Anda di halaman 1dari 7

BAHASA

MELAYU
TINGKATAN 1
KERTAS 1
PEMINDAHAN MAKLUMAT (RINGKASAN)
PANDUAN MENJAWAB
SOALAN RINGKASAN
 Pelajar diminta untuk menulis ringkasan berdasarkan satu petikan umum.
 Pelajar dikehendaki menulis ringkasan tidak melebihi 100 patah perkataan.
 Pelajar perlu menulis ringkasan dengan memasukkan sekurang-kurangnya
lima isi penting.
 Pelajar perlu menulis ringkasan dalam satu perenggan dengan ayat yang
gramatis.
 Gunakan penanda wacana untuk menghubungkan ayat-ayat.
LATIH TUBI
SOALAN
RINGKASAN
(Rujuk Buku Latihan Kerja Get Ready Praktis
Topikal PT3 Bahasa Melayu Muka Surat 38)
BAHAGIAN C -
PEMINDAHAN
MAKLUMAT
(RINGKASAN)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kepentingan pengurusan kewangan. Panjangnya ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pengurusan kewangan merujuk aktiviti individu menguruskan sumber kewangan yang terhad
bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka yang tidak terhad. Bagi remaja, aspek
pengurusan kewangan sering dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran. Pengaruh faktor
dalaman melibatkan pengurusan kehendak diri, persepsi diri terhadap sesuatu, emosi, tekanan,
dan aspek psikologi yang lain. Semua perkara yang bersifat dalaman ini akan memberikan
pengaruh yang besar terhadap remaja semasa mengambil keputusan untuk memperoleh sumber
kewangan dan membelanjakan sumber kewangan tersebut. Manakala faktor luaran pula
melibatkan aspek persekitaran yang mampu memberikan pengaruh kepada remaja.
Remaja yang bijak mengurus wang dengan teliti Tabiat menabung yang diamalkan setelah
tamat tingkatan lima atau tingkatan enam di sekolah. Bagi menjalani kehidupan yang menuntut
peruntukan kos hidup yang tinggi, pengurusan kewangan yang berhemat seperti melakukan
tabungan yang sistematik dan berterusan terutamanya yang berlokasi di bandar besar. Selain itu,
sekiranya remaja gemar menabung, tidak mustahil simpanannya nanti seperti pembelian
kenderaan untuk pergi ke tempat kerja.
Walaupun remaja mempunyai aliran masuk wang daripada sumber yang terhad seperti ibu
bapa dan biasiswa atau pinjaman pendidikan, remaja yang cekap mengurus kewangannya.
Remaja yang bijak menguruskan kewangan akan berbelanja mengikut kemampuannya. Mereka
akan merancang hala tuju sumber kewangan dibelanjakan supaya tidak terperangkap dalam beban
hutang yang dicipta sendiri. Dengan itu, mereka dapat mengelak daripada terjerat dengan masalah
hutang sehingga jatuh muflis.
Pengurusan kewangan amat perlu kita amalkan. Kita dapat merancang
masa depan dengan lebih strategik. Selain itu, kita juga dapat membantu
untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Seterusnya,
dapat membantu menampung perbelanjaan tertentu ketika menuntut di
institusi pengajian tinggi. Di samping itu, kita juga dapat membantu untuk
memulakan pekerjaan kita yang mungkin akan memerlukan membelanjakan
sejumlah wang yang besar. Akhirnya, kita tidak akan terbelenggu dengan
masalah kekurangan wang saku jika kita menggunakan wang yang ada
dengan sebaik-baiknya.

(76 patah perkataan)


TUGASAN KERJA
RUMAH 23 MEI 2021
Sila lengkapkan Latihan Ringkasan Muka Surat 53 (Buku
Latihan Kerja Get Ready Praktis Topikal PT3 Bahasa
Melayu)

Anda mungkin juga menyukai