Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan video diatas , refleksi yang dapat dibuat berdasarkan kisah yang

dipaparkan dapat dikaitkan dengan model pengurusan disiplin bilik darjah model
disiplin asertif canter dimana ianya berasaskan peneguhan dan dendaan terhadap
tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah
laku yang ditunjukkan . seperti yang dapat dilihat dalam video tersebut , guru
tersebut memberi hukuman kepada pelajarnya yang cuba menunjukkan hak nya
sebagai seorang pelajar dalam memberikan pendapat dalam pemahamannya dalam
pembelajarannya , namun guru tersebut menetapkan dirinya dengan haknya dengan
memberikan dendaan atau hukuman atas tingkahlaku yang ditunjukkan oleh
muridnya sedangkan apa yang cuba ditunjukkan oleh murid tersebut adalah
pemahamannya yang cukup baik . namun guru tersebut , tetap dengan haknya
dengan tidak menerima pendapat murid tersebut sehingga menunjukkan suasana
bilik darjah yang tidak tenteram . sedangkan, model ini menekankan cara guru
dalam membimbing murid dengan sentiasa memberikan perhatian positif dan
mewujudkan hubungan saling hormat dan mempercayai antara satu sama lain .

Selain itu , model ini juga memainkan peranan penting dalam Pengurusan bilik
darjah yang lebih asertif iaitu kelakukan guru berkeyakinan dan tegas , namun ianya
bergantung kepada guru tersebut . walaubagaimanapun , berdasarkan perwatakan
guru yang terdapat dalam video ini ,ianya jelas menunjukkan bahawa guru ini
merupakan guru yang agressive kerana cara pendekatan yang digunakan kepada
anak muridnya adalah pendekatan yang bersifat autokratik dalam menunjukkan
kuasa mereka keatas pelajar dan tidak bertolak ansur sama sekali . dalam hal ini ,
murid akan kehilangan hak mereka sehingga merasakan diri mereka terancam serta
hilang minat untuk belajar .

Oleh itu , sebagai seorang guru , kita perlu sedar bahawa hak murid juga merupakan
sesuatu yang amat dititikberatkan dalam satu sesi pembelajaran agar pendekatan
yang diberikan kepada pelajar dapat memberikan tindakbalas yang baik agar
suasana bilik darjah yang aman dan tenteram

Anda mungkin juga menyukai