Anda di halaman 1dari 4

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Ramli bin Din, Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, diiringi

oleh yang berusaha Tuan Timbalan Pengarah dan barisan ketua-ketua jabatan.

Bagi menzahirkan tanda cinta akan negara dan negeri Pulau Pinang, marilah kita sama-sama mengalunkan Lagu Negaraku, lagu Untuk Negeri Kita dan Lagu Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas nyanyian sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat dipersilakan mengambil tempat

Ke Pokok Sena membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah.

Auzubillah Himinasyaitonirajim. Bismillah Hirrahman Nirrahim Alhamdulillah Hirrabbil Alamin Wassola Tu Wassalam Muala Asrafil Anbiya Iwal Mursalin Waala Alihi Wasohbihi Ajmain

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Yang Berbahagia Tuan Haji Ramli bin Din, Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Yang Berusaha En Saad bin Abas, Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Yang dihormati barisan ketua-ketua Jabatan, Ketua Ketua Unit, Penolong-Penolong Pengarah, Hadirin hadirat serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta izinnya dapat kita bersama sama

berkumpul di Dataran Pelajar ini bagi meraikan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baru sesi 2013/2014.

Terbang kenari hinggap di para, Rama-rama singgah di cermin, Doa restu pohon sejahtera, Marilah bersama kita mengamin.

Bagi memberkati majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Berbahagia Ustaz. Bagi memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami.

Dengan ini Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang BerbahagiaTuan Haji Ramli bin Din, Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2013/2014, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai