Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS- HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKB2PH 2022

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia, Puan Hasliani Bt Mohd Hamali, Guru Besar SK Bandar 2 Paloh Hinai
En. Daud bin Idris, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Rameli bin Yaakub, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn Norazian bt Zainol Abidin, Penyelaras Menengah
Kaunselor sekolah, rakan-rakan guru dan AKP,para pelajar serta seluruh Warga SK Bandar 2
Paloh Hinai yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersongkok sampin segak bergaya


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita
berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di dataran ini bagi meraikan
majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah kebangsaan Bandar 2 Paloh Hinai bagi
tahun 2022.

DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu
dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan En.Hafizuddin bin Mohd Zainuddin bagi
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

terima kasih En.Hafizuddin atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang
berlangsung diberkati oleh Yang Maha Esa.
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi minyak pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Puan Guru Besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang
berbahagia, Puan Hasliani Bt Mohd Hamali, Guru Besar SK Bandar 2 Paloh Hinai untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia.
Puan pengetua atas ucapan itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan aktiviti sempena Sambutan Hari Raya. Untuk makluman
semua,aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan mewarna bagi Pra sekolah dan tahap 1,
Pertandingan membuat sampul raya untuk tahap 2 dan Pertandingan melukis poster raya
untuk pelajar menengah yang bertempat di kelas masing-masing. Diminta AJK Kawalan
murid untuk mengawal kelas sepanjang aktiviti berlangsung.

***Murid akan berkumpul di dataran**


Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan:
…………………………………………….
Diminta para tetamu jemputan serta guru-guru dan AKP untuk mengambil tempat di dalam
dewan.

Nasi Minyak menu utama,


Lontong dan rendang tidak dilupa,
Kek dan kuih tersedia di meja
Apa lagi jomlah kita jamu selera.
Majlis menjemput …………………… untuk memimpin bacaan doa makan.

Dipersilakan semua tetamu jemputan, guru-guru, AKP dan murid untuk menjamu selera
dengan juadah yang telah disediakan.
Sambil menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman.
PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan murid ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan
oleh :

{1}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikianlah tadi berakhirnya persembahan guru dan murid. Terima kasih sekalung budi
diucapkan kepada semua guru dan murid yang menjayakan persembahan itu tadi.

Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan di
penghujung waktu ini untuk memohon ampun sekiranya ada tersalah bicara,mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan
Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat berlangsung dengan meriahnya. Terima kasih
juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi meharmonikan
majlis ini. Sekian majlis bersurai.
Wabillahitaufiqwalhidayahwassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai