Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023/2024

Atur cara Teks


Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda cintakan negara, marilah kita bersama-sama menyanyikan
lagu kebangsaan negara kita iaitu lagu Negaraku, diikuti dengan lagu
Ketibaan
‘Ibu Pertiwiku’ dan Fly kenyalang Fly. Dengan segala hormatnya majlis
jemputan dan
mempersilakan.
ibu bapa
*Hadirin dijemput duduk.

Hadirin sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.
Bacaan doa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Pastor Samuel untuk
memimpin kita dalam bacaan doa. Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pastor Samuel atas


bacaan doa itu sebentar tadi.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berusaha, Encik Robert Luhat, Ketua Kaum Kampung Long


Laput,
Yang Berusaha, Encik Juk Anyie, Guru Besar SK Long Laput.
Yang Berusaha, Encik Geoffery Lejau, Naib Yang Dipertua PIBG
SK Long Laput,
Pastor Samuel,
Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana
Persembahan
dan sidang hadirin yang dihormati.
Pembukaan
Majlis
Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi
2023/2024 Sekolah Kebangsaan Long Laput. Pihak sekolah mengalu-
alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-murid ke majlis
pada pagi ini. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai
pencapaian murid-murid yang telah mendapat keputusan cemerlang
dalam bidang akademik dan kokurikulum. Justeru, adalah menjadi
harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam setiap diri
murid-murid.

Hadirin sekalian, majlis kita akan dimulakan dengan persembahan tarian


Panjang Datun Julud.
Dengan ini majlis mempersilakan.
Ucapan Aluan Hadirin sekalian,
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023/2024

Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan.
Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Encik
Juk Anyie, Guru Besar SK Long Laput untuk menyampaikan ucapan.
Guru Besar Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar Encik Juk
Anyie atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampilah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Untuk tidak melengahkan masa, majlis mempersilakan Yang Berusaha,


Encik Robert Luhat untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh
Ucapan
hormat dan takzim mempersilakan.
Tetamu
Kehormat
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Robert
Luhat, di atas ucapan sebentar tadi. Untuk itu, majlis meminta
Encik Robert Luhat untuk terus berada di atas pentas bagi menerima
cenderamata dari pihak sekolah. Dijemput Guru Besar SK Long Laput,
Encik Juk Anyie untuk menyampaikan cenderamata atas kesudian beliau
untuk turut serta bersama kita pada pagi ini. Dengan ini dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Encik Juk Anyie, Guru
Penyampaian Besar SK Long Laput diiringi Cikgu Akun untuk naik ke pentas bagi
Sijil dan menyampaikan sijil dan anugerah murid pra sekolah.
Anugerah Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Murid Pra Nama-nama murid yang menerima sijil tamat prasekolah adalah…
Sekolah *Rujuk senarai nama murid pra sekolah.

Seterusnya bagi Penyampaian Anugerah Murid Terbaik Pra-sekolah.


Tempat pertama disandang oleh ……….
*Rujuk senarai nama murid pra sekolah.

*Majlis merakamkan ucapan setingg-tinggi penghargaan kepada Yang


Berusaha Encik Juk Anyie atas kesudian menyampaikan sijil dan
anugerah sebentar tadi.
Persembahan Para hadirin yang dihormati,
Pertama Marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan Tarian Orang Ulu
(Tahun 1) dari adik Joachim dan Raisha.
Dengan ini majlis mempersilakan.
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023/2024

*Majlis meramkan ucapan terima kasih di atas persembahan tarian


sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati, majlis akan diteruskan lagi dengan Penyampaian
Anugerah Bidang Akademik.

Bagi menyempurnakan acara, dijemput Yang Berusaha Encik Juk Anyie,


untuk naik ke pentas bagi menyampaikan Anugerah Bidang Akademik,
diiringi oleh Cikgu Noremelia.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Kedudukan Dalam Kelas


Majlis dimulakan dengan Penyampaian Anugerah Murid Terbaik Setiap
Kelas. Bagi kelas Tahun 1, tempat ketiga disandang oleh ……..
*Rujuk buku program

Terbaik Matapelajaran
Seterusnya penyampaian Anugerah Terbaik Matapelajaran Bahasa
Penyampaian Melayu bagi Tahun 1 disandang oleh ……………
Anugerah *Rujuk buku program
Bidang Bagi matapelajaran terbaik Bahasa Inggeris, dari kelas Tahun 1
Akademik disandang oleh ……
*Rujuk buku program
Bagi matapelajaran terbaik Sains, dari kelas Tahun 1 disandang oleh
……
*Rujuk buku program
Bagi matapelajaran terbaik Matematik, dari kelas Tahun 1 disandang oleh
……
*Rujuk buku program
Bagi matapelajaran terbaik Sejarah, dari kelas Tahun 1 disandang oleh
……
*Rujuk buku program

*Majlis merakamkan ucapan setingg-tinggi penghargaan kepada Yang


Berusaha Encik Juk Anyie atas kesudian beliau menyampaikan sijil dan
hadiah kepada murid-murid sebentar tadi.
Sekali lagi kita akan dipersembahkan dengan tarian daripada murid-
murid Tahun 3 dengan tajuk lagu, The Weather Song. Dengan ini majlis
Persembahan
mempersilakan.
Murid Tahun
3
*Demikianlah sebentar tadi persembahan dari murid-murid Tahun 3.
Terima kasih diucapkan atas persembahan itu sebentar tadi.
Penyampaian Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah
Anugerah Bidang Hal Ehwal Murid.
Bidang HEM Dengan ini dijemput Pastor Samuel, diiringi oleh Cikgu Walter untuk
menyampaikan sijil. Dengan ini dipersilakan.

Dimulakan dengan penyampaian sijil bagi Pengawas Sekolah Sesi


2023/2024. Dijemput ……..
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023/2024

*Rujuk buku program

Seterusnya penyampaian Sijil bagi Pengawas Perpustakaan Sekolah.


Dijemput…
*Rujuk buku program

Seterusnya penyampaian sijil Ketua dan Penolong Ketua Kelas Sesi


2023/2024. Bagi kelas Tahun 1, dijemput Ketua Kelas …………..
*Rujuk buku program

*Terima kasih diucapkan kepada Pastor Samuel atas penyampaian sijil


sebentar tadi.
Para hadirin sekalian, sekali lagi kita akan dipersembahkan dengan
persembahan Action Song yang berjudul Roll Your Hands dari murid-
murid cilik pra-sekolah. Dengan ini, majlis mempersilakan.
Persembahan
Pra-Sekolah
*Demikianlah sebentar tadi persembahan dari murid-murid pra-sekolah
kita. Semoga para hadirin terhibur dengan persembahan itu tadi.

Penyampaian Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Geoffery Lejau


Anugerah diiringi oleh Cikgu Bunsie untuk menyampaikan Anugerah Bidang
Bidang Kokurikulum.
KoKurikulum
Pada bulan Jun 2023, sekolah telah menghantar wakil atlit ke Kejohanan
Olahraga MSSR Zon Baram Tengah yang berlangsung di SK Long Miri.
Dengan ini dijemput atlit-atlit sekolah bagi menerima sijil. Dimulakan
dengan Aditya Kalang Linda….
*Rujuk buku program

Seterusnya penyampaian sijil wakil Zon Baram Tengah Dalam


Kejohanan Olahraga MSSR Daerah Baram 2023. Seramai 7 orang atlit
telah mewakili sekolah yang diadakan di Marudi. Dijemput Aditya
Kalang Linda…….
*Rujuk buku program

Para hadirin sekalian, dua orang atlit sekolah telah mewakili Baram ke
Kejohanan Olahraga MSSR Bahagian Miri pada Tahun 2023. Dengan
ini, dijemput Aditya Kalang Linda dan Joseph Wan Walter untuk
menerima sijil. Dipersilakan.

Pada bulan Jun tahun 2023, pihak sekolah juga telah menghantar 5 orang
atlit ke kejohanan merentas desa di Taman Negara Niah Peringkat
Bahagian Miri. Dengan ini, dijemput para atlit untuk menerima sijil.
Dipersilakan Aditya Kalang Linda…..
*Rujuk buku program

Untuk pengetahuan para hadirin, seorang atlit sekolah telah terpilih untuk
mengikuti Sukan Pribumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023 pada 5
hingga 10 November di Sibu, Sarawak. Dengan ini, dijemput Joseph
Wan Walter untuk menerima sijil. Dipersilakan.
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023/2024

Para hadirin, pihak sekolah juga telah menghantar dua orang murid ke
Kejohanan Catur MSSR Peringkat Bahagian Miri 2023 pada bulan
September yang lalu. Dengan ini, dijemput Joseph Wan Walter dan
Joachim Lah Walter untuk naik ke pentas bagi menerima sijil.
Dipersilakan.

*Terima kasih kepada Encik Geoffery di atas penyampaian sijil sebentar


tadi.
Hadirin yang dihormati, majlis kita diteruskan dengan koreografi tarian
yang berjudul Ra One Chammak Challo dari murid-murid Tahun 2.
Persembahan Dengan ini, majlis mempersilakan.
Ketiga
(Tahun 2) Demikianlah tadi persembahan yang begitu mencuit hati dari murid-
murid Tahun 2. Semoga para hadirin terhibur dengan persembahan itu
sebentar tadi.
Penyampaian Sidang hadirin yang dihormati,
Anugerah
Khas Pihak sekolah amat berbesar hati dan berbangga dengan pencapaian
cemerlang para murid. Kejayaan anak-anak didik kami ini terus
menyuntik semangat kami para guru untuk melahirkan lebih ramai
cendekiawan pada masa akan datang.

Kini kita telah menghampiri ke acara kemuncak majlis iaitu Penyampaian


Anugerah Khas. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Guru Besar,
Encik Juk Anyie dan tetamu-tetamu kehormat bagi mengiring Yang
Berusaha, Encik Robert Luhat untuk menyampaikan anugerah-anugerah
tersebut.

Kita mulakan dengan anugerah yang pertama iaitu:


Anugerah Khas Kurikulum
Penerima Anugerah Khas Kurikulum diberikan kepada murid yang
memperolehi keputusan baik sepanjang pengajian. Bagi anugerah ini,
pihak sekolah telah menyediakan plak, sijil dan hadiah. Berikut
dibacakan biodata penerima Anugerah Khas Kurikulum bagi sesi
2023/2024.

Murid ini menunjukkan pencapaian yang baik dari segi akademik


sepanjang persekolahan beliau. Beliau juga sering membantu rakan-rakan
yang lain jika mereka mempunyai masalah dalam pelajaran. Beliau juga
merupakan seorang pengawas sekolah dan aktif dalam sukan. Penerima
bagi anugerah ini ialah Aditya Kalang. Dengan ini majlis mempersilakan
Aditya Kalang untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah tersebut.

Anugerah Khas Hal Ehwal Murid


Seterusnya Anugerah Khas Sahsiah diberikan kepada murid yang
mempunyai sahsiah dan disiplin yang baik. Bagi anugerah ini, penerima
akan menerima plak, sijil dan hadiah. Dengan itu dibacakan biodata
murid ini.
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023/2024

Murid ini merupakan seorang murid yang bertanggungjawab, rajin,


berdisiplin dan sering membantu guru dan rakan-rakannya. Beliau juga
tidak mempunyai masalah dari segi disiplin, rajin dalam membuat kerja
rumah serta sentiasa berpakaian kemas dan teratur. Beliau juga seorang
murid yang rajin, peramah dan sopan santun. Beliau dipilih kerana
sentiasa menunjukkan disiplin diri yang tinggi.

Dengan ini majlis mempersilakan Nor Aina Amira Binti Abdullah


untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah tersebut.

Anugerah Khas Ko-kurikulum


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas Ko-
kurikulum. Anugerah ini diberikan kepada murid yang telah berjaya
mengharumkan nama sekolah di peringkat zon dan juga telah mewakali
Daerah Baram. Penerima Anugerah Khas Ko-kurikulum disandang oleh
Joseph Wan Walter. Penerima akan menerima plak, sijil dan hadiah.
Dengan ini majlis mempersilakan Joseph Wan Walter untuk naik ke
pentas bagi menerima anugerah tersebut.

Anugerah Murid Harapan


Seterusnya kita beralih kepada Anugerah Murid Harapan. Bagi anugerah
ini, murid dinilai dari segi akademik dan ko-kurikulum. Pencapaian yang
ditunjukkan adalah memberangsangkan. Penerima ini akan menerima
plak, sijil dan hadiah. Anugerah ini disandang oleh Rosielia Raymond.
Dengan ini dipersilakan Rosielia Raymond untuk naik ke pentas bagi
menerima anugerah tersebut.

Anugerah Tokoh Murid


Bagi anugerah ini, penerima akan menerima plak, sijil dan hadiah.
Tokoh Murid ini merupakan seorang murid yang sangat berketrampilan
dan berdedikasi. Beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang sama ada
dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum. Ketokohan dan
kewibaan murid ini serta sikap menghormati orang di sekeliling memberi
impak untuk ditabalkan sebagai Tokoh Murid bagi Sesi 2023/2024.
Dengan ini, dijemput Joseph Wan Walter untuk naik ke pentas bagi
menerima anugerah tersebut.

Terima kasih diucapakan kepada Yang Berbahagia Encik Robert Luhat


Wan kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepada
murid-murid.

Para hadirin, majlis kita akan diteruskan lagi dengan nyanyian


Persembahan persembahan dari murid-murid Tahun 5 dengan lagu yang berjudul
Murid Tahun Guruku Tersayang.
5 Dengan ini majlis mempersilakan.

Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian, seterusnya majlis diteruskan dengan


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023/2024

penyampaian Sijil dan Fail bagi Murid Tahun 6. Diminta Guru Besar
Encik Juk Anyie dan diiring Cikgu Pamela bagi menyampaikan sijil.
Sijil & Fail
Dengan itu, majlis mempersilakan …………………
Murid Tahun
*Rujuk buku program
6
*Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Encik Juk Anyie di atas
penyampaian sijil sebentar tadi.
Seterusnya, sekali lagi kita akan dipersembahkan lagi persembahan tarian
daripada murid Tahun 4 dengan tajuk persembahan Maumere Dance.
Dengan ini dipersilakan.
Persembahan
Tahun 4
*Demikianlah sebentar tadi persembahan daripada murid Tahun 4.
Terima kasih diucapkan.

6 Tulip nama diberi,


Cukup cantik nampak berseri,
Murid Tahun 6 sudah menanti,
Untuk persembahan penuh seri.

Dengan ini majlis mempersilakan murid-murid Tahun 6 untuk naik ke


Persembahan
pentas untuk mempersembahkan drama muzikal Si Tanggang.
Murid
Tahun 6
*Begitulah persembahan daripada murid tahun 6 kita. Ini merupakan
persembahan terakhir mereka di SK Long Laput sebelum mereka
meneruskan persekolahan ke tingkatan 1 pada bulan hadapan. Untuk
pengetahuan para hadirin, drama muzikal yang baru kita saksikan
sebentar tadi adalah di bawah bimbingan Cikgu Haniff.
Sebelum kita mengakhiri majlis kita pada pagi ini, dijemput semua
Nyanyian
hadirin untuk berdiri bagi nyanyian lagu sekolah.
Lagu Sekolah
Majlis Dengan berakhirnya nyanyian lagu sekolah sebentar tadi, maka tibalah
Bersurai masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Saya
Cikgu Pamela dan Cikgu Beatrice menyusun jari sepuluh memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata sepanjang kami berbicara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga


diucapkan kepada semua tetamu jemputan, ahli jawatankuasa kerja
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi 2023/2024, para ibu bapa
dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.

Akhir sekali terimalah dua rangkap pantun dari kami berdua.


Pohon kenanga elok merimbun,
Tersenyum si dara menyunting bunganya,
Kami menghimpun maaf dan ampun,
Wacana hidup berkat selamanya.

Burung terkukur terbang rendah,


Terbang Bersama si burung murai,
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023/2024

Saat ini saat penyudah,


Tanda majlis melabuhkan tirai.

Anda mungkin juga menyukai