Anda di halaman 1dari 9

TEKS JURUACARA

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2022/2023

1.Sebelum majlis dimulakan( CIKGU SITI)

Mohon perhatian, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu, para hadirin
diminta mengambil tempat duduk. Saya umumkan etika yang harus dipatuhi bagi
kelancaran majlis.
1. Sila pastikan telefon bimbit berada dalam mod senyap.
2. Para hadirin dipohon berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan.
3. Berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku.
4. Menghormati bacaan doa.
5. Duduk di kerusi yang telah ditetapkan.
6. Tidak keluar masuk dewan setelah mengambil tempat duduk.
7. Penerima anugerah dipohon naik ke pentas dari sebelah kiri dan turun ke sebelah
kanan.

2.Setelah perasmi tiba(CIKGU ZURITA)

Mengumumkan ketibaan Yang dihormati Timbalan Penguasa Penjara Pusat


Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping
En Mohd Amirzal Bin Abdullah
diiringi Yang Berusaha En.Nor Azli bin Othman Pengetua SMK Taman Panglima,
dan para tetamu khas yang lain untuk bersama-sama berada di pentas.

12. Persembahan selingan 1(CIKGU SITI)

Hadirin yang dihormati sekalian

Tirai Majlis kita pada hari ini akan dibuka dengan persembahan SENTAP dari
Pasukan Kadet Koreksional sekolah.
Dengan ini, majlis diserahkan kepada saudara Meor Muhammad Fathullah bin Meor
Sopian dan saudari Nur ain Izzati bt Mohd Saipol.Dipersilakan

##Selesai persembahan selingan kawad sentap (CIKGU ZURITA)

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat
dalam persembahan selingan sebentar tadi.
Untuk makluman para hadirin, pelajar yang terlibat dalam persembahan SENTAP ini
telah berjaya mengharumkan nama sekolah pada pertandingan yang telah mereka
sertai sebelum ini.

Majlis dengan ini mempersilakan kesemua tetamu kehormat untuk berada di dewan
utama untuk acara seterusnya. Dipersilakan.

#Perasmi bergerak ke dewan dan terus berdiri untuk Nyanyian Lagu Negaraku.

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Semua hadirin diminta
berdiri.

( Juruacara hanya diam seketika setelah mengumumkan ketibaan sehingga


selesai Lagu Negaraku)

3.Selesai Lagu Negaraku (CIKGU SITI)


Sidang hadirin dipersilakan duduk.

4. Bacaan Doa (CIKGU SITI)


Bagi memberkati perjalanan majlis pada pagi ini, saya dengan sukacitanya
menjemput saudara Muhammad Adam Hakim bin Mohd Saruddin untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

5.Selesai bacaan doa (CIKGU SITI)


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi oleh
saudara Muhammad Adam Hakim.
6. Pembuka kata (CIKGU ZURITA)

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran :

Yang dihormati Timbalan Penguasa Penjara Pusat Latihan Pegawai Penjara


Malaysia Taiping
En Mohd Amirzal Bin Abdullah

Yang dihormati En.Rodzali bin Zainol, Yang Dipertua PIBG

Yang berusaha En.Nor Azli bin Othman, Pengetua SMK Taman Panglima

Yang berusaha Pn.Jamilah binti Mokhtar, Penolong Kanan Pentadbiran

Yang berusaha En.Suhaimi bin Jaafar, Penolong Kanan HEM

Yang berusaha Pn.Hasanah binti Shahidan, Penolong Kanan Kokurikulum

Para tetamu jemputan, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

7.Kata Alu-aluan (CIKGU ZURITA)

Sidang hadirin sekalian, pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini, warga SMK
Taman Panglima berasa amat bertuah kerana dapat menjayakan Majlis Anugerah
Cemerlang bagi sesi 2022/2023.
Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dari segala aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Untuk itu murid-murid
yang menunjukkan bakat dan kebolehan dalam pelbagai bidang mencakupi
kepemimpinan, keperibadian dan kokurikulum akan diberikan anugerah sebagai
bukti penghargaan daripada pihak sekolah. Bukan itu sahaja, jasa ibu bapa yang
banyak membantu memajukan sekolah juga tidak dilupakan.
(CIKGU SITI)
Hinggap minum di tepi kali,
Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar cemerlang sama dirai,
Agar terlaksana wawasan negara.

8.Ucapan Pengetua (CIKGU SITI )


Bertonggakkan adat yang datang disambut, yang pergi diiringi maka majlis dengan
bangganya menjemput Yang berusaha En.Nor Azli bin Othman , Pengetua SMK
Taman Panglima merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Cemerlang sesi 2022/2023
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

9.Selesai ucapan Tuan Pengetua(CIKGU SITI)


Demikianlah ucapan Yang berusaha En.Nor Azli bin Othman.
Majlis merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih.

10.Ucapan perasmi (CIKGU ZURITA)


Hadirin yang dihormati sekalian,
Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Kini, sampailah masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah
Cemerlang SMK Taman Panglima bagi tahun 2022/2023.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang dihormati Timbalan Penguasa


Penjara Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping
En Mohd Amirzal Bin Abdullah
untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Cemerlang SMK Taman Panglima bagi sesi 2022/2023. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
11. Selesai ucapan perasmi (CIKGU ZURITA)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada


Yang dihormati En Mohd Amirzal Bin Abdullah
kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada pagi
ini.
Semoga ucapan yang penuh harapan dan pesanan itu melonjakkan semangat
warga SMK Taman Panglima untuk terus memacu daya usaha ke mercu
kecemerlangan kokurikulum dan sahsiah.

*****Tunggu seketika untuk perasmi melihat gimik yang disediakan

14. Penyampaian Anugerah HEM(CIKGU ZURITA)

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Penyampaian sijil dan hadiah kepada penerima-penerima Anugerah Cemerlang


Kurikulum, HEM dan Ko-Kurikulum bagi sesi 2022/2023 akan dimulakan.

Sebagai tanda pemutus kepada mereka yang berjaya, Majlis dengan segala
hormatnya menjemput En.Suhaimi bin Jaafar, Penolong Kanan HEM
bagi mempersila dan mengiringi En.Rodzali bin Zainol, Yang Dipertua PIBG
untuk menyampaikan sijil-sijil dan hadiah kepada penerima anugerah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Baca senarai penerima anugerah

1) ANUGERAH KEHADIRAN CEMERLANG


2) ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI
3) ANUGERAH PENGAWAS SEKOLAH
4) ANUGERAH IMAM MUDA
5) CABUTAN BERTUAH KEHADIRAN PENUH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berusaha En.Rodzali bin
Zainol atas penyampaian anugerah sebentar tadi. Sebagai tanda kenang-kenangan
dari pihak sekolah, majlis mempersilakan En.Suhaimi bin Jaafar, Penolong Kanan
HEM untuk menyampaikan cenderamata kepada En.Rodzali bin Zainol.
Majlis merakamkan penghargaan kepada En.Rodzali bin Zainol kerana sudi
menyempurnakan majlis.

PERSEMBAHAN 1-TARIAN
Sirih pinang sirih berlipat,

Diambil sehelai dibawa pergi,

Tampak joget indah dilihat,

Menjadi tatapan majlis berseri.

Hadirin sekalian, bagi meredakan debaran, marilah kita sama-sama saksikan


persembahan tarian dari pasukan tarian sekolah dengan tarian ………….

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian di bawah pimpinan


__________________ sebentar tadi.

15. Penyampaian Anugerah KURIKULUM (CIKGU SITI )

Bagi menyampaikan anugerah yang seterusnya majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang berusaha En.Nor Azli bin
Othman,Pengetua SMK Taman Panglima diiringi Penolong Kanan Pentadbiran
Pn.Jamilah binti Mokhtar,
untuk menyempurnakan penyampaian anugerah KURIKULUM.

1) ANUGERAH PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 1


2) ANUGERAH PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 2
3) ANUGERAH PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 3
4) ANUGERAH PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 4
5) ANUGERAH PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 5
6) ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2021
7) ANUGERAH NILAM
8) ANUGERAH GURU-PENINGKATAN GPMP SPM 2021
16. Selesai penyampaian Anugerah KURIKULUM (CIKGU SITI)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berusaha En.Nor Azli bin
Othman,Pengetua SMK Taman Panglima atas penyampaian anugerah sebentar
tadi.

PERSEMBAHAN 2- KUMPULAN AKUSTIKA

Sehabis merah daun yang sihat


Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita persembahkan

Sidang hadirin ,  majlis penyampaian anugerah pada pagi ini akan berehat sebentar bagi
memberi laluan kepada persembahan akustika oleh ____________________ dengan lagu
yang bertajuk _____________________

Sama –sama kita saksikan.”

Terima kasih kepada semua pelajar terlibat dalam persembahan itutadi.

Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan akustika itu tadi adalah di bawah bimbingan
En Megat Khairudin bin Megat Putih.

17. Penyampaian Anugerah Kokurikulum(CIKGU ZURITA)

Hadirin sekalian,(CIKGU ZURITA)


Kecemerlangan kokurikulum yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang
berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sudah pasti diberi penghargaan.
Atas penglibatan dan pencapaian mereka.Semoga ia akan menjadi pencetus
semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati, 


   Tempat burung selalu bertemu; 
Sekali hidup biarlah bererti, 
   Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kokurikulum.


Bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ini, dengan segala hormatnya,
dijemput Pn.Hasanah binti Shahidan, Penolong Kanan Kokurikulum
, menjemput dan mengiringi
En Mohd Amirzal Bin Abdullah Timbalan Penguasa Penjara Pusat Latihan
Pegawai Penjara Malaysia Taiping
untuk sesi penyampaian anugerah seterusnya.
Dipersilakan.

*******BACA SAMBUNGAN SENARAI ANUGERAH KOKURIKULUM


1) Anugerah peringkat daerah
2) Anugerah peringkat negeri
3) Anugerah peringkat kebangsaan
4) Anugerah peringkat antarabangsa
5) Anugerah guru paling aktif
6) Anugerah khidmat bakti

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En Mohd Amirzal Bin


Abdullah atas penyampaian anugerah sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan
atas segala sumbangan khidmat bakti pihak PULAPEN kepada pihak sekolah, majlis
mempersilakan Pn.Hasanah binti Shahidan, Penolong Kanan Kokurikulum
untuk menyampaikan cenderamata kepada En Mohd Amirzal Bin Abdullah
sebagai tanda penghargaan. Dipersilakan.

Demikianlah tadi sesi penyampaian anugerah yang telah disempurnakan.Majlis


merakamkan penghargaan kepada En Mohd Amirzal Bin Abdullah kerana sudi
menyempurnakan majlis.

18. Persembahan akhir


Hadirin yang dihormati sekalian,(CIKGU SITI )
Selesai sudah Majlis Penyampaian Anugerah, semoga ini menjadi pendorong
kepada kita semua untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sebagai hiburan terakhir pada hari ini, kita saksikan persembahan


…………………………………………………………………………………………..
Dipersilakan.

19.Selesai persembahan akhir (CIKGU SITI )


Demikian persembahan terakhir kita pada majlis ini.

20. Penutup & Jamuan(CIKGU ZURITA)


Hari Anugerah Cemerlang sesi 2022/2023 hampir sampai ke penghujungnya.
Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kami
ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi
pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SMK Taman Panglima, kami
memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi.

Sekian sahaja, salam hormat, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang dihormati En Mohd Amirzal
Bin Abdullah diiringi Tuan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati
hidangan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai