Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS- HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SK MEGAT DEWA 2019

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , En. Rosli bin Din, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Megat Dewa ke dalam dewan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berusaha,

En. Rosli bin Din, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Megat Dewa

Encik Ramli bin Raoh Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Megat
Dewa

Yang Dihormati

En. Asri bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Azrul bin Abd. Khatib, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Mohammad Izzani bin Hairol, Penolong Kanan Kokurikulum

Seterusnya AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Megat Dewa,


rakan-rakan guru, para waris dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersongkok sampin segak bergaya


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka
kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah
sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat
berkumpul di ………………………………………………………………………..
ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi
tahun 2019.

(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Amri b Daud
bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

[Siti Ruhana]

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan Guru Besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan
yang berusaha, En. Rosli bin Din, Guru Besar SK Megat Dewa untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan sambutan Hari Raya Aidilfitri
Sekolah Kebangsaan Megat Dewa bagi Tahun 2019..
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang


Berbahagia. Tuan pengetua.

Acara kita diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada


Peserta Tadarus Al Quran bagi Tahun 2019.

Untuk itu saya dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan En. Rosli bin
Din , Guru Besar SK Megat Dewa untuk menyampaikannya.
Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada En. Rosli bin Din, Guru Besar SKMD atas
kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati itu tadi.
(6) JAMUAN

Nasi beriyani menu utama


Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang
telah disediakan. Sambil menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu
raya sepanjang zaman. Para pelajar bolehlah beramah mesra sambil menjamu
selera dengan para guru, ini ibarat rumah terbuka warga SMKPNZ, jadi jangan
malu-malu, jangan segan-segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh
guru-guru dan ada juga yang disumbangkan oleh para pelajar sendiri.

[Siti Ruhana]
(7)
PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan
didendangkan oleh pelajar.

{1}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}

[Che Faridah]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi


diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.
(8) PENUTUP

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil


kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis
sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan
meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama
yang diberikan bagi meharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir


Batin.
Posted by ANNA SR at 3:27 AM

Anda mungkin juga menyukai