Anda di halaman 1dari 9

BI MC TEKS

L
1 Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Guai Sesi Akademik 2022/2023

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

2 Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berbahagia Tuan Haji Saifuddin


bin Ibrahim, YDP PIBG, dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar, Guru-guru
Penolong Kanan, dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Pohon selasih tumbuh sebatang,


Sayang merbah di dahan cemara;
Terima kasih dan selamat datang,
Kalimah Bismillah pembuka bicara.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Lagu Allah Selamat Sultan
Kami dan Lagu Sekolah. Dif-dif jemputan dan para hadirin mohon berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)
….…………………………….(Lagu Allah Selamat Sultan Kami)
….…………………………….(Lagu Sekolah)

Terima kasih……. semua hadirin dijemput duduk.


3 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Kuntum melati tumbuh melata


Membuat sarang si burung tempua,
Assalamualaikum pembuka kata
Selamat datang untuk semua

Ulik mayang nyanyian asli,


Dilagu si gadis merdu sekali;
Terima kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Saifuddin bin Ibrahim
YDP PIBG,
Yang Berusaha,
En. Muhamad Farid Bin Yaakub
Guru Besar SK Guai,

Yang Berusaha barisan Guru Penolong Kanan, dif-dif jemputan


AJK PIBG,para guru, ibu bapa,murid-murid yang diraikan dan
hadirin serta hadirat sekalian.

Para hadirin yang dihormati,


Alhamdulillah, pada pagi yang indah ini, kita dipanjangkan usia dan
dan diberi kesihatan dan kesempatan untuk kita sama-sama
berkumpul di Dewan Malik, SK Guai ini dalam majlis gilang
gemilang iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Guai sesi
akademik 2022/2023.

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji


Saifuddin bin Ibrahim kerana sudi hadir dalam memeriahkan majlis
pada kali ini. Semoga dengan kehadiran beliau dan semua tetamu
jemputan, majlis kita akan lebih berseri dan bermakna.

4 Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan,


bermunajat, memohon agar segala urusan kita akan berjalan lancar
dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.Untuk itu, majlis menjemput
Al-Fadhil Ustaz Khairol Anuar Bin Md Saad bagi memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Ust. Khairol Anuar di atas bacaan doa itu tadi.

PERSEMBAHA Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


N PRA
SEKOLAH Ke pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan persembahan yang indah.

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI MAJLIS INI, MARILAH SAMA-


SAMA KITA SAKSIKAN persembahan daripada murid-murid
Prasekolah Annur, SK Guai,Dipersilakan.
*>>>>>>>PERSEMBAHAN
Terima kasih kepada murid-murid PRA ANNUR yang telah
membuat persembahan yang begitu menghiburkan.
Untuk makluman, persembahan berikut telah dipimpin oleh Cikgu
Nur’Asyarah binti Muhammad Fauzi dan Puan Norasikin binti
Osman.

5 Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput yang


berusaha , En. Muhamad Farid Bin Yaakub , Guru Besar SK Guai
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan GB.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha
Tuan Guru Besar atas ucapan tersebut.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Haji


Saifuddin bin Ibrahim untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan SK Guai Sesi
Akademik 2022/2023. Dipersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Saifuddin bin Ibrahim
di atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Bunga selasih di dalam taman


Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat


dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak
sekolah bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara. Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat’
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pencapaian
Tahap Minimum dari Tahap 1.

Dengan ini majlis menjemput Cik Nor Rasidah binti Abdullah,


ANUGERAH Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Guai. Dipersilakan.
PENCAPAIAN TAHAP
MINIMUM
Dimulakan dengan murid Tahun 1:
>>>>>>>>>>>
TAHAP 1 Bagi murid tahun 2 dijemput:
>>>>>>>>>>>
Murid tahun 3 pula:
>>>>>>>>>>>

Terima kasih kepada Cik Nor Rasidah binti Abdullah di atas


penyampaian hadiah sebentar tadi.
ANUGERAH Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pencapaian
PENCAPAIAN TAHAP Tahap Minimum bagi Tahap 2.
MINIMUM
Dengan ini majlis menjemput Encik Razak bin Omar untuk
TAHAP 2 menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Manakala bagi murid tahun 4 dijemput:


>>>>>>>>>>>
Seterusnya murid tahun 5 dijemput:
>>>>>>>>>>>>
Dan murid tahun 6 dijemput:
>>>>>>>>>>>>
Terima kasih kepada En Razak bin Omar di atas penyampaian
hadiah sebentar tadi.

SIJIL PRA Majlis pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Tamat
ANUGERAH PRA Prasekolah kepada murid-murid prasekolah.
Untuk menyempurnakan majlis penyampaian tersebut, pihak majlis
dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Tuan Guru
Besar, En Muhamad Farid bin Yaakub. Dipersilakan.
Kita mulakan dengan penerima sijil yang pertama.
>>>>>>>>>>>>>>

Seterusnya, Penyampaian Anugerah Pra Sekolah Annur sesi


2022/2023.
Majlis dimulakan dengan Anugerah Sahsiah Murid Terbaik
disandang oleh ………………………………………
Bagi Anugerah Peningkatan Akademik Terbaik pula adalah
……………………………..
Manakala Anugerah Kedatangan Terbaik dijemput ………………..
Dan Anugerah Tokoh Kurikulum Terbaik dipersilakan
………………………..

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar En Muhamad


Farid bin Yaakub di atas penyampaian hadiah itu tadi.

ANUGERAH Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Kedudukan Kelas


Terbaik dan Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran Terbaik
KEDUDUKAN KELAS bagi Tahap 1 dan Tahap 2.
TERBAIK
Dengan ini, majlis berbesar hati menjemput Tuan Haji Saifuddin
KECEMERLANGAN bin Ibrahim, selaku perasmi pada hari ini untuk menyampaikan
MATA PELAJARAN hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kedudukan kelas terbaik Tahun 1


Tempat Pertama:
Juga menerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik
Tempat Kedua:
Juga menerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik
Tempat Ketiga:
Juga menerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik

Bagi Anugerah Mata Pelajaran Terbaik …….dijemput …………

RUJUK SENARAI NAMA PENERIMA

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Saifuddin bin
Ibrahim kerana sudi menyampaikan hadiah. Mohon Tuan Haji
Saifuddin kekal di atas pentas.

Sebagai tanda penghargaan dijemput Tuan Guru Besar Encik


Muhamad Farid bin Yaakub untuk menyampaikan cenderahati
kepada Encik Khalid bin Abu Hanifah. Dipersilakan.

Terima kasih Encik Muhamad Farid bin Yaakub di atas


penyampaian cenderahati kepada perasmi.

REHAT Majlis akan berehat sebentar. Dijemput semua dif-dif jemputan,


ibubapa, hadirin dan hadirat ke kantin untuk menikmati sedikit
jamuan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Majlis akan bersambung semula pada pukul 10.30 pagi.
PERSEMBAHAN Assalamualaikum Warahmatullahi wa barakatuh.
TAHAP 2 Kita sambung kembali majlis kita hari ini.

Bagi memeriahkan majlis hari ini, dijemput murid-murid Tahap 2


untuk mempersembahkan persembahan Bicara Irama yang diberi
tajuk KAMI ANAK MALAYSIA.

Terima kasih kepada murid-murid yang telah menghiburkan kita


sebentar tadi dengan persembahan mereka. Diharapkan semua
warga dewan terhibur dengan persembahan mereka. Untuk
makluman, persembahan tadi juga adalah di bawah pimpinan Cikgu
Mohd Suhaimi, Cikgu Khatijah dan Cikgu Norjulizan.

Acara seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik kepada


murid-murid yang menerima Anugerah Peningkatan Akademik,
ANUGERAH Anugerah NILAM DAN PAJSK.
PENINGKATAN
AKADEMIK Bagi menyampaikan hadiah kepada penerima, majlis
mempersilakan TN HJ SAPARWAN BIN IBRAHIM, Guru
ANUGERAH NILAM Penolong Kanan Kokurikulum. Dipersilakan.

ANUGERAH PAJSK Kita mulakan dengan penerima hadiah bagi Tahun 1.


LIHAT SENARAI PENERIMA Dipersilakan
…………………………….untuk menerima hadiah.

**Terima kasih diucapkan kepada TUAN HAJI SAPARWAN BIN


IBRAHIM di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

KEHADIRAN Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Kehadiran


TERBAIK Terbaik, Anugerah Disiplin Terbaik, Anugerah Sahsiah Terbaik dan
DISIPLIN TERBAIK Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Kelas Terbaik.
SAHSIAH TERBAIK
KEBERSIHAN & Majlis dengan ini menjemput sekali lagi Puan Noorbaity binti
KECERIAAN Yahya, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk
TERBAIK menyampaikan hadiah kepada penerima.Dipersilakan.

RUJUK SENARAI NAMA

Terima kasih kepada Puan Noorbaity binti Yahya di atas kesudian


menyampaikan hadiah sebentar tadi.
KAFA Kita teruskan lagi penyampaian Anugerah Kecemerlangan KAFA
dan Kecemerlangan UPKK.

Dengan ini majlis berbesar hati menjemput SI ABDUL AZIM BIN


ABDUL HAMID, PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
untuk menyampaikan hadiah kepada penerima. Dipersilakan.

RUJUK SENARAI NAMA.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian SI


ABDUL AZIM BIN ABDUL HAMID untuk menyampaikan
hadiah.

SIJIL Majlis pada pagi ini kita teruskan lagi dengan penyampaian sijil
PENGHARGAAN penghargaan kepimpinan sekolah kepada Pengawas Sekolah dan
Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas
Koperasi Sekolah, Ketua dan Penolong Kelas.

Dengan ini majlis menjemput Tuan Guru Besar, En Muhamad Farid


bin Yaakub untuk menyampaikan sijil kepada penerima.
Dipersilakan.

SENARAI NAMA PENERIMA

Terima kasih diucapkan kepada En Muhamad Farid bin Yaakub di


atas kesudian menyempurnakan majlis penyampaian sijil sebentar
tadi.

PERSEMBAHAN Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita melihat
TAHAP 1 persembahan daripada anak-anak Tahap 1.

Dengan ini, majlis mempersilakan murid Tahap 1 untuk


mempersembahkan persembahan mereka yang diberi tajuk THE
SHEPPARD BOY AND THE WOLF.

Terima kasih kepada murid-murid yang membuat persembahan


yang sangat menghiburkan. Untuk makluman, persembahan ini
dipimpin oleh Teacher Noorbaity, Teacher Nor Rasidah dan
Teacher Nur Nabihah.

TOKOH MURID Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya


iaitu Anugerah Tokoh Murid dalam bidang Kurikulum,
Kokurikulum dan Sahsiah Terbaik.

Murid ini …..(rujuk BIODATA).Dijemput ke pentas penerima


Anugerah Tokoh Kurikulum tahun 2022/2023 ,
………………..Dipersilakan.

Untuk Anugerah Tokoh Murid dalam bidang Kokurikulum pula


murid ini merupakan……… (rujuk BIODATA).
Dijemput………………………… untuk menerima Anugerah
Tokoh Murid dalam bidang Kokurikulum bagi tahun 2022/2023.

Bagi Anugerah Tokoh Murid dalam bidang Sahsiah Diri pula,


murid ini merupakan ………………….rujuk BIODATA
Dijemput ………………………………untuk menerima Anugerah
Sahsiah Diri Terbaik bagi tahun 2022/2023. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar En. Muhamad Farid bin
Yaakub di atas penyampain sijil dan anugerah tokoh murid itu tadi.

PENUTUP Melarik halus papan di Jawa,


Tersergam kukuh di gerbang batu,
Adat berjumpa, berpisah jua,
Moga ketemu di lain waktu.

Bunga dedap di atas para,


Anak dara pasang pelita,
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta

Dengan dua rangkap pantun itu tadi, kita labuhkan tirai penutup
Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Guai Sesi Akademik
2022/2023 pada hari ini. Sekali lagi kita ucapkan sekalung tahniah
buat semua penerima hadiah dan anugerah pada kali ini.
Seterusnya, majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
Tuan Haji Saifuddin bin Ibrahim, dif-dif jemputan kerana sudi
meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini.Ucapan terima kasih
juga buat barisan pentadbir dan guru-guru yang telah bertungkus
lumus dalam menjayakan majlis pada tahun ini. Selain itu, ribuan
terima kasih juga buat para ibu bapa yang hadir dan turut sama
memeriahkan majlis.

Sekian, saya akhiri majlis pada pagi ini dengan ucapan


Wabillahitaufiqwalhidayah Wassalamualaikumwarahmatullahi
Wabaraktuh
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai