Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAJLIS LAWATAN KERJA


YBHG DATO’ AZIZAN BIN MOHAMAD SIDIN
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN DAN PERANCANGAN)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KE SMK MENGKARAK
TARIKH: 25 JULAI 2020 (SABTU)
TEMPAT: BILIK SEMINAR
MASA: 12.00 -1 .00 PETANG

BIL SKRIP CATATAN


1 KETIBAAN YBHG TKSU Ambil suhu semasa
ketibaan.

Mengumumkan ketibaan 
Yang Berbahagia,  DATO’ AZIZAN BIN MOHAMAD SIDIN,  
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN DAN
PERANCANGAN) KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

dengan diiringi oleh


Yang Berbahagia TUAN HAJI ZAIMI BIN ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN PAHANG
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

dan barisan pegawai tertinggi Pejabat Pendidikan Daerah Bera.


2 SESI FOTOGRAFI RASMI (15
( RASMI DAN TIDAK RASMI) ORANG)
TIDAK RASMI
Hadirin sekalian, majlis akan dimulai dengan sesi fotografi rasmi (BERSAMA GURU
Yang Berbahagia Dato’ bersama Pengetua SMK Mengkarak dan SMKM)
juga dif-dif jemputan.

Sesi seterusnya adalah sesi fotografi Yang Berbahagia Dato’


bersama-sama barisan guru-guru SMK Mengkarak.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ atas kesudian


menyempurnakan sesi fotografi sebentar tadi.

3 TANDATANGAN BUKU PELAWAT


Majlis menjemput Yang Berbahagia Dato’ Azizan bin Mohamad
Sidin bagi menurunkan tandatangan ke dalam buku pelawat yang
telah disediakan. Dipersilakan.

Seterusnya, majlis turut menjemput Yang Berbahagia Tn Haji


Zaimi Bin Abu Bakar bagi menurunkan tandatangan ke dalam
buku pelawat yang disediakan. Dipersilakan.
4 PENGHARGAAN PROTOKOL
-Yang Berbahagia,  DATO’ AZIZAN BIN MOHAMAD
SIDIN,  
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN
DAN PERANCANGAN) KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA.

- Yang Berbahagia, TUAN HAJI ZAIMI BIN ABU BAKAR


PENGARAH PENDIDIKAN PAHANG
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG.
- Yang Berusaha, EN BAHARUM BIN HJ SAMAT, AAP
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Bera.

- Yang Berusaha, PN HAJJAH NORHANA AINI BINTI


MOHAMED AMIN, PENGETUA, SMK MENGKARAK,
-Pegawai-pegawai kanan, delegasi Kementerian Pendidikan
Malaysia,
- Barisan Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Bera,
- Barisan Guru-guru Penolong Kanan, para guru dan hadirin yang
di hormati sekalian.
Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Di celah angsana di Bandaraya;
Ucapan Aluan pembuka bicara,
Di Bilik Seminar kita bersua.
Majlis mengalu-alukan kedatangan hadirin hadirat yang
dihormati sekalian ke Bilik Seminar Abu Bakar SMK
Mengkarak.
Alhamdulillah, Bersyukur kita ke Hadrat Allah
SWT, Kerana dengan Berkat Limpah Kurnia-Nya, Dapat kita
berkumpul pada hari yang berbahagia ini sempena Lawatan
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan
Perancangan), Yang BerBahagia DATO’ AZIZAN BIN
MOHAMAD SIDIN ke SMK Mengkarak.

 
Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

5 BACAAN DOA

Hadirin sekalian, Bagi memakmurkan lagi majlis pada hari ini,

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan

Ustaz Johar bin Aziz bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz
di atas bacaan doa sebentar tadi.

 
5 PEMBENTANGAN PENGETUA
Daun semulur di pekan Sari,
Batang jerami rebah duluan;
Madah dihulur hajat beri,
Mohon tuan sampaikan Kata Aluan.
 
MAJLIS dengan segala hormatnya MEMPERSILAKAN
Yang Berusaha, PN HAJJAH NORHANA AINI BINTI
MOHAMED AMIN, PENGETUA, SMK MENGKARAK,

Untuk menyampaikan ucapan dan pembentangan.


Dipersilakan;

 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua


atas pembentangan yang telah dikongsi sebentar tadi.
6 MAKLUM BALAS/ RESPOND YBHG TKSU (JIKA ADA)
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan
Yang BerBahagia DATO’ AZIZAN BIN MOHAMAD SIDIN
bagi menyampaikan ucapan serta maklum balas.
Dengan penuh rasa takzim, dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan Terima kasih kepada Yang Berbahagia


Dato' diatas idea, cadangan dan maklum balas yang dilontarkan
sebentar tadi
 
7 PENYAMPAIAN CENDERAHATI (YBHG TKSU DAN YBHG
PENGARAH)

Hadirin yang dihormati sekalian;


 
Demikianlah adat kehidupan,
Orang berbudi kita berbahasa.
Tidak mungkin terbalas budi,
Walau emas sebungkus diberi.
Cuma harapan di dalam dada,
Tanda mata sudi di terima,
Tanda ingatan Moga kekal selama.
 
Majlis seterusnya ialah acara penyampaian cenderahati;
 
Majlis menjemput Yang Berusaha, PN HAJJAH NORHANA
AINI BINTI MOHAMED AMIN dan diiringi oleh Yang
Berusaha En Baharum Bin Haji Samat bagi menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia Dato’ .
Seterusnya, Majlis turut menjemput Yang Berbahagia, TUAN
HAJI ZAIMI BIN ABU BAKAR untuk menerima cenderahati
yang telah pihak sekolah sediakan.
Buat makluman hadirin, cenderahati ini berupa madu kelulut asli,
adalah hasil tuaian lebah kelulut daripada laman SMK Mengkarak.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih buat Yang Berbahagia
Dato’ atas kesudian menyempurnakan majlis.
8 MELAWAT PERSEKITARAN SEKOLAH /
PENUTUP MAJLIS

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sebelum majlis melabuhkan tirainya, sekalung penghargaan
dititipkan buat Yang Berbahagia Dato’ dan delegasi serta hadirin
sekalian atas kesudian hadir ke bumi SEMARAK. Ucapan syabas
dan tahniah kepada pihak jawatankuasa kerja yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung bagi melicinkan majlis pada hari ini.

Majlis seterusnya adalah melawat persekitaran kawasan sekolah


yang akan di ketuai oleh En Ibrahim bin Abdul Rahman.
Majlis mohon undur diri

Wabillahi taufik wal hidayah


Wassalamualaikum WBT
Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai