Anda di halaman 1dari 5

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan______________________________ diiringi dif-dif

kehormat masuk ke dalam dewan.

Petangi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha
Ustaz Saidi bin Sulaiman
Guru Besar SK Chohong

Yang Berusaha
Tn. Hj. Abd Latif bin Hj Ali
Guru Penolong Kanan 1
SK Chohong

Yang Berusaha
Pn. Sakdiah bt Sadun
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Chohong

Yang Berusaha
Pn.Roszanariah bt Mohd Zin
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK Chohong

Yang Dihormati
Tn Hj Abdul Razak bin Esa
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Chohong

Yang Diraikan
En. Hanafi bin Abdullah dan Puan. ___________

Seterusnya
Barisan guru, staff2 sokongan, hadirin hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena perpisahan En. Hanafi bin Abdullah mantan
guru besar SK Chohong dan ________________________________ DAN JUGA KE MAJLIS
SELAMAT DATANG KEPADA USTAZ SAIDI BIN SULAIMAN, GURU BESAR SK CHOHONG.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Yusle
bin Yusuf
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Yusle bin
Yusuf atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh
Yang Diraikan. Hanafi bin Abdullah dan ______________________ sepanjang perkhidmatan
beliau di Sekolah Kebangsaan Chohong.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang telah disediakan
oleh En.Dzahir.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena perpisahan .
Hanafi bin Abdullah dan ________________________________. Mudah-mudahan ianya
dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Abd Latiff bin Hj Ali, Guru
Penolong Kanan 1, SK Chohong. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Abd Latiff bin Hj Ali atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Tn Hj Abdul Razak
bin Esa
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Chohong untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn Hj Abdul Razak bin Esa atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Beliau telah dilahirkan pada 2 September 1966, mempunyai seorang isteri dan 5 orng anak
(4 perempuan dan 1 lelaki) yang mana anak sulong beliau berumur 25 tahun dan yang
bongsu berusia 6 tahun dan satu-satunya anak lelaki beliau di dalam keluarga. Beliau mula
berkhidmat sebagai seorang guru pada 1 Disembe 1989, beliau yang dimaksudkan ialah
EN.HANAFI BIN ABDULLAH.

Dengan ini majlis mempersilakan ucapan EN.HANAFI BIN ABDULLAH UNTUK


MENYAMPAIKAN UCAPAN. majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada EN.HANAFI BIN ABDULLAH atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan juga
_____________________________________. Sebelum itu, izinkan saya menceritakan serba
sedikit kisah perjalanan beliau sepanjang di Chohong.
**biodat cikgu ros

Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Pn.


___________________________ untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan
__________________________________________________ atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Seterusnya majlis menjemput Ustaz Saidi bin Sulaiman, Guru Besar SK Chohong bagi
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

Terima kasih diuapkan kepada ustaz saidi bin sulaiman diatas ucapan beliau sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Tn. Hj.
Abd Latiff bin Hj Ali, Guru Penolong Kanan 1, SK Chohong bagi menyampaikan cenderamata
dari pihak sekolah kepada Yang Diraikan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dengan ini dijemput En.Hanafi bin Abdullah untuk menerima cenderamata...........


Seterusnya dijemput pn.___________________________________ untuk menerima
cenderamata...

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Abd Latiff bin Hj Ali diatas penympaian cenderamata
sebentar tadi,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati Tn Hj Abdul Razak bin Esa
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Chohong untuk menyampaikan
cenderamata kepada yang diraikan. . Dipersilakan.

Dijemput sekali lagi En.Hanafi bin Abdullah untuk menerima cenderamata dari pihak PIBG.
Seterusnya dijemput Pn_______________________________________.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


Diraikan En.Hanafi bin Abdullah dan ___________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Abdul Razak bin Esa diatas penympaian cenderamata
sebentar tadi,

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan EnEn.Hanafi bin Abdullah dan
________________________________ atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En EnEn.Hanafi bin
Abdullah dan ________________________________ kerana sudi untuk bersama kita pada
hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar kalian berdua bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai