Anda di halaman 1dari 16

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 13

TEKS JURUACARA

Majlis Memori Indah Kasih


PUAN NOR SALAMIAH DAN
EN. LIM CHEE KEONG

19 JANUARI 2024

Juruacara:
Siti Suriyati Binti Ab Hamid
Ani Binti Amboche
2

MASA Agenda Skrip Tindakan


7.30 Murid berkumpul di tapak perhimpunan dan ketibaan
tetamu jemputan

7.35 PERARAKAN Mengumumkan ketibaan yang diraikan Pn. Nor


MASUK Salamiah Binti Mohd Shazilli dan En. Lim Chee
Keong diiringi barisan pentadbir serta tetamu
jemputan.
S
Hadirin diminta berdiri.
7.40 LAGU Hadirin yang dihormati,
NEGARAKU Kita mulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku.

(Nyanyian Lagu Negaraku)


S
Hadirin dipersilakan duduk.
7.45 Setelah semua Awal bismillah pembuka bicara,
hadirin duduk Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
A
PROTOKOL Persaraan guru majlis bernama.

Yang diraikan, Yang dihormati,

En. Lim Chee Keong dan

Pn. Nor Salamiah Binti Mohd Shazilli

Yang Berusaha

Puan Wan Noraini Binti Wan Yaakub

Pengetua SMK USJ 13

Yang dihormati,

En. Suhaimi Bin Mohd Dasir


3

Yang Dipertua PIBG SMK USJ 13

Yang Berusaha

Puan Azura Binti Abu Bakar


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Azura Binti Ahamed Hambal


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Amiin Nahlah Binti Sarwani


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Anis Azila Binti Mat Daud


Guru Penolong Kanan Petang

Yang dihormati
Puan Norihan Binti Abd Jaabar
Naib yang Dipertua PIBG

Barisan guru kanan mata pelajaran, para guru SMK


USJ 13, para AJK PIBG, tetamu jemputan,
Seterusnya warga thirteeniaan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera dan Salam Memori Indah Kasih.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama


merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana di atas inayahNya jua dapat kita bersama-
sama berkumpul pada Majlis Memori Indah Kasih
yang penuh bermakna ini, bagi meraikan persaraan
Yang dihormati, Puan Nor Salamiah Binti Mohd
4

Shazilli dan En. Lim Chee Keong.

7.50 DOA
Bersarang merbah di sebalik pohon,
Berapit dengan pohon jati,
Majlis dimula doa dipohon,
Semoga rahmat berkat menanti.
S
Sebelum majlis bermula, marilah kita bersama-sama
kita menadah tangan dan mengaminkan doa yang
akan dibacakan oleh Saudara Mohd Qalif Elman Bin
Nur Muhammad. Dipersilakan

(bacaan doa)

Amin,Amin, ya Rabbal Alamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih
Kepada Saudara Mohd Qalif Elman atas bacaan doa
itu tadi.
7.55 Ucapan
Hadirin yang dihormati sekalian,
S
Dalam kehidupan, kita sering mendengar ungkapan,
“Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi
bagaimana kita hidup.” Begitulah juga dalam
perkhidmatan, yang penting bukan berapa lama kita
berkhidmat, tetapi bagaimana kita berkhidmat dan
bagaimana kita mencurahkan khidmat.

Berangkat kadam kepak nan indah,


Tertanggam penuh emas suasa,
Salam pembuka tirai dihulur sudah,
Persada ucapan akan bermula.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil


5

murid, dijemput Saudari Kirsten Ang Shiao Wen


untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan.

(ucapan wakil murid)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Saudari Kirsten Ang Shiao Wen atas ucapan itu tadi.

8.00 Ucapan YDP


PIBG Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila,
A
Kain ditenun bersama reja,
YDP PIBG hormat dipersila,

Majlis seterusnya mempersilakan


Yang Dihormati
En. Suhami Bin Mohd Dasir
Yang Dipertua PIBG SMK USJ 13
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(Ucapan YDP)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


kesudian Yang dihormati, En. Suhaimi Bin Mohd
Dasir menyampaikan ucapan itu tadi.

8.05 UCAPAN Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan


PENGETUA menjemput Yang Berusaha,
Puan Wan Noraini Binti Wan Yaakub,
S
Pengetua SMK USJ 13
Untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(ucapan pengetua
6

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


kepada Pn. Wan Noraini Binti Wan Yaakub atas
ucapan itu tadi.
8.10 Bacaan biodata
En. Lim Chee
Keong
Segak Bergaya Putera Mahkota,
Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
A
Izinkan saya membacakan biodata,
Moga menjadi kenangan terindah.

BIODATA EN. LIM CHEE KEONG

Nama diberi Lim Chee Keong atau lebih mesra


disapa dengan panggilan Mr. Lim oleh murid-murid
dan rakan sekerja. Beliau telah dilahirkan pada 22
Januari 1966 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan
anak ketiga daripada 4 adik-beradik. 10 Februari
1995, merupakan tarikh keramat beliau disatukan
dengan pilihan hati, Puan Alison Ng dan telah
dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah


Rendah Kebangsaan Methodist dan kemudianya ke
SMK Methodist untuk pendidikan menengah rendah
dan atas. Setelah tamat alam persekolahan, beliau
telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra
Malaysia (UPM) dalam bidang pendidikan Bahasa
Inggeris.

Perkhidmatan beliau dalam bidang pendidikan


selama 34 tahun memberikan pelbagai kenangan
pahit manis sebagai pendidik. Beliau telah
memulakan kerjaya sebagai pendidik di SMK Jengka
18 selama 4 tahun. Kemudianya, beliau berpindah ke
SMK Sri Istana dan berkhidmat selama 2 tahun.
Setelah itu, beliau meneruskan pula khidmat sebagai
7

pendidik di SMK Taman Medan selama 2 tahun dan


seterusnya ke SMJK Katholik. Beliau telah
berkhidmat selamat 15 tahun di SMJK Katholik
sebelum berpindah ke SMK USJ 13 untuk
meneruskan tugas sebagai warga pendidik sehingga
ke hari ini.

Khidmat bakti beliau dalam bidang pendidikan telah


mendapat pengiktirafan apabila beliau telah
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada
tahun 2004 dan 2010. Di SMK USJ 13, Khidmat
beliau sebagai guru disiplin bahkan telah memberikan
perubahan yang positif kepada anak-anak warga
SMK USJ 13.

Begitulah tadi sedikit sebanyak biodata perjalanan


sepanjang perkhidmatan Ketua Guru Disiplin SMK
USJ 13, En. Lim Chee Keong.

Tayangan video Hadirin sekalian,


biodata En.Lim
Kita teruskan majlis dengan menyaksikan tayangan
video biodata dan bingkisan kenangan En. Lim Chee
Keong sepanjang berada di SMK USJ 13.
Dipersilakan.

8.20 Ucapan Yang Hadirin sekalian,


Diraikan En. Lim
Chee Keong Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu
A
ucapan daripada Yang Diraikan ,
Yang dihormati En. Lim Chee Keong.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan En. Lim Chee Keong untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
8

(Ucapan Mr. Lim)

Demikianlah tadi, ucapan yang tulus daripada Yang


Diraikan, En. Lim Chee Keong.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih


kepada En. Lim atas ucapan yang telah disampaikan
itu tadi.

8.40 Bacaan Biodata

S
Hadirin Sekalian,
Pn. Nor Salamiah Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, pada
jejak-jejak yang lalu, seribu liku. Selamat tinggal
suara-suara ceria, Padang, tapak perhimpunan dan
dewan perkasa. Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas, Bilik guru dan
timbunan buku, Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Izinkan saya membacakan biodata Pn. Nor Salamiah.

Empunya nama Nor Salamiah Binti Mohd Shazilli


telah dilahirkan tanggal 25 Januari 1964 di Kuala
Kangsar, Perak. Beliau merupakan anak ke lapan
daripada 25 orang adik beradik. Mendapat
Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent
Klian Pauh, Taiping dan kemudiannya ke SMK
Convent Taiping bagi Pendidikan menengah.

Pada tahun 1982, beliau telah menyambung


pengajiannya dalam bidang Asasi Sains di Universiti
Malaya seterusnya pada tahun 1984 beliau
meneruskan pengajian dan memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan. Selepas
mendirikan rumahtangga, beliau dikurniakan 5 orang
cahaya mata.
9

Perjalanan karier beliau sebagai seorang guru telah


bermula pada 15 Jun 1989 di SMK Lembah Keramat.
Pada Jun 1991, beliau telah berpindah ke SMK
Taman Melawati hingga tahun 1993 sebelum
meneruskan khidmatnya di SMK Taman Ehsan pada
19 April 1995.

Kemudian, pada 1 Januari 1998, beliau meneruskan


khidmat bakti di SMK SS 17, seterusnya berpindah ke
SMK USJ 13 pada 30 Jun 2006 dan menamatkan
karier beliau di sini.

Beliau merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan


Cemerlang pada tahun 2019. Masa lapangnya diisi
dengan aktiviti membaca, menanam pokok bunga
dan menonton drama Korea. Beliau sentiasa
berpegang kepada falsafah hidup iaitu “

Antara sumbangan luar beliau sebelum ini adalah


sebagai:

TIMBALAN PENGERUSI PUSPITA MEDAC 2018-2020

PENGERUSI PUSPANITA MAFI 2020-2021

TIMBALAN PENGERUSI MINDEF 2021-2022

Itulah serba sedikit coretan perjalanan Pn. Nor


Salamiah Binti Mohd Shazilli.

8.45 Tayangan video Hadirin Sekalian,


Dan Ucapan Pn.
Salamiah
Marilah sama-sama kita saksikan tayangan
multimedia momen-momen indah perjalanan
S
kehidupan dan perkhidmatan Pn. Nor Salamiah.
10

(Tayangan Multimedia)

Buah Mengkudu Buah Bidara,


Mari disimpan di dalam dulang,
Hari ini puan genap bersara,
Jasa Baik tetap kan dikenang.

Hadirin sekalian, kini tibalah masanya kita


mendengarkan bait-bait ucapan daripada
Yang Diraikan, Pn. Nor Salamiah Binti Mohd shazilli.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(Ucapan Pn.Salamiah)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan


Puan Nor salamiah atas ucapan yang disampaikan
itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

9.00 Acara Potong Kek


Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek
untuk kedua-dua guru yang diraikan,
Pn. Nor Salamiah dan En. Lim Chee Keong.
A
Dijemput barisan pentadbir serta para tetamu
jemputan untuk turut sama berada di pentas.
Dipersilakan.

(Acara Memotong Kek)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan,


Pn. Nor Salamiah, En. Lim serta barisan pentadbir
dan tetamu jemputan.
11

9.10 Persembahan Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan murid memeriahkan majlis,
A
Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis diteruskan dengan Persembahan Tarian Joget


yang akan ditarikan oleh Kumpulan Angsoka Raya.
Dipersilakan.

(Persembahan Tarian Melayu)

Demikianlah tadi persembahan tarian joget Melayu


daripada Kumpulan Angsoka raya. Terima Kasih
diucapkan.

Seterusnya dipersilakan Kelab Seni dan Kebudayaan


yang akan mempersembahkan Tarian Kebudayaan
Cina. Dipersilakan.

(Tarian Cina)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada anak-anak


Kelab Seni dan Kebudayaan atas persembahan
tarian kebudayaan Cina itu tadi.

Kita teruskan dengan persembahan instrumen


keyboard yang akan dipersembahkan oleh Lim Yong
Xuan dari kelas 2 Gamma yang berjudul ‘Flower
Dance’ Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan daripada Lim Yong


Xuan. Terima kasih diucapkan.

9.10 Penyampaian Hadirin sekalian,


Hadiah Mr. Lim Majis diteruskan dengan penyampaian cenderamata
sebagai kenang-kenangan buat yang diraikan, En.
Lim Chee Keong.
S
Majlis dengan ini mempersilakan En.Lim untuk tampil
ke hadapan bagi menerima cenderamata.
Dipersilakan.
12

1. Dijemput Lee Jay Rou dari kelas 3 Delta.

2. Seterusnya dipersilakan, wakil murid lelaki


kelas 3 Delta, Gwi Jun Hen.

3. Dijemput wakil murid Perempuan kelas 3


Delta, Wong Jia Wen.

4. Dipersilakan Pn. Azura Ahamed Hambal, wakil


kepada mantan Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid.

5. Dipersilakan Geng Laoshi Thirteenian.

6. Dipersilakan Pn. Ziakiah, wakil daripada


Rumah Sukan Temenggung.

7. Seterusnya dijemput Wakil dari Unit Pengawas


Sekolah, Saudari Aira Damia.

8. Dipersilakan guru-guru dari Unit Disiplin


Sekolah.

9. Seterusnya, dipersilakan Pn. Farzanna Binti


Shahul Hamid, Wakil daripada Panitia Bahasa
Inggeris.

10. Seterusnya dijemput Pn. Anis Azila Binti Mat


Daud, Guru Penolong Kanan Petang bagi
mewakili guru-guru sesi petang.

11. Seterusnya dipersilakan, Wakil Kelab Guru


dan Staff, Pn. Noor Azlina Binti Zakariah,
Pengerusi KGS 2023 untuk menyampaikan
hadiah.

12. Seterusnya dipersilakan barisan Guru Kanan


Mata Pelajaran mewakili bidang Bahasa, Sains
& Matematik, Kemanusiaan dan Teknik
Vokasional.
13

13. Majlis seterusnya mempersilakan wakil dari


Unit Kokurikulum, Yang Berusaha, Pn. Amiin
Nahlah Binti Sarwani, Guru penolong Kanan
Kokurikulum.

14. Majlis seterusnya mempersilakan Unit Hal


Ehwal Murid, Yang Berusaha, Pn. Azura Binti
Abu Bakar, Guru penolong Kanan Hem dan
Pn. Wan Mazilah.

15. Majlis seterusnya mempersilakan wakil dari


Unit Kurikulum, Yang Berusaha, Pn. Azura
Binti Abu Bakar, Guru penolong Kanan
Pentadbiran untuk menyampaikan
cenderamata.

16. Seterusnya dipersilakan Yang dihormati, En.


Suhaimi Bin Mohd Dasir, YDP PIBG mewakili
Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

17. Dan akhir sekali, dipersilakan Yang Berusaha,


Pn. Wan Noraini Binti Wan Yaakub mewakili
barisan pentadbir SMK USJ 13.

9.40
PENYAMPAIAN
HADIAH
Hadirin sekalian,
Majis diteruskan dengan penyampaian cenderamata
sebagai kenang-kenangan buat Yang diraikan, Pn.
A
PN. NOR Nor Salamiah Binti Mohd Shazilli.
SALAMIAH BINTI
MOHD SHAZILLI Majlis dengan ini mempersilakan Pn. Nor Salamiah
untuk tampil ke hadapan bagi menerima
cenderamata. Dipersilakan.

1. Dipersilakan Wong Jia wen mewakili murid-


murid Kelas 3 Delta.

2. Seterusnya dipersilakan Geng Fisabilillah.

3. Seterusnya dipersilakan wakil guru-guru India,


Pn. Ushamathy.

4. Seterusnya dipersilakan Pn. Noor Aslamiah,


14

wakil daripada Rumah Sukan Hulubalang.

5. Seterusnya dijemput Wakil dari Unit Pengawas


Sekolah, Saudari Aira Damia.

6. Seterusnya, dipersilakan, Wakil daripada Pani-


tia Sains, Fizik dan Biologi.

7. Seterusnya dijemput Pn. Anis Azila Binti Mat


Daud, Guru Penolong Kanan Petang bagi
mewakili guru-guru sesi petang.

8. Seterusnya dipersilakan, Wakil Kelab Guru


dan Staff, Pn. Noor Azlina Binti Zakariah,
Pengerusi KGS 2023 untuk menyampaikan
hadiah.

9. Seterusnya dipersilakan barisan Guru Kanan


Mata Pelajaran mewakili bidang Bahasa, Sains
& Matematik, Kemanusiaan dan Teknik Voka-
sional.

10. Majlis seterusnya menjemput wakil dari Unit


Kokurikulum, Yang Berusaha, Pn. Amiin
Nahlah Binti Sarwani, Guru penolong Kanan
Kokurikulum.

11. seterusnya majlis mempersilakan Unit Hal


Ehwal Murid, Yang Berusaha, Pn. Azura Binti
Abu Bakar, Guru penolong Kanan Hem dan
Pn. Wan Mazilah.

12. Majlis seterusnya mempersilakan wakil dari


Unit Kurikulum, Yang Berusaha, Pn. Azura
Binti Abu Bakar, Guru penolong Kanan Pen-
tadbiran untuk menyampaikan cenderamata.

13. Seterusnya dipersilakan Yang dihormati, En.


Suhaimi Bin Mohd Dasir, YDP PIBG mewakili
Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

14. Dan akhir sekali, dipersilakan Yang Berusaha,


Pn. Wan Noraini Binti Wan Yaakub mewakili
barisan pentadbir SMK USJ 13.
15

9.55 ACARA Buat En. Lim dan Pn. Salamiah,


PERARAKAN
KELUAR GURU
S
Nama itu bukan sekadar nama,

Jawatan itu bukan sekadar tugas,

Gelaran itu bukan sekadar pangkat,

Tetapi ia menjulang semangat waja,

Pendita anak bangsa,

Sekali menjadi guru, terpahat panggilan CIKGU,

Sepanjang abad akan tetap diingat,

Sepanjang zaman akan masih dikenang,

Melangkahlah dengan damai,

Pulanglah dengan tenang,

Mengiringi Langkah dengan senyuman.

Selamat Bersara Cikgu Lim Chee Keong

dan Cikgu Nor Salamiah.

Hadirin sekalian,

Sebagai tanda simbolik tamatlah sudah perkhidmatan


Yang diraikan, En. Lim Chee Keong dan Pn. Nor
Salamiah Mohd Shazilli sebagai pendidik di SMK USJ
13, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang diraikan untuk perarakan keluar lambaian kasih
kepada semua warga thirteenians.
Dipersilakan.

Dijemput semua guru untuk bersama-sama beratur di


laluan karpet merah untuk mengiringi lambaian kasih
buat rakan guru kita.
16

10.00 PENUTUP Hadirin Sekalian,

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa majlis


A
merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua hadirin yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan Majlis Memori Indah Kasih yang
diraikan pada hari ini.

Dari meja juru acara majlis, ribuan kemaafan dipohon


andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan
majlis.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai