Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA “TABACI”

Kita mulakan majlis pada pagi ini dengan menyanyikan Lagu Negaraku,
Lagu Bangsa Johor Dan Lagu Sekolah. Hadirin dimohon untuk berdiri

*****Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk

Yang Berusaha,
Pn Lim Lay Moi, Guru Besar SJKC Pengkalan Bukit,Yang Dihormati En
Yep Wei Choon YDP PIBG, Yang Dihormati En Ho Kum Hong YDP
LPS, Guru-guru Penolong Kanan, rakan guru yang berdedikasi,
para pelajar, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
SELAMAT DATANG KE MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN
TAHUN BAHARU CINA SJKC PENGKALAN BUKIT BAGI TAHUN
2019.
Bismillahhirahmannirahim Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Kita berasa amat bertuah kerana pada pagi ini kita masih lagi berpeluang
untuk berada di Dewan Sekolah untuk sama-sama menjayakan Majlis
Sambutan Perayaan Tahun baharu Cina SJKC Pengkalan Bukit bagi tahun
2019.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Sidang hadirin yang dimuliakan,

Aturcara Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu diteruskan lagi dengan


mempersilakan Yang Berusaha, Puan Lim Lay Moi, Guru Besar SJKC
Pengkalan Bukit untuk mengungkapkan sepatah dua kata aluan.
Dipersilakan,

**Demikianlah tadi ucapan alu-aluan oleh guru besar. Majlis


mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya, majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan


Yang Dihormati, En Yep Wei Choon YDP PIBG bagi menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Perayaan Tahun
Baru Cina SJKC Pengkalan Bukit 2019. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

****terima kasih diucapkan atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian, Sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina


Peringkat Sekolah, 2 buah pertandingan telah dijalankan iaitu
pertandingan menulis kaligrafi dan pertandingan mewarna. Justeru, bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia …………
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
***PENYAMPAIAN HADIAH

Ucapan sudah, perasmian pun sudah. Marilah kita saksikan persembahan


pula. Dengan itu, pihak majlis mengajak hadirin sekalian untuk sama-
sama menyaksikan persembahan- persembahan yang akan disajikan.
~PERSEMBAHAN MURID~

Majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis
pada pagi ini.
Ubi manis ubi keladi
kalau ada ditambah lagi
sekiranya umur panjang direstui
kita pasti berjumpa lagi

Dijemput semua murid dan ibu bapa untuk menikmati juadah ringan yang
telah disediakan dikantin.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai