Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI SK KABOGAN BAGI TAHUN 2022/2023

Murid yang dikasihi sekalian,


Majlis akan bermula sebentar lagi, diminta semua murid senyap dan tumpukan perhatian kepada
majlis yang akan berlangsung.
Tindakan Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Salahuddin Al Ayubi.
Pengumuman Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, Tuan Haji Hatta bin Haji
Lisani diiringi oleh Yang Berusaha, Puan Maria binti Hj Omar Baki,
En. Kamul bin Kamarudin, Guru Besar SK Kabogan, barisan
pentadbir, Yang di Pertua PIBG serta guru-guru dan Anggota
Kumpulan Pelaksana SK Kabogan.
Nyanyian lagu Hadirin sekalian diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku.

(Nyanyian lagu)

Hadirin dipersilakan duduk.


Salutasi Assalamualaikum salam sejahtera,
Pembuka kata lidah bicara,
Izinkan saya mulakan acara,
Semoga majlis disambut ceria.

Kalau pengayuh sayang dibasahkan,


Takkan kita sampai ke seberang,
Harap semua berikan perhatian,
Majlis anugerah bermula sekarang.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Hatta bin Haji Lisani,
Focal Person PIBG
PPD Semporna,

Yang Berusaha,
Puan Maria binti Hj Omar Baki
Pegawai SISC+
PPD Semporna
Yang Berusaha,
Encik Kamul bin Kamarudin,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kabogan.

Encik Abdul Nasip bin Hj. Abdullah,


Penolong Kanan Pentadbiran.

Puan Hajah Nuriah binti Haji Sanani


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Puan Noormah binti Haji Mohd Yunus,


Penolong Kanan Kokurikulum.

Tuan Haji Eskolali bin Abdujari


Penolong Kanan Petang.

Yang dihormati,
Encik Aliasah bin Abdul Lima,
Pengerusi PIBG SK Kabogan,

barisan guru, anggota kumpulan pelaksana serta murid-murid


yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Majlis Apresiasi
Sekolah Kebangsaan Kabogan bagi sesi persekolahan 2022/2023

Ucapan aluan Tangkas laksamana menyembah tari,


Merbah berlaga meniti batang,
Hadirnya tuan-puan menambahkan seri,
Kami ucapkan selamat datang.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di


atas limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis
Apresiasi Sekolah Kebangsaan Kabogan Semporna. Untuk
makluman hadirin, majlis apresiasi ini adalah untuk meraikan,
menghargai serta mengiktiraf murid di SK Kabogan yang telah
mendapat penilaian terbaik dalam Pentaksiran Berterusan Bilik
Darjah, Ujian Akhir Sesi Akademik serta Kehadiran Terbaik
sepanjang sesi persekolahan 2022/2023. Tidak dilupakan juga
Anugerah Khas buat guru-guru Sekolah Kebangsaan Kabogan.
Bacaan doa Cerah bulan menyuluh bungaan,
Sinaran kejora di malam pekat,
Jemputlah tuan ketuai bacaan,
Panjatkan doa memohon berkat.

Hadirin yang dimuliakan sekalian,

Bagi memberkati majlis pada hari ini, marilah kita menadah tangan
bagi mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadil
Ustaz Solahuddin bin Musa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
>>>>>
Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan guru Emas tempawan buat puteri,


besar Busana indah tampil bergaya,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata pujangga.

Seterusnya,
Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang
Berusaha, Encik Kamul bin Kamarudin, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kabogan bagi menyampaikan ucapan beliau. Dengan
segala hormatnya mempersilakan.
>>>>>>>
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.
Ucapan Tengah permatang jalan berteman,
perasmi Harum bauan bunga kasturi,
Selamat datang tuan budiman,
Hadirnya tuan menambah seri.

Ke tengah lautan mendayung sampan,


Menuju ke kota mencari bejana,
Sudilah tuan menyampaikan ucapan,
Menyusun kata perasmian dilaksana.

Hadirin sekalian, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan


Yang Dihormati Tuan Haji Hatta bin Haji Lisani, Focal Person
PIBG PPD Semporna untuk menyampaikan ucapan perasmian
Majlis Apresiasi Sekolah Kebangsaan Kabogan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.


>>>>>>>
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan dan kesudian
merasmikan majlis pada hari ini.
Persembahan Dari Kedah ke Kuala Perlis,
1 Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan tari memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Bagi memeriahkan majlis pada hari ini, dijemput Kumpulan Tarian


Sekolah Kebangsaan Kabogan untuk mempersembahkan tarian
Magunatip. Dipersilakan.
>>>>>
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu memukau
sebentar tadi.
Penyampaian Terbang tinggi si burung helang,
anugerah 1 Berkicau kenari sambil berterbangan,
Insan cemerlang negara terbilang,
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah bagi Murid


Terbaik dalam Penilaian Berterusan Bilik Darjah bagi murid Pra
Sekolah, PPKI dan Tahap 1_.

Bagi menyampaikan anugerah , dijemput Yang Dihormati Encik


Aliasah bin Abdul Lima, Pengerusi PIBG SK Kabogan diiringi oleh
Yang Dihormati Encik Eskolali bin Abdujari, Penolong Kanan
Petang SK Kabogan. Dipersilakan.
Penerima anugerah pelajar terbaik (baca senarai penerima)

>>>>>

Terima kasih diucapkan di atas penyampaian anugerah sebentar


tadi.
Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian anugerah murid
anugerah 2 terbaik PBD bagi tahap 2 ,anugerah pelajar cemerlang bagi Ujian
Akhir Sesi Akademik (UASA) serta Program Kasih Cemerlang
(Kelas Pintar).

Bagi menyampaikan anugerah, majlis dengan sukacitanya


menjemput Encik Abdul Nasip, Penolong Kanan Pentadbiran bagi
mengiringi Yang dihormati Tuan Haji Hatta bin Haji Lisani bagi
menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

>>>>>

Terima kasih diucapkan diatas penyampaian itu tadi dan tahniah


kepada semua penerima anugerah.
Persembahan Hadirin yang dihormati sekalian,
2 Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Koir oleh Kumpulan
Koir Sekolah Kebangsaan Kabogan dengan tajuk lagu Sabah
Ginawoku. Majlis mempersilakan.

>>>>

Terima kasih diucapkan kepada di atas persembahan itu tadi.


Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian anugerah kepada
anugerah 3 pelajar yang mencatatkan kehadiran terbaik sepanjang sesi
persekolahan tahun 2022/2023
Oleh itu, majlis menjemput Puan Hajah Nuriah, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid bagi mengiringi, Puan Maria binti Hj Omar Baki ,
Pegawai SISC+ Pejabat Pendidkan Daerah Semporna untuk naik
ke atas pentas bagi menyampaikan anugerah.
(baca senarai pemenang)

Terima kasih diucapkan diatas penyampaian itu tadi dan tahniah


kepada semua penerima anugerah.
Anugerah Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas Guru bagi
4 Unit Kurikulum,Unit Kokurikulum dan Unit Hal Ehwal Murid.

Oleh itu, majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Kamul bin


Kamarudin, Guru Besar SK Kabogan diiringi oleh Encik Abdul
Nasip bin Haji Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran SK
Kabogan, bagi menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah.
Majlis mempersilakan.

>>>>>
Terima kasih diucapkan atas kesudian tuan guru besar
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Diminta Tuan Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran untuk


kekal berada di atas pentas untuk menyampaikan cenderahati
kepada tetamu jemputan kita pada hari ini.

Dijemput Tuan Haji Hatta bin Haji Lisani selaku perasmi majlis
untuk naik ke atas pentas bagi menerima cenderahati daripada
pihak sekolah.
Seterusnya, dijemput Puan Maria binti Hj Omar Baki bagi
menerima cenderahati daripada pihak sekolah.

Seterusnya, dijemput Encik Abdul Nasip ,Penolong Kanan


Pentadbiran untuk menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru
Besar Encik Kamul bin Kamarudin.

Penutup Bersyukur kini kami panjatkan,


majlis Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi,


maka berakhirlah sudah Majlis Apreseasi Sekolah Kebangsaan
Kabogan Bagi Sesi 2022/2023.

Bersuara lunak puteri raja,


Nyanyian pesona bangkit indera,
Santapan enak penuh di meja,
Sudilah semua menjamu selera.

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Tuan Haji Hatta bin


Haji Lisani, Puan Maria binti Hj Omar Baki, Encik Aliasah bin Abdul
Lima dan barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Kabogan untuk
menjamu selera di Pusat Sumber Sekolah.

Akhir kata, kami memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan


sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari
Allah, yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri.
Kami sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum
warahmatullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai