Anda di halaman 1dari 6

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK SAMBUTAN HARI GURU

CUE ANN.
KETIBAAN GB Mengumumkan keberangkatan tiba,
DIIRINGI OLEH
PEN.KANAN SERTA Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Kamaruddin Ibni Abu Hassan Al
GURU Haj, Paduka Seri Sultan Negeri SKKM Darul Inderapura Kasih dan
mamanda-mamanda menteri masuk ke Balairung Seri Persada
Perpaduan.

SALUTASI Assalammualaikum w.b.t. Menjunjung kasih ke bawah Duli Sultan


Yang Dipertua Negeri, mamanda-mamanda menteri dan seluruh
rakyat jelata. Patik memohon izin dan restu memulakan acara.

Duli Yang Maha Mulia,


Sultan Haji Kamaruddin Ibni Abu Hassan Al Haj
Paduka Seri Sultan Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih

Yang Amat Berhormat,


Dato’ Seri Diraja Norhaliza binti Taha
Bendahara Yang Terutama,
Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih

Yang Amat Berhormat,


Dato’ Paduka Mahari bin Kapor,
Penghulu Sekalian Mahaguru
Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih

Dato’ Roslan bin Daud


Dato’ Temenggong
Ketua Adat Istiadat
Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih

Dato’ Saifuldin bin Hassan


Dato’ Laksamana
Ketua Turus Angkatan Tentera
Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih

Sekalian mamanda menteri Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih,


Seterusnya, sekalian rakyat jelata Kerajaan SKKM Darul Inderapura
Kasih.

UCAPAN ALU-ALUAN Menghadap ke bawah duli Yang Maha Mulia, Sultan Haji
CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK SAMBUTAN HARI GURU

MC Kamaruddin Ibni Abu Hassan Al Haj, Paduka Seri Sultan Kerajaan


SKKM Darul Inderapura Kasih, Dato’-Dato’, Mamanda-mamanda
Menteri berserta rakyat jelata,

Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun.


Dengan kalam pemilik alam, patik datang merafak sembah, sembah
takzim hamba yang lemah, buat paduka sultan yang penuh hikmah,
di istiadat yang penuh barakah.

Gembiranya sungguh hamba sahaya, sembah tahniah Paduka yang


mulia. Syahdan kita bersatu hati dan jiwa, duduk bangun bersama,
hari yang penuh kemuliaan menjunjung kasih peristiwa nan
bersejarah, ‘Pesta Hari Guru Kerajaan SKKM Darul Inderapura
Kasih berserta jajahan takluk. Sesungguhnya, benarlah kata bestari
pujangga nan sakti, “Guru Pembina Negara Bangsa”.

BACAAN DOA Sekalian rakyat jelata nan dikasihi,

Bersarang merbah di sebalik pohon,


Berapit dengan pohon jati,
Majlis dimula doa dipohon,
Semoga rahmat berkat menanti.

Berpaksikan Islam, bersendikan adat, demikian jua sekalian hamba


rakyat negeri merafakkan kesyukuran ke hadrat Tuhan Sekalian
Alam.

Menjunjung kasih memipin bacaan doa, dengan penuh takzim


dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Abdul Fattah bin Che Musa,
Mamanda Mufti Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih untuk
mengetuai permintaan doa dan hajat. Dipersilakan.

-Amin, amin ya rabbal a’lamin. Mudah-mudahan permohonan


sekalian beroleh berkat Allah s.w.t. hendaknya.

UCAPAN GURU Sekalian penghuni kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih,


BESAR
Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun. Dalam
majlis yang gilang-gemilang ini, izinkan patik memetik bait-bait kata,
CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK SAMBUTAN HARI GURU

Titah dan kata-kata Baginda bagai embun dan gerimis,


Setitik menjadi lautan, sebutir menjadi daratan,
Dinaungi mercu kemuliaan,
Akal yang bijaksana
Dan keadilan yang dikotakan.

Demikianlah, rakyat dan negeri ini bertuah, beroleh manfaat atas


sifat tuanku yang bijaksana dan mencintai ilmu.
Dengan menjunjung kasih, merangkul adat budaya, majlis
mempersilakan duli Yang Maha Mulia, Sultan Haji Kamaruddin Ibni
Abu Hassan Al Haj, Paduka Seri Sultan Kerajaan SKKM Darul
Inderapura Kasih mencemar duli, menutur titah sebagai paksi
pedoman sekalian rakyat jelata. Dengan takzim dipersilakan Paduka
Tuanku.

- Salam Kasih buat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan atas
nasihat serta mutiara pemikiran yang dititahkan.

UCAPAN Sekalian Mamanda Menteri dan rakyat jelata sekalian,


PERUTUSAN
MENTERI Tuanku bijak bistari,
PELAJARAN Darajat ilmuan takhta sultani,
Menyuluh panca yang gelap budi,
Membimbing hamba yang jahili.

Patik dan sekalian hamba rakyat berpanas alas duduk


menumpahkan taat setia menanti bingkisan, mutiara ungkapan-
ungkapan pemikiran daripada Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri
Diraja Norhaliza binti Taha, Bendahara Yang Terutama, Kerajaan
SKKM Darul Inderapura Kasih bagi mengalun bicara perutusan.
Salam penuh hormat daripada patik untuk mempersilakan.

- Penghargaan serta kasih dilebarkan buat Yang Berhormat,


Dato’ Seri Diraja Norhaliza binti Taha, Bendahara yang
Terutama atas keramat kata-kata penuh hikmah.

BACAAN IKRAR HARI Sekalian mamanda-mamanda menteri,


GURU
Pengiktirafan buat sekalian guru atas kebijaksanaan dan keilmuan
akan terus utuh di persada dengan diselimuti sifat adil, tegas dan
saksama. Membangunkan anak bangsa yang menjadi tumpuan
CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK SAMBUTAN HARI GURU

seluruh dunia.

Maka, dalam majlis yang gilang-gemilang ini, para guru sekaliannya


melafaz ikrar berjanji taat setia, merakam kasih, menjunjung
amanah mulia.

NYANYIAN LAGU Mewakili seluruh para guru, dengan penuh takzim dipersilakan
GURU MALAYSIA Dato’ Roslan bin Daud, Dato’ Temenggong, Ketua Adat Istiadat
Kerajaan SKKM Darul Inderapura Kasih
memimpin sekaliannya menutur semangat, ikrar terpahat.

Irama bergema berdetak jiwa, membakar segala keringat dan


semangat waja. Mohon sekalian lah kita mengalunkan lagu Guru
Malaysia dan lagu tema Hari Guru. Biar berkumandang seluruh alam
buana, hingga terpancar cahaya serata dunia.

-Penghargaan yang tertinggi buat sekalian guru. Dipersilakan


kembali ke asal duduknya.

PERARAKAN
KELUAR GURU

PERSEMBAHAN
GURU

PELANCARAN Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


PROGRAM PERASE
Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan
Encik Mohd Tariq bin Aripin, Penyelaras Program Perase bagi
meneruskan acara. Dipersilakan.
CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK SAMBUTAN HARI GURU

PERSEMBAHAN
MURID

PENYAMPAIAN
HADIAH AKTIVITI
MURID

PENYAMPAIAN Para guru dan murid yang dikasihi,


ANUGERAH KHAS
GURU Sebelum majlis kita beranjak lebih jauh, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai bagi menyampaikan
Anugerah Khas Guru. Majlis mempersilakan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

BERSURAI Bertiup bayu dipantai indah,


Burung kedidi terbang melayang,
Mana yang kurang silap dan salah,
Jangan menjadi bekalan pulang,

Putih di dada bulu merpati,


Hinggap sekejap di tepi paya,
Andai bicara mencuit hati,
Salah dan silap maafkan saya.
CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK SAMBUTAN HARI GURU

Hadirin dan hadirat,


Majlis kita akan berehat seketika dan disambung semula sebentar
lagi. Murid-murid boleh memberikan hadiah kepada guru-guru.
Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai