Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT ASRAMA


PUTERI SMK PENANTI 2020
(31 OGOS 2020)

KATA ALUAN

Sampan didayung ke muara,

Ingin mencari si ikan bilis,

Assalamualaikum pembuka bicara,

Salam dihulur mulanya majlis

Yang Berusaha

En. Baharuddin Bin Hashim, Pengetua SMK Penanti

Yang Berusaha,

En. Kamaruddin Bin Shaari , Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Pelajar Asrama

Tn. Hj Mohd Fauzi bin Abd Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Hamidah Binti Othman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Ust. Zaharin Bin Abdul Aziz, Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Rozita binti Idris, Penolong Kanan Tingkatan Enam

Pn. Halimah Binti Ayob, Penolong Kanan Petang,

Yang Dihormati,

Barisan warden, Penyelia Asrama, Ahli Jawatankuasa Asrama , Ahli Jawatankuasa

PIPA Asrama, serta para sahabat yang saya kasihi sekalian.

1
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Pergi ke laut menangkap ikan


Membawa pulang si ikan tenggiri
Kehadiran semua amat dialukan
Moga Majlis bertambah seri.

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya,

maka kita dapat sama-sama berkumpul dalam dewan yang ceria ini untuk meraikan

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Asrama Puteri SMK Penanti bagi tahun

2020.

Hadirin sekalian,

Untuk makluman semua, majlis pada malam ini diadakan bertujuan untuk

meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke -63 secara bersederhana

memandangkan kita masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

(PKPP). Selain itu, sambutan hari kemerdekaan ini juga dapat menyemai semangat

cintakan negara serta memupuk semangat patriotisme di dalam diri setiap pelajar

asrama.

Hadirin sekalian,

Bagi menambah keberkatan majlis pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita

sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh

Cikgu Zulfarzly Bin Yahya. Dipersilakan.

2
BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zulfarzly atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Jauh berjalan di dalam hutan,

Hajat mencari daun selasih,

Jemputlah ayahanda tampil ke hadapan,

Sampaikan amanat pengikat kasih,

Majlis dengan ini mempersilakan En. Baharuddin Bin Hashim, Pengetua SMK Penanti

untuk menyampaikan ucapan serta seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PENGETUA

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan pengetua atas ucapan beliau

sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis kini diteruskan dengan acara gimik perasmian majlis kita pada hari ini.

Dipersilakan.

********************************Gimik Perasmian*********************************

Dijemput Tuan pengetua diiringi barisan pentadbir untuk naik ke pentas bagi

menyempurnakan gimik perasmian.

3
(Nyalakan lilin bunga api atas kek)

Majlis kini diteruskan dengan acara nyanyian lagu patriotik #Malaysia Prihatin dan lagu

tanggal 31 Ogos. Di jemput semua guru dan pelajar untuk berdiri.

(Nyanyian lagu)

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan barisan pentadbir diatas gimik serta

nyanyian sebentar tadi. Majlis kini diteruskan dengan tayangan video bertemakan

kemerdekaan.

Hadirin sekalian,

Marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan pelajar yang akan menyerikan

lagi sambutan pada malam ini,dengan ini dijemput ……………………………………………..….

untuk membuat persembahan …………………………………….…………………………………………

Seterusnya, dijemput (1) ………………………………………………………………………………..untuk

membuat persembahan ………………………………………………………………………………….……

Seterusnya, dijemput (2)..……………………………………………………………………………. untuk

membuat persembahan …………………………………………………………………………………………

Seterusnya, dijemput (3)………………………………………………………………………………. untuk

membuat persembahan …………………………………………………………………………………………

Seterusnya, dijemput (4)………………………………………………………………………………. untuk

membuat persembahan …………………………………………………………………………………………

Seterusnya, dijemput (5)………………………………………………………………………………. untuk

membuat persembahan …………………………………………………………………………………………

4
Terima kasih kepada semua rakan pelajar yang telah menjayakan persembahan itu tadi.

Semoga para hadirin terhibur dengan persembahan mereka.

Hadirin sekalian,

Majlis pada malam ini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan

yang telah dijalankan iaitu pertandingan mewarna dan pertandingan melukis poster.

Majlis mempersilakan Pn. Hamidah Binti Othman, Penolong Kanan Hem untuk naik ke

pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan

mewarna. Dipersilakan.

Bagi pertandingan mewarna, sebanyak 5 hadiah yang akan diberikan kepada 5 gambar

terbaik.

Tempat ke 5 dipersilakan ……………………………………………………………………………….

Tempat ke 4 dipersilakan ……………………………………………………………………………….

Tempat ke 3 dipersilakan ……………………………………………………………………………….

Tempat ke 2 dipersilakan ……………………………………………………………………………….

Tempat ke 1 dipersilakan ……………………………………………………………………………….

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hamidah diatas penyampaian hadiah sebentar tadi

Majlis mempersilakan pula Tuan Pengetua untuk naik ke pentas bagi menyampaikan

hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan melukis poster. Dipersilakan.

5
Bagi pertandingan melukis poster, sebanyak 3 hadiah yang akan diberikan kepada 3

poster terbaik.

Tempat ke 3 dipersilakan kumpulan ……………………………………………………………………….

Tempat ke 2 dipersilakan kumpulan ……………………………………………………………………….

Tempat ke 1 dipersilakan kumpulan ………………………………………………………………………….

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua diatas penyampaian hadiah sebentar

tadi. Majlis

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah itu sebentar tadi, maka majlis kita pada

malam ini kian hampir ke saat penutupnya. Sebelum kita menutup tirai, marilah sama-

sama kita melaungkan perkataan keramat “MERDEKA” sebanyak 3 kali yang di ketuai

oleh Tuan pengetua kita.

(MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA)

Kami bagi pihak majlis dengan penuh sifat rendah diri memohon kemaafan andai kata

berlaku sebarang kekurangan sepanjang kami mengacarakan majlis. Sesungguhnya

yang baik itu semuanya datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya

daripada kekhilafan kami sendiri. Sehingga itu, wabillahi taufiq walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Para tetamu dan pelajar dijemput

untuk menjamu selera sebelum pulang.

Anda mungkin juga menyukai