Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

SEKOLAH SK KEM TENTERA 2019

Nyanyian Lagu Para hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku
dan Sabah Tanah Airku.

*****(Nyanyian Lagu)

Hadirin dipersilakan duduk.


Alu-Aluan BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Yang Dihormati, Leftenan Kolonel Mohammad Rizwan Abdullah, Yang


Dipertua PIBG SK Kem Tentera,

Yang Berusaha Pn Alima Bt Abdul Rahman, Guru Besar


SK Kem Tentera

Yang Berusaha,Pn.Sumarni Kanude, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,


Yang Berusaaha Pn.Zubaidah Mahmud Penolong Kanan Ko-kurikulum, dan
Yang Berusaha, Pn.Siti Rosiah Abdul Hamid, Penolong Kanan Petang SK
Kem Tentera Sandakan.

Seterusnya,
Barisan pendidik yang diraih,barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, para ibu
bapa serta rakan-rakan murid yang diRahmati Allah sekalian. Selamat Hari
Guru diucapkan kepada semua warga pendidik SK Kem Tentera

Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana pada hari yang berbahagia dan
penuh bermakna ini dapat kita bersama-sama meraihkan insan yang amat
kita sanjungi dalam majlis Perayaan Sambutan Hari Guru Peringkat
Sekolah SK Kem Tentera, Sandakan sesi 2019. Dengan Tema Hari Guru
tahun ini “GURU,OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI” semoga
guru sentiasa menjadi obor yang membakar untuk kita terus berjaya dalam
apapun bidang yang kita ceburi.

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
SEKOLAH SK KEM TENTERA 2019
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh Ust Nafiz Ryfaie
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Ust Nazif atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan alau-aluan Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Pn Alima Abdul


Rahman, Guru Besar SK Kem Tentera untuk memberikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************
Terima kasih diucapkan kepada Pn Alima Abdul Rahman atas ucapan itu
tadi.
Ucapan Wakil Murid Para hadirin dan hadirat sekalian,
Seterusnya Majlis Menjemput Perwakilan Ketua Pengawas selaku Ketua
Murid SK Kem Tentera mewakili para murid , iaitu Saudara
_____________________________untuk menyampaikan Ucapan Khas
Sempena Hari Guru. Dipersilakan.

************************************************
Terima Kasih diucapkan kepada saudara __________________ atas ucapan
sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tanpa melengahkan masa,


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dihormati,Leftenan
Kolonel Mohammd Rizwan Abdullah, selaku Yang Dipertua PIBG untuk
memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis perayaan Sambutan Hari
Guru Peringkat Sekolah SK Kem Tentera bagi tahun 2019.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
SEKOLAH SK KEM TENTERA 2019

*********************
Terima kasih diucapkan kepada Leftenan Kolonel Mohd Rizwan Abdullah
atas ucapan perasmian itu tadi.

Acara memotong Kini, kita telah tiba ke acara Memotong Pulut Kuning oleh Pn.Alima Abdul
pulut kuning Rahman bersama barisan Penolong-Penolong Kanan. Dijemput para guru
untuk bersama-sama mengiringi acara pemotongan pulut kuning ini.

************************
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru di atas
kerjasama yang diberikan.
Nyanyian Lagu Kami Seterusnya, Majlis menjemput warga guru SK Kem Tentera ke pentas bagi
Guru Malaysia memperdengarkan kelunakan suara menyanyikan lagu “KAMI GURU
MALAYSIA”
******************
Demikianlah tadi nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia yang dibawakan
oleh barisan pendidik SK Kem Tentera.

Sidang hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,


Persembahan Guru Bagi memeriahkan majlis sambutan kita pada pagi ini, marilah kita sama-
sama menyaksikan persembahan pertama yang diwakili daripada barisan
guru-guru SK Kem Tentera. Untuk makluman, persembahan ini adalah
dibawah pimpinan Cik Aisyah, Pn.Norhayani, dan Pn Sukiaya. Sama-sama
kita saksikan.
**********************************
Begitulah tadi pembukaan persembahan yang begitu menarik daripada
barisan guru SK Kem Tentera.
Cabutan Hadiah 1 Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan hadiah guru. Untuk
itu, majlis menjemput Leftenan Kolonen Muhd Rizwan Abdullah diiringi
oleh Pn.Alima Abdul Rahman Guru Besar SK Kem Tentera untuk
membuat cabutan nama dan seterusnya menyampaikan hadiah.

*******************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian menyampaikan
hadiah itu tadi.

Persembahan murid Seterusnya, kita beralih ke persembahan kedua yang diwakili oleh murid-
murid SK Kem Tentera. Persembahan ini adalah persembahan
_____________________________________..
**********************************
Begitula tadi persembahan daripada murid-murid SK Kem Tentera. Untuk
makluman, persembahan itu tadi adalah dibawah pimpinan Pn.Elyrona
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan hadiah guru. Untuk
Cabutan Hadiah Guru itu, majlis menjemput Pn.Zubaidah Mahmud diiringi oleh Pn.Siti Rosiah
2 untuk membuat cabutan nama dan seterusnya menyampaikan hadiah.
TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
SEKOLAH SK KEM TENTERA 2019

*******************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian menyampaikan
hadiah itu tadi.

Jika tadi kita telah menyaksikan persembahan daripada wakil guru dan
Persembahan ibubapa murid, maka tidak lengkap sekiranya tidak menyaksikan persembahan
daripada wakil ibubapa. Untuk itu, marilah sama-sama kita menyaksikan
persembahan daripada ibu bapa. Untuk makluman, persembahan itu tadi
adalah di bawah pimpinan Pn.Rubiah Paji selaku AJK PIBG SK Kem
Tentera Sandakan.
**********************************
Begitula tadi persembahan daripada para ibu bapa.Terima kasih diucapkan
atas persembahan yang begitu menarik.

Penyampaian Hadiah. Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang
bagi acara sukan yang berlangsung pada pagi tadi iaitu, pertandingan Bola
Jaring, Bola Tampar, dan Futsal.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Pn.Alima Abdul Rahman,


Guru Besar SK Kem Tentera diiringi oleh Pn.Sumarni Kanude bagi
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis mempersilakan.

1. Bola Jaring
2. Bola Tampar

*******************************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas penyampaian hadiah
sebentar tadi.

Bagi pertandingan futsal, dijemput


________________________________________diiringi oleh
_____________________________________________________________
untuk menyampaikan hadiah.

********************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas penyampaian hadiah
sebentar tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi,maka tamatlah sudah


Penutup majlis kita pada pagi ini.
Akhir kata, syabas dan tahniah Kepada Warga SK Kem Tentera kerana
dapat bersama-sama dalam Sambutan Hari Guru Bagi Tahun Ini. Tidak lupa
juga kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Kem Tentera sesi 2019 barisan
ibu bapa kerana turut sama dalam menjayakan Majlis Sambutan Perayaan
Hari Guru Peringkat Sekolah SK Kem Tentera.
TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
SEKOLAH SK KEM TENTERA 2019

Semoga Allah menganugerahkan ilham kepada semua guru untuk menjadi


pendidik yang gemilang.Semoga benih-benih keikhlasan berjaya ditanam
dalam setiap batas hati para guru,Kerana dengan keikhlasan,akan terpancar
kejernihan dan kejayaaan anak didik yang mutlak.

Mudah Mudahan…

Assalamulaikum w.b.t

Jamuan Potluck Dijemput para guru dan semua ibubapa untuk menikmati hidangan.

Anda mungkin juga menyukai