Anda di halaman 1dari 7

1

MASA CATATAN TEKS PENGACARA TINDAKAN


8.00 Ketibaan penerima *Selingan muzik instrumental dan video
pagi anugerah & waris

Ketibaan para
jemputan

8.30 Tatatertib dewan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya bagi pihak majlis
pagi mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke
(pengumuman kepada Majlis Komensmen Kolej Tingkatan Enam Kulim Kali Ke-9
tetamu sebelum majlis tahun 2022.
bermula)
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para
hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu
tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta
mengambil tempat di dalam dewan.

Majlis juga memohon kerjasama para hadirin sekalian untuk


tidak mengaktifkan telefon bimbit atau meletakkan telefon
bimbit anda dalam mod senyap sebelum majlis bermula.

Mohon kerjasama para hadirin untuk tidak keluar masuk


dewan semasa majlis berlangsung supaya tidak mengganggu
kelancaran majlis.

Majlis memohon kerjasama daripada semua hadirin sekalian


untuk sama-sama berdiri sebaik sahaja ketibaan tetamu
utama iaitu perarakan masuk Yang Berbahagia Profesor
Dato, Dr. Abd. Aziz bin Tajuddin Presiden Naib Canselor
Universiti Antarabangsa Al-Bukhary sebagai tanda hormat
dan terus berdiri sehingga selesai lagu Negaraku dimainkan.

Atas kerjasama para hadirin, majlis mengucapkan terima


kasih.

8.45 Ketibaan VVIP di Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Profesor Emeritus EMCEE DI
pagi (lorong usahawan) Dato’ Dr. Abd. Aziz bin Tajuddin, Presiden Naib Canselor BAWAH
Universiti Antarabangsa Al-Bukhary disambut oleh Tuan Haji
Yazi bin Yusof, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Kulim, Tuan Dataran
Paluan kompang PPD dan barisan pentadbir ke Balai Budi KTEK Bunga Raya

VVIP masuk ke Kamar


Muafakat(memakai
jubah)
9.00 Pengumuman (1. Signal daripada pelajar)
pagi Perarakan para Perarakan masuk para pensyarah Kolej Tingkatan Enam
pensyarah dan tetamu Kulim Kedah ke Balai Budi
utama ke Balai Budi
- Muzik latar –
Dimulakan pembawa

1
2

cokmar, sirih junjong, (2.Signal daripada pelajar)


bunga telur,
YB MP, Pengarah, Mengumumkan perarakan besar masuk Yang Berbahagia
Pengetua dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abd. Aziz bin Tajuddin, Presiden
Pensyarah. Naib Canselor Universiti Antarabangsa Al-Bukhary didahului
pembawa cokmar diiringi oleh tuan pengetua kolej, tuan
YBbhg Prof, wakil PPD, dan barisan pentadbir.
Pengarah JPN dan
Pengetua naik ke Hadirin dipohon berdiri.
pentas
- Muzik gamelan -
YDP dan PPD berdiri di
sofa

Letak bunga telur,sirih


junjung dan cokmar ( Nyanyian Lagu Negaraku )

Selesai lagu , Pengetua  Hadirin dipersilakan duduk.


duduk , penyerahan
buku program teks
ucapan kepada VVIP
Ucapan Alu-aluan (Bila tetamu dah duduk dengan selesa)
juruacara majlis
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera.

Sirih diikat tampak berkirai


Hanyut kandas mengiringi pukat
Lafaz bismillah pembuka tirai
Moga majlis mendapat berkat

Lenggang bertapak seni memandang


Silat Sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudilah tuan ke majlis kami

1. Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abd.


Senarai Protokol Aziz bin Tajuddin, Presiden, Naib Canselor Universiti
Antarabangsa AlBukhary,

2. Yang Berusaha, Tuan Haji Abu Bakar bin Md Ali,


Pegawai Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu

3. Yang Berusaha, Tuan Haji Yazi bin Yusof, Pengetua


Kolej Tingkatan Enam Kulim,

4. Yang Dihormati, Encik Ahmad Azam Bin Shaibatul


Hamdi,Yang Dipertua PIBG, Kolej Tingkatan Enam
Kulim,

2
3

5. Yang Dihormati Pegawai Perhubungan Kolej, dan


Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

6. Yang Berusaha , Pengetua-pengetua, Guru-guru


Besar dan wakil , Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru,
para waris, pelajar-pelajar yang diraikan setersunya
hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita kepada Allah swt kerana dengan limpah,


kurnia dan keizinan-Nya pada pagi yang indah ini, kita dapat
berkumpul bagi menjayakan Majlis Komensmen KTEK Kali
Ke-9 tahun 2022.

Hadirin dan hadirat,

Hari ini tanggal 22 September 2022, warga dewan akan


bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat
para penerima anugerah pada tahun ini.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Profesor


Emeritus Dato’ Dr. Abd. Aziz bin Tajuddin, Presiden Naib
Canselor Universiti Antarabangsa Al-Bukhary dan para
hadirin sekalian. Kehadiran semua pada hari ini diucapkan
ribuan terima kasih.

Bacaan Doa Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, molek kiranya
bersama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat daripada Yang Maha Esa agar segala urusan
mendapat rahmat.

Untuk tujuan itu, majlis dengan hormatnya menjemput


Saudara Muhammad Hisyamuddin Syakir bin Mohamed
dari kelas SSR6 untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

( Doa dibaca oleh pelajar)

Ucapan oleh Pengetua Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara


Muhammad Hisyamuddin Syakir bin Mohamed atas bacaan
doa sebentar tadi.

Hadirin warga dewan yang dihormati,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan dan laporan


kolej daripada Yang Berusaha Tuan Haji Yazi bin Yusof,
Pengetua Kolej Tingkatan Enam Kulim Kedah.

Majlis dengan ini mempersilakan.

(ucapan pengetua)

3
4

Begitulah bait-bait ucapan oleh Yang Berusaha Tuan Haji


Yazi bin Yusof, tuan pengetua kolej. Sekali lagi pihak majlis
mengucapkan jutaan terima kasih.

Ucapan Perasmian Yang awal kita dahulukan;


Yang dahulu kita alu-alukan;
Ucapan perasmian kita nantikan;
Pelengkap majlis kita rencanakan.

Majlis seterusnya berbesar hati mempersilakan Yang


Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abd. Aziz bin
Tajuddin, Presiden Naib Canselor Universiti Antarabangsa Al-
Bukhary bagi menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Komensmen Kali Ke-9 Kolej Tingkatan
Enam Kulim Kedah 2022.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

(ucapan perasmian oleh Y. Bhg. Prof)

*gimik @ video slaid / tayangan montaj jika ada-rujuk JK


berkenaan

Pihak majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr.
Abd. Aziz bin Tajuddin, Presiden Naib Canselor Universiti
Antarabangsa Al-Bukhary atas ucapan perasmian Majlis
Komensmen Kali Ke-9 Kolej Tingkatan Enam Kulim Kedah
2022 sebentar tadi.

Setelah Yg. Bhg. Prof (VVIP dan Pengetua akan turun dari pentas, duduk di sofa
duduk di sofa bawah. Pelajar akan bawa keluar kerusi dari atas pentas)

Hujan gerimis lebat di hulu


Persembahan Pelajar Haba di muara terasa nyaman
Nyanyian Lagu Ucapan perasmi sudah berlalu
Menyusul kini acara persembahan

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini akan disajikan dengan hiburan


persembahan lagu yang bertajuk Kau Ilhamku yang akan
disampaikan oleh saudara Muhammad Zahar Daniel bin
Hasrol Anuar dari kelas SSA7.

Marilah kita sama-sama saksikan.

(Nyanyian Lagu)

( Bila peserta nyayian turun)

4
5

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan


lagu itu tadi .

Upacara Para hadirin yang dihormati sekalian,


Penganugerahan Sijil
Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada
para pelajar dan guru-guru.

Untuk makluman semua, anugerah yang akan disampaikan


pada hari ini, berdasarkan pencapaian prestasi akademik
dalam Peperiksaan STPM 2021 bagi calon yang memperoleh
PNGK 2.00 ke atas.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan tuan pengetua kolej untuk
memulakan atur cara majlis komensmen pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*Pengetua baca pernyataan @ tatacara menjemput Juruacara


penyampai anugerah tak perlu
ucap
- Muzik gamelan –
-
( Bila VIP dah selesa berdiri di atas stage)

Penyampaian [Rujuk senarai penerima anugerah]


cenderamata kepada
perasmi

Seterusnya, majlis berbesar hati untuk menyampaikan


cenderamata tanda kenangan sebagai penghargaan dan
tanda ucapan terima kasih kami kepada Yang Berbahagia
Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abd. Aziz bin Tajuddin.

Untuk tujuan itu, majlis mempersilakan Tuan Haji Yazi bin


Yusof untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abd. Aziz bin
Tajuddin. Dipersilakan.

(Penyampaian cenderamata berlaku di atas stage)

Setelah selesai VVIP Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih
beri hadiah dan duduk kepada Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abd.
di sofa Aziz bin Tajuddin atas kesudian menyempurnakan acara
penyampaian anugerah sebentar tadi.

5
6

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima-penerima


anugerah . Teruskan usaha, gilapkan diri menggapai hasrat
hati menjadi perwaris cemerlang, gemilang dan terbilang.
Persembahan 2 ( VIP dah selesa duduk di sofa)

Majlis Komensmen pada hari ini akan diserikan lagi dengan


persembahan nyanyian medley yang akan disampaikan oleh
saudara Mohd Alif Farihin bin Md Azlan dari kelas SA1 dan
saudara Mohd Izzul Hakim bin Shaifful Azman dari kelas
SSA7. Lagu yang akan dinyanyikan ialah Tekad dan Gemuruh.

Majlis mempersilakan

- Selesai nyanyian –

Terima kasih diucapakn kepada pelajar-pelajar atas


persembahan yang sangat menghiburkan sebentar tadi.
Penutup Dengan berakhirnya majlis sebentar tadi, maka selesailah
sudah Majlis Komensmen KTEK Kali Ke-9 2022.
Jamuan
Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abd. Aziz bin
Tajuddin atas kesudian bersama-sama menyempurnakan
majlis pada hari ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan


kepada semua hadirin yang sudi memeriahkan majlis pada
hari ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah
menghulurkan sumbangan, kerjasama dan sokongan, sama
ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Jika tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan serangkap pantuan itu tadi maka berakhirlah sudah


atur cara majlis hari ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt
dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami jua.

Majlis mempersilakan tuan Pengetua mengiringi Yang


VIP bangun ke jamuan Berbahagia Prof dan tetamu yang menerima kad jemputan
untuk menikmati jamuan ringan di Anjung Warisan.

Waris dan pelajar Mohon kerjasama waris untuk memberi laluan kepada VVIP
berdiri dan VIP untuk keluar dewan terlebih dahulu. Kerjasama
anda amat dihargai.

Sekian.
Wabillahit taufiq walhidayah wassalamualaikum w.b

6
7

Anda mungkin juga menyukai