Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS APRESIASI MURID TAHUN 6 DAN PRASEKOLAH

SK MERGONG SESI 2022/2023

PERKARA TEKS PENGACARA PERSONALIA


PENGUMUMAN Sidang hadirin sekalian,

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sementara


menunggu ketibaan tetamu kehormat serta rombongan
terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian
agar majlis dapat dilangsungkan dengan sempurna

Pertama:
Majlis memohon kerjasama sidang hadirin untuk
memastikan telefon bimbit tuan-tuan berada dalam
mod senyap.

Kedua:
Sebaik sahaja diumumkan perarakan tetamu kehormat
masuk ke dalam dewan,para hadirin mohon untuk
berdiri sebagai tanda hormat sehinggalah mereka
sampai ke tempat duduk masing-masing. Sebaik sahaja
tetamu kehormat tiba ke tempat duduk, Lagu Negaraku
akan terus dimainkan.

Ketiga:
Sidang hadirin dipohon untuk meminimakan pergerakan
semasa acara berlangsung.

Diharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama dan


semoga majlis berjalan lancar. Terima kasih atas
keperihatinan sidang dewan sekalian.

KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan

Yang Berhormat Tn Hj Ahmad Fatani Bin Hj Omar,


Setiausaha Kehormat Majlis JAKSA Pendamai Negeri NADIA
Kedah Darul Aman

Diiringi oleh Yang Berusaha Tn Hj Ramlee Bin Abu Bakar,


Guru Besar SK Mergong

En Badrul Amini Bin Osman Yang Di Pertua PIBG


Guru-guru penolong kanan dan guru-guru SK Mergong.

-----------------Lagu Negaraku--------------
1
Hadirin dipersilakan duduk.
ALUAN Pemandangan Kedah luas terbentang
PENGACARA Air berkocak di hujung muara
MAJLIS Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara YUSSRI

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua amatlah dihargai
Moga majlis bertambah seri

Assalamualaikum w.b.t

Yang Berhormat Tn Hj Ahmad Fatani Bin Hj Omar,


Setiausaha Kehormat Majlis JAKSA Pendamai Negeri
Kedah Darul Aman

Yang Berusaha Tn Hj Ramlee Bin Abu Bakar, Guru Besar


SK Mergong,

Yang dihormati Encik Badrul Amini Bin Osman,


Yang Di Pertua PIBG SK Mergong,

Yang Dihormati Pn Norashikin Binti Mohd Jafri,


Penolong Kanan Pentadbiran SK Mergong

Yang Dihormati Pn Intan Safinas Binti Harun, Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid SK Mergong,

Yang Dihormati En Zulkifli bin Mahmud, Penolong Kanan


Kokurikulum SK Mergong,

Yang Dihormati guru-guru SK Mergong, murid-murid


tahun 6 , murid-murid Prasekolah, ibu bapa serta
hadirin sekalian.

Tepak sirih megah ditatang,


Adat melayu pembuka bicara,
Yang dijemput sudah pun datang,
Izinkan saya meneruskan acara

SELAMAT DATANG KE MAJLIS APRESIASI MURID


TAHUN 6 DAN PRASEKOLAH SK MERGONG
BACAAN DOA Petik Kenanga indah disemat,
Gubahan di olah bawa berangkat,
2
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
NADIA
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan mengaminkan bacaan doa. Majlis dengan ini
mempersilakan Al Fadzil Tn Hj Mahamad Roshidi Bin
Ahmad Marzuki untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan penuh takzim menjemput dan


mempersilakan.

-------------------------Bacaan doa------------------------

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Tn Hj Mahamad Roshidi Bin Ahmad
Marzuki atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar


dan dilimpahi berkat.

UCAPAN KETUA Hadirin yang dimuliakan,


MURID Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Ketua Murid, Bibi
Darin Marissa Binti Mohd Shafizan untuk YUSSRI
menyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan.
-----------------------ucapan------------------------

Terima kasih diucapkan kepada Bibi Darin Marissa Binti


Mohd Shafizan atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.

UCAPAN GB Emas tempawan buatmu puteri


Busana indah buat rupawan NADIA
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan

Untuk maksud tersebut,majlis menjemput Yang


Berusaha Tn Hj Ramlee Bin Abu Bakar, Guru Besar SK
Mergong untuk menyampaikan ucapan.

3
Dipersilakan.

------------------------Ucapan---------------------
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tn Hj Ramlee Bin Abu Bakar atas ucapan
sebentar tadi.

UCAPAN Kalau tuan pikat kenari


PERASMI Jangan patahkan batang Jerami
Kepada tuan hormat di beri
Mohon rasmikan majlis kami YUSSRI

Hadirin yang dihormati,


Majlis mempersilakan Yang Berhormat Tn Hj Ahmad
Fatani Bin Hj Omar untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi Tahun 6 dan
Prasekolah tahun 2022/2023. Dipersilakan

----------------------ucapan--------------------------

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati atas


ucapan sebentar tadi.

Tamatlah sudah prasekolah


PENYAMPAIAN Tahun satu menggamit megah
SIJIL SIDANG 1 Acara dinantikan suatu anugerah
Penyampaian sijil dan juga hadiah NADIA

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada Prasekolah
hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput 6S
dan mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Ramlee Bin 6K
Abu Bakar untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Didahului (Rujuk lampiran)

------------------------Penyampaian sijil-----------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha Tn Hj Ramlee Bin Abu Bakar atas kesudian
menyampaikan sijil sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Dari Kedah ke bandar Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan menyusul meriah majlis YUSSRI

4
Semoga hadirin terhibur di hati

Hadirin yang dihormati,


Kita sama-sama saksikan persembahan oleh adik Megat
Isaac Zulkarnain Shah Bin Mohd Azharudin Shah dari
prasekolah Gemilang 2. Dipersilakan.

------------------------ Persembahan ---------------------

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan


sebentar tadi. Untuk pengetahuan semua,Adik Isaac
telah mewakili Zon Teluk Kechai dan mendapat tempat
ke 3 Kategori Nyanyian dalam Fiesta Prasekolah Daerah
Kota Setar tahun 2022/2023.

Persembahan yang disaksikan sebentar tadi di bawah


pimpinan Cikgu Mohd Azharuddin Shah dan tenaga
pengajar Prasekolah Gemilang SK Mergong.
PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil siding 2.
SIJIL Penyampaian sijil diteruskan lagi dengan penerima dari 6M
Kelas 6 Maju. 6J
6P
Dipersilakan 6A
(Rujuk Lampiran)

PERSEMBAHAN Seterusnya, bertambah seri majlis kita pada hari ini


dengan persembahan deklamasi sajak. Untuk itu, majlis
menjemput Nuha Binti Mohamad Hadi untuk NADIA
menyampaikan persembahan. Dipersilakan.

---------------------Persembahan -------------------------

Terima kasih atas deklamasi yang penuh semangat


sebentar tadi. Persembahan diteruskan lagi dengan
persembahan oleh Megat Iskandar Zulkarnain Shah Bin
Mohd Azharuddin Shah. Dipersilakan

PENYAMAPAIA Tuan-tuan dan puan-puan,


N CENDERAHATI
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberi
sedikit penghargaan dan tanda ucapan terima kasih YUSSRI
kepada Yang Berhormat kerana telah sudi hadir dan
menyerikan Majlis Apresiasi Murid Tahun 6 &
Prasekolah SK Mergong.
Dijemput Yang Berusaha Tn Hj Ramlee Bin Abu Bakar

5
Guru Besar SK Mergong diiringi En Badrul Amini Bin
Osman Yang Dipertua PIBG SK Mergong untuk
menyampaikan cenderahati kepada tetamu jemputan
kita.
PENUTUP Hadirin sekalian,

Majlis anugerah dirai bersama


Kecemerlangan diidam menjelma lagi NADIA
Akhir di sini nokhtah bersama
Di lain masa bersua kembali

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis Apresiasi Tahun 6


dan Prasekolah SK Mergong.

Pihak majlis menyusun sepuluh jari memohon ampun


dan maaf sekiranya ada terlanjur kata dan terlampau
cara sepanjang majlis ini berlangsung.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan


kekurangan itu datang dari kekhilafan kami sendiri.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum


wbt

Anda mungkin juga menyukai