sebentar untuk memberi
laluan kepada upacara penyampaian hadiah.

Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi


acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................


Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang


berbahagia/berusaha Encik.....(jawatan) kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan


cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan


olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Kali Ke-10
SMKPP, jatuh pada: rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan
kejohanan dan Kejohanan Olahraga Kali Ke-10 SMKPP 2019 kini tiba ke
penyampian penghujungnya.
hadiah ketegori
khas(6) Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut
rumah masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Olahraga Kali Ke-10


SMKPP. Oleh itu, dijemput Pn Hjh Ramlah Bt Abdul Ghani,
Pengetua SMK Pesisiran Perdana untuk menyampaikan ucapan
penutupan Kejohanan Olahraga Kali Ke-10 SMKPP
Dengan hormatnya dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima


kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
Kejohanan Olahraga Kali Ke-10 SMKPP pada tahun ini.
.................................................................
Hadirin yang dihormati sekalian, bagi mengakhiri majlis, marilah kita
sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai