Anda di halaman 1dari 4

TEKS MC PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN

AGENDA TEKS CATATAN


Sambut merdeka sekali setahun
Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 62 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Salam sejahtera mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara
KATA ALUAN
Yang Berusaha Encik Sandak Anak Remang, Pengetua SMK Julau No.2

Yang Dihormati Encik Autherben Anak James Tutong Penolong Kanan Akademik,

Encik Casimir Anak Ato Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Faridzul Abdullah, Penolong Kanan Ko-kurikulum

Ketua-ketua bidang, rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sebagai pembuka acara, majlis menjemput para guru dan murid berdiri dan bersama-
sama menyanyikan lagu Kebangsaan Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu Ibu Pertiwiku. TDF

LAGU NEGARAKU Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi dan para hadirin dipersilakan duduk.
LAGU IBU
PERTIWIKU
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan
kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, dapat kita berkumpul bersama bagi
menjayakan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2019.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat

BACAAN DOA Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Mohd Fadilah Bin Junaidi untuk memimpin
bacaan doa sekaligus memberkati majlis kita pada pagi ini. Pada yang bukan beragama USTAZ
Islam, sama-sama kita berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Fadilah Bin Junaidi yang telah sudi
memimpin bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan daripada ketua bidang Ilmu Kemanusiaan CIKGU STANLEY
merangkap pengerusi bagi Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2019.
UCAPAN CIKGU Majlis mempersilakan.
STANLEY

Dini hari mengail ikan,


Dapat seekor ikan haruan, PENGETUA
Tuan pengetua kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan

UCAPAN PENGETUA Dijemput Yang Berusaha Encik Sandak Anak Remang, Pengetua SMK Julau No.2 untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Bulan
Kemerdekaan Peringkat Sekolah tahun 2019. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik
Sandak Anak Remang atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sekaligus
merasmikan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun 2019. Dengan itu maka
rasmilah Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah tahun 2019.
GIMIK PERASMIAN Hadirin sekalian,
PJK
Sekali lagi kita akan dipersembahkan dengan gimik perasmian Majlis Sambutan Bulan
Kemerdekaan Peringkat Sekolah, iaitu dibawah pimpinan guru-guru Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. Dipersilakan.

Demikianlah tadi, gimik perasmian Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat


Sekolah 2019.
Hadirin sekali lagi diminta untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu tema
hari kebangsaan “Sayangi Malaysiaku, Malaysiaku Bersih” dan lagu patriotik Jalur
Gemilang seterusnya lagu Dirgahayu SMK Julau No.2.

Hadirin yang dihormati sekalian,


DEKLAMASI SAJAK Majlis kita akan dihangatkan lagi dengan persembahan pertama wakil daripada Kelab KELAB BI
BI Bahasa Inggeris yang akan mendeklamasikan sajak dalam Bahasa Inggeris.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

NYANYIAN LAGU Hadirin dan hadirat sekalian,


TEMA HARI TDF
KEBANGSAAN Sesungguhnya kita bangsa bertuah kerana dilahirkan dalam negara yang merdeka.
Justeru marilah kita bersama-sama terus memelihara kemerdekaan ini dengan
menunjukkan semangat kemerdekaan melalui sambutan bulan Patriotisme pada
tahun ini. Dengan ini marilah kita bersama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu tema
Hari Kebangsaan 2019 “SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH” dan seterusnya
lagu Dirgahayu SMK Julau No.2

LAGU SEKOLAH DIRGAHAYU SMK JULAU NO.2 TDF

Terima kasih diucapkan kepada semua.


Perasmian Sambutan Kemerdekaan terlaksana sudah.
Kita berbangga menjadi rakyat Malaysia,
Marilah kita bertepuk tangan,
PENUTUP Memberikan sokongan 62 tahun kemerdekaan,
Malaysiaku Gemilang.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai