Anda di halaman 1dari 2

TEKS MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 2019

Sambut merdeka sekali setahun


Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 62 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Bismilllahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum WBT

Yg Berusaha Tn Hj Ahmad Riduan Bin Ismail, Gurur Besar Sekolah

Kebangsaan Seri Jong,

Yang Dihormati Pn Zuhaile Bt Rasedin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yg Dihormati En Khairul Nizam Bin Abu Bakar,  GPK HEM.

Yg Dihormati En Mohd Nor Hisham Bin Shuhaimi, GPK KoKurikulum

Yg Dihormati Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...

Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn
limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Penutupan
Bulan Kebangsaan  peringkat sekolah bagi tahun 2019 pada pagi ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, sesungguhnya kita bangsa bertuah kerana dilahirkan dalam
negara yang merdeka. Justeru marilah kita bersama-sama terus memelihara kemerdekaan ini
dengan menunjukkan semangat kemerdekaan melalui sambutan bulan Kebangsaan pada tahun
ini.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat

Dijemput dengan segala hormat, Ustaz Abdullah Bin Abd Rahman untuk memimpin bacaan
doa.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdullah Bin Abd Rahman yg telah sudi memimpin
bacaan doa.
Pohon kerjasama kepada semua hadirin , berdiri tegak dan sama-sama menyanyikan lagu
negaraku.

Terima Kasih, hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.

UCAPAN PENUTUP

Dini hari mengail ikan,


Dapat seekor ikan haruan,
Tuan Guru Besar kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput Yang  Berusaha Tuan Hj Ahmad Riduan Bin Ismail, Guru Besar SK Seri Jong
untuk menyampaikan ucapan  dan seterusnya menutup rasmi Majlis Sambutan Bulan
Kebangsaan Peringkat Sekolah tahun 2019.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang  Berusaha Tuan Hj  Ahmad
Riduan Bin Ismail atas kesudian menyampaikan ucapan dan menutup rasmi Majlis
Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 

ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin dan hadirat sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian
hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah diljalankan sepanjang
sambutan Bulan Kebangsaan.

Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan  Yang Berusaha Tn Hj Ahmad
Riduan Bin Ismail, Guru Besar Sk Seri Jong untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Riduan
Bin Ismail atas kesudiaan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Kini tibalah masanya kita untuk bersama-sama menyanyikan  lagu-lagu patriotik. Diminta
semua guru dan pelajar berdiri dan bersedia untuk menyanyi bersama-sama.

LAGU “MALAYSIA BERSIH”

Dengan berakhirnya lagu tadi maka berakhirlah Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan
Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Jong bagi tahun 2019

Anda mungkin juga menyukai