Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SIMPANG


SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG TAHUN 2022
TARIKH: 18 JUN 2022
TEMPAT: SK SIMPANG

BIL CUE ANN


1 PENDAFTARAN
KEHADIRAN IBU BAPA
2 MAKLUMAN UMUM Pengumuman:
1. Mohon para penerima anugerah mengambil tempat di tempat duduk yang
telah ditetapkan.
3. Mohon para hadirin untuk mematikan telefon
bimbit atau menukarkan kepada mod getar
4. Kerjasama dipohon agar tidak meninggalkan
majlis sebelum meninggalkan
dewan.
5. Mohon kerjasama hadirin untuk berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan.

3 Diminta semua hadirin dapat bertenang dan mengambil tempat masing-masing


kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.

4 PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan...


KETIBAAN TETAMU YB Mohd Kamaruddin Bin Abu Bakar
JEMPUTAN Diiringi oleh dif dif jemputan.
Masuk ke dewan dan mengambil tempat.

5 SALUTASI ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA,


AHLAN WASAHLAN KAMI UCAPKAN,
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA,

1
MAJLIS HARI INI KITA MULAKAN.

Bismillahirrahmanirrahim
YB Mohd Kamaruddin Bin Abu Bakar
ADUN Kuala Sepetang
Yang Berusaha Tn Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan
Guru Besar SK Simpang
Yang Dihormati Tuan Haji Rahim Bin Ismail,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk Simpang
Yang Dihormati En Rozman Bin Mohamad
Penolong Kanan Pentadbiran Sk Simpang
Puan Hairul Hazlina bt Abd Ghani
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Simpang
Pn Nor Azelin Binti Azeman
Penolong Kanan Kokurikulum Sk Simpang
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,
Barisan pendidik,
Ibu bapa,
Dan seterusnya Tuan- tuan, Puan-Puan, hadirin sekalian

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat pagi.


Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-
Nya dapat kita berkumpul dalam mesyuarat Agung PIBG SK Simpang kali
ke-47 bagi tahun 2022 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga Sk Simpang, turut sama merakamkan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua hadirin dan hadirat kerana
sudi meluangkan masa bagi bersama-sama mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini.

2
6 BACAAN DOA Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan
________________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~Bacaan Doa~

Amin Amin Ya Rabbil Alamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


________________________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

7 UCAPAN YDP PIBG Hadirin sekalian,


Seterusnya dipersilakan, Yang dihormati Tn Haji Rahim Bin Ismail, Yang
Dipertua PIBG Sk Simpang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~Ucapan YDP PIBG~


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang dihormati Tn Haji
Rahim Bin Ismail, atas ucapan beliau sebentar tadi.

8 UCAPAN GURU BESAR Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Yang Berusaha Tn Syed Abd
Razak Bin Syed Ahmad Dahalan Guru Besar SK Simpang. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.

~Ucapan Guru Besar~


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Syed
Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan atas ucapan beliau sebentar tadi.

3
9 UCAPAN PERASMIAN Hadirin sekalian,

Seuntai salam , sejambak kata


Degup bicara, merisik rasa

Seterusnya majlis mempersilakan YB Mohd Kamaruddin Bin Abu Bakar


ADUN Kuala Sepetang untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Mesyuarat PIBG Sk Simpang kali ke-47.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


~Ucapan Perasmian~

Terima kasih diucapkan kepada YB Mohd Kamaruddin Bin Abu Bakar atas
ucapan sebentar tadi dan sekaligus telah merasmikan mesyuarat PIBG kita
hari ini.

10 MENYERAHKAN MAJLIS Hadirin sekalian,


KEPADA YDP PIBG Seterusnya, kami serahkan majlis kepada Yang dihormati Tn Haji Rahim
UNTUK MENERUSAN Bin Ismail, Yang Dipertua PIBG Sk Simpang untuk meneruskan agenda
AGENDA MESYUARAT. Mesyuarat Agung PIBG Sk Simpang kali ke-47 bagi tahun 2022.
11 MAJLIS BERAKHIR Hadirin sekalian,
Selepas selesai mesyuarat
agung. Alhamdulillah
Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua tetamu jemputan, hadirin hadirat, jawatankuasa
pengelola dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.

Kami bagi pihak majlis ingin memohon kemaafan jika terdapat sebarang

4
kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis.
Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai