Anda di halaman 1dari 3

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAN KAMPONG BUKIT CHENDERING


TAHUN 2022

Bahagian Teks Catatan


Irama beralun gendang dipalu…
Pembuka Langkah diayun berpasang-pasangan
65 tahun telah berlalu.
Malaysia megah menyambut kemerdekaan..

bismillahirahmanirahim
Alhamdulillahirabbilalamin
Wasolatuwassolatuala asrofilanbiya walmursalin,
waalaalihi wasohbihi ajmain.
Rabbisohrisodri,wayasriliamri wahluuqdatan minlisaani
yafqahuqauli.

Yang berusaha En Mohd Shamsudin bin Mahmood,


Yang dihormati Encik Ahmad Nazim bin Jusoh, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang dihormati, Puan Siti Halijah binti Ramli,Guru
Penolong kanan hal ehwal murid,
Yang dihormati, Encik Ahmad Yusri bin Yusof, Guru
penolong kanan ko-kurikulum.

Guru, guru dan murid-murid yg dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana di


pagi yg berbahagia dan ceria ini kita dapat bersama-
sama berkumpul bagi memeriahkan satu lagi program
bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan 65
tahun Malaysia iaitu Sambutan Ambang Merdeka.

Begitu pantas detik masa berlalu,kita bakal


menyambut kemerdekaan malaysia esok lagi dengan
penuh kedamaian.ini jelas membuktikan betapa
beruntungnya kita sebagai rakyat malaysia,hidup di
bumi bertuah ini.

Bacaan doa Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,,dipersilakan


Ustaz Kamarudin bin Ali untuk mengetuai bacaan doa.

amin.amin ya rahbal alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al


fadhil Ustaz Kamarudin bin Ali atas bacaan doa itu
tadi.

Ucapan Tuan Hadirin sekalian,


Guru Besar Sebagai pembuka tirai, majlis diteruskan ucapan Tuan
Guru Besar, Encik Ahmad Shamsuddin bin Mahmood.
Majlis mempersilakan,.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Guru Besar atas ucapan beliau itu tadi.
Seterusnya marilah sama-sama menghayati seni kata
lagu Tanggal 31 oleh Allahyarham Sudirman Hj
Arshad untuk menyemarakkan lagi semangat
kemerdekaan di dalam diri kita. Lagu ini akan
dipersembahkan oleh murid-murid Pra Sekolah. Majlis
dengan ini mempersilakan.

Begitu bersemangat anak-anak Pra Sekolah


menyanyikan lagu itu tadi. Tahniah diucapkan. Untuk
makluman hadirin hadirat sekalian, persembahan itu
dipimpin oleh Puan Hanida binti Muda.

Hadirn dan hadirat sekalian,


Persembahan
Sajak Bagi meneruskan majlis sambutan ambang
kemerdekaan pada pg ini, dengan sukacitanya
dijemput Adik Nur Raisya Batrisyia binti Mohd
Wahyudy dari Kelas 6 Bestari ke pentas untuk
mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk 31 Ogos
Tiba Lagi Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik


Nur Raisya Batrisyia atas persembahan yang begitu
bersemangat itu tadi.

Lagu patriotik Hadirin hadirat sekalian,

Seterusnya bagi menzahirkan rasa bangga menjadi


warganegara malaysia, marilah sama-sama kita
menyanyikanm lagu Tanggal 31 dan Jalur Gemilang.
Justeru itu, semua guru di minta ke pentas. Semua
murid diminta berdiri tegak untuk menyanyikan lagu
dengan penuh semangat.

Begitulah tadi nyanyian yang penuh bersemangat oleh


semua guru dan murid., Hadirin diminta terus berdiri.

Laungan
Merdeka Seterusnya, majlis menjemput ustaz Ahmad Yusri
bagi mengetuai laungan merdeka sebanyak 7 kali .
Semua murid diminta berdiri tegak.

MERDEKA 7X

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz


Ahmad Yusri bin Jusoh atas laungan MERDEKA itu
tadi.

penutup Dengan laungan MERDEKA itu tadi, maka berakhirlah


majlis sambutan ambang merdeka peringkat sekolah
bagi tahun 2022 . Majlis turut merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua guru dan murid atas
kesudian memeriahkan majlis kita pada hari ini. Saya
akhiri majlis ini dengan dua rangkap pantun,

Tumbuh lada di pohon bidara


Tumbuh dengan pokok kuini
Kibar bendera cintakan Negara
Rakyat aman hidup harmoni

Teriak merdeka memecah angkasa


Mengubat derita berabad lama
Kekalkan jati diri bangsa
Moga merdeka kekal selamanya

Wabilahitaufikwalhidayah,wasalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai