Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6

TEMPAT : SK TAMAN SUTERA


TARIKH : 28 OKTOBER 2018

TENTATIF 1
(10.00 pagi)
Ibu dan bapa mengambil tempat

TENTATIF 2
(10.30 pagi)

Mengumumkan perarakan masuk para graduan SK Taman Sutera Tahun 2018.

(Masuk melalui pintu belakang)

(Gamelan dimainkan kuat)

(Kemudian gamelan dimainkan perlahan)

Panglima Johor segak bergaya


Srikandi negara cekal taat setia
Melangkah kemas penuh bergaya
Mengecap kejayaan yang dicita-cita
Tabah menempuh duga yang berbisa
Turun naik gunung lembah di mana jua
Bukan mudah menjulang cita yang dibangga
Bukan mudah menjejak mimpi menjadi nyata
Segala impian dan cita pasti berjaya
Bersama tekad dan semangat waja

(Gamelan berhenti apabila graduan semua duduk)

TENTATIF 3
(10.40 pagi)

Mengumumkan perarakan masuk barisan guru-guru Tahun 6 dan guru-guru SK Taman Sutera

(Masuk melalui pintu belakang)

(Gamelan dimainkan)

(Kemudian gamelan dimainkan perlahan)

Gagah melangkah bak pahlawan


Cekalnya hati memberi harapan
Onak dan duri sebagai teman
Menjunjung ilmu dan kepakaran
Atas bahu terpikul harapan
Dengan tabah menempuh seribu duga
Dengan tabah menyampai ilmu bermakna
Semoga segala harapan jaya dilaksana
Bersama tekad dan semangat yang dijana
Bukan mudah menjulang harapan bangsa
Bukan mudah menjejak mimpi warga Negara

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


(Gamelan berhenti apabila semua guru duduk)

TENTATIF 4
(10.45 pagi)

Hadirin hadirat sekelian,

Mengumumkan perarakan masuk Yang Berusaha En. Mohamad bin Sohaini, Guru Besar SK Taman
Sutera Bersama Yang Dihormati En Adam bin Ali, YDP PIBG SK Taman Sutera diiringi para
pentadbir.

Semua hadirin diminta berdiri.

(Perarakan didahului pembawa bunga- bunga pahar)

(Gamelan dimainkan)

(VIP duduk di pentas YDP PIBG duduk di kanan Guru Besar

(Gamelan berhenti. Semua hadirin terus berdiri)

TENTATIF 5

Hadirin hadirat yang dihormati,

Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah. Semua hadirin diminta berdiri.

(Semua berdiri)

(Lagu-lagu dimainkan dan dinyanyikan)

(Lagu tamat, semua duduk dengan tertib tanpa bunyi)

TENTATIF 6

Duduk bersama satu tujuan


Indah majlis gilang gemilang
Kepada Allah doa dipohonkan
Semoga majlis peroleh keberkatan

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Ustaz Dazreen bin Othman untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilaknn.

(Bacaan doa)

TENTATIF 7

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Dazreen bin
Othman atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

TENTATIF 8

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


Sidang Hadirin sekalian,

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Jajaran mengkudu di selang bidara


Di celah angsana meredup di hutan
Awal bismillah pembuka bicara
Majlis gemilang kita raikan

TENTATIF 9

Yang Berusaha, En. Mohamad bin Sohaini, Guru Besar SK Taman Sutera,
Yang Dihormati, En Adam bin Ali, YDP PIBG SK Taman Sutera, barisan guru-guru kanan, barisan
ketua-ketua panitia, guru-guru, para ibu bapa dan graduan yang diraikan sekalian.

TENTATIF 10

Pengisytiharan pembukaan Majlis Penganugerahan Sijil.

Majlis mempersilakan En. Mohamad bin Sohaini, Guru Besar SK Taman Sutera, mengisytiharkan
tujuan majlis dan mengisytiharkan pembukaan Majlis Penganugerahan Sijil. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(GB membuat pengisytiharan)

Pengisytiharan pembukaan Majlis Graduasi

“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya Mohamad bin Sohaini, Guru Besar SK Taman
Sutera dengan ini mengisytiharkan pembukaan Majlis Penganugerahan Sijil SK Taman Sutera
tahun 2018. Tujuannya untuk memberi pengiktirafan daripada pihak sekolah kepada putera
dan puteri SK Taman Sutera yang berjaya menamatkan pembelajaran selama 6 tahun di
sekolah in”

(Gong dimainkan kuat sebanyak 3 kali)

TENTATIF 11

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohamad bin
Sohaini, Guru Besar SK Taman Sutera atas pengisytiharan tujuan majlis dan mengisytiharkan
pembukaan Majlis Penganugerahan Sijil sebentar tadi.

TENTATIF 12

SK Taman Sutera tersergam indah


Dari jauh tampak berseri
Bangunan lama dan baru berganding megah
Pepohon palma berbaris-baris
Pepohon rendang berbanjar-banjar
Dewan ini tempat penyatuan
Pentas utama penyaksian anugerah
Para graduan segak menawan
Memakai jubah indah dan tampan
Tersenyum bangga menerima watikah

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


Hari ini yang penuh keramat
Segala usaha berjuta hikmat
Kepada graduan kami pertaruhkan
Selautan hasrat segunung harapan

Terlebih dahulu, Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih,
terutama kepada Yang Berusaha En. Mohamad bin Sohaini, Guru Besar SK Taman Sutera
Bersama Yang Dihormati En. Adam bin Ali, YDP PIBG SK Taman Sutera dan semua para hadirin
di atas kesudian meluangkan masa, bersama-sama kami dalam menjayakan Majlis
Penganugerahan Sijil pada kali ini. Semoga dengan kehadiran kalian dapat menyuntik bara
semangat kepada para bakal graduan bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan UPSR tahun 2018.

TENTATIF 13

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah kepada putera
dan puteri SK Taman Sutera yang berjaya menamatkan pembelajaran di alam persekolahan
selama 6 tahun di sekolah ini, Seramai 49 orang murid Tahun 6 akan di graduasikan dan
diberikan penganugerahan sijil sebentar lagi.

Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis graduasi tahun 2018 ini diraikan khusus untuk putera-putera dan puteri-puteri SK Taman
Sutera sebagai perangsang kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang
bakal diceburi, terutamanya dalam bidang akademik.

Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh
bermakna dalam lipatan sejarah para graduan. Diharapkan ia dapat di jadikan obor semangat
kepada para graduan untuk menempa kejayaan yang lebih gemilang pada hari mendatang.

Kepada para bakal graduan SK Taman Sutera, diharap sentuhan majlis ini juga dapat
membuatkan anakanda putra dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah
dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SK Taman Sutera. Kami berharap, anakanda putra dan
puteri menjadi dewasa yang matang, luhur dan dan berbudi mulia apabila mendepani alam
remaja di sekolah menengah.

TENTATIF 14

Para hadirin hadirat yang dimuliakan,

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Dihormati, En Adam bin Ali untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan mewakili para ibu bapa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(Ucapan Tuan Pengetua)

TENTATIF 15

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh YDP PIBG SK Taman Sutera.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

TENTATIF 16

Hadirin hadirat warga dewan yang dimuliakan,

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


Kini majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Mohamad bin
Sohaini, Guru Besar SK Taman Sutera, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan Majlis Penganugerahan Sijil SK Taman Sutera tahun 2018. Majlis dengan
penuh rasa takzim mempersilakan.

(Ucapan GB)

TENTATIF 17

Berilah kami haluan kemudi


Pengubat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Amanat tuan jadi pegangan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
ucapan dan amanat itu tadi.

TENTATIF 18

Hadirin hadirat warga dewan sekelian,

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah dan sijil graduasi kepada
graduan-graduan SK Taman Sutera.

Terdapat beberapa anugerah yang bakal di anugerahkan kepada para graduaan sebentar lagi.
Anugerah itu adalah Anugerah Guru Besar dan hadiah-hadiah sepanjang pasca UPSR.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati, En Adam
bin Ali untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, En Mohamad bin Sohaini bagi
menyempurnakan penyampaian anugerah. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

TENTATIF 19

Majlis dimulakan dengan mempersilakan penerima anugerah sijil graduasi kepada 49 orang
murid SK Taman Sutera.

Majlis mempersilakan penerima sijil graduasi dimulakan dengan penerima:

Tahun 6 Dinamik
Tahun 6 Efisien

TENTATIF 20

Seterusnya majlis mempersilakan penerima Anugerah Guru Besar. Dimulakan dengan penerima

Anugerah Murid Contoh


Anugerah Peningkatan Akademik Dinamik
Anugerah Peningkatan Akademik Efisien
Anugerah Bakat Melukis
Anugerah Pemidato
Anugerah Murid Asli Cemerlang

TENTATIF 21

Berikut diumumkan pemenang-pemenang hadiah Pasca UPSR. Majlis mempersilakan penerima


hadiah bagi pertandingan :

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


Liga Futsal Lelaki –
Liga Futsal Perempuan –
Liga Futsal Bola Baling Lelaki –
Liga Futsal Bola Baling Perempuan –
Pertandingan Memasak –
Pertandingan Rekaan Kreatif –

TENTATIF 22

Demikianlah tadi berakhirnya pemyampaian anugerah-anugerah, sijil-sijil graduasi dan hadiah-


hadiah Program Pasca UPSR yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tetamu Kehormat
atas kesudian menyempurnakan penyampaian anugerah-anugerah, sijil-sijil dan hadiah
tersebut.

(Tetamu kehormat duduk)

TENTATIF 23

Cantik jambangan bunga disusun,


Bunga orkid, cempaka, melati
Budimu bagaikan air terjun,
Mengalir terus tanpa henti.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berusaha, En. En Muhamad bin Sohani, Guru BEsar SK Taman Sutera,Yang Dihormati, En
Adam bin Ali, YDP PIBG SK Taman Sutera, semua ahli jawatankuasa kerja Majlis Graduasi
Tahun 6, 2018 yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya, barisan guru-guru, para
ibu bapa, para penyumbang dan graduan yang diraikan sekalian.

Pulau Pandan Jauh di tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Pisang emas dibawa belayar


Masak sebiji di dalam peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Hari ini bertanam jagung


Hari esok bertanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai

TENTATIF 24

Pengisytiharan penangguhan Majlis Penganugerahan Sijil SK Taman Sutera 2018.

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


Majlis mempersilakan En. Muhamad bin Sohaini, Guru Besar SK Taman Sutera mengisytiharkan
penangguhan Majlis Graduasi Tahun 6, 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Pengetua membuat pengisytiharan)

Pengisytiharan penangguhan Majlis Graduasi

“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya En. Muhamad bin Sohaini, Guru Besar SK
Taman Sutera dengan ini mengisytiharkan penangguhan Majlis Penganugerahan Sijil Tahun 6,
2018.”
(Gong dipalu kuat 3 kali)

TENTATIF 25

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar.

TENTATIF 26

Sidang hadirin yang dimuliakan,


Dengan ini selesailah sudah Majlis Penganugerahan Sijil Tahun 6, 2018.

Inilah yang dikatakan,


Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan

Akhir kata, marilah kita hayati

Gurindam Dua Belas Pasal Yang Kelima:

Jika hendak mengenal orang berbangsa,


lihat kepada budi dan bahasa.
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat meminggirkan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Terima kasih sekalung budi,


Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan
sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum....

TENTATIF 27

Hadirin hadirat yang dihormati,

Nyanyian Lagu Negaraku. Semua hadirin diminta berdiri.

(Semua berdiri)

(Lagu Negaraku dimainkan dan dinyanyikan)

TENTATIF 28

Mengumumkan perarakan keluar Tetamu Kehormat, para jemputan dan guru-guru. Warga
dewan diminta berdiri.

(Tetamu turun dari pentas, berjalan di tengah dewan menuju ke belakang dan keluar melalui
pintu belakang. Diikuti oleh para jemputan dan guru-guru)

(Gamelan dimainkan)

(Gamelan terus dimainkan)

TENTATIF 29

Mengumumkan perarakan keluar para graduan.

(Gamelan dimainkan)

TENTATIF 30

Sesi fotografi

TENTATIF 31

Jamuan makan tengah hari

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA

Anda mungkin juga menyukai