Anda di halaman 1dari 3

1

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UJIAN DIAGNOSTIK 2 SPM
SMK SUNGAI UDANG TAHUN 2020

TARIKH : 9 NOVEMBER 2020 (ISNIN)

EMCEE ACARA TEKS


Nyanyian Para hadirin yang dihormati,
lagu Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu
Negaraku Negaraku
Diminta semua guru dan murid bersedia dan berdiri.

>>> Nyanyian lagu Negaraku

Hadirin dipersilakan duduk.


Bacaan doa Hadirin sekalian,
Bagi memuliakan majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz
Hasril Amir Bin Hashim untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

>>>bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Ustaz Hasril Amir bin Hashim atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


Selamat sejahtera,

Sidang Hadirin sekalian,

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berusaha, En Azmi Bin Kasim, Pengetua SMK Sungai


Udang,

Yang dihormati,Pn Hjh Rosni Binti Daud, Guru Penolong


kanan pentadbiran,

Pn. Talizah binti …, GPK Hal Ehwal Murid


Pn. Norliza binti Nasron, GPK Ko-Kurikulum,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru, serta murid-
murid sekalian.
2

Ucapan aluan Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan kurniaan


pengerusi rahmatnya, dapatlah kita sama-sama berkumpul pada hari
majlis yang berbahagia ini bagi menjayakan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Ujian Diagnostik 2 SPM Tahun 2020.

Hadirin sekalian,
Majlis hari ini merupakan penghargaan daripada pihak
sekolah kepada murid tingkatan 5 yang memperoleh
keputusan cemerlang dalam UD2 dan penghargaan kepada
semua murid yang akan menamatkan pembelajaran setelah
5 tahun berada di alam persekolahan.

Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis


dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan
sejarah murid-murid yang bakal menduduki SPM tahun ini.
Diharapkan ia dapat dijadikan obor semangat untuk
menempa kejayaan yang lebih gemilang pada masa kaan
datang.
8.50am Ucapan Hadirin sekalian,
pengetua Sebagai pembuka tirai majlis pada pagi ini, dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan Yang berusaha En.
Azmi Bin Kasim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Udang, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

>>>> Ucapan pengetua


9.40am Penyampaian Hadirin sekalian,
Layak Sijil Majlis seterusnya ialah penyampaian sijil kepada murid-
tingkatan 5 murid yang layak menerima sijil tamat tingkatan 5

Sehubungan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha En. Azmi bin Kasim dengan diiringi oleh Pn.
Hjh Rosni binti Daud,GPK Pentadbiran untuk menjemput
dan mengiringi bagi menyempurnakan penyampaian
anugerah. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan mempersilakan penerima anugerah


sijil tamat tingkatan 5 kepada ….. orang murid SMK Sungai
Udang. Dipersilakan penerima pertama
>>> BACA SENARAI NAMA MURID LAYAK TERIMA SIJIL
Pencapaian Hadirin sekalian,
terbaik UD2 Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah
mengikut pencapaian tertinggi kecemerlangan UD2.Seterusnya majlis
kelas mempersilakan penerima anugerah murid terbaik dalam
tingkatan.
Dipersilakan penerima:
>>> ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK UD2 MENGIKUT
3

KELAS
Anugerah Seterusnya adalah penyampaian anugerah pencapaian mata
pencapaian pelajaran terbaik. Majlis dimulakan dengan penerima mata
terbaik mata pelajaran terbaik ….
pelajaran

>>>ANUGERAH PENCAPAIAN MATA PELAJARAN TERBAIK

Penyampaian Hadirin sekalian, majlis seterusnya adalah penyampaian


Anugerah Anugerah terbaik keseluruhan tingkatan 5
terbaik
keseluruhan Dipersilakan …
tingkatan 5 >>>> ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN TINGKATAN 5

Majlis Hadirin sekalian,


ditangguhkan Maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan
Ujian Diagnostik 2 SPM SMK Sungai Udang bagi Tahun
2020.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang


terlibat bagi menjayakan majlis yang bersejarah ini.

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon


maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang
perjalanan majlis ini.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum


W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai