Anda di halaman 1dari 14

Majlis Graduasi SMKPZ 2023

BI AGENDA TEKS CATATAN


L

1 Perarakan Mengumumkan perarakan masuk para graduan SMK Pendeta


masuk para Za’ba bagi sesi 2022/2023
graduan ke
dalam dewan
Fae

2 Perarakan Mengumumkan, perarakan masuk tetamu kehormat dengan


masuk tetamu didahului Pembawa Cokmar Istiadat serta diiringi oleh Ahli-ahli Senat

utama ke dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za’ba.


dewan
Fae

Nyanyian Lagu Negaraku


Tanpa pengumuman

3 Kata alu-aluan *Hadirin dipersilakan duduk


Rabiatul
Jajaran mengkudu di selang bidara
Di celah angsana meredup di hutan
Awal bismillah pembuka bicara
Majlis gemilang kita raikan

1
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...ASSALAMUALAI
KUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Yang Berbahagia, Dato’Hj Mohamed Taufek Bin Abd Ghani


Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
merangkap ADUN Paroi.

Yang Berusaha, Tn Hj Mohd Adnan Bin Saffii


Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za’ba

En Abd Rahman Bin Wasis


YDP PIBG SMK Pendeta Za’ba.

Barisan pengurusan SMK Pendeta Za’ba


Guru-guru
AJK PIBG SMK Pendeta Za’ba
Ibu bapa
Seterusnya bakal graduan yang diraikan

Jutaan terima kasih buat semua kerana sudi melapangkan masa


bagi sama-sama memeriahkan majlis graduasi pada hari ini.

Warga dewan yang dimuliakan,


2
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

Untuk makluman semua, Majlis graduasi kali ke-7 bagi SMK


Pendeta Za’ba ini diadakan khusus untuk putera dan puteri SMK
Pendeta Za’ba sebagai perangsang kepada mereka untuk terus
mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.

Seramai 166 orang bakal graduan akan diraikan pada hari ini dan
kami berharap Majlis graduasi ini mampu mengukir kenangan
manis, sebagai tanda ingatan meninggalkan alam persekolahan.

4 Bacaan doa Hadirin yang dihormati,


Fae Dari Kedah puspa ku mohon,
Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.

Allah juga yang dipuji dengan lidah dan hati kerana dengan
limpah izin-Nya jua, kita diberi kesempatan bersama-sama
meraikan para pelajar tingkatan 5 yang bakal meninggalkan alam
persekolahan tidak lama lagi.

Oleh itu, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita
sama-sama menadah tangan dengan penuh keinsafan, moga
majlis kita pada hari ini mendapat keberkatan

Dengan itu, majlis mempersilakan al- Fadhil Ustaz Mohd Abdullah


bin Mohammed Yusoff untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

3
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

5 Persembahan Amin, Amin Ya Robbal Alamin.


Montaj Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa
Fae sebentar tadi

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj khas buat semua


bakal graduan yang disediakan oleh En Mohd Fadley bin
Mauludin dan En Mohd Najib bin Nijar. Marilah sama-sama kita
saksikan

Terima kasih atas tayangan montaj itu tadi. Selamat bergraduasi


kami ucapkan. Semoga ini menjadi awal yang baik untuk meniti
kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang.Tetaplah
semangat untuk meraih mimpi-mimpi kamu dan semoga Allah swt
selalu menyertai setiap langkahmu.

6 Ucapan Seterusnya, tanpa melengahkan masa, majlis pada hari ini


Pengetua & diteruskan dengan mempersilakanTn. Haji Mohd Adnan Bin Saffii,
Perasmi Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za’ba untuk menyampaikan
Rabiatul amanat beliau kepada semua bakal graduan

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan dan amanat


yang bermakna oleh Tn Pengetua itu tadi

4
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

Ucapan Berilah kami haluan kemudi


Perasmian Pengubat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Rabiatul Amanat tuan jadi pegangan

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan


Yang Berbahagia Dato’Hj Mohamed Taufek Bin Abd Ghani untuk
menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Majlis
Graduasi SMK Pendeta Za’ba kali yang ke-7 bagi sesi 2022/2023.
Dipersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


atas kesudian Yang Berbahagia Dato’ merasmikan Majlis
Graduasi SMK Pendeta Za’ba sebentar tadi.

7 Pengisytiharan Hadirin yang dihormati,


pembukaan Majlis diteruskan dengan pengisytiharan pembukaan Majlis
Majlis Graduasi Graduasi
Fae Untuk itu, majlis dengan ini, mempersilakan Penolong Kanan
Pentadbiran ___En Ismail Bin Othman _untuk mengisytiharkan
pembukaan majlis graduasi kali ke-7 bagi sesi 2022/2023
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

8 Penyampaian Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


sijil graduasi kepada _____En Ismail Bin Othman_atas pengisytiharan
Rabiatul pembukaan Majlis Graduasi sebentar tadi.

Sidang dewan yang dimuliakan


Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil graduasi
kepada semua bakal graduan SMK Pendeta Za’ba kali ke 7 bagi
sesi 2022/2023

5
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

Sehubungan dengan itu, majlis dengan sukacitanya menjemput,


Tn Hj Mohd Adnan Bin Saffii, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta

Sidang 1 Za’ba, untuk mempersila dan mengiringi Yang


Berbahagia Dato’ Hj Mohamed Taufek Bin Abd Ghani
Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
merangkap ADUN Paroi.
bagi menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Graduasi bagi
Sidang Satu.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis penyampaian sijil graduas bagi sidang 1 dimulakan dengan


graduan pertama,
Dijemput: (Baca dari senarai nama graduan)

9 Persembahan Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Dato’ di atas


Selingan kesudian menyampaikan sijil kepada para graduan.
Caklempong
Fae Majlis diteruskan lagi dengan persembahan selingan dari
kumpulan caklempong SMK Pendeta Za’ba dengan lagunya-
lagunya

Terima kasih diucapkan kepada barisan pemain caklempong


SMK Pendeta Za’ba diatas hidangan persembahan yang menarik
itu tadi

6
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

10 Sidang 2 Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan


Fae penyampaian sijil graduasi bagi sidang kedua

Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan Tn Hj Mohd


Adnan Bin Saffii untuk mengiringi yang berbahagia Dato’ Hj
Mohamed Taufek Bin Abd Ghani.Dipersilakan

Majlis penyampaian sijil graduas bagi sidang kedua dimulakan


dengan……..
(Baca dari senarai nama graduan

10 Pengumuman Hadirin yang dihormati sekalian


anugerah Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian Anugerah
Rabiatul Khas kepada graduan SMK Pendeta Za’ba yang cemerlang
dalam bidang masing-masing.
Terdapat beberapa anugerah yang bakal dianugerahkan kepada
para graduaan sebentar lagi bagi menyuntik motivasi agar
mereka terus cemerlang.
Anugerah yang akan disampaikan pada hari ini ialah :
Anugerah Misbun bagi graduan yang cemerlang dalam bidang
kokurikulum
Anugerah Za’ba bagi graduan yang cemerlang dalam bidang
sahsiah
Anugerah Ungku Aziz bagi graduan yang cemerlang dalam
bidang Kurikulum(Akademik)
Dan Anugerah Pendeta bagi graduan yang mencapai lonjakan
saujana dalam bidang akademik

7
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

11 Penyampaian Sidang dewan yang dihormati,


Tokoh Dato’ Majlis penyampaian Anugerah dimulakan dengan membaca
biodata bagi penerima Anugerah Misbun
Misbun
Majlis dengan ini mempersilakan saudara Ahmad Qayyimmuddin
Rabiatul Bin Japri untuk naik ke pentas

Dilahirkan pada 17 Februari 2005, seorang yang gemar bermain


bola sepak
Bercita-cita menjadi A SUCCESSFUL BUSINESSMAN
Dengan Motto Hidupnya : Nothing Impossible in My Life

Merupakan anakanda kepada salah seorang guru di SMK


Pendeta Za’ba Pn Norhazlin Bt Ramlan

Bakal Graduan ini telah banyak mencipta kejayaan di peringkat


daerah dan negeri antaranya:

 Naib Johan dalam pertandingan 1MCC 2016


 Naib Johan dalam pertandingan lompat tinggi peringkat
MSSNS pada 2017, 2018 dan 2019
 Dianugerahkan sebagai Tokoh Ko-Kurikulum sempena
Hari Anugerah Kecermelangan SK Taman Paroi Jaya
 Mendapat anugerah olahragawan dalam pertandingan
balapan SK Taman Paroi Jaya 2017
 Johan dalam pertandingan lompat tinggi peringkat
MSSNS 2022

Majlis dengan ini mempersilakan,saudara Ahmad Qayyimmuddin


Bin Japri untuk menerima Anugerah Misbun

12 Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian


Anugerah Za’ba Majlis penyampaian Anugerah diteruskan dengan bacaan biodata
bagi penerima Anugerah Za’ba
Rabiatul
Majlis dengan ini mempersilakan saudari Syarina Nurul Izzah Bt
Yazid untuk naik ke pentas
8
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

Dilahirkan pada 16 Februari 2005, suka meluangkan masa


lapangnya dengan membaca novel

Memasang impian untuk menjadi seorang pendidik


Dengan Prinsip Hidupnya : Buat sehabis baik

Menyandang jawatan sebagai


 Penolong Ketua Pemimpin pelajar
 Pengerusi Bola Baling
 Setiausaha Kelab Pencegah Jenayah
 AJK Kadet Bomba

Bakal Graduan ini telah banyak mencapai kejayaan dengan


aktiviti di pelbagai peringkat antaranya:
 Johan Daerah Acara Lari Berpagar (2018)
 Tempat Ke-2 Peringkat Daerah Acara 4x100 (2019)
 Penyertaan Fun Walk Peringkat Antarabangsa (2020)
 Tempat ke-2 Peringkat Daerah dalam Video Drills (2021)
 Johan Daerah Acara Lari Berpagar (2022)
 Anugerah Khas Pemimpin Pelajar Berpersonaliti
Profesional (2022)

Majlis dengan ini menjemput, penerima Anugerah Za’ba, saudari


Syarina Nurul Izzah Bt Yazid. Dipersilakan

13 Anugerah Hadirin yang dihormati


Ungku Aziz Penyampaian Anugerah seterusnya ialah Anugerah Ungku Aziz
Fae
Majlis dengan ini mempersilakan saudari Ilyani Balqis Binti
Zainal Rashid untuk naik ke pentas
9
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

Dilahirkan pada 27 Oktober 2005

Menjadi seorang guru merupakan impian beliau.

Dengan moto hidup : “It’s not about the starting it’s about the
ending”

Pencapaian & penglibatannya dalam aktiviti kokurikulum


antaranya ;
 Duta murid STEM 2022
 Johan kuiz Matematik Tambahan

Menyandang beberapa jawatan sebagai ;


 Pemimpin pelajar
 Pengerusi Kelab Badminton
 Bendahari Kadet Bomba dan Penyelamat

Dengan rekod pencapaian yang semakin meningkat, beliau


mendapat

 Keputusan UPSR : 4B 2C
 Keputusan Pertengahan Tahun 2022 : 6A 3B
 Keputusan Percubaan SPM : 8A 1C
 Berjaya mendapat A+ dalam setiap peperiksaan
semasa tingkatan 5 bagi subjek Prinsip Perakaunan

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini mempersilakan


penerima Anugerah Ungku Aziz saudari Ilyani Balqis Binti Zainal
Rashid untuk menerima anugerah.

14 Anugerah Hadirin yang dihormati,


Pendeta Telah sampai majlis kita pada hari ini untuk penyampaian
Fae Anugerah Khas Terakhir iaitu Anugerah Pendeta.

Majlis dengan ini mempersilakan saudara Mohamad Haikal


10
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

Hakimi Bin Abdul Hakim untuk naik ke pentas


Dilahirkan pada 18 November 2005
Bercita-cita menjadi seorang Guru

Gemar mengisi masa lapangnya dengan membaca manga dan


novel, bermain game dan memasak

Berpegang kepada : "Always keep moving forward on your


journey"

Dia Percaya, Meletakkan Allah &Ibu bapa sebagai fokus kejayaan


dan tidak meninggalkan solat fardhu serta sentiasa menjaga
akhlak merupakan resepi rahsia kejayaannya.

Menyandang beberapa jawatan sebagai

 Ketua Kelas 5UMS


 AJK Olahraga
 Ahli Aktif Kadet Polis
 Ahli Aktif Pencegah Jenayah

Manakala penglibatannya dalam kokurikulum antaranya pernah


memenangi :
 Tempat Pertama Pertandingan English Quiz (Menengah Atas)
 Tempat Pertama Pertandingan Sudoku
 Tempat Pertama Pertandingan Math Puzzle

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan penerima Anugerah Za’ba, saudara Mohamad
Haikal Hakimi Bin Abdul Hakim

15 Penyampaian Hadirin sekalian,


Cenderamata
Rabiatul Demikianlah tadi berakhirnya penyampaian sijil penghargaan dan
anugerah khas kepada graduan SMK Pendeta Za’ba

11
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Tn Hj Mohd


Adnan Bin Saffii untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang Berbahagia Dato’ Hj Mohamed Taufek Bin Abd Ghani

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Dato’ atas kesudian menyempurnakan
penyampaian anugerah dan sijil tadi.

Terima kasih diucapkan

16 Pengisythiaran Cantik jambangan bunga disusun,


Penutup Bunga orkid, cempaka melati
Fae Budimu bagaikan air terjun,
Mengalir terus tanpa henti.

Hadirin yang dihormati,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan pengisytiharan


penangguhan majlis Graduasi SMK Pendeta Za’ba bagi sesi
2022/2023
Dengan itu majlis sekali lagi mempersilakan En. Ismail Bin
Othman bagi mengisytiharkan penangguhan Majlis Graduasi
SMK Pendeta Za’ba kali ke-7.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

17 Penutup Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Ismail Bin


Rabiatul Othman atas pengisytiharan penutupan Majlis Graduasi sebentar

12
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

tadi.

Sidang dewan yang dimuliakan


Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa
syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan
menjayakan majlis ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung

Bunga seroja di atas para


Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Tahniah kami ucapkan kepada semua graduan. Semoga ilmu


yang telah dipelajari sepanjang alam persekolahan menjadi
berkah dan manfaat juga bagi orang lain dan doa kami guru-guru,
semoga Allah sentiasa mempermudahkan setiap langkah kamu
semua.

Sekian , kami sudahi dengan wabillah hitaufiq walhidayah,


Assalamualaikum w.b.t . Terima kasih.
18
Perarakan Mengumumkan perarakan keluar tetamu utama.
keluar Warga dewan diminta berdiri.
Fae

Dipersilakan para hadirin menikmati juadah yang telah disediakan

19 Persembahan Hadirin sekalian,


pelajar Majlis pada hari ini diteruskan dengan persembahan pelajar-
pelajar tingkatan 5
Dijemput persembahan pertama dari kelas .........................
dengan persembahan ...................................................
13
Majlis Graduasi SMKPZ 2023

Kami serahkan majlis kepada __________________________________

20 Sesi Fotografi Hadirin sekalian,


Begitulah tadi persembahan menarik daripada graduan-graduan
SMK Pendeta Za’ba

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis yang elok, dihiasi busana yang cantik, haruslah dirakam
buat tatapan pada masa akan datang. Untuk itu, semua para
jemputan,, guru-guru, para pelajar, ibu bapa dan semua yang
hadir pada hari ini dijemput untuk meneruskan acara dengan sesi
bergambar. Dipersilakan.

14

Anda mungkin juga menyukai