Anda di halaman 1dari 18

BIL BUTIRAN M/S

1. Atur cara majlis

2. Skrip pengacaraan

3. Bacaan doa

4. Bacaan ikrar

5. Ucapan tetamu jemputan

6. Ucapan timbalan pengarah

7. Lampiran

ISI KANDUNGAN

ATUR CARA HARI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
IPOH KALI KE-33

TARIKH: 13 MAC 2019


TEMPAT: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

MASA ATUR CARA

7.15 pagi Siswa-siswi berkumpul di padang


7.45 pagi Ketibaan para tetamu jemputan
8.00 pagi -Ketibaan YBhg.
Dato’ Azman bin Hamid
Ketua Jemaah Nazir dan
jaminan Kualiti Negeri
Perak

-Ucapan Alu-aluan
Pengacara Majlis

-Perbarisan Lintas Hormat

-Perbarisan Bendera
Kejohanan

-Perbarisan Rumah-rumah

-Bacaan Doa

-Nyanyian Lagu Negaraku

-Bacaan Ikrar Kejohanan

-Ucapan Perasmian Oleh

Dr. Yahya bin Osman


Timbalan Pengarah IPG kampus Ipoh

-Upacara menaikkan Bendera Kejohanan


-Perbarisan Keluar Padang

-Acara Sukan berlangsung

-Penyampaian Hadiah

-Majlis Penutupan Kejohanan

-Ucapan Penutupan Oleh


Yang Berbahagia Dato’ Azman bin Hamid
Ketua Jemaah Nazir dan jaminan Kualiti Negeri Perak
12.00 tgh Bersurai

TEKS PENGACARAAN MAJLIS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN INSTITUT


PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH KALI KE-33

MASA CUE ANN


08:10 pagi Pengumuman Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato`
VIP Azman bin Hamid, Ketua Jemaah Nazir dan jaminan
Kualiti Negeri Perak.

08:15 pagi Ucapan Aluan Assalamu’alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.


Pengacara Majlis/
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Salutasi

Tumbuh menyerlah di hujung muara,

Bunga Kemboja dibuat jualan,

Lafaz Bismillah pembuka bicara,

Ucapan alu-aluan saya mulakan.

Bismillahir Rahmanir Rahim

Yang Berhormat Dato’ Azman bin Hamid, Ketua


Jemaah Nazir dan jaminan Kualiti Negeri Perak

Yang Berusaha Dr Yahya bin Osman,

Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh

Wakil Pengarah IPG Kampus Ipoh

Yang Berusaha En. Mohd Husaini bin Fakhrul,

Setiausaha Sukan IPG Kampus Ipoh

Ketua-Ketua Jabatan

Ketua-Ketua Unit

Para Pengetua
Pensyarah-pensyarah Kanan

Para Pensyarah

Guru-Guru

Staf-staf Sokongan

Para siswa serta hadirin dan hadirat yang dirahmati


Allah sekalian

Selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan,


Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, ke-33, tahun
2019

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT


kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita
diberikan kesihatan dan kesempatan untuk
bersama-sama menjayakan Kejohanan Sukan
Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
untuk kali yang ke-33.

8:20 pagi Perbarisan Lintas Sebagai pembuka tirai, kejohanan sukan tahunan,
Hormat marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas
hor

mat semua kontonjen yang mengambil bahagian.

Dengan itu, kami dengan segala hormatnya


Menjemput VIP
mempersilakan Yang Berbahagia Dato` Azman bin
menerima tabik hormat
Hamid, Ketua Jemaah Nazir dan jaminan Kualiti
daipada peserta
Negeri Perak untuk menerima tabik hormat daripada
perbarisan
peserta perbarisan.
Dipersilakan

8:30 pagi Perbarisan bendera Perbarisan lintas Hormat dimulakan oleh pembawa
kejohanan bendera kejohanan yang diketuai oleh saudara Irfan
bin Rusdin, Pembawa bendera Malaysia ialah
saudara Faiz Aiman bin Ahmad, pembawa bendera
Perak ialah saudara Amran bin Imran, dan
pembawa bendera IPG ialah Luqman bin Rashid.

8:35 pagi Perbarisan Rumah Berikut pula, ialah kontigen dari Rumah Nuri yang
Sukan mengunakan warna kuning sebagai simbol
perjuangan. Kontigen ini dipimpin oleh Ahmad syafiq
bin Mohd dan dianggotai seramai 45 orang peserta..
Motto NURI TETAP BERJAYA  diharap dapat
menjadi penguat semangat Rumah Nuri untuk terus
mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.

Seterusnya ialah kontigen dari Rumah Bayan.


Kontigen ini diketuai oleh Amirul Ariff bin Ismail dan
dianggotai sramai 45 orang peserta perbarisan.
dengan mottonya, BIRU TETAP MEMBARA, kita
percaya Rumah BAYAN mampu membuat kejutan
dalam kejohanan kali ini.

Berikut pula tampil dengan warna merah hati ialah


kontigen dari rumah Helang. Rumah Helang
dipimpin oleh Kartik A/L Murugan. Dan disertai
seramai 42 orang peserta. Kontigen Rumah Helang
ini setia dengan motto BERSAMA MENUJU
KEGEMILANGAN.

Hijau Berani, itulah kontigen dari Rumah Garuda.


Kontigen ini dibimbing oleh Adam Shukri bin Fauzi
serta disertai seramai 45 orang peserta perbarisan.
GAGAH BERANI BERJUANG ialah motto
kebanggaan Rumah Garuda.
8:55 Bacaan Doa Hadirin yang dihormati.

Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini,


majlis dengan sukacitanya menjemput saudara Afiq
Syahmi bin Azlan untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan


doa itu tadi.

Semoga majlis kita akan berjalan dengan lancar


serta diberkati oleh Allah SWT. InshaAllah

9:00 pagi Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian,


Negaraku, dan Lagu
Marilah kita sama-sama berdiri bagi menyanyikan
Negeri Perak
lagu ‘ Negaraku’ dan lagu ‘Negeri Perak’.

Hadirin dimohon berdiri.

Pause

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu


tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

09:20 pagi Menjemput pembawa Hadirin yang dihormati,


bendera mengiringi
Seterusnya, majlis mempersilakan saudara Faris
bacaan ikrar.
Hakimi bin Jamil untuk mengetuai lafaz ikrar
kejohanan . Dipersilakan

Terima kasih saudara Faris Hakimi bin Jami.


Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar
kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet dalam
kejohanan ini.

09:00 pagi Ucapan Perasmian Hadirin & Hadirat yang dihormarti sekalian,

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,

Tak lengkap malam tanpa purnama,


Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,

Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya.

Hadirin yang dihormati.

Tidak sempurna majlis  kita pada hari ini tanpa


mendengar  ucapan perasmian.  Untuk itu majlis
dengan sukacitanya menjemput Dr Yahya bin
Osman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh bagi
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan, Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh, ke-33, tahun 2019

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pause

Majlis merakamkan ucapan terima kasih Dr Yahya


bin Osman, Timbalan Pengarah IPG Kampus
Ipohatas ucapan perasmian itu tadi.

09:35 pagi Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar
Padang padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian
untuk masuk ke khemah masing-masing.

Dengan itu, maka sempurnalah sudah majlis


perasmian Kejohanan Sukan Tahunan, Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh, ke-33.

Majlis merkamkan terima kasih kepada peserta-


peserta yang mengambil bahagian dalam
perbarisan lintas hormat.

9:50 Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan
dimulakan acara Kejohanan Sukan Tahunan Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh, ke-33.

Diminta kepada semua peserta yang terlibat untuk


bersedia mengambil tempat masing-masing kerana
acara akan dimulakan sebentar lagi.

11:30 Penyampaian Hadiah Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua
kontijen masuk ke padang, dan berada di hadapan
pentas utama untuk acara penyampaian hadiah dan
majlis penutupan kejohanan.

Para pelajar dan hadirin sekalian,

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah


berjaya. Pihak majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan En. Mohd Husaini bin Fakhrul,,
Setiausaha Sukan IPG Kampus Ipoh untuk
menyampaikan hadiah.

Majlis dengan ini mempersilakan.

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan


perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan
pada hari ini.

- tempat ketiga disandang oleh pasukan Rumah


Bayan.

-Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada


pasukan Rumah Nuri.

-Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan


Rumah Helang.

Hadirin sekalian,

-Seterusnya penyampaian hadiah kepada


pemenang Olahragawan dan Olahragawati Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh pada tahun ini.

-Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan


disandang oleh saudara Luqman Noor Hafiz bin
Rosmah.

- Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan


disandang oleh saudari Nur Alya Salsabila binti
Mohd Tarmizi

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan


umumkan secara rasmi kedudukan bagi Rumah-
Rumah Sukan yang telah bertanding.

-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan


Rumah Nuri dengan kutipan sebanyak 7 pingat
emas, 8 pingat perak dan 9 pingat gangsa.
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan Ahmad syafiq bin
Mohd untuk menerima hadiah.

-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh


pasukan Rumah Bayan dengan 12 pingat emas, 10
pingat perak dan 8 pingat gangsa. Dipersilakan
Ketua Rumah Sukan Amirul Ariff bin Ismail  untuk
menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi


Kejohanan Sukan Tahunan Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh, ke-33 jatuh kepada:

Rumah Garuda dengan 15 pingat emas, 9 pingat


perak dan 9 pingat gangsa. Dipersilakan Ketua 
Rumah Sukan Adam Shukri bin Fauzi untuk
menerima hadiah.

.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berusaha, Encik. Mohd Husaini bin Fakhrul,,
Setiausaha Sukan IPG Kampus Ipoh kesudian
menyempurnakan majlis sebentar tadi.

12:00 tgh Majlis Penutupan Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan


Sukan Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh, ke-33. Oleh itu, dijemput YBhg. Dato’ Azman
bin Hamid, Ketua Jemaah Nazir dan jaminan Kualiti
Negeri Perak untuk menyampaikan ucapan Majlis
penutupan Kejohanan Sukan Tahunan, Institut
Pendidikan Guru Kampus.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

-Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Dengan itu, maka berakhirlah Kejohanan Sukan


Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, ke-
33, tahun 2019

Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-


peserta yang berjaya. Kepada yang masih gagal
teruskan usaha, jangan putus asa.

Akhir kata dari kami,

Majulah Sukan Untuk Negara

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH,


WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
TA’ALA WABARAKATUH.
Bacaan Doa
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, bersempena dengan Kejohanan Sukan IPG Kampus Ipoh
ini, kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta
kesihatan jasmani dan rohani. Sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah
pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami sertalah Kau rahmatilah Kejohanan ini
agar berjalan lancar dan selamat.

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) IPG Kampus


Ipoh ini akan menjadi sebuah kampus yang cemerlang, terbilang, disegani dan dihormati,
dan sentiasa melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun
kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat

Bacaan Ikrar

Bahawasanya kami berikrar akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Sukan Tahunan
peringkat IPG Kampus Ipoh dengan bersungguh-sungguh, mematuhi segala peraturan dan
undang-undang dengan penuh semangat kesukanan
Ucapan Perasmian oleh Timbalan Pengarah

Terima kasih Saudari Pengacara Majlis, Yang Berbahagia Dato’ Azman bin Hamid, Ketua
Jemaah Nazir dan jaminan Kualiti Negeri Perak, para pensyarah, seterusnya para guru
pelatih yang saya kasihi sekalian. Salam Sejahtera dan selamat pagi. Alhamdulillah, salam
dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu saya
mengucapkan terima kasih kepada pihak Unit Kokurikulum kerana menjemput saya untuk
menghadiri dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan
IPG Kampus Ipoh kali ke-33 tahun 2019 pada pagi yang indah ini. Tahniah kepada semua
guru pelatih yang terlibat dan komitmen yang jitu dan padu dalam menjayakan kejohanan
tahunan ini.

Tuan-tuan dan Puan–puan yang saya hormati sekalian,

Kejohanan Sukan Tahunan yang diadakan ini merupakan acara tahunan yang telah
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan tujuan utama untuk mewujudkan warga kerja yang
cergas dan cerdas yang dapat memikul tangggungjawab yang diamanahkan dalam
merancang pengurusan sesebuah organisasi serta menganjurkan sesebuah perlawanan. Di
samping itu juga, acara sukan ini dapat memberi peluang kepada semua guru pelatih untuk
mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain. Di samping itu,melalui temasya sukan
sebegini, diharap dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan ini yang mana
boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Tuan-tuan dan Puan–puan yang saya hormati sekalian,

Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini bukanlah sekadar untuk rekreasi dan kecergasan
semata-mata malah diharap dapat melahirkan warga pelatih yang bertanggungjawab,
dinamik dan cemerlang dalam pelbagai aspek. Ini kerana setiap acara sukan yang
dipertandingkan mempunyai peraturan-peraturan yang telah dipersetujui oleh semua pihak
yang bertanding. Di dalam sukan juga mengandungi konsep “fair-play”, persefahaman,
disiplin, taat, daya saing, perjungan, persediaan strategi ke arah memenangi sesuatu
pertandingan.

Aktiviti program sukan yang diadakan ini juga akan dapat memupuk nilai-nilai positif serta
meningkatkan mutu hidup dan kesejahteraan masyarakat seterusnya membentuk insan
yang berkualiti. Di samping itu, melalui aktiviti sukan tersebut akan mempamerkan nilai-nilai
dan semangat kesukanan serta daya juang yang begitu baik. Acara sukan seperti ini
merupakan satu wadah yang disediakan oleh Jabatan bagi mendukung matlamat kerajaan
melahirkan pelatih-pelatih yang sentiasa cergas, cekap, aktif, berdisiplin, berdaya maju dan
berdaya tahan. Ini sekaligus dapat membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang
cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa
hadapan. Perkara yang perlu ditekankan adalah melalui sukan ini, hubungan antara
pensyarah dan guru pelatih dapat dieratkan. Akhir sekali, saya mengucapkan selamat
bertanding kepada semua peserta dalam semangat kesukanan yang tinggi dan harmoni.
Jangan menyerah kalah sebelum berusaha. Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya
merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan IPG Kampus Ipoh kali ke-33 tahun 2019. Sekian,
terima kasih.
Ucapan Penutupan oleh tetamu jemputan

Terima kasih Saudari Pengacara Majlis, Yang Berusaha Dr. Yahya bin Osman, Timbalan
Pengarah IPG Kampus Ipoh, para pensyarah, seterusnya para guru pelatih yang saya kasihi
sekalian. Salam Sejahtera dan selamat pagi. Bersyukur saya kerana dapat bersama di
Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan IPG Kampus Ipoh yang julung
kalinya diadakan. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa
pengelola Kejohanan Sukan kerana sudi menjemput saya untuk hadir ke majlis pada hari ini
dan seterusnya menutup dengan rasminya karnival sukan ini.

Hadirin sekalian,

Saya amat berbesar hati dan merasa gembira kerana dapat bersama dalam karnival sukan
ini.segala komitmen yang diberikan daripada semua pihak telah menghasilkan kejayaan
dalam menjayakan kejohanan sukan ini. Perkara yang lebih signifikan disini ialah kejayaan
menganjurkan acara ini adalah sebagai menifestasi dari semangat setiakawan, semangat
muafakat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu tujuan yang sama- sama dikongsi
bersama. Dengan itu, saya berharap agar semangat muafakat ini akan menjadi amalan kita
semua dalam kita menjalankan tugas masing- masing. Setiap kerja yang dilakukan dengan
niat ikhlas dan dilengkapi dengan semangat muafakat saya ytakin akan membawa kejayaan.

Para hadirin sekalian

Di samping itu, sukan merupakan satu landasan untuk menyumbang kepada nilai yang
positif seperti semangat kesukanan, muhibah, sikap toleransi, kesefahaman dan pembinaan
moral dan fizikal. Saya juga amat gembira kerana kesemua guru pelatih mengambil
bahagian dalam kejohanan sukan ini walaupun tidak semua menyertai kesemua jenis sukan
yang dipertandingkan. Kita berharap agar kejohanan yang akan datang akan menyaksikan
penyertaan yang sepenuhnya oleh para guru pelatih. Akhir kata, sekali lagi saya
mengucapkan terima kasih dan syabas Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan ini
kerana menjemput saya dan atas kejayaan penganjurannya. Kepada pasukan- pasukan
yang menang, saya ingin mengucapkan tahniah dan kepada pasukan yang belum bernasib
baik jangan putus asa, tingkatkan usaha dan cuba lagi. Dengan kata-kata itu, saya dengan
sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan IPG Kampus Ipoh
kali ke-33 tahun 2019. Sekian, terima kasih.
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai