Anda di halaman 1dari 3

2022 年国庆日庆典司仪稿

TEKS JURUACARA SAMBUTAN KEMERDEKAAN SJKC PEI HWA PEDAS

PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN


Para murid dikasihi majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua
Sebelum majlis bermula
untuk senyap dan tumpukan perhatian kepada majlis yang akan berlangsung.
Yang Berbahagia Puan Suria Binti Ibrahim, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
Rembau merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah.

Yang Berbahagia, En Lim Ah Lek, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah.

Yang Dihormati Sarjan Goh Eng, Pegawai Polis Cawangan Jenayah IPD Rembau

Yang Dihormati juga Koperal Mohamad Nazir Bin Muridan Pegawai Polis Cawangan
Jenayah IPD Rembau selaku Pegaai Perhubungan Sekolah.
Kata alu aluan

Yang Berbahagia Encik Wong Yeng Wai AJK Lembaga Pengurus Sekolah

Yang Berusaha Cikgu Chan Mun Eng, Guru Besar SJKC Pei Hwa Pedas.

Barisan guru seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera dan


Salam Keluarga Malaysia.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, Tuhan Yang Maha Esa
kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita bersama-sama berkumpul pada
Pengenalan
pagi ini bagi mengahdiri perhimpunan rasmi serta Sambutan Kemerdekaan
peringkat Sekolah SJKC Pei Hwa Pedas.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan dan Lagu
Nyanyian lagu
Sekolah. Hadirin diminta berdiri.

Majlis menjemput Adik Wong Mei Zhi dari kelas Tahun 6 untuk memimpin lafaz
ikran Rukun Negara.
Bacaan Ikrar Rukun Negara

Para hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Berusaha Puan chan Mun Eng
Ucapan Guru Besar Guru Besar SJKC Pei Hwa Pedas bagi meyampaikan ucapan. Dengan penuh tunduk
kasihnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar
Selesai Ucapan Guru Besar
atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Koperal Mohamad Nazir Bin Muridan
Ucapan Pegawai Polis Pegawai Polis Cawangan Jenayah IPD Rembau selaku Pegaai Perhubungan Sekolah..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Koperal Mohamad Nazir Bin
Selesai Pegawai Polis
Muridan atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dikasihi,


Acara diteruskan lagi dengan tayangan Klip Video Detik Pngisytiharan Hari
Kemerdekaan. Murid-murid diminta untuk mengambil perhatian dan menonton klip
video yang akan ditayangkan sebentar lagi. Majlis mempersilakan.

Selesai sudah tayangan video sebentar tadi. Melalui video sebentar tadi izinkan
saya untuk membuat ringkasan bahawa

1) Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957


pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan
upacara menurunkan bendera Union Jack menandakan berakhirnya penjajahan
British di Tanah Melayu dan dinaikan Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

2) Pada 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah


Tayangan Klip Video Hari menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya
Kemerdekaan penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan
British.

3) Tunku Abdul Rahman membaca watikah pengisytiharan kemerdekaan.


Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "merdeka" sebanyak 7 kali sebagai
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama iaitu Tunku Abdul
Rahman dan disambut dgn gemuruh oleh rakyat yg hadir.

4) Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan diiringi oleh lagu kebangsaan
‘Negaraku’. Ini diikuti pula dengan seruan azan dan tembakan meriam seratus satu
das.

5) Dengan pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu, maka


berakhirlah penjajahan British ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau
Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun.

Seterusnya, diminta semua murid dan guru berdiri tegak untuk menyanyikan 5 buah
rangkaian lagu patriotik. Rangkaian lagu patriotik yang akan kita nyanyikan ialah
KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA, KERANAMU MALAYSIA, SAYA
Nynyian Lagu Kemerdekaan
ANAK MALAYSIA, TANGGAL 31 DAN JALUR GEMILANG.
Semua hadirin diminta berdiri tegak dan menyanyikan lagu
Dengan penuh semangat sambil mengibarkan jalur gemilang.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan aktiviti kuiz sempena kemerdekaan. Oleh
Kuiz Merdeka itu majlis menjemput Cikgu Chan Yee Ying untuk memimpin aktiviti kuiz ini.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Chan di atas kesudian
Selesai Kuiz
memmimpin aktiviti kuiz itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah. Bagi pertandingan Mewarna
bagi kategori tahap 1, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Wong Yeng
Wai diiringi Puan Guru Besar tampil ke atas pentas untuk meyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

Bagi pertandingan Melukis Poster bagi kategori tahap 2, Encik Lim Ah Lek juga
diiringi Puan Guru Besar tampil ke atas pentas untuk meyampaikan hadiah kepada
Peyampaian hadiah para pemenang.

 Diminta semua pemenang dan penyampai hadiah untuk tunggu di atas pentas
untuk mengambil gambar bersama-sama.
 Dijemput juga semua jemputan untuk tampil ke atas pentas untuk
mengambil gambar bersama-sama pemenang.

Tahniah kepada para pemenang.


Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat Kemerdekaan ini, dijemput
kesemua tetamu, diiringi Puan Guru Besar untuk tampil kehadapan bagi upacara
simbolik kemerdekaan dengan melengkapkan hiasan kolam mini Jalur Gemilang.
Hiasan Kolam Jalur
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Gemilang

 Dijemput wakil dari murid Melayu, India dan Cina untuk naik keatas pentas
untuk sesi bergambar.

Seterusnya, bagi mengamatkan lagi semangat kemerdekaan ini, majlis menjemput


adik PUTRA AKID ISYRAF BIN RUSLI untuk melaungkan lafaz keramat
“MERDEKA” sebanyak 7 kali dan dikuti oleh semua hadirin. Dengan itu majlis
Laungan Kemerdekaan mempersilakan.

Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada adik PUTRA AKID ISYRAF BIN
RUSLI di Atas Kesudian Mengetuai Laungan Kemerdekaan Sebentar Tadi.

Seterusnya diminta semua para tetamu dan warga sekolah untuk tampil ke pentas
Sesi Bergambar
untuk sesi fotografi.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya sesi fotografi sebenrtar tadi maka berakhirlah majlis


perhimpunan sambutan kemerdekaan kita pada pagi ini. Oleh itu, kami selaku wakil
kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala kekurangan dan tidak
keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung.
Penutup & Jamuan

Majlis menjemput Guru Besar mengiringi para jemputan untuk menikmati hidangan
jamuan ringan yang disediakan di Bilik Komputer.

Sekian.
Wabillahi taufik walhidayah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai