Anda di halaman 1dari 24

Kewajiban untuk Meningkatkan

Kecintaan dan Penghormatan


buat Rasulullah (s.a.w).

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w)


untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai
NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai
dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul
(s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap
Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda,
mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap
baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau
mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w),
merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang
mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu
sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam
sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak
sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan
Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri.
Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap
Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang
dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para
Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan
perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat
ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan
dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta
salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Marilah kita beramai-ramai


menyambut Maulidur Rasul
dengan penuh rasa bangga
dan gembira
biro agama dan AJK surau-

Biro agama dan AJK surau


Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi
(s.a.w)

Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda


Rasulullah (s.a.w) kerana Allah telah mengutuskan
baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, " diatas nikmat dan
rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58).

Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas
rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah (s.a.w)
sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai
rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

Kerana Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia,


kegembiraan menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim
sahaja, bahkan seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan
tersebut. Malangnya, pada masa sekarang ramai Muslim yang beriya-iya
menentang perintah Allah untuk bergembira dan menyambut hari NabiNYA.

Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi"

Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak


untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu
perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-
orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-
Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan
membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-
muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah
perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah
berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur.
Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam
kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya
berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah
tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w)
hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

Ehem..EhemSempena hari maulidur


rasul ini kita akan berarak mengelilingi
maktab ambil berselawat.Jadi marilah
meriuhkan suasana dengan berselawat
penuh bersemangat lagi. Di samping
itu,ta akan berarak mengikut kelas kalau
hampa nak tau ! MEMANG CANTIK!!!!1

Biro agama & AJK surau


Rasulullah (s.a.w) menekankan bahawa
hari Isnin sebagai hari Kelahiran Baginda
Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih
Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahawa Rasulullah
(s.a.w) kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan
baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku
diangkat menjadi Rasul." Daripada Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa
yang ajaib telah berlaku pada hari baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai bukti
bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah (s.a.w) dilahirkan tidak
seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub
didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan
padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa
peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya,
Jilid 2, mukasurat 265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid
1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan
kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana
Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi
(s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam.
Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda
bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut
telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu
merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan
penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana
kesombongan dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan
bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith
ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis
didalam Sahih nya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada
hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah
diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran
baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada
hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam
sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah (s.a.w) telah melahirkan dan
menzahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut
- salah satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah (s.a.w)
sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda,
sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan -
walaupun mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut
keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati sambutan itu tetap sama. Dan
kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin,
bersama-sama berselawat kepada Nabi (s.a.w), ataupun bersama-sama
mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia -
semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk
mengutamakan dan menyambut hari tersebut.

Ha tu diahjadi marilah kita sama2 melakukan


puasa sunat dengan ikhlas dan memperbanyakkan
Biro agama & AJK surau ibadah kita.Tambah2 katF3 marilah kta mencari
keredhaan Allah.kalau kita ni jahat marilah kita
insaf dah2 la buat jahat.Harap2 keikhlasan
membuat ibadah ini ada pada diri anda semua
Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah

Nabi (s.a.w), biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan


kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan
kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya
walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil
mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari
dan perawi-perawi yang lain ini, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah
beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya
kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari
tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan
menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai
tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu
terus bersabda yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup terkenal,"
Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada
hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.

Kewajipan Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq Yang Baik

Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda, mengenai
mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda kenabian
beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lalui, ibadah baginda lagipun bukankah
perkara-perkara ini sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih
baik lagi selain daripada meraikan hari kelahiran baginda, iaitu hari permulaan
kehidupan baginda, dan seterusnya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda
dengan lebih mendalam lagi. Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang
bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda.
Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia
untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan
mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya,
kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua

Nampaknya patutlah kita mencontohi apa


perbuatan yang dilakukan oleh rasulullah.Oleh
itu...wahai penduduk kampong semua marilah
contohi asas akhlak yang baik.sempena
penuhkanlah surau kita pada waktu subuh.JOM
PI SURAU sokmo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Biro agama & AJK surau


.

Mari sama-sama kita fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika
anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan
tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang
wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?.
Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa
dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi
keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah
sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain
menambahkan tahap azab sahaja.
Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah
dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh
memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mungkin pakaian yang
dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan
hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha
dari mata dan hati baginda SAW?.

Biro agama & AJK surau


BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA
DISAKITI?
, ia disebutkan oleh Allah SWT : Ramai wanita professional dan yang
kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini
disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang disebutkan diatas.
Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada
wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap
benar kita dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita
diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian
tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini,
Allah SWT berfirman :-
Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mumin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-
jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih
memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka
tidak diganggu. (al-Ahzab: 59)
Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam jubah untuk dipakai oleh kaum
wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi
menerangkan Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah,
mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher
dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan
yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan
kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu
sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah
itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan
dikenali sebagai wanita yang terpelihara (afifah) serta tidak mudah
diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan illah (alasan) utama
perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-
orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah
ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau kerana tidak percaya
kepada mereka, sebagaimana anggapan sesetengah orang, tetapi ia adalah
kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan
dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering
menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang
suka berzina.
(Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup
aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara
terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA


Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah
setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun
kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz.
Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu didengar bila
isu ini ditimbulkan.
Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?.Jika anda
mengatakan pernah , apa kaitannya?
Biasanya bila seseorang itu sedang marah, sempat tak agaknya ia berfikir
bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang
sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti
berita yang dikeluarkan oleh akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga,
ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi
menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika
mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal
Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi
melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang
dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah
wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan
juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman web, akhbar,
majalah dan novel lucah .
Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan
wanita dari disakiti ? .
Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh
kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya
dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari
tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan
tergugat dari mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak
beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan
kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing.
Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum
sejenis anda yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu
kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita
dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai
ujian

Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta
kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita.
Nabi SAW juga pernah bersabda :

Ertinya : Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa
mudarat kepada lelaki selain wanita (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir
& Doa

Ha! baca dah apa


yang telah dinyatakan
harap slepas ini boleh
tutup aurat ok
Jangan marah na

Biro agama & AJK surau


ANTARA LAWAK & HUKUM
Sering kali lelaki apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. tak pe
kan, pandangan pertama tak berdosakan?. Sedih kita melihat sikap sebahagian umat
Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith :

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang
melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah
pandanganmu itu!

(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

- Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith
Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga
mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat
tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh
mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat ( Riwayat Al-
Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi berT-Shirt berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu
memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah menggoda.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan
hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.
Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher,
maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga
boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut


sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah
SWT: ertinya :
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan
jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang
terzahir. (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk
menutup kepala. Sedang apa yang disebut juyub kata jama (bentuk plural)
dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh
pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan
bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang
boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat
oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan
dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk
mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan
potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan
sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan
supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-
nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang
terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti
apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam
menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus
dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua
tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah
apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, Atha,
Auzai dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain
menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian,
maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika
tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku,
masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-
cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk
memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua
termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai
kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu
semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas
hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-
sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu
sendiri (memakai purdah), demi menjaga meluasnya kerosakan dan
banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau
perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan
akan menimbulkan fitnah.
Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan
perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya. (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara


sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-
perempuan muminah, dimana mereka dilarang keras membuka atau
menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya:
perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan
leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (paha,
betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-
laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang
memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan
perempuan memakai pakaian yang membentuk tubuh dan nipis sehingga
nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat
menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang
membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat
keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang
mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-
perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada
perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan
maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk
syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu
tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian


pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi
menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya
terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan
pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof
Al-Qaradawi)
Bukhtun adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa
(punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut
kerana rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di
zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut,
dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah
pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.

Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma binti Abubakar
pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak
kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
Hai Asma! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup
umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini
sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya. (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-
hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika
diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada
wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan
syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram
Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil
menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar


panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-Uqayli, Dar Qutni dari Abu
Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita
jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para
sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para
sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond
Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-
Tarif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang
tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan.
Demikianlah menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul
Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat


tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan
lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat
wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas
dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita
tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu
juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun
penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :

Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan


perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada
penyakit. (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT


Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat
bukanlah isu remeh . Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qatie dan
usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat
diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat,
maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak
luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah,
putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan
dosa buka aurat ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam
Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk
menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..
Al-Araf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita
untuk menutup aurat adalah :-
a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh
menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan ( Al-Araf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja
yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa
yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya
selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi
menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah dibuat sebelum ini bersandarkan firman
Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT
menyebut : .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali
(sebagai wanita Islam)..
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah
sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : Barangsiapa
yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.

Kita dapat memerhati bagaimana trend sesebuah organisasi atau restoran


hebat hari ini pasti meletakkan dress code tertentu bagi kakitangannya dan
para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi
organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan
dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa
di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat
mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga standard berbanding Tauke
kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya
begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan
manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah
ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah
umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu
standard pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia
amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.
e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka
kepada Allah SWT.
Maka hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan
mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya (Al-
Mulk : 2)

Cik adik, cik akak selepas ni tolong


jangan buka aurat. Jagolah semoGo
berbahagIO ehh..ehh..amaran keras
daripada: Biro agama & Ajk surau

tazkirah
Nabi Menerima Syair/Sajak Yang Berkaitan dengan Diri Baginda

Pada zaman Nabi (s.a.w), terdapat ramai penyair yang terkenal dan hebat datang kepada
baginda dan mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap syair mereka yang memuji
baginda, menceritakan mengenai dakwah dan peperangan yang baginda pimpin dan juga syair
mengenai para sahabat. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang disertakan di dalam Sirah
Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain. Rasulullah (s.a.w) amat menyenangi syair yang indah
seperti yang tercatat didalam hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab
lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan kerana itu bapa saudara
Nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap
berikut:

Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak
mampu untuk menanggung cahaya mu Dan kami dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar
dan cahaya dan jalan yang terpimpin [ bahasa mungkin tidak menepati kehendak penulis asal -
penterjemah]

Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5 dan didalam kitab Ibnu
Kathir, Maulid ms.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari.

Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahawa
Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa
peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh.
Pada hari itu baginda berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al -
Muttalib!"

Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda
kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah
anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi
(s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah
justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.

Biro agama
tazkirah

Menyanyi dan Membaca al-Quran

Seperti yang ditulis oleh Ibnu Qayyim didalam kitabnya, " Allah
memberi keizinan kepada Nabi (s.a.w) agar membaca al-Quran
dengan berlagu . Pada suatu hari Abu Musa al-Ash'ari sedang
membaca al-Quran dengan berlagu dan suara yang merdu dan
ketika itu Nabi (s.a.w) sedang mendengar bacaan beliau . Setelah
beliau selesai mengaji, Nabi (s.a.w) mengucapkan tahniah kepada
beliau kerana bacaan beliau yang begitu merdu dan baginda
bersabda," Engkau mempunyai suara yang merdu " Dan baginda
(s.a.w) bersabda lagi bahawa Abu Musa al-Ash'ari telah dikurniakan
Allah 'Mizmar' (seruling) diantara mizmar-mizmar Nabi Dau. Dan Abu
Musa pun berkata,"Ya Rasulullah jika aku tahu yang engkau sedang
mendengarkan bacaanku nescaya aku akan membaca dengan suara
yang lebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang engkau belum
pernah dengar lagi."

Ibnu Qayyim menulis lagi,"Nabi (s.a.w) bersabda ," Hiasilah al-Quran


dengan suara kamu," dan "Siapa-siapa yang tidak melagukan al-
Quran bukanlah dari kalangan kami." Ibnu Qayyim pula memberikan
komentar, "Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan
seperti juga kita menyenangi pemandangan yang indah, gunung-
ganang, alam semulajadi ataupun harum-haruman dan wangi-
wangian ataupun hidangan yang lazat selama mana ianya tidak
melanggar batas-batas shari'a. Jika mendengar suara yang merdu itu
haram, maka haram jugalah perkara-perkara yang telah disebutkan
tadi

Biro agama
tazkirah

Nabi Membenarkan Permainan Gendang Yang disertai Niat Yang Baik

Seorang Muhaddith, Ibnu 'Abbad telah memberikan fatwa berikut didalam


kitabnya 'Letters'. Beliau memulakan dengan sebuah hadith," Seorang wanita
telah datang menemui Nabi dikala baginda baru pulan daripada medan
peperangan, dan wanita itu pun berkata," Ya Rasulullah , aku telah bernazar jika
sekiranya, Allah menghantar engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan
bermain gendan disebelah mu." Nabi pun bersabda," Tunaikanlah nazar mu."
Hadith ini terdapat didalam riwayat Abu Dawud, Tirmidhi dan Imam Ahmad.

Ibnu 'Abbas pula menulis, " Tidak dinafikan bahawa memain gendang
merupakan salah satu cara hiburan walaupun Nabi membenarkannya untuk
memenuhi nazarnya. Ini adalah kerana baginda niat wanita itu adalah untuk
meraikan kepulangan baginda dan beliau mempunyai niat yang baik bukannya
dengan niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun menyia-nyiakan
waktu. Oleh itu, jika kita meraikan hari kelahiran Nabi dengan niat yang baik,
dengan membaca sirah dan memuji baginda, ianya diterma dan dibenarkan.

Biro Agama
Tazkirah

Mengapa Bukhari Mengutamakan Meninggal Pada Hari Isnin

Imam Qastallani menulis didalam komentarnya mengenai hadith


riwayat Bukhari: "Didalam kitab, Jana'iz (Pengkebumian), Bukhari
mengkhususkan satu topik yang membicarakan tentang 'Keutamaan
meninggal pada hari Isnin'; didalam topik tersebut tercatat, hadith
daripada A'isha yang menceritakan mengenai pertanyaan
ayahandanya, Abu Bakr as-siddiq," Pada hari apa Nabi (s.a.w)
wafat?" Beliau menjawab," Hari Isnin" Beliau bertanya lagi, "Hari
apakah hari ini?" A'ishah pula menjawab,"Wahai ayahanda, hari ini
hari Isnin." Lalu beliau pun mengangkat tangan dan berdoa ,"Aku
memohon Ya Allah, agar mematikan aku pada hari Isnin sama seperti
hari wafatnya Nabi (s.a.w)."

Imam Qastallani menyambung lagi, "Mengapakah Abu Bakar


menginginkan agar kematiannya jatuh pada hari Isnin? Supaya hari
meninggalnya sama seperti hari kewafatan Rasulullah (s.a.w) agar
mendapat barakah pada hari tersebut. Adakah siapa-siapa yang ingin
menolak ataupun menghalang keinginan Abu Bakar untuk meninggal
pada hari tersebut semata-mata mengharapkan barakah hari
tersebut? Kenapa sekarang ramai orang yang menolak keutamaan
menyambut atau mengutamakan hari kelahiran Nabi (s.a.w) untuk
mendapatkan barakah?"

Biro agama
tazkirah
Kelahiran Rasulullah SAW, Aktor Kebangkitan Islam Pertama

Kedatangan Rasulullah SAW merupakan awal kebangkitan Islam kali pertama.


Kejadian itu pula menjadi tanda makin dekatnya hari kiamat. Ada apa dibalik
peristiwa yang agung tersebut? Silakan simak uraian Abuya mengenai kelahiran
Rasulullah SAW, manusia paling agung di sepanjang zaman.

Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan
paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar,
penting dan agung selainnya, baik sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang
telah merubah watak dan peradaban manusia. Karena itulah, sejarah Rasulullah
SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandung rahasia-rahasia dan perkara
yang tersirat pada setiap yang ada hubungan dengannya walau satu titik, terlebih
lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahasia Tuhan yang
patut kita kaji dan ungkapkan. Mari kita buka rahasia dan hikmah di sebalik tanggal
kelahiran baginda yaitu: Sebelum Fajar, hari Senin, l2 Rabiul Awwal, Tahun Gajah.

Sebelum Fajar

Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar berarti kegelapan


sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan
menjelma.
Hari Senin
Hari Senin dari dari bahasa Arab Isnin yang berarti dua. Di saat kelahiran baginda,
akidah manusia sudah rusak karena sudah lama tidak datang Nabi dan Rasul. Hanya
dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW.
Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Senin. Karena itulah,
keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Angka 12

Jika dirujuk pada malam, ia adalah puncak kegelapan. Artinya waktu kelahiran
baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Artinya


kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya
untuk manusia, bahkan binatang, kayu, batu dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya
rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak dapat diperlakukan
sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah puncak bulan dalam setahun. Artinya baginda
adalah penutup dan puncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk
sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua
etnik, berlanjutan hingga
berzaman-zaman.
Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling
terang di antara beribu bintang yang ada. Artinya kelahiran Rasulullah SAW
membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia
hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran
Rasul-Rasul sebelumnya.

Bulan Rabiul Awwal

Rabi dari bahasa Arab berarti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh
akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan
indah di awal musim bunga.

Tahun Gajah

Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentara bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia
menyerang Kabah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing
paman baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib
keluar lalu bertemu dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dikembalikan semula
kambingnya karena ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata
terserah kepada Abrahah karena Kabah itu bukan miliknya tetapi milik
Allah. Jadi, di sini, terbuka rahasia bahwa keluarga Rasulullah saw masih beragama
dengan agama Nabi Ibrahim. Artinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan
dijaga oleh Allah.

Biro agama
tazkirah

Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan
memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam
meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah,
telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang
digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah
tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah
dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat


kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari
Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199)
dan juga kitab-kitab lain

Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) yang terawal secara


Beramai-ramai

Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan (ms.114-115)
merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul
(s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat.

"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w] ) dibuka dan setiap lelaki
dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi)
pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan
terssebut, Nabi telah dilahirkan."

Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan anaknya Abul Qasim al-'Azafi
telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan), ad-Durr al-Munazzam, "Mereka
yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang sedang melakukan pengembaraan
menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun sebarang perbuatan lain dilakukan pada hari
Maulidurrasul di Makkah, melainkan mereka berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran
Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga, Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk
menziarahinya."

Biro agama
Hikmah Kembara

Lirik Lagu Nasyid | Mirwana | 1,153 Views


July 26, 2007 at 12:24 am

Di sini kau berdiri berpijak di bumi


Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa
Berjalan bermusafirlah
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia
Tiada beza warna kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan

Berjalan bermusafirlah
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

Fikirkanlahke mana arah kita


Renungilahooo
Hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita kepadaNya
Ini kembara kita
Berjalan dan bermusafirlah
tuk melihat kebesaranNya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya

Nilai harganya iman dan taqwa


Bagi hamba yang setia..

Anda mungkin juga menyukai