Anda di halaman 1dari 12

TEKS UCAPAN JURU ACARA

MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA


TARIKH: 20 APRIL 2018 (JUMAAT)
TEMPAT: SK SIMPANG

Bil Cue ANN CATATAN


1 Susun atur murid dan guru. Pengumuman:
Diminta semua hadirin dapat bertenang dan mengambil tempat
masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.
2 Mengumumkan ketibaan Mengumumkan ketibaan,
Yang Dihormati En. Mohamad Syafiq Bin Mohamad Amin,
Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Unit
Pembangunan Murid, Daerah Larut Matang & Selama, diiringi
oleh Tn Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan, Guru Besar
Sk Simpang, barisan pentadbir dan ahli jawatankuasa PIBG.
Hadirin,
Seterusnya, marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada
perarakan lintas hormat perbarisan rumah sukan yang akan
berlangsung sebentar lagi. Sebelum itu, pihak majlis mempersilakan
Yang Dihormati En. Mohamad Syafiq Bin Mohamad
Amin ,Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Unit
Pembangunan Murid, Daerah Larut Matang & Selama diiringi
Yang Berusaha Tn Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan,
untuk menyempurnakan perarakan lintas hormat. Dipersilakan.
Hadirin di hormati ,

1) Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen dari


Rumah Porsche. Berlandaskan motto pasukan “JINGGA PASTI
JUARA”

1
Rumah Porsce memilih tema sang harimah, si ketua Rimba.

Harimau diam jangan diusik,


Kalau menerkam buruk padahnya,
Rumah Porsche tetap terbaik,
Bersemangat waja hingga akhirnya.
 *********

2) Menyusul di belakang ialah kontinjen dari Rumah Ferrari.


Dengan motto “Beyond the best, Dulu, Kini dan selamanya.

Merah warna biji saga,


Dibawa Pak Syed ke Sg. Petani,
Merah menyala berani membara,
Inilah dia rumah Ferrari

3) Menyusul seterusnya adalah kontinjen dari Rumah Mercedes .


Dengan bertunjangkan motto Mighty, Mighty Dragon.

Bertepatan dengan tema flora dan fauna, warna hijau mendominasi


warna alam semulajadi. Sape boleh lawan mereka kata.

Banjaran titiwangsa tersergam indah,


Dipenuhi pepohon nan menghijau,
Rumah Mercedes berdiri megah,
Sanggup berjuang hingga ke sudah.

2
***********

4) Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari Rumah Bugatti


berteraskan motto pasukan “BUGATTI THE BEST”

Memilih tema bunga matahari, rama-rama dan lebah sebagai maskot


pasukan. Lebah melambangkan haiwan yang comel dan kecil tapi
berbisa.,,

Indah berseri si matahari,


Bersinar-sinar di kala siang,
Bukan sekadar mencari nama,
Bugatti berjuang sampai menang.
************

5) Dan kontijen terakhir ialah kontinjen dari Rumah BMW. Dengan


motto We Play Together, We Win Together, BMW is the best.

Memilih beruang sebagai maskot pasukan melambangkan


keprihatinan rumah BMW memelihara haiwan yang hampir pupus
dek kerana kerakusan manusia. Diikuti ahli perbarisan yang
memakai kostum kumbang dan bunga.

Memelihara alam tugas kita


Untuk generasi anak muda
Biru menjadi kebanggaan sentiasa
Berjuang berhabisan sehingga juara.

3
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Dihormati
En. Mohamad Syafiq Bin Mohamad Amin dan Yang Berusaha
Tn Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan atas kesudian
menyempurnakan  perarakan lintas hormat sebentar tadi.

3 Salutasi dan kata alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...


Yang Dihormati En. Mohamad Syafiq Bin Mohamad Amin,
Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Unit
Pembangunan Murid, Daerah Larut Matang & Selama,
Yang Berusaha Tn Syed Abd Razak Bin Syed Ahmad Dahalan
Guru Besar SK Simpang
Yang Dihormati _______________________________________
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk Simpang

Yang Dihormati En Rozman Bin Mohamad


Penolong Kanan Pentadbiran Sk Simpang
Puan Rasidah Binti Rasid
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Simpang
Pn Nor Azelin Binti Azeman
Penolong Kanan Kokurikulum Sk Simpang
Barisan guru, dif- dif jemputan, tuan-tuan puan-puan,
Serta hadirin yang dimuliakan.

4
Sesungguhnya kami, amat berbesar hati serta menghulurkan salam
menyambut mesra kehadiran tuan puan serta dif-dif jemputan ke
Hari Kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan SK Simpang kali ke-
58 bagi Tahun 2022.
4 Bacaan doa Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis, marilah kita sama-sama mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yusri Bin Jalaluddin
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
~Bacaan Doa~

Amin Amin Ya Rabbil Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yusri Bin Jalaluddin
atas bacaan doa sebentar tadi.

5 Ikrar Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara bacaan ikrar kejohanan.

 Untuk itu dipersilakan ADIK KU AZREEF BIN KU AZHAR (6


Zamrud) untuk memimpin bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

~ IKRAR KEJOHANAN~

Majlis merakamkan terima kasih kepada ADIK KU AZREEF atas


pimpinan ikrar kejohanan sebentar tadi.

6 Ucapan Perasmian Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,

5
 

Daun semulur di pekan sari

Batang jerami rebah ke bumi

Madah dihulur sembah diberi

Kata perasmi hajatnya kami

Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya


mempersilakan Yang Dihormati
________________________________  untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan
____________________________________

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

~Gimik Perasmian~

Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan


___________________________________. Majlis merakamkan
penghargaan dan terima kasih kepada
__________________________________  atas kesudian
merasmikan majlis pada hari ini.

7 Cenderamata untuk perasmi Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih,

6
dipersilakan,
__________________________________________________ untuk
menyampaikan cenderamata kepada
__________________________________________________
Dipersilakan

 Majlis mengucapkan terima kasih kepada


__________________________________ atas kesudian menerima
cenderamata sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada


_________________________________________ atas
penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.

Perarakan keluar perbarisan Hadirin yang dihormati,


 

Acara seterusnya adalah perarakan keluar kontinjen perbarisan

8 Persembahan Pra sekolah Hadirin yang dihormati,


Kelihatan di atas padang pasukan aerobik dari prasekolah SK
Simpangsedang bersiap sedia untuk membuat persembahan. Dengan
itu, sama-sama kita saksikan persembahan aerobik dari adik-adik
comel prasekolah. Dipersilakan.

7
Majlis mengucapkan terima kasih. Berikan tepukan gemuruh sekali
lagi buat pasukan aerobik prasekolah atas persembahan yang
menarik itu tadi.

Untuk makluman hadirin, persembahan aerobik sebentar tadi telah


dipimpin oleh

___________________________________________

9 ACARA LARI PECUT 200 M Hadirin,


 

Seterusnya, apa kata kita tumpukan perhatian kepada acara yang


akan berlangsung sebentar sahaja lagi iaitu acara Lari pecut 200 m
akhir.

10 Penyampaian hadiah Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah.

Untuk itu, pihak majlis mempersilakan


_______________________________________ diiringi
______________________________________________ untuk
menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

(Nama pemenang)

8
 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian


________________________________ menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

12 Penutup
Hadirin yang dihormati,
 

Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan. Untuk


itu, dipersilakan semua pentadbir dan tetamu jemputan ke podium
untuk acara penurunan dan penyerahan bendera kejohanan.
Dipersilakan.

Upacara menurunkan bendera kejohanan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.

Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun


dan maaf atas segala keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.

9
 

Sama-sama kita akhiri Kejohanan Olahrga Tahunan SK Kota Masai


kali ke-15 ini dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’

Sekian, terima kasih

Majlis bersurai…….

13 Bersalaman dan sent off Sebelum kita bersurai dan menghantar pulang Puan Chong , seluruh
warga SK Simpang diminta beratur untuk bersalaman....
Bagi arahan ikut kelas...

10
Sebelum

11
12

Anda mungkin juga menyukai