Anda di halaman 1dari 12

SKRIP JURUACARA MAJLIS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-55, SK KHIR JOHARI, SUNGAI SUMUN PENGACARA MAJLIS : CIKGU

DIANA DALYLA BT JAMALUDDIN, USTAZ FIKRI HAKIM TARIKH : 27/06/2013 TEMPAT : PADANG SK KHIR JOHARI, SUNGAI SUMUN CUE TEKS Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, NOTA

Bismillah.. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Selamat datang diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir pada temasya sukan tahunan SK Khir Johari kali ke-55 sesi 2013. Kejohanan sukan SK Khir Johari pada petang ini dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen rumah sukan.

Ketua bagi arahan hentak kaki Muzik dimainkan.. Murid bergerak masuk

JEMPUT TERIMA TABIK HORMAT

Majlis mempersilakan Yang Berusaha,Guru Besar SK Khir Johari Tn Haji Mohd Tahrim Bin Abu Othman mengiringi 1

Tunggu pelajar sebelum sampai selekoh padang

Yang Berbahagia Tuan Hj Zainal Abidin Bin Osman, Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak untuk menerima tabik hormat dari para kontijen rumah sukan bagi Temasya Sukan Tahunan kali ke-55. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Perbarisan masuk Kontijen rumah sukan dimulakan dengan perarakan dari anakPERBARISAN/ PERARAKAN KONTINJEN anak kecil si comel prasekolah. Walaupun kecil namun semangat mereka untuk menyertai perbarisan temasya sukan pada petang ini amat tinggi. Inilah dia kontijen dari prasekolah SK Khir Johari yang terdiri dari murid yang berusia 5 & 6 tahun. Diketuai oleh adik Aulia Tasha Bt Suhaimi selaku maskot perbarisan dan dua orang pembawa sepanduk iaitu adik Siti Hajar Bt Ghazali dan adik Aisy Humairah Bt Shahrul Bakhtiar

Seterusnya Rumah Marikh (Merah). Dengan slogan We came, We Saw, and We Conquered kontijen ini diketuai oleh Adik Mohd Amir Bahzi Bin Abdul Razak dan Adik Muna Nabihah Bt Mansur sebagai pembawa sepanduk . Maskot yang mengiringi kontijen ini adalah adik Nur Fitri Raihanah Bt Saiful Bahar dan Adik Muhd Ammar Redza Bin Ismail. Kontijen ini mempunyai kekuatan 35 orang peserta.

Rumah Uranus (Biru), Biru berombak pantang berganjak, diketuai oleh Adik Ikhwan Hazim Bin Norazman dan dan Adik Nur Shuhadah Bt Ruslan sebagai pembawa sepanduk dengan kekuatan 35 orang peserta. 2

Diikuti oleh Rumah Zuhal (Hijau), Hijau segar sentiasa Mekar, diketuai oleh Adik Amirul Bin Samsudin selaku pembawa bendera dan Adik Nurul Fazirah Bt Baharum selaku pembawa sepanduk dengan kekuatan 35 orang peserta.

Akhir sekali Rumah Musytari (Kuning), Kuning diraja bersemangat waja, diketuai oleh Adik Mohd Hazwan Bin Zamanhuri dan Adik Nur Baisyirah bt Yusairy Yakimin selaku pembawa sepanduk dengan kekuatan 35 orang peserta.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih Kepada Yg Berbahagia Tuan Hj Zainal Abidin Bin Osman kerana sudi menerima tabik hormat dari para kontijen perbarisan kali ke 55 pada sesi 2013 . NYANYIAN LAGU PATRIOTIK Hadirin yang dihormati sekalian, Acara seterusnya ialah nyanyian lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu 1 Murid 1 Sukan dari kontijen temasya sukan tahunan kali ke-55. Diminta para hadirin berdiri untuk menghormati dan seterusnya menyanyikan lagu bersama-sama, dipersilakan. *NYANYIAN LAGU 3 Tunggu ketua bagi arahan baris sedia baru Muzik berhenti. Ketua bagi arahan berhenti hentak kaki dan bagi arahan senang diri.

mainkan muzik.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Hadirin dijemput duduk. SALUTASI PENGERUSI MAJLIS Yang Berbahagia, Tn Hj Zainal Abidin Bin Osman Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak Yang Berusaha, Tuan Hj Mohd Tahrim Bin Abu Othman Guru Besar SK Khir Johari Yang Berusaha, Tuan Hj Baharum Bin Md Saari Naib YDP PIBG SK Khir Johari Pn Zubaidah Bt Mustafa, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Kosnin Bin Abdul Karim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En.Zulkifli Bin Ahmat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru-guru, Para Jemputan, Ibu bapa dan para murid yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke Hadrat Allah swt, sesungguhnya terbukti pada hari ini dengan kerjasama erat di antara para guru, para murid, dan para ibu bapa kita masih dapat melaksanakan agenda pada petang walau dalam keadaan cuaca yang kurang mengizinkan. Oleh itu marilah kita sama-sama saksikan kehebatan anak-anak kita bertanding di padang dan terus memberi semangat kepada mereka hingga ke akhir acara. Insya Allah

Ketua bagi arahan senang diri.

BACAAN DOA

Seterusnya, Bagi memberkati majlis, dipersilakan Ustaz Mohd Rusdi bin Ahmad Maher untuk memimpin bacaan doa. *BACAAN DOA

Tunggu ketua bagi arahan baris sedia dan UP. Tunggu ketua bagi arahan UP lagi skali.

Terima kasih ustaz Mohd Rusdi, di atas bacaan doa itu tadi. UCAPAN PERASMI Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Kini majlis dengan penuh rasa bangga mempersilakan Tn Haji Zainal Abidin Bin Osman, Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak merangkai kata mengulas bicara buat kita semua seterusnya merasmikan Sukan Tahunan SK Khir Johari sesi 2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Ketua bagi arahan senang diri

*UCAPAN PERASMIAN

SAMPAIKAN CENDERAMATA PERASMI

Penghargaan dan terima kasih, bakti ditabur akan kami kenang, rahmat tuhan pasti datang. Dengan ucapan perasmian itu tadi menandakan bermulanya Temasya Sukan kita pada hari ini. Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada

Tn Hj Zainal Abidin Bin Osman di atas kesudian beliau mengukir bicara dan merasmikan sukan tahunan ke-55 pada petang ini. Seterusnya,Majlis dengan sukacita menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan cenderamata kepada Tn Haji Zainal Abidin Bin Osman. Dipersilakan. *BAGI CENDERAMATA Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Zainal Abidin Bin Osman dan Tuan Hj Mohd Tahrim bin Abu Othman. BACAAN IKRAR KEJOHANAN Hadirin sekalian, Temasya Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan.. Dengan itu dipersilakan adik Mohd Aqil Bin Mohd Kumar mengetuai kontijen temasya sukan tahunan pada kali ini dan diiringi oleh 4 orang pembawa bendera. *BACAAN IKRAR Ketua bagi arahan baris sedia Ketua bagi arahan kepada 4 pembawa bendera *UP Tunggu pembaca ikrar balik ke kedudukan asal.

- Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda 6

komitmen para atlet kepada kejohanan ini. Semoga temasya sukan tahun ini akan dapat membakar semangat murid-murid untuk lebih gigih lagi berusaha mencapai kejayaan terutama mencari bakal-bakal atlet negara pada masa akan datang. PERARAKAN KELUAR KONTINJEN ACARA BALAPAN Para Hadirin Sekalian, Seterusnya kita akan menyaksikan keberangakatan keluar kontinjen rumah sukan dengan didahului oleh kontijen Musytari. Tuan Puan yang dihormati, -Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan, acara balapan, iaitu acara Ketua bagi arahan hentak kaki dan bergerak keluar Sebut ikut buku program

-Pegawai-pegawai kejohanan yang terlibat di dalam acara ini diminta untuk turun ke arena bagi melicinkan perjalanan acara.

UMUM PEMENANG IKUT ACARA

Hadirin sekalian, Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini, majlis dengan segala hormat menjemput En... untuk menyampaikan hadiah. Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara balapan yang telah dipertandingkan sebentar tadi. 7

(Rujuk Meja Data) Terima Kasih diucapkan kepada En. Kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi. REHAT (PERSEMBAHAN AEROBIK) Acara berehat sebentar. Sementara kita berehat marilah kita tumpukan perhatian dan saksikan persembahan Aerobik wakil murid-murid tahun 3, 4 dan 5 diiringi dengan lagu-lagu madley yang rancak.. Saksikanlah bersama-sama persembahan hebat ini. Dipersilakan. AEROBIK ..

Begitulah persembahan hebat dari murid-murid SK Khir Johari. Kita telah lihat betapa cergas dan aktifnya anak-anak kita mempersembahkan aerobik buat kita semua. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, persembahan Aerobik itu tadi telah dibimbing oleh cikgu Nurul Izni Bt Syafie dan Cikgu Lakshmi a/p Subramaniam yang tidak kenal erti penat dan lelah untuk melatih dan seterusnya memperlihatkan persembahan yang hebat. Terima kasih diucapkan. ACARA SUKAN BERSAMBUNG Acara sukan berlangsung semula. Seterusnyanya acara berikut ialah..(rujuk pemplet)

ACARA KHAS

Seterusnya tibalah acara khas bagi pegawai sukan , ibu dan bapa yang akan dijalankan mengikut stesen masing-masing. Diharap guru yang ditugaskan untuk 8

melaksanakannya bersedia di stesen masing-masing.

MINTA MURID SEDIA UNTUK MAJLIS PENUTUP

Begitulah berakhirnya acara-acara sukan pada petang ini.perhatian kepada semua murid. Anda semua diminta supaya bersedia dikhemah masing-masing untuk berarak masuk di hadapan khemah utama bagi majlis penutupan temasya sukan tahunan kali ke-55 sesi 2013.

Diumumkan perarakan masuk kontijen rumah sukan di hadapan khemah utama. PENUTUP - Hadirin dan Hadirat dipersilakan duduk.

*Mainkan muzik perbarisan

UCAPAN GURU BESAR

Hadirin yang dirahmati, Seterusnya marilah kita tumpukan minda untuk menghayati ulas-ulas bicara sekuntum kasih dari nadi penggerak kegemilangan SK Khir Johari iaitu Tn Hj Mohd Tahrim b Abu Othman Guru Besar Sk Khir Johari. Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN GURU BESAR. Serangkaian terima kasih disemarakkan kepada Tn Hj Mohd Tahrim b Abu Othman 9

di atas untaian kata-kata itu tadi. UCAPAN PERASMIAN PENUTUP Majlis diteruskan dengan mempersilakan Tuan Haji Baharum Bin Md Saari, Naib YDP PIBG mengukir bicara buat kita semua dan seterusnya membuat perasmian penutup temasya sukan tahunan ke-55 SK Khir Johari pada kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN PENUTUP.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi. Seterusnya, majlis menjemput Tuan Guru Besar SK Khir Johari untuk menyampaikan cenderamata kepada Tn Hj Baharum Bin Md Saari. Dipersilakan. *BAGI CENDERAMATA

PENYAMPAIAN HADIAH KHAS KEJOHANAN

Tuan/puan yang dihormati, Seterusnya tibalah upacara penyampaian hadiah bagi acara kemuncak sukan tahunan ke-55 pada tahun ini. Dengan itu dijemput Tn Hj Mohd Tahrim b Abu Othman GB SK Khir Johari mengiringi Tn Hj Baharum Bin Md Saari untuk menyampaikan 10

hadiah bagi acara kemuncak kali ini. PEMENANG HIASAN RUMAH SUKAN PEMENANG PERBARISAN RUMAH SUKAN OLAHRAGAWAN 2013 OLAHRAGAWATI 2013 PEMENANG KESELURUHAN Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Baharum Bin Md Saari kerana sudi menyampaikan hadiah.

UCAPAN PENUTUP MC

Berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhir lah sukan tahunan ke-55 sesi 2013 pada kali ini. Kalau ada sumur di ladang, Boleh kami menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Tahun hadapan ketemu lagi. - Semoga kita bersua kembali pada Temasya Sukan Tahunan pada tahun hadapan. 11

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Kuasa, dan setiap kesilapan yang ada datangnya daripada kesilapan kami berdua. p/s: Seterusnya, dijemput Tuan Guru Besar untuk mengiringi Tn Hj. Baharum Bin Md Saari serta para jemputan menikmati juadah yang disediakan. SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH.

12

Anda mungkin juga menyukai