Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA MAJLIS APRESIASI SKPJP 2023/2024

CUE:Selepas hadirin mengambil tempat


Hadirin dipersilakan mengambil tempat kerana majlis akan bermula sebentar
lagi.
Bagi melicinkan perjalanan majlis, di sini ada beberapa pengumuman: Wan
1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematikan nada
deringan telefon bimbit masing-masing atau menukarkan kepada mode
senyap.
2. Pihak majlis juga mengharapkan agar para tetamu dapat berdiri semasa
pengumuman ketibaan tetamu kehormat.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama hadirin
sekalian.
CUE : Ketibaan tetamu kehormat
Mengumumkan ketibaan
Wan
Diiringi oleh Guru Besar SK Pengiran Jaya Pimping, YDP PIBG SK Pengiran
Jaya Pimping, penolong-penolong kanan dan dhif-dhif jemputan.
CUE : Nyanyian Lagu
Mohon para hadirin untuk kekal berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan
Sabah Tanahairku. Wan

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan hadirin dipersilakan duduk.


CUE : Alu-aluan
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang Berusaha
____________________________________________________________ Yan
Yang Berusaha, Pn Hjh Lila binti Hj Latip, Guru Besar SK Pengiran Jaya
Pimping,
_____________________________________, Yang DiPertua Persatuan
Ibubapa dan Guru SK Pengiran Jaya Pimping,
En Ag Mohd Salim bin Ag Salleh, Penolong Kanan Pentadbiran
Pn DG Hamidah binti Awang Damit, Penolong Kanan Hal ehwal Murid
En Ibrahim bin Sapar, Penolong Kanan KoKurikulum
Guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana Sekolah, Ibubapa, murid-murid
seterusnya hadirin yang dihormati.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan selamat datang ke Majlis Apresiasi
SK Pengiran Jaya Pimping bagi Sesi Akademik 2023/2024.

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat sama-
sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-
anak kita dalam bidang pendidikan.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memeriahkan lagi


suasana majlis pada pagi yang damai ini, di samping dapat mengukuhkan lagi
tautan kemesraan serta jalinan kerjasama di antara guru-guru dan ibu bapa dan
penjaga serta murid-murid sekalian.
TEKS JURUACARA MAJLIS APRESIASI SKPJP 2023/2024

CUE : Bacaan Doa


Memula majlis penyeri segala kebesaran Illahi
puji terpuji
jalan mana dan langkah mana sekali pun Yan
keredhaan-Nya menjadi titian berkat dipinta, selamat segala.

Hadirin sekalian,
Tangan diangkat menadah puji mengaminkan doa memohon restu.
Dipersila hormat, Al Fadhil Ustaz Wan Fazrizal Atan untuk memimpin bacaan doa.

CUE : Ucapan Ketua Murid


Sebagai pembuka persada ucapan, majlis menjemput Adik Putri Aqhasha Raihanna
binti Harun, Ketua Murid sesi Akademik 2023/2024 bagi menyampaikan ucapan. Yan
**Indah kata bicara, cebisan nasihat anak muda yang lahir dari minda yang
meningkat dewasa. Terima kasih diucapkan kepada adik Putri Aqhasha Raihana atas
ucapan itu tadi.
CUE: Ucapan GB
makan nasi di tepi bendang,
bersambal tumis sedap dimakan,
datanglah puan kami mengundang, Wan
tampil berbicara dengan pesanan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Lila binti Hj
Latip, Guru Besar SK Pengiran Jaya Pimping bagi mengungkap bicara.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hjh Lila atas ucapan beliau.
Semoga anak-anak dapt mengambil intipati bicara puan guru besar sebagai bekalan
menuju kejayaan.
CUE: Ucapan Perasmian
Di sini ada Putera puteri yang mendaulatkan bangsa, Di sini ada ibu bapa yang
prihatin penuh di jiwa, Di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal putus asa, Di sini
ada guru besar yang berjasa, Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Apalah lengkap lesung tanpa alunya begitu juga dengan majlis ini tanpa
perasmiannya. Untuk itu, majlis mempersilakan :
Yan
Bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi SK Pengiran
Jaya Pimping Sesi 2023,2024. Dipersilakan.

**Demikian tadi madah ucapan yang telah disampaikan oleh ___________________.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Majlis mohon Yang Berusaha
__________________ untuk kekal dipentas bagi menerima cenderahati yang akan
disampaikan oleh Guru Besar SK Pengiran Jaya Pimping, Puan Hjh Lila Hj Latip.
**Sekali lagi kami merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan hadir dan
merasmikan majlis pada pagi ini
CUE : Persembahan 1 (Kulintangan Brunei)
Awan bersua citra berkisah,
Ukiran sukma kilauan kelisa;
Ucapan sudah rasmi pun sudah, Wan
Persembahan menyusul pula.

Hadirin, mari sama-sama kita hayati irama kulintangan Brunei yang akan
TEKS JURUACARA MAJLIS APRESIASI SKPJP 2023/2024

dipersembahkan oleh murid-murid SK Pengiran Jaya Pimping. Dipersilakan.

CUE : ANUGERAH HEM


“Kecemerlangan adalah hasil dari sikap yang sentiasa ingin melakukan yang terbaik”.
Majlis Apresiasi kali ini dimulai dengan penyampaian sijil penghargaan Jawatan
Khas dan Kehadiran terbaik.
Dijemput Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pengiran Jaya Pimping, Pn Dg Yan
Hamidah binti Ag Damit bagi mengiringi YDP PIBG
__________________________ bagi menyampaikan sijil. Dipersilakan.
(RUJUK BUKU PROGRAM)

**Terima kasih diucapkan kepada YDP atas kesudian menyampaikan sijil


penghargaan itu tadi.
CUE : Persembahan 2 – Kulintangan Paina
Sememangnya Sabah terkenal dengan berbilang bangsa yang berwarna warni dengan
adat dan budaya yang pelbagai. Jika sebentar tadi kita disajikan dengan paluan
kulintangan Brunei, kali ini izinkan kami mempersembahkan irama kulintangan Wan
Paina kepada hadirin sekali. Dipersilakan murid-murid SK Pengiran Jaya Pimping.
**Bak kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga adat budaya kita
akan terus mekar diwarisi generasi muda. Tepukan sekali lagi untuk persembahan
tadi.
CUE: ANUGERAH KURIKULUM
Kita beralih kepada anugerah seterusnya iaitu Hadiah mata Pelajaran terbaik dan
pencapaian terbaik di dalam kelas. Bagi menyempurnakan acara, dijemput Penolong
Kanan Pentadbir, En Ag Mohd Salim bin Ag Salleh untuk mengiringi Yan
________________________________________________________________ bagi
menyampaikan hadiah kepada murid-murid. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan terima kasih kepada ____________________________atas


kesudian menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang Berjaya.
CUE : Persembahan 3-Duet Lemak Manis
Hadirin,
Majlis berehat seketika untuk selingan persembahan duet nyanyian oleh adik Wan
Mohamad Safwan Radi dan Adik Danielle Daphne dengan lagu mereka berjudul
“Lemak Manis”. Dipersilakan.
CUE: Sijil Tamat Persekolahan
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sijil tamat persekolahan kepada
murid-murid Tahun 6 sesi akademik 2023/2024. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang Berusaha Yan
______________________________________ diiringi oleh Guru Besar SK Pengiran
Jaya Pimping, Pn Hjh Lila binti Hj Latip bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.

**Terima kasih diucapkan kepada ________________________________________


kerana sudi menyampaikan sijil tamat persekolahan iu tadi.
CUE : Persembahan 4 – Tarian Kontemporari
Hadirin,
Mari kita bertenang seketika sambil menyaksikan persembahan tarian kontemporari Wan
dari lagu Drama. Dipersilakan.
CUE : ANUGERAH KHAS
Majlis telah tiba ke kemuncaknya iaitu dengan penyampaian Anugerah Khas.
Saban tahun pihak sekolah menyediakan beberapa anugerah khas kepada murid yang
memenuhi kriteria berdasarkan bidang tertentu. Yan
Justeru, bagi menyempurnakan penyampaian anugerah khas ini, sekali lagi majlis
TEKS JURUACARA MAJLIS APRESIASI SKPJP 2023/2024

menjemput Yang Berusaha Pn Hjh Lila bersama-sama penolong-penolong kanan bagi


mengiringi tetamu kehormat
____________________________________________________________________
Ke atas pentas. Dipersilakan.

ANUGERAH ATLET HARAPAN (LELAKI)


ANUGERAH ATLET HARAPAN (WANITA)
ANUGERAH SUKAN/KOKURIKULUM
ANUGERAH HAL EHWAL MURID
ANUGERAH KURIKULUM
(bacakan biodata masing-masing)

CUE : HADIAH PENYUMBANG


Seterusnya ialah penyampaian cenderahati kepada penyumbang yang berbesar hati
memberi sumbangan untuk menjayakan Majlis Apresiasi kali ini. Dijemput wakil :

1. E.Z Enterprise Wan


2. Turiang Jadi Enterprise
3. Atfik Alam Enterprise
4.
5.
6.
7.

**Selesai sudah penyampaian anuugerah khas. Terima kasih kepada jemputan atas
kesudian menyampaikan anugerah dan tahniah kepada penerima.
Dijemput para jemputan kehormat untuk sesi bergambar bersama para penerima
anugerah.
CUE : PENUTUP
Ada laut ada pantainya,
Ada malam ada subuhnya,
Ada mula ada akhirnya,
Ada awal ada penyudahnya

Majlis Apresiasi kini melabuhkan tirai. Semoga kejayaan anak-anak pada hari
ini menjadi pemupuk semangat yang lain untuk terus memacu usaha menuju Yan
kejayaan.
Berakhir sudah tugas kami berdua selaku pengemudi acara pada pagi ini. Ampun
maaf dipohon andai ada terlanjur kata tersalah bicara. Sesungguhnya, gitar tidak akan
bersuara tanpa jari, bulan tak akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang
dari Allah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari kami insan biasa.
Sebelum mengundur diri, sambutlah salam manis untuk dan disudahi dengan lafaz
suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.
Para hadirin dijemput menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai